Monday, October 7, 2013

Dataran Merdeka

Salam readers...

Entri lama yang dah berkurun duk dalam draft box.
Ecehhh... berkurun katanya.
Padahal baru bulan lepas je letak dalam draft.

Aku dah lupe dah bila date kejadian.
Tapi rasanya tengah bulan lepas kot...
FZ bawak aku dan Alya pergi jenjalan kat Dataran Merdeka.

Yela, ate tengah bulan kann...
Haruslah jenjalan kat tempat free...
Kalau pergi shopping mall kang, kuar duit pulak bershopping yang tak dijangka.
Sekarang ni kena jimat.
Takleh boros-boros sangat dah.
Barang-barang serba-serbi mahal.
Bawak duit 50 hengget pon, barang ape je yang boleh dibeli.
Minyak naik, semua barang naik..
Haihhh.... kompem next election kerajaan kalah teruk.
Najib oh najib!
Ko saje je cari nahas nak kalah, kannn...

Eh, terselit isu semasa lak. heheheh...

Ok, back to the story.
Kitorang saje jela jenjalan kat DM tu.
Seharian duk terperuk kat rumah je.
Nak jugak amik angin luar..

Kebetulan kat DM tu tak ramai orang sangat...
Ade la 3-4 orang asing duk amik gambar sana sini.
Tapi tak kisah la...
Diorang tak kacau.
Kalau mat rempit ke, mat bumbung ke ramai-ramai duk lepak, memang aku tensi.
Sebab diorang ni suke tarik perhatian murahan.
Mat rempit suke press minyak kuat-kuat bajet terror sangat atas jalan raya.
Mat bumbung pulak sibuk pasang lagu techno kuat-kuat nak tunjuk speaker kereta dia hebat sangat...
Padahal spender pon mak kat rumah tolong cucikan.
Serius meluat dengan kaum-kaum cacat akal ni.

Eh, terlari topik lagi... hehee... 
Kalau bab melalut ni serah kat aku je la...
Ampun...ampun.......

Ok, back to the story again.
Dah pegi DM ni, haruslah snap-snap...
Tapi maap la yeee...
Kualiti gambar tak memuaskan.
Iollss takde DSLR laaa....
Kitorang snap gune kamera galaxy tab 7.0 FZ je...
Itu je la yang kitorang mampu.... :)



Takyah tengok aku..
Korang tengok budak kecik yang sibuk nak berlari sana-sini kat belah kanan gambar tu...
Bebas benor dia dapat berlari atas jalan raya.
Mementang la jalan depan Bangunan Sultan Abdul Samad tu ditutup...


Macam gambar lama pon ada...


Besauu nyee bunga kat baju baby. Hehehe...
Mak dia la ni yang belikan baju ni.
Katanya berkenan sangat...
Ok, fineee.... aku pakaikan aje.



Time ni baby tengok aku posing sambil silangkan kaki.
Pastu dia pun sibuk nak silangkan kaki gak..
Hahaha...


Agak-agak sape yang ajar dia posing depan kamera?
Acu teka... acu teka........ :)



Ikut hati dia nak berlari je.........
Aku ni duk risau kalau-kalau dia tersembam je.
Kang bengkak-bengkak pulak muka anak orang.

Tapi budak kecik kannn...
Dia tahu dia nak enjoy je...
Dia tak kire dah benda lain..
Haihh laaa.... seronok pulak jadi budak-budak.
Takde masalah pon nak kena fikir.


1 comment:

Mimy Hamid said...

nana ada satu lagi tempat best...gi kemensah ada air sungai cetek utk mandi besttttttttt