Tuesday, October 15, 2013

Salam aidiladha dari perantau

Salam readers...

Tajuk takleh blah macam kann duk jauh benor.
Hahaha...

Aku update di tengah malam.
Maklum laa kebosanan duk rumah sensorang.
Housemates lain semua dah balik kampung.
Tinggal la aku tercongok sorang diri dalam bilik ni mengadap tv tunggu nak tengok citer 'My bloody Valentine'.
Aku kan suke citer seram-seram bunuh ni...
Psiko gile kan..
Hehehe...

FZ pulak dah selamat jugak sampai di kampung petang tadi.
Kalau dia ada, esok kompem la aku kuar.
Tapi sekarang ni dia dah takde, so aku just duk rumah je la kot.
Tak pun pergi jenjalan sensorang ke MV.
Owh, siang tadi seronok jugak jalan-jalan sensorang kat Jalan Tar.
FZ hantar aku kat depan Globe.
Pastu dia balik Johor, aku lak pergi jenjalan cari tudung murah.
Dah lama sangat dah aku tak shopping tudung.
Yela, aku kan free hair.
Kat opis je pakai tudung.
But, hopefully kali ni aku pakai tudung terus laa...
Dha shopping banyak tudung tadi.
Entri pasal tu lain kali aku upload eh.

Esok hari raya aidiladha.
Kemain mummy bising sebab aku tak balik.
Aku nak balik cane.... cuti sekejap je kott...
Ingat naik bas tu tak penat ke walaupun duk saje.
Kemain dia membebel macam salah besar aku tak balik.
Haihhh laaaa... mummy...mummy....

Memang dari awal aku plan taknak balik raya kali ni sebab aku nak rehat puas-puas.
Hari kerja aku dah penat sangat-sangat.
Balik pon lewat.
So, biarlah hari cuti ni aku betul-betul cuti.
Makan-tido-makan-tido.
Kan best....

Aku tengok dalam FB ramai je kengkawan aku yang tak balik kampung.
Yela, kat KL ni cuti raya sehari je.
Kalau kat Terengganu, Kelantan, Kedah, diorang semua cuti 2 hari.
Bestnya dapat cuti lama kan...

Ok, sempena raya kali ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada keluarga, sahabat handai dan readers semua.
Jangan dilupa amalan mengagihkan daging korban ye.
Aku tengok amalan ni dah semakin dilupakan terutamanya di bandar-bandar.
Tetibe teringat masa kecik-kecik dulu daddy selalu bawak aku tengok orang melapah daging korban kat kampung nenek.
Seronok ok...


Salam aidiladha.
Maaf zahir dan batin.


4 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Selamat Hari Raya

diana aziz said...

Salam aidiladha, en.abil.. :)

Mimy Hamid said...

nana i support u pakai tudung...takpe make it slowly jangan tergesa kalau dah ready tak nak buka dah...percaya la cakap ku...slowly kwy jangan ikut org

diana aziz said...

mimy : Tu la... ni baru 1st step... slow2. nana xnk mdadak sgt. thu dh hati ni bknye kuat sgt nk lawan hasutan syaitan. huhu...