Wednesday, October 30, 2013

Nasi lemak mak FZ yang nyum nyum...

Salam readers...

Just nak kabo, raya haji ari tu kan FZ ada balik kampung.
Time dia balik KL tu, dia datang jumpa aku dulu kat opis.
Masa dia datang tu, aku tengah lunch dengan Mimy, Ika dan Kak Shy.
Kemain kelam kelibut aku berlari dari kedai makan kat opis sebab FZ tak tahu kedai yang aku makan tu.
Pastu dia pass aku something....

Aku ingat ape laa...
Rupa-rupanya nasi lemak dengan sambal telur yang mak dia masakkan untuk aku.
Karipap sardin pun ada jugak.
Yang mak dia jugak yang buatkan.
Pastu paksa-paksa aku makan time tu jugak.
Padahal aku dah makan nasik kat kedai makan tadi.
Dia cakap kalau aku tak makan, nanti basi.
Ishh....

Lelaki ni menggelabah tau.
Kalau setengah hari, mana nasi tu basi.
Kalau semalaman tu lain la citer.
Balik rumah after opis hour, aku panaskan nasi lemak tu.
Pastu makan sambil tengok tv.
Nyumsssss....


Boleh tahan la nasi lemak dia.
Sambal tu pedas gile....
Sampai mengalir air mata aku makan sambal tu.
Sambal telur tu mak dia masakkan lebih untuk aku simpan dalam fridge.
So lain kali boleh la aku panaskan balik dan makan dengan nasi putih.
Karipap tu pun sedap.
Pandai jugak mak dia masak... Tabik spring skali!

Ok, tu je yang aku nak citer.
Haha...

2 comments:

Mimy Hamid said...

amboi rasa airtangan mak mertua...hiihih..

diana aziz said...

FZ la sibuk bgtau yg nana nk rase nasi lemak Johor. sb tu tetibe je mak dia masak siap bwk sambal lebih srh simpan...