Friday, November 8, 2013

Bertiga jalan-jalan di Zoo Negara

Salam readers...

Hari ni dah hari Jumaat.
Esok ada temujanji di nogori tu hah..
Nak berubat katanya.. Hopefully aku tak menderita sangat.
Takuitt hoih....
Dibuatnya muntah berdarah ke ape.... hohoho....
Ok, stop stop...
Takmo citer banyak pasal benda ituu...

Sambung citer pergi ke Kemensah tu.
Nak pergi ke Air Terjun Kemensah tu kan kena lalu sebelah zoo.
Dalam kereta si tecit Alya duk bunyi bising dah..
Nak tengok gajah, nak tengok gajah.
Minat benor dengan gajah.

Kat rumah tu kalau pasang channel animal planet, mesti sibuk cakap nak tengok gajah.
Sama jugak kalau bukak youtube.
Takdenye nak tengok barbie ke ape..
Sibuk nak tengok gajah.
Ape yang dia suke sangat dengan gajah tu tatau la...

So, kitorang decide nak pergi zoo on the next day.
Lagipun dah lama dah aku tak pergi zoo.
Last pergi 3 tahun lepas.
Masa tu awal-awal kapel dengan FZ.
Amboiihhh, dating sampai ke zoo. Hahah..

Pergi time hari cuti, kompem la ramai orang kat zoo tu.
Parking depan entrance tu memang dah full.
Bas persiaran pun banyak.
So, kitorang parking Bay B.
Tak kisah la parking kat mana-mana kan.
Yang penting tak jauh sangat nak menapak masuk.
Yela, kalau aku dengan FZ saje takpe.
Ni bawak si kecik ni, jalan jauh-jauh kang merungut penat pulak..

Parking kat Bay B, so kena masuk entrance belakang.
1st jumpe tempat pameran ikan dulu.


Baru je sampai, tudung aku dah senget benget dah.
Ni la gayanya kalau orang baru nak try pakai shawl.




Ikan-ikan kat dalam ni besar gabak.
Ape yang dia makan, tatau la.
Kalau digoreng ikan ni, aku pun geli tekak nak makan sebab besor benor...

Then jalan-jalan lagi...
Ramai orang hoihhh..
Nak naik tram pun tak sompek haa...


Nahhh... sampai jugak ke bahagian gajah.
Tengok la puas-puas...

Topi yang Alya pakai tu memang best.
Ada kipas solar.
Sejuk la sikit bila kipas berpusing.
Tapi sekejap je dia pakai pon.
Last-last aku jugak yang pakai.
Tak kisah la.. aku lagi suke.
Murah je pon topi tu. RM10 je.


Lama kemain duk depan gajah...


Mase ni berhenti rehat jap depan rimau.
Rimau pulak time tu tengah buat tayangan perdana.
Sibuk duk ehem-ehem depan orang ramai.
Dah settle ehem-ehem, berkejaran sesama sendiri.
Romantik benor...

Pastu dedua masuk dalam kandang.
Sambung ehem-ehem lerr tuu..
Hahahah...


Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?

Ok, lalu kat bangau pulak.
Banyak gila bangau.
Pastu duk statik lak tu. Tak bergerak-gerak.
Dah kau kenapa Alya posing tayang perut? Kau ingat kau seksi?


Lawak pulak aku tengok gambar ni.
Bajet model sangat.... walhal... hmmmm....
Berak pon orang tolong cucikan. hahaha...


Dah start dah dia punya gedik...
Nyampasss...


Eh, aku rupanya yang tukang ngajor dia posing... hahah..


Sampai di Ape Centre pulak.
Haram jadah punya boifren kate apes tu sedara aku.
Hoihhh!!


Padahal apes tu sedara dia.
Lagi taknak ngaku! Hoh!

Habis pelusuk zoo kitorang pergi.
Sempat jugak tengok persembahan kat amphitheater.
Mase tu malu gile aku... tetibe bahagian belakang tudung aku ni terkuak sampai nampak rambut.
Tatau la sejak bila tudung jadi macam tu.
FZ pun satu. Langsung takde nak tegur ke ape...

Cuma 1 je yang aku perasan sejak pakai tudung.
Sikit pon aku tak rasa panas bila kuar jalan-jalan.
Padahal mase pergi zoo ni cuaca boleh tahan terik.
Sikit pon aku tak berpeluh.
Alhamdulillah... Tuhan permudahkan situasi aku untuk terus berhijab.

Doakan semoga aku dikuatkan iman untuk terus berhijab sampai bila-bila...



2 comments:

Mimy Hamid said...

xde rezeki kita nak jumpa nana ek...mimi dari pintu masuk utama...pastu terus ke gajah last baru akuarium

diana aziz said...

Kan... sebab mimy pegi dah petang.. nana pegi pagi. orang ramai gile time tu..