Wednesday, November 6, 2013

Kerana zaman berteknologi masih ada yang berfikiran kolot

Salam readers...

Zaman teknologi, zaman yang kita duk cakap kononnye bermulanya zaman moden.
Zaman dulu-dulu tak moden sebab takde teknologi.
Takde henset, takde ipad, takde galaxy tab.
Sekarang macam-macam ada.
Sebut je nak teknologi ape... semuanya ada.
Kita cuma sediakan duit je nak beli barang-barang teknologi tu.
Ada duit, semua boleh beli.

Zaman sekarang, orang moden kata "mana ada hantu zaman sekarang..."
Maknanya zaman dulu ada laa hantu.
Zaman sekarang kiranya hantu semua dah pupus.
Habis tu, ape jadi pada iblis yang berjanji nak menyesatkan umat Muhammad sehingga ke hari kiamat?
Bukankah iblis itu muncul dalam rupa hantu?
Hari kiamat pun kita belum tahu lagi bila akan tiba masanya.

Zaman sekarang yang dikatakan zaman moden. Zaman manusia bertamadun.
Orang-orang zaman moden yang kononnye berfikiran terbuka.
Namun, kenapa masih wujud lagi sihir dan santau semua?
Adakah orang zaman moden masih lagi bersahabat dengan jin iblis?
Inikah yang dinamakan berfikiran terbuka?

Kalau rasa ada yang tak puas hati, datang depan-depan.
Orang moden kan berfikiran terbuka mesti dapat memberi dan menerima kritikan dengan lapang dada.
Kalau tak mampu nak datang bersemuka, gunalah teknologi lain.
Sms ada. Berbayar. Nak yang free pun ada. Whatsapp ada, BBM ada, WeChat ada....
Kalau rasa nak sampaikan perasaan tak puas hati melalui keek pun, ok.
Tak pun publish terus dalam Youtube.
Confirm jadi viral.

Ini tak...
Guna sihir bomoh segala semata-mata nak balas dendam tak puas hati.
Entah apa yang tak puas hati sangat tak tahu laa...
Tahukah kalau kita mula bermain dengan sihir maknanya kita dah mensyirikkan ALLAH yang satu?
Dan tahukah apa hukumnya mensyirikkan ALLAH SWT?

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Kalau rasa-rasa nak tambah dosa besar, amalkanlah perbuatan syirik ni.
Semoga anda yang berkenaan mendapat keampunan dari ALLAH SWT.

2 comments:

Mimy Hamid said...

wujud sebenarnya...itulah iblis syatitan..jelmaan jadi mcm2

diana aziz said...

kan... iblis pon blh mjelma sbg ular dll... takutt