Tuesday, October 22, 2013

Apa yang anda dapat dengan RM200 di Jalan TAR & Masjid India?

Salam readers...

Kisah sehari sebelum raya haji.
TM ada bagi cuti ganti masa Hari Merdeka aritu.
Tapi tu la.. raya tahun ni aku memang tak balik kampung.
Malas sebab cuti pendek sangat.
Hape ingat KL-Terengganu tu tak jauh ke?
6 jam perjalanan tau!

Tengahari Isnin tu, FZ nak balik kampung...
So, aku suruh dia hantar je aku kat Jalan Tar sebab aku nak shopping tudung.
Kengkononnye nak start pakai tudung la.
Sebelum ni kan aku on off je bertudung.
Ingat kali ni nak nekad betul-betul la pakai tudung ni..
Sebab rasa cam diri tu dah tua sangat dah.

FZ tak berapa nak kasi sangat aku shopping sensorang kat Jalan TAR tu.
Biasa la kan...
Kat situ kan ramai orang. Indon pon ramai.
Pickpocket pun berlambak kat situ.
Bahaya tau gadis-gadis jenjalan sensorang.
Tapi aku ni dah biase jalan sensorang kat area situ.
Lagi rasa bebas nak singgah memana.
Kalau tak, asik ikut bontot orang lain je.
Tapi kena selalu jaga-jaga la dengan handbag dan poket.
Takut nanti kena ragut atau tetibe je wallet hilang...
Takleh leka sangat.

Pukul 11.30 pagi, FZ hantar aku kat sana.
Then, dia terus bertolak balik kampung.
Seronok lerr tuh tinggalkan orang sensorang...
Sobsss.... T___T
Tapi takde la sedih sangat sebenarnya sebab tetibe je sebelum dia pergi tu, dia hulur seratus hengget kat aku.
Duit nafkah katanya..
Hahaha....... untung laaaa belum kahwin pon dah dapat duit nafkah.
Kahkahkah... ok, tak klaka.

Aku just bawak seratus hengget je.
Pastu campur pulak dengan duit yang FZ bagi tadi, jadi RM200 la..
Pergi sini takleh bawak duit banyak-banyak tau.
Nanti korang belanja tak ingat dunia.
Kad ATM pun simpan je kat rumah.
Takut nanti korang sibuk nak pergi ATM kuarkan duit.

Macam aku la...
Ingatkan nak jimat la.
Tapi yang ado la kannn...
Berhantu Jalan TAR ni tau.... setan banyak duk hasut suruh kite buang duit.

Memang sangat heaven kalau berjalan sorang-sorang.
Sebabnya kalau nak lalu kat mana-mana tempat yang sama 2-3kali pon, takde sape nak marah, takde sape nak merungut.
Dah lama kot aku tak merasa jalan sorang-sorang kat tengah bandar KL ni.
Mujur aku dah tahu jalan sekitar Jalan TAR dan Masjid India ni.
Takde la terkulat-kulat aku nak masuk lorong mana.

1st sekali, cari tudung...
Tak sampai setengah jam, aku dah rembat 3 helai tudung.
Pilih kaler basic je dulu.
Tak mau kaler-kaler yang striking sangat sebab dah tahu dah memang tak sesuai dengan aku.
Kena cari kaler yang gelap-gelap sikit pastu jenis kain tak licin.
Aku ni bukannya reti sangat pakai tudung.
Kang nanti bila nak makan tudung tersenget sana sini.
Rimas pulak.

Untung beli tudung kat sekitar Jalan TAR dan Masjid India ni sebab harga murah pastu masih boleh tawar-menawar.
Bayangkanlah, 3 helai tudung aku dapat dengan harga RM28 je.
Sedangkan harga tudung tu RM10 sehelai.
Kire untung 2 hengget tu dah ok la... 
Boleh buat beli tiket LRT balik nanti kann...


Ini je la yang aku beli...
Semua sekali RM60.
Dalam banyak-banyak tudung, tudung biru tu yang paling mahal.
Mahal tak mahal pon, harga dia baru RM12.

RM200- RM60 = RM140.


Jalan-jalan lagi, jumpa pulak kedai kerongsang.
Nak pakai tudung, haruslah kena ada kerongsang.
Beli yang murah-murah je.
14bijik kerongsang RM10.
Pastu aku amik jugak yang 6 bijik RM10 sebab kaler dia cantik-cantik.
So, untuk kerongsang aku habis RM20 je.

RM140 - RM20 = RM120.

Dah pusing banyak kali kat situ, perut rasa lapar pulak.
Lagipun time tu dah pukul 1 lebih.
Time for lunch!
Singgah kat Station Kopitiam kat atas ground floor Semua House.


Makan nasi goreng cili padi + milo ais + telur dadar.
Lupa dah berapa aku bayar tapi tak sampai RM15 pon...

Takpe, kita kira kasar je..

RM120 - RM15 = RM105.

Balance duit masih banyak lagi.
So, lepas makan sambung shopping lagi..
Masuk butik TopGirl kat dalam Semua House tu.
Aku suka shopping kat sini sebab pakaian murah dan berkualiti.
Pastu banyak saiz pakaian untuk orang-orang bersaiz badan kurus hinggalah chubby comel cam aku.
Hahaha... pasan comel tul!


Aku beli ini...
Office wear.
Aku jarang sangat pakai seluar pergi opis but why not if sometimes aku pakai...
Sekali sekala ubah penampilan...

Baju biru corak belang = RM39.90.
Seluar slack hitam = RM 49.90.

So, total RM89.80.
Kira ok la tu kannn...
Seluar tu memang sangat selesa pakai.
Kain pun tak panas.
Aku kan tak suka kain-kain panas ni. Rimas aii tau!

Eh, lupa pulak nak kira balance duit.

RM105 - RM89.80 = RM15.20.

Eh, masih ada balance laaa....
Tapi takpelah... cukup-cukup la tu shopping.
Kata nak shopping tudung kan.
Ni dah melalut pergi beli pakaian kerja bagai...
Ni la pompuan... jangan percaya kalau dia kata dia nak shopping barang A je.
Mesti dia akan shopping barang A, B, C, D.....
 Lelaki, please take note ye..Hahaha....

Ok, time balik kena merentasi bazar di Masjid Jamek.
Merentasi okeh... skema gile ayat. hahaha...
Ok, dah dah dah..
Sambung citer.
Rupa-rupanya sekarang ni musim Diwali.
So ramai la umat-umat Tamil Hindustan semua duk bukak bazar sekitar lorong tu.
Banyak gile kot barang yang diorang jual.
Kebanyakkannya sari dan gelang.

Dah lalu kat situ, haruslah aku pandang-pandang barang yang diorang jual.
Tetibe je aku tertarik nak masuk dalam salah satu bazar.
Tengok gelang-gelang yang diorang jual.
Teringat kat Alya. So, beli 1 gelang kat dia.
Gelang murah je... RM4.


Alya suka sangat dengan gelang ni.
Kemain sekarang ni dia duk asik pakai je...

Kira-kira duit baki :-

RM15.20 - RM4 = RM11.20.

Dah beli gelang, terus menonong je berjalan balik rumah tak pandang kiri kanan dah.
Rasanya dah cukup kot aku shopping aritu.

Beli tiket balik LRT dari Masjid Jamek ke Universiti RM2.

So, total duit yang tinggal ialah RM9.20.
Duit tu masuk dalam tabung. Hehehe...

Tu mujur aku bawak RM200 je.
Kalau bawak RM500, silap-silap aku masuk dalam Sogo kot.
Hahaha...
Tapi tu la, macam yang aku cakap tadi...
Kite kena pandai limit kan apa yang kita nak belanja.
Time shopping tu jangan bawak banyak sangat duit.
Takut nanti kita terlebih belanja.
Balik rumah ternganga-nganga pulak tengok duit takde.

Aku pernah jadi orang yang boros dulu.
Shopping tak hingat dunia.
Beli macam-macam even barang yang tak penting pon aku sibuk beli.
But now, aku tak nak la boros lagi.
Jimat kan bagus... untung kat diri sendiri jugak.
Kan?


2 comments:

Mimy Hamid said...

dah lama tak gi top girl...ada design corak baru tak kat situ...harga?

diana aziz said...

Harga dia tengok pada design dan material kain. So far nana suke jugak pergi topgirl sbb baju2 dia selesa pakai plus murah skit kalau nk banding dgn kedai lain...