Wednesday, October 30, 2013

Musim hantu-hantu kah?

Salam readers...

Terbaca blog Kak Di tentang sihir dan langsuir.
Ada orang sampai mati eksiden dek nampak langsuir bertenggek kat wakaf sebuah kampung di Manir, Terengganu.
Hoihhh, Manir dengan rumah aku kat kampung tu sebelah menyebelah je ok.
Memang dekat sangat.

Tetibe teringat masa balik kampung minggu lepas.
Masa tu aku, daddy dan Misha singgah ke Giant lepas melawat nenek kat hospital.
Masa tu dah maghrib.
Kitorang pergi Giant pun sebab nak beli barang-barang nak buat aiskrim goreng.
Anak-anak sedara aku sibuk sangat nak makan aiskrim goreng.
Sian pulak...

Lepas balik shopping barang, kitorang dah tak singgah mana-mana dah.
Terus balik rumah.
Dah sampai rumah, memang dah jadi amalan kitorang satu rumah mengunci pintu pagar.
Bahaya kot kalau dibiarkan pagar terbukak.
Orang-orang kampung tu bukannya boleh percaya sangat.
Ramai yang drug addict.
Pencuri pun ramai.
So, sebagai langkah keselamatan memang kitorang akan make sure pintu pagar akan tertutup rapat.

Daddy dah parking kereta kat garaj.
Aku pulak pergi kunci pagar.
Misha temankan aku kat belakang.
Pastu tetibe Misha cakap,

"Angah, cepat sikit. Kat sini ada orang minyak..."

Aku dah macam... pffttttt!!!

Orang minyak??
Ok, ngeri disitu.

Cepat-cepat aku kunci pagar dan masuk dalam rumah.

Bila baca blog Kak Di tadi, tetibe aku terfikir.
Sekarang ni musim hantu keluar merayau ke?
Langsuir laa...... sihir cahaya api la..... orang minyak laaa...
Macam-macam hal.
Nak percaya pun rasanya macam tak nak percaya.
Tapi manakan pokok bergoyang kalau takde angin. Ye dak?

Ishhh... ngeri betul.
Nasib masa balik kampung aritu takde apa-apa yang berlaku.
Dah la aku tido sensorang kat ruang tamu besar tu.
Dibuatnya tetibe pocong berdiri depan aku, tak ke kejung aku jadinya??

Ok, meremang bulu roma tetibe.
Takuittt!!!




4 comments:

Mimy Hamid said...

itu rumah nana tengah bandar...umah mil rumah kg huhu lagi la takut

lady scooter said...

mmg musim kot...he3.... kitorg kat opis pun sejak semenjak ni gemar buka citer2 pasal mistik nih...he3

diana aziz said...

Mimy : tu la kann... ishh... tkt plak.

diana aziz said...

Lady scooter : dh jd musim kot... ingatkan kite ni ada musim hujan, musim panas, musim buah je... rupa2nye musim hantu pun ada. hehehe