Friday, November 1, 2013

Kerana disitu ada kencing tikus dan KK Club

Salam readers...

Baru ada masa nak update blog.
Dari pagi tadi busy buat kerja, calling sana sini dan sekarang barulah free sekejap.
Itupun dah hujung-hujung time nak balik.
Selit kejap jenguk blog tersayang ni.

2 minggu lepas punya citer.
Aku dan FZ plan nak pergi mandi manda kat Kemensah.
Maka awal pagi kitorang bertolak ke Air terjun kemensah yang tak jauh mana tu...
Belakang Zoo Negara je pon.

Ingatkan pergi pagi sempat la dapat tempat ke ape...
Aku tak pernah pergi sana.
FZ pulak siap bawak khemah bagai.
Rupa-rupanya kat sana banyak chalet.
Tempat nak letak khemah memang takde laa...
So, decide nak sewa chalet.
Tapi semua tempat dah takde...
Frust disitu.
Kitorang masuk lagi ke pedalaman dengan harapan ada chalet yang still available.
Rupa-rupanya ada chalet yang sedang ditutup sebab kat air terjun tu dikhabarkan ada kencing tikus.
Erkkkkk.... takuiiit disitu.
Tetibe je rasa bersyukur sebab takde chalet nak disewa.
Kalau tak, memang mandi sakan la kitorang dalam air yang ada kencing tikus tu.
Dah la aku bawak Alya.
Kang sakit anak orang, aku jugak yang dipersalahkan.
Serius rasa bersyukur sangat-sangat.
Mungkin Tuhan masih sayangkan aku dan taknak aku dilanda musibah.
Alhamdulillah....

Tapi dah alang-alang sampai tu, amik la gambar sekeping dua.
Hilang kempunan katanya. Hehe...




Hah, semua posing cekak pinggang.
Bajet macam cun benor la tuh.


Antara chalet yang ada.


Memang ala-ala kampung betul.
Tapi nak bermalam kat sini macam seram je...
Dah la kiri kanan belakang hutan.
Pastu dekat sangat dengan air terjun.
Dibuatnya datang kepala air, maunye terpelanting semua..
Takuittttt...

Dah kau kenapa diana dari tadi duk takuittt je??
Pelempang nak? Huhu..

Disebabkan tak boleh mandi kat Air terjun kemensah, kitorang beralik ke plan B.
Mandi di KK Club.
KK Club ni dulunya dikenali sebagai Kelab Century Paradise.
Tempat kerja lama FZ ni.
Dah takde dah kawan-kawan dia dulu kat sini.
Semua dah bertukar ke tempat kerja lain.


Tudung tu sebenarnya inner lycra.
Tak sesuai pun untuk mandi kolam sebenarnya.
Tapi memandangkan aku baru dalam proses untuk menutup aurat kepala, maka inner tu la yang aku rasa boleh dipakai untuk mandi.

Sebenarnya aku tak suke pakai tudung tapi baju lengan pendek camtu.
Tapi aku takde t-shirt lengan panjang.
So, hentam je dulu.
Aku ada je swim suit lengan panjang tapi tak bawak.
Yela, plan asal nak mandi sungai je.
Takkan la mandi sungai pun nak pakai swim suit bagai kan...
Hahaha...


Dia ni rindu kat tempat kerja lama.
Tu yang datang mandi kat sini.
Mulut tak habis-habis duk cerita macam-macam.

"Ha, situ la dulu tempat abang lepak.."

"Dulu kannn best sangat tau! Abang selalu makan kat sini laa..."

"Dulu ada seorang staff kat sini. Nama dia bla..bla..bla...."

Aku dengarkan aje laa...


Mandi kolam pun best ape.
Dah la kolam kat sini besar.
Bayaran pun murah je.
RM10 untuk dewasa.
Kanak-kanak besar Alya free je.


Si kenit yang takut nak mandi kolam.
Setakat mandi kat sipi-sipi kolam tu, apedehal!
Tak pasal-pasal aku pun takleh mandi sangat sebab kena temankan dia duk mencangkung tepi kolam tu.
Grrr...


Pastu baru mandi sekejap dah mengadu sejuk menggigil.
Nasib aku bawak 2 helai kain batik.
Terus selimutkan dengan kain batik tu...
Kesian la pulak..
Tapi mananya dia tak sejuk menggigil, sebelum mandi kolam tu, hujan rintik-rintik.
Aku dengan FZ duk berteduh bawah payung besar, dia pulak sibuk mandi hujan.
Nasib tak demam ko, dik.

 

Melepak sambil makan cikedis...
Nyum nyum....
Alya sibuk bising sebab aku makan cikedis dia.
Padahal cikedia tu aku yang belikan.
Kedekut tul laa... tak padan ngen kecik.


Ini salah satu pemandangan di KK Club.
Besar...
Kolam kat atas tu kolam bahagian depan.
Kat belakang ada 2 kolam lagi.
Siap ada air terjun dan slides.
Takpelah... tak boleh mandi kat air terjun kemensah, dapat mandi air terjun buatan KK Club pun dah ok.
Next time bolehlah mandi kat sini lagi.
Takmo dah bawak si kecik.
Nanti aku takleh explore kolam kalau ada dia.
Keji kann.. hahah...



6 comments:

Emynz said...

kk club ni kat mane beb?

Mimy Hamid said...

serius ada kencing tikus...nauzubillah..belah mana...

Uncle Lee said...

Hi Diana, this coming to you from Canada. Bahasa saya out of tune but can understand some.
I enjoyed looking at the pics here, very nice. And you sure got a beautiful smile too.
Love the scenery.
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

diana aziz said...

Emynz: KK Club ni kat taman melawati.. belah mana aku tak sure. Aku bukannye tahu sgt area W.maju ni. hehehe

diana aziz said...

Mimy : ikutkan sepanjang sungai tu. tapi yang nana pergi ni belah atas mimy...

diana aziz said...

Hi, uncle Lee. Tq for the compliment.