Wednesday, November 20, 2013

Birthday celebration by ofismate... surprise yang tak menjadi. heheh

 Salam readers...

Kata FZ, start dari 13 Nov ari tu tak habis-habis dengan birthday aku.
Eh, sokati la kann...
Dah diorang nak celebrate. bia laaa...
Dengki la tuh.. weekkk!

14 Nov petang, tetibe opismate aku Min datang tempat aku.
Merayu-rayu suruh aku temankan dia makan kat Secret Recipe on the next day (15 Nov).
Katanya teringin benor nak makan pasta.
Aku ni ok je. Tak kisah la kan.
Lagipun SR tu bawah opis je. Dah lama tak makan SR.
Last makan mase dengan FZ bulan lepas.
Min suruh aku booking table. Takut kalau tak book nanti tak dapat seat.
So, aku book je la.

The next day, aku cam biase datang opis.
Awal-awal pagi Min sibuk la duk tanya "jadi eh lunch hari ni.."
Aku cakap jadi je laa...
Sikitt pun aku tak suspect ape-ape.

Sampai laaa ada mase terluang aku pegi lepak kat tempat Min.
Aku dah lupe ape yang aku tanya sampaikan tetibe je Khairol nyanyi lagu happy birthday.
Aku dah macam...errrrr???

Tetibe Leen pulak cakap,

"Hoih, mulut lembik tul la..."

Kat situ baru aku tahu yang the girls plan untuk celebrate birthday aku.
Kantoi disitu... aku gelak syaitoonnn je.
Kahkahkah....
Surprise tak jadi... serius lawak...

Dan tibalah waktu lunch.
Aku, Leen, Maziah dan Min turun pergi SR.
Order makan semua.
Tetibe lepas order makan tu, waiter tanya,

"Tadi aku order extra kan? 1 slice red velvet cake?"

Aku terpinga-pinga.
Setahu aku masa aku booking seat, takde pulak aku order kek.
Leen, Min dan Maziah dan tersengih-sengih.
Ooo... diorang order kek without pengetahuan aku rupanye...

Leen : Adoiii.... kenapa tanya sekarang?

Aku gelak-gelak.
Diorang kantoi lagi. Kahkahkah....

Barulah aku tahu, lepas aku booking seat, Maziah dengan Leen turun senyap-senyap pergi SR order red velvet.
Serius aku gelak macam nak pecah perut.
Kesian diorang.
Punyalah plan macam-macam, tetibe kantoi cenggitu je.


Maziah. Adik manis dalam opis aku.
Ha, single lagi ni...
Contact aku kalau rasa-rasa berkenan.
Paling penting, dia pandai buat puding jagung. Hehehe...


Min... single and available.
Siapa yang berjaya curik hati dia, memang aku tabik spring.
Tak pernah kapel dari kecik nih.... anje angat-angat!
Kalau berkenan, contact aku jugak. hehe...


Leen... minah kelate yang homel-homel...
Dah nak tawen dah bulan depan...
Beli blender je la untuk kawin dia.. boleh?
 Hahahah....


Eh, tetibe gambar menu pulak.
Yang ni menu Leen. Curry laksa kot.
Macam sedap je... macam terliur je....


Spaghetti Maziah punya.
Min makan nasi. Tatau la ape nama menu dia.


Yang ini pilihan aku.
Fish & chips.
Serius aku suka makan fish & chips.
Ate orang Ganu kite kann...
Haruslah tak lari dari ikan.


Inilah kek red velvet nye...
Siap ada lilin bagai...
Malu ai tau.
Pastu diorang semua nyanyi lagu happy birthday to you.
Hoihh... dah tua-tua ni still nak sambut birthday.
Pastu diorang saje je tau nyanyi kuat-kuat.
Isshhhh... nasib orang meja sebelah tak dengar.


Pastu diorang terliur tengok rv cake aku.
Terus diorang beli jugak rv cake tu.. hehehe...


Eh... birthday girl la...
Hahaha... poyo sangat!


Tiup-tiup cake...
Hehehe... cam kanak-kanak ribena plak rase.


Olo..olo..olo... main suap-suap lak...
Over tau!
Hahaha...

Terima kasih la kat kengkawan yang ingat birthday ai yang dah tua ni...
28 tahun dah kot umur aku. Waaaa... dah tua dahh...
Terima kasih sebab belanja Kak Na.
Terima kasih sebab buat Kak Na happy dengan celebration ni.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk sama-sama celebrate birthday Kak Na.
Sayang korang ketat-ketat.

Eh, citer tak habis  lagi laaa...
Dah naik opis, Mimy lak call.

Mimy : Nana ada opis tak?
Aku : Ada. Meh la naik...

Opis Mimy kan tingkat 19.
Opis aku pulak tingkat 51.
Tinggi tu.....

Mimy sampai je opis aku, terus dia hulur something.
Wahhhh.... dapat kek lagi.....
Eh, bukan tu je.
Ada benda lain jugak laa..


Dapat kek coklat cheese dan popcorn ala-ala garrett.
Sedap...
Tak pasal-pasal ada opismate yang order popcorn tu.
Sebijik macam garrett. Paling penting, harga dia jauh lagi murah...
Btw, TQ mimy atas kek yang sangat sedap tuu...
Serius sedap..!
Mimy tahu aku memang peminat tegar coklat .
So cake ni memang sesuai la dengan selera aku. Pekat gile coklat.

Terima kasih YA ALLAH kerana mengurniakan aku kawan-kawan yang baik.
Syukur alhamdulillah!






2 comments:

Mimy Hamid said...

masa nak beli kek tu dah pikir...kang aku beli cheese confirm nana ni buang hehe..at last nampak choc cheese

diana aziz said...

Haha... tq mimy! Kek tu sedap....