Wednesday, October 30, 2013

Kisah di HKL

Salam readers...

Berjam-jam duk pikir tajuk sampai ke sudah tak dapat-dapat.
Hoihh...
Ape ke susoh benor nok buakk tajuk neh?
Takpe, tinggalkan tajuk.
Kendian-kendian nanti baru pikir balik.

Sorry la lama tak berupdate.
Aku balik kampung minggu lepas uollsss... Sekarang dah ada kat KL dah.
Nenek aku tenat sekarang.
Kahak tersekat di kerongkong dan dada sehingga menyebabkan asma yang teruk plus 2/3 paru-paru nenek dah rosak.
Kalau diikutkan, keturunan kitorang takde yang kena asma.

Well, what to expect?
Nenek dah berumur 80+ tahun.
Orang tua haruslah sakit sana-sini.
Malah kita semua pun sedia maklum yang mati itu pasti.
Kita ni muda-muda pun belum tentu ajal bila, kan...

Semalam aku dah call kampung.
Mummy cakap nenek ok.
Dah start makan bubur.
Sebelum ni nenek takde selera makan sangat.
Nasi memang dia taknak telan langsung.
Roti pun makan sikit-skit je.

Tapi sebab mummy dah kata ok tu, so aku tenang la sikit kat sini.
Dah beberapa hari dah aku tido tak lena pikirkan nenek.
FZ suruh aku jangan fikir sangat sebab aku pun bukannya sihat sangat lately.
Dia kata itu baru nenek.
Kalu terjadi kat parent cemana laa aku agaknya...
Nak buat cemana kannn...
Dia la satu-satunya nenek yang aku ada.
Yang lain semua dah takde.

Alhamdulillah kesihatan nenek makin elok.
Hopefully dia akan segera sembuh.
Takmo sakit-sakit dah.

Ok, lupakan segala kesedihan yang dialami.
Hidup kena happy selalu. Barulah awet muda.
Tak gitu?

Baru-baru ni aku ada cakap aku pergi HKL buat check up.
Lately aku tak tahu kenapa aku rasa sesak dada. Semput orang kata.
Sesak yang melampau macam asma gitu.
Nak tido, bangun tido, duk relax.....
Sesak dada tu datang secara tiba-tiba tak kire masa.
Kompius dah aku.
Rasa cam nak mati pun ada.
Even kalau gelak sangat pun, mesti aku terbatuk-batuk sebab tak cukup oksigen.
Adehhh..... cemana nih?
Dah la aku memang suka gelak.
Orang tak buat lawak pun aku gelak jugak.
Cemana tuh?
Psiko gile.
Hahaha..... ha, tengok tu. gelak lagi.

Aku dah pergi check kat klinik panel.
Pastu doktor cakap aku stress.
Masa tu aku ingat betul la sebab aku memang stress pun.
Stress banyak kije plus tension dengan manusia-manusia yang buat kerja lembsss..
Aku ni pun lembsss jugak tapi bila ada due date tu reti la nak siapkan before due.
Ini tak.... due date semalam, hari ni baru hantar paper.
Yang kena bising nanti, aku jugak...
Kan stress kalu gitu.
Pastu kalau fail lambat sampai ke ape, pandai pulak kata aku lembsss.
Padahal dia yang buat kerja cam haram jadah.
Grrrr......
Eh, tetibe terluah perasaan kat sini pulak. Theheheh...

Tamat segala stress, aku ingat semput aku ni akan baik la..
Rupa-rupanya tak.
Paling teruk bila time nak tido.
Semput macam kena tindih gitu.
So, aku tak puas hati dengan result klinik panel.
Lagipun klinik tu bagi ubat batuk, allergic dan gatal tekak.
Padahal aku dah cakap dah aku bukannya batuk.
Even tekak aku pun takde pun rasa gatal ke ape.

Then, aku request kat FZ suruh dia bawak aku pergi HKL.
Kalau boleh nak check lagi.
Mane la tahu result lain kan.

Hari Rabu minggu lepas aku EL.
Tahu dah kalau pergi HKL mesti lama punya berkampung kat sana.
Dah la sesat barat masuk dalam tu.
Wad pesakit luar dah berpindah kat tempat lain.
Menggagau jugak la cari mana tempat tu.

Dah sampai je, daftar dulu pastu bayar singgit.
Nasib hari tu orang tak ramai sangat.
Sekejap je duduk, terus nombor giliran aku dipanggil.
Sebelum masuk jumpa doktor, kena check BP dulu.


BP aku - 168/77.
Attendant hospital tu cakap BP aku tinggi but not considered as unhealthy.
Nasib badan la kann...


 Lepas tu, baru boleh jumpa doktor.
Aku pun ape lagi, citer la macam-macam kat doktor.
Doktor check sikit-sikit, pastu dia cakap aku bukannya stress ke ape.
Sebab kalau stress, nafas aku takkan ada bunyi.
Time check tu, doktor dengar nafas aku berbunyi kuat.

Doktor bagitahu aku ada banyak kahak dan tekak aku pun dah mula merah-merah.
Plus saluran hidung aku pun dah bengkak sikit.
Doktor suruh aku masuk ke bilik sebelah untuk ambil ujian pernafasan dan kalau perlu, baru boleh amik nebuliser.

Masa buat ujian pernafasan, masa tu la aku semput.
So, memang fail la kann...
Terus nurse suruh aku duduk atas kerusi dan bagi nebuliser.


First time dapat nebuliser.
Best hoihh... Sejuk je...
Tapi aku tetap semput jugak. Ha, cane tuh?


Sebelah aku ada baby kecik dan mak dia.
Sian budak kecik ni.
Melalak-lalak takmo nebuliser sampaikan nurse kena tolong pegangkan baby ni.
Last-last nurse bedungkan dia, terus takleh gerak.

20 minit gak la aku buat nebuliser.
Pastu kuar bilik, nurse suruh rehat selama 20minit lagi.
Lepas 20minit, barulah masuk balik dalam bilik yang sama sebab kena buat ujian pernafasan lagi.
Kali ni ada peningkatan.
Alhamdulillah.
Terasa la berbeza sebelum dan selepas nebuliser tu.
Nafas rasa makin lancar je.

Then, barulah pergi ke farmasi hospital untuk amik ubat.
Aku dapat ubat cari kahak pil untuk kunyah dan pil untuk telan dan ubat batuk, just in case kalau aku tetibe batuk teruk.

Kitorang berkampung kat sana dari pukul 10pagi sampai 3 lebih petang.
Lama tuuu... Sebab tu aku amik EL.
Sian FZ tak makan minum sebab temankan aku kat sana.

Sekarang ni semput aku still ada.
Paling teruk bile time nak tido.
Cam semalam aku semput masa aku tengah tido.
Nasib baik aku boleh tahan.

Kadang-kadang aku pelik sebab aku sakit sana-sini tapi by the time pergi jumpa doktor, doktor cakap sakit biase.
Tapi aku yang sakit ni tahu yang aku bukan sakit biasa.
So, next aku akan pergi berubat cara tradisional pulak.
Just ikhtiar. Mane la tahu kalau ada apa-apa.
Kalau takde apa-apa, alhamdulillah. *Hopefully.





6 comments:

Mimy Hamid said...

panjang umur nenek nana dah 80++...nana take care jgn menstresskan diri..jaga badan nak pakai lama

Emynz said...


padan la time aku datang mimy kate ko el semput.

ko gi panel mane kat tm tu? kadang panel tu cam merepek ,dulu aku pegi kate aku sakit buah pinggang. padahal demam biasa jek. cam bingai eh terkutuk

get well soon beb

diana aziz said...

Mimy : Nana dh nk start diet... tp nana kn ada gastrik. tergendala la skit niat tu... sob sobss....

diana aziz said...

Emynz : Aku pegi yg menara punye. yg dekat dgn surau tu... gile la demam kata sakit buah pinggang... silap haribulan diorg operate buah pinggang ko, sia2 je. hahaha... tq beb!

Reena Kamarudin said...

get well soon diana. jangan minum ais sangat tau. sebab saya pun ada semput. memang neb dengan saya dah jadi sahabat la huhuhu. take care.

diana aziz said...

Reena : Tq awk... oo psl ais eh? adesss... cane nk stop minum ais ni? nikmat dunia tuu....