Tuesday, November 12, 2013

Dia nenekku

Salam readers...

Baru masuk hari Selasa.
Ada lagi 3 hari bekerja.
Lemau hoihhh.... dah la semua staff pompuan unit aku ni takde.
2 orang outstation, lagi sorang ada course pulak..
Habis laa geng lunch aku.
Kena lunch sensorang... sobss...sobsss...

Aku baru ada kekuatan untuk menaip entri ini.
Sebelum ni taip sikit-sikit, pastu delete.
Pastu taip balik, then delete...
Belum bersedia nak bercerita kononnye.

Nenek aku... yang aku panggil as mak.
Based on her IC, dia dilahirkan pada tahun 1931.
Now, she is 82 years old.
Awal bulan lepas, beberapa kali dia dimasukkan ke hospital Kuala Terengganu.
Kerana penyakit asma yang tetibe datang menyerang.
Padahal keturunan aku takde pun penyakit asma ni..
Rupa-rupanya 2/3 daripada paru-paru mak dah rosak.
No wonder la dia lelah.

24 October lepas, aku dapat call dari kazen aku, Kak Ja.
On that time aku ada kat office SSM, Sentral KL.
Ayat kazen aku pulak takleh blah,

"Na, nok kabo je ni... Mok sampai mase doh tu... sume orang ada kat spital doh..."

Aku punyalah panik.
Menggigil kepala lutut.
Aku suruh Leen dan Ezzat je settle kan kije.
Tak lama lepas tu Abang Yu pulak call.
Bagitahu mak dah tenat.
Abang Yu cakap dia tak dapat call Kak Long.
Katanya Kak Long tak jawab call.

Then, aku call office Kak Long.
Dia takde, officemate bagitahu dia kursus.
Then aku mintak nombor kawan Kak Long yang berkursus sama-sama.
Akhirnya dapat jugak aku bercakap dengan Kak Long.

Kitorang plan malam tu jugak kitorang balik kampung dengan bas.
Hari tu terus aku amik half day.
Bagitahu bos and all staff, then FZ datang pick up aku kat opis.
Terus pergi Hentian Putra beli tiket bas Sani Ekspress.

Sampai kat KT awal pagi kul 4.30.
Iwan datang pick up aku dan Kak Long.
Tak lena pun kitorang tido dalam bas tu duk fikirkan mak.
Dah sampai kampung, tak pikir panjang dah terus sambung tido.
Mata bengkak hoihh sebab tak tido.

Macam biasa waktu melawat kat hospital pukul 4.30 petang sampai 7 malam.
Sepanjang time melawat tu aku dan family duk kat hospital.
Tengok keadaan mak memang macam nazak.
Tak bercakap sangat..
Bernafas pun guna bantuan oksigen.

So far on that day takde benda yang berlaku.
But hari kedua aku datang melawat, 2 kali mak nazak.
Masa tu aku menangis toksah cakap laa...
Sedih tengok mak.
Nyawa macam dah hujung-hujung.
Kak Long pulak melalak kuat kemain...
Siap peluk-peluk aku.
Cucu-cucu semua menangis.
Iwan sampai muntah-muntah sebab tak sampai hati tengok mak macam tu.
Anak-anak mak semuanya relax.
Macam dah redha untuk lepaskan mak pergi. T___T

Sebelum mak nazak tu, aku ada la panggil nurse untuk pakaikan mak oksigen.
Kitorang sedara mara manalah reti nak pulas tong oksigen tu cemana kan...
So, aku pergi panggil nurse kat kaunter untuk tolong bukakan oksigen.

Aku : Nurse, nak mintak tolong...
Nurse : Tolong apa?
Aku : Nenek saya nak guna oksigen, tapi kitorang tak pandai nak buat.
Nurse : Siapa? *muka berkerut-kerut.
Aku : Nenek saya.
Nurse : Siapa? *sambil angkat-angkat kening.
Aku : Nenekkk saya.
Nurse : Yela, tapi nama apa?
Aku : Hasnah. I can bring u to her room. No need to tell u her name!

Hangin betul aku.
Banyak soal lak kann...
Nak tahu nama nenek aku bagai.
Nak buat apa nak tahu nama bagai? Nak puja-puja?
Relax je dah la... Ikut je aku masuk dalam bilik mak.
Takyah soal banyak-banyak.
Menyampah pulak aku dengan nurse camni.
Poyo nak tunjuk kuasa.

Aunty aku cakap nurse kat situ memang poyo-poyo.
Biasenye doktor relax je.
Nurse je yang lebih-lebih.
Grrr...

Walaupun mak 2 kali menghadapi sakaratulmaut, ALLAH SWT tetap panjang umur mak.
Alhamdulillah mak ok selepas doktor buat rawatan.
Till today, mak masih ditahan di hospital.

Memula mak duduk di 1st class ward.
Tapi tu la, melihatkan keadaan mak yang tak stabil tu, mak kena tukar ke wad biase.
Sebab kalau wad 2nd dan 1st class, takde doktor yang on call tengah-tengah malam.
Yang ada cuma nurse je.
Kat wad biasa, tengah-tengah malam pun doktor ada untuk pantau mak.
So, mak kena pindah wad.
Tapi korang tahu la wad biasa tu cemana keadaannya.
Sempit, penuh orang ramai.
Rimas pun ada. Tapi nak buat macam mana.
Semua ni untuk kebaikan mak jugak.
So far, till now mak ok.
Cuma doktor still tahan dia kat hospital.





Gambar-gambar kat atas ni semuanya gambar yang Iwan whatsapp kat aku mase 1st time mak masuk hospital.
Time ni aku tak balik kampung lagi.

Semoga mak diberikan kesihatan yang baik.
Amin.

4 comments:

Mimy Hamid said...

panjang umur nenek nana...dah 82 tahun usia...apa rahsia ye...

nana nak lunch meh la sama...aduhai

emi mohamad said...

Semoga cepat sembuh..
pengalaman jg arwah mak dulu gitu la kt hospital KT..
siap gaduh ngan nurse n emi report kt sister dia..sister dia merayu mtk maaf..tp empunya bdan xmari pon mtk maap..dasarrr....

diana aziz said...

Mimy : ALhamdulillah mimy... dia dipanjangkan umur. dia la satu2nya nenek yg nana ada skrg,,

diana aziz said...

Emi : Tq, emi.. nurse ni kita xleh bg muka sgt kot... sat gi dia jadi poyo... sb tu nana xsuke.. kita ni ckp dgn dia smbil snyum2 tp dia bls kite dgn muka masam... klu x sabit ke mok, mmg nana sound je..