Monday, November 18, 2013

Bunyi baby menangis dan jeritan perempuan terjatuh dari lif di Highland Tower... serius seram!

Salam readers...

Citer awal bulan baru-baru ni.
Dah laa aku memang tak 'sihat'.
Pastu lagi gatal nak tengok citer seram bagai kann...

MIG ada menerbitkan filem seram baru - Highland Tower.
Aku ni kalau setakat filem Jangan pandang belakang congkak tu takde nyee aku nak labur duit tengok wayang. Membazir.
Tengok free dalam internet pun dah kire membazir waktu.
Inikan pulak nak tengok wayang kann...
Tapi kali ni filem Highland Tower memanggil-manggil aku untuk booking online tiket wayang.
Aku booking without pengetahuan FZ lak tu.
Lantak la kann... kalau aku kata aku nak tengok, nak tak nak kena jugak tengok.
Tengok trailer pun dah seram meremang tengkuk aku bagai..
So, aku rasa berbaloi tengok movie ni.
Dann lagi bestt kalau tengok di waktu malam.. haha..
Saje je kan cari nahas.

Ikutkan hati aku nak amik tiket paling lewat malam.
Tapi on that day tiket yang paling lewa pun pukul 8 malam je.
Takpelaa... Consider malam jugak tu.

Lepas maghrib, aku dan FZ kuar pergi MV.
Suke la pergi tengok wayang kat MV sebab seat dia best.
Pastu ruang menunggu besar.
Kalau tengok kat E-Curve aku rimas sikit sebab dah la ruang kecik, dia punya siling pun rendah je... Rimas aku!

Ape-ape hal pun, sebelum tengok wayang, marilah kite makan malam dulu.
Kitorang masuk dalam Aeon Big.
Makan kat Hot deli - western food.




-kami-


Spaghetti baked seafood.
Sedap!
Ada udang besar-besar, mussels yang tak hanyir, lala yang sedap dan sotong yang lembut!
Ha, terliur tak? Terliur tak?


Milo ais aku punye, oren jus FZ punye..


FZ order chicken chop.
Pun sedap... FZ suap sikit-sikit pun buat aku rasa cam nak telan semua. hehe..

Dah makan, marilah naik ke tempat wayang.
Eh, senang gak booking online ni kan.
Takyah beratur beli tiket.
Dah la wayang kat MV ni selalu ramai orang.


Gedik sungguh tak padan dengan tua.... anak sape la ni?


Yang ni control hensem je manjang..... padahal takut nak tengok movie ni.. dah tau dahhh...


Imej aku sekarang. Imej ler sangat kannn...
Hahaha...

Sekarang ni seperti yang korang sedia maklum, aku dah start bertudung.
Tapi tak sepenuhnya lagi tau..
Kekadang ade jugak la terbabas malas pakai.
Contohnye kalau nak turun pergi kedai bawah rumah tu ke....
Ataupun kuar kejap pergi area dekat-dekat dengan rumah.
Slow-slow la nak berhijrah kann..
Tapi so far setakat sekarang ni tak pernah lagi la aku kuar jauh-jauh pergi shopping mall free hair.
Alhamdulillah la...
Doakan supaya aku terus berhijab ye uollss...


Dah masuk dalam hall.
Memula masuk aku tengok tempat banyak yang kosong.
Bila dah pukul 8 lebih tu, tengok-tengok hall penuh.
Indon pun ramai.
Bebudak sekolah pun ramai. Datang dengan pakwe makwe masing-masing.
Over sangat kannn berani tengok citer hantu memalam.

Tapi filem Highland Tower ni memang berbaloi la tengok kat wayang.
Menyeramkan dan menakutkan.
Tambah pulak filem ni dilakonkan di kawasan highland tower tu sendiri.
So, boleh la tengok ape yang ada kat sana.
Kalau nak pergi tengok sendiri memang tak laa kan... confirm la lalu depan Highland tower tu pun aku tak mau.
Tu cari nahas namanya...

Tapi dalam filem ni dikatakan bunyi suara baby menangis dan perempuan menjerit jatuh dari lif tu memang betul.
Wallahualam.
Kalau betul, memang seram la sebab bunyinye tu Ya ALLAH boleh gugur jantung aku ni ha...
Aku ni sampai tutup telinga..
Ya, memang aku penakut.
Hoihh, sape yang tak takut bile dengar pompuan menjerit seram macam tu.
Korang dengar kucing mengiau tengah malam pun boleh terkincit, ini kan pulak dengar pompuan menjerit.

Oleh sebab tak puas tengok wayang movie tu,  aku langgan movie tu dalam astro first.
Heheh... FZ cakap membazir.
Tapi aku ade pe hal? Dah movie tu best.
Tengok ulang kali pun tak muak... tapi makin kite tengok banyak kali, makin kurang la seram dia tuu..

Apepun, movie ni memang best!
Thumbs up!!

SINOPSIS
Kisah dua sahabat iaitu Mika dan Nizam yang ingin membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram di bangunan bersejarah Highland Tower. Dengan bantuan produksi MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapat dana untuk merealisasikan impian mereka.
Pihak produksi telah menambah pasukan Mika dan Nizam dengan kemasukkan Edy, Shima Anuar dan Atikah. Pada malam pertama membuat liputan, macam-macam kejadian aneh berlaku sehingga ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan dan kamera lampu tiba-tiba terpadam.
Lagi mengejutkan, Shima telah hilang dan disembunyikan oleh sesuatu.Team Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shima sehingga jumpa. Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower dan ada benda yang telah mengikut mereka.



2 comments:

Mimy Hamid said...

ko cari nahas nana tgk malam hahaha...ye astro first dah ada...cari time nak tengok hehehe takutttttttttt

diana aziz said...

Ala, mimy.. kalau tengok banyak kali, dah tak takut dah... sound efek je yang menakutkan sikit... tengok la.. nti leh review same2.. :)