Wednesday, November 13, 2013

Kena paksa rela belanja

Salam readers...

Citer bulan lepas, baru sekarang menggelupur nak publish.
Kisahnya hari kitorang dapat gaji.
Unit aku ni dah jadi amalan kalau ada staff baru masuk, 1st gaji dia mesti belanja satu opis.
Masa aku mula-mula masuk kerja dulu aku tak kena sebab time tu belum ada lagi amalan macam ni.
Nasib badan laa... hahaha...

Last month kitorang dapat staff executive baru.
Farid namanya..
Dah dapat gaji, terus dia kena paksa rela belanja kitorang.
Hahaha... kesian Farid.
Habis bajet nak shopping bulan tu.

Tapi unit aku ni kecik je.
Dalam satu unit ada 11 orang staff je.
So, bajet untuk belanja tu takde la tinggi sangat.
Setakat RM200 tu dah kira cukup dah..

On that day, without any proper plan, kitorang beramai-ramai jalan kaki ke Menara UOA, Bangsar South.
Jalan kaki 15 minit pon dah sampai.
Memang dekat sangat dengan opis aku.
Kitorang decide pergi situ pun sebab kat situ ada banyak kedai makan.
Pilih je nak makan ape.

Hari tu kitorang decide makan di Tappers Cafe.
Ingatkan mahal bebenor la makanan kat sini.
Rupa-rupanya biase je...
Tappers Cafe ni pun ada kat Terengganu.
Di Kampung Cina.
Aku tengok macam gah ler sangat makan kat situ..
Hihi... maklum la kat Ganu tu mane la ada kedai makan lawa macam ni..
Ada sorang minah dalam FB aku.
Asik la menunjuk-nunjuk yang dia ni kaya benor sebab asik makan kat Tappers ni.
Haihh...

Ok, back to the story...
Dah sampai Tappers, kitorang terus order.
Sorang 2 menu sebab harga murah sangat.
Not fair to others yang pernah belanja sebelum ni..
So, semua staff order macam-macam.




Menu-menu di Tappers Cafe.

Servis cepat. Layanan pun ok..
So, recommended la..


Yang rambut pacak-pacak tu laa bos aku.
Muda lagi..
Ala-ala kengkawan gitu.


Yang tunjuk sign peace tu la yang kena paksa rela belanja.
Hahaha...


Maziah, Leen dan Min.
Amboii... Min happy ler tu ada orang belanja lunch.


Aku.
Pun happy jugak sebab ada orang belanja lunch.
Hahah.

Lepas ni Farid kena belanja lagi.
After his credit card approved and then his 1st year bonus. Hahah...

Seronok...seronok..... 

5 comments:

Unknown said...


melingkup hahaha tak pepasal jek kene pakse rela kan

Mimy Hamid said...

korang jalan kaki ramai ramai ..wahhhhhh tak penat ke..heheh pasni nana ko kena jalan kaki la balik keje..boleh

diana aziz said...

Unknown : tahu xpe... lingkup!

diana aziz said...

Mimy : boleh tahan penat sb naik turun tangga... kalu balik rumah, bahaya sb lalu depan construction.. nanti indon culik. hehe

Emynz said...


eh apsal tetibe kua unknown, bongok la blogger ni , hih