Thursday, October 10, 2013

Ahad yang busy

Salam readers...

Selamat pagi!
Hari bekerja, sibuk bekerja di opis.
Sehari suntuk bertungkus lumus siapkan kerja yang berlambak kat opis.
Kije yang takkan habis sampai bila-bila....
Balik rumah, duk melepek dah rehat baring atas katil.
Pakaian yang dah berlonggok dalam bakul dipandang sebelah mata je.
Nak masukkan dalam mesin basuh pon malas...
Yela, bila pakaian dah dicuci, kena sidai pulak.
Penat... penat.

Weken pulak bukannya boleh rehat semata-mata. Betul tak?
Time weken la baru sibuk uruskan hal rumah.
Cuci pakaian, kemas rumah, gosok baju...

Ni cara-cara orang bujang...
Kalau dah kawin nanti tatau la cane.
Penat teramat kot...
Silap-silap rumah pun jadi tongkang pecah.

Macam hari Ahad lepas.
Aku busy gile dengan hal rumah.
Celik mata je dah pukul 10 lebih.
Bujang trang tang tang cam aku ni boleh la bangun lewat sikit kann...
Tergolek atas tilam kejap sambil fikir nak makan ape untuk lunch.
Pastu, bangun pergi dapur tengok lauk-lauk yang ada.

Dan inilah makanan lunch aku...


Sardin + telur dadar + chicken fingers.. Pastu makan dengan nasi panas-panas.
Nyumssss......

Masak sendiri adalah best sebab kompem kenyang.
Kalau tak kenyang, nasi tu boleh tambah lagi.

Dah makan semua, time to lipat pakaian yang baru je diangkat dari ampaian.
Banyak ohhh dah macam anak saploh orang.


Tengok-tengok...
Ini baru sebahagian tau.
Ada lagi pakaian kat ampaian tu.
Aku angkat sikit-sikit je dulu.


Sebahagian pakaian dan tudung yang dah dilipat.


Lipat pakaian sambil tengok citer hindustan.
Hoihh... dah lama kot tak layan hindustan.
Ari tu Ntv7 tayang citer Humraaz.
Padahal citer ni dah banyak kali kot aku tengok.
Siap ada dvd lagi.... but still nak tengok jugak dalam tv.
Hahaha....


Wajah bibik pada hari tu.
Pucat lesi muka macam tak mandi lagi.
Padahal dah mandi dah.
Lepas mandi pakai baju tido balik.
Haha...

Oh, ari tu aku jumpa uban kat atas kepala. 
Depan-depan lak tu...
Pastu penah la aku suruh FZ carikan uban kat tengah-tengah kepala... ada la 2 urat yang dia jumpa..
Patut la aku rasa cam gatal semacam.
Bila digaru, takde lak kelemumur.
Aku suruh jugak FZ intai kot-kot ada kutu.
Pun takde...
Ish... kalau ada kutu, aku sanggup botakkan kepala aku nih.

Dah lipat pakaian, masa untuk bersantai kejap...
Amik napas katanya...


Makan pretzel stick dengan nutella sambil tengok tv.
Nyumsss.....


Sambil tu bukak tab main congkak.
Hehehe...

Ini la game kegemaran aku sekarang.
Aku terjumpa game ni mase godek-godek dalam play store.
Terus la aku install.
Best......

Dulu masa duk kat kampung, aku selalu main congkak.
Pro kot..
Sekarang ni je dah tak reti.
Dah lama kot tinggalkan permainan congkak ni.

Pastu kemas bilik sikit.
Dah tengok bilik kemas, pergi kemas dapur lak...
Tengok-tengok penuh 3 beg sampah besar.
Kompem la malas nak angkut buang dalam tong sampah kann...
So, call Indon blok sebelah upah saploh hengget suruh dia pergi buang sampah.
Berat kot sampah-sampah tuuu....
Tak larat kot nak pergi buang sensorang......... plusss......malas. hehe...

Malam baru kuar dengan FZ.
Itupun pergi makan je.
Lapar sesangat dah. Penat lak tuu...

Macam biasa kitorang makan kat Yusof Tomyam Bangsar.
The best tomyam in town.
Takde lagi kedai makan yang hidang tomyam sesedap kedai ni.
Tak caye, acu try sendiri.
Kedai ni sederet dengan kedai mamu kari kepala ikan yang femes tuu...
Kedai mamu kat hujung belah kanan tapi Yusof Tomyam ni kat hujung sebelah kiri.

Sementara tunggu makanan sampai, kita snap-snap dulu...




Dah habis makan, baru la teringat nak amik gambar makanan.
Hahaha... kebuluq sungguh.
Dapat makanan je dah tak ingat apa-apa dah...

Then, terus balik....
Bajet nak tido je terus. Tapi tak boleh...
Elok je mata cerah sampai dekat pukul 2 pagi still tak tido-tido...
Dah la Isnin tu nak kije.
Geram jek dengan mata nih.
Time weken sibuk nak tido awal.
Bila hari kije, pepandai je buat tak ngantuk. Grrrr.....

Oh, lupa nak habaq.
Pasni FZ akan ditukarkan ke Kompleks Sukan Bangsar.
Sebelum kenal aku, dia pernah kerja kat sana.
Pasni mungkin dah jarang dah boleh kuar dating sebab jadual kerja dia lebih padat sikit.

Aku tak kisah laa..
Dah namanya tuntutan kerja.
Cumanya aku ralat sebab sepatutnya orang lain yang ditukarkan.
Tapi last-last FZ yang kena sebab kes kawan tikam belakang.

Takpelah...
Nak buat cane kannn....
Manusia ni rambut je sama hitam.. tapi hati lain-lain.


2 comments:

Mimy Hamid said...

rutin kita lebih kurang je nana...cuma beza tambah uruskan anak....huhuhu...

diana aziz said...

Kan... same je kann... kalu ada anak ni, silap2 x trurus kot... huhu