Wednesday, November 6, 2013

Larut malam

Salam readers...

Saat ini jam menunjukkan hampir 3pagi.
Aku masih tidak dapat melelapkan mata.
Tadi sempat lena sekejap selama 10minit.
Tapi hati tak tenang, mana boleh pejam mata lama2.

Baru tadi aku dengar bunyi kucing bergaduh di luar rumah.
Sangat menyeramkan bunyinya.
Terus meremang bulu roma.
Fikiran terus berkata, "ya, dia sudah datang".

Aku tahu 'dia' sedang marah sekarang.
Kerana ku cuba untuk menghalaunya dari hidupku.
Ya, aku terpaksa. Takut jika dibiarkan nanti makin melarat.

Dan aku tahu selepas ini tindakannya semakin ganas.
Ganas untuk menggangguku di waktu aku kesunyian.
Aku takut. Takut jika tiba2 dia muncul.

Terima kasih kepada yang menghantarnya kepadaku.
Sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui.
Aku akan berikhtiar selagi ku mampu.
Segala yang berlaku ku anggap ujian dariNya.
 Tak apa.

2 comments:

Mimy Hamid said...

errkk apakah nana...menakutkan pulak entry ni

diana aziz said...

nti kite roger2 ye mimy..