Friday, November 29, 2013

Lunch dengan bachelorette

Salam readers...

Perghhh liat tul nak bangun pagi hari ni.
Rasa cam nak EL je tapi sayang lak kat cuti yang tinggal balance sehari je tu.
Guna untuk time emergency la kot.
Mane la tahu kan kena balik kampung serta-merta ke ape.
Kite takleh ramal apa-apa yang bakal berlaku kann...

2 hari lepas punya citer.
Bos takde. Manager semua pun takde sebab ada event kat luar.
Opis anaaa yang punyaaa!! Hahahah!
Eh, takde la seronok macam tu.
Bos ada ke takde ke same je. Maklum laa bos baik.
Bos tak marah kita nak buat apa-apa je tapi yang penting kije kena settle.
Tapi jangan la amik kesempatan sangat.
Opis hour takleh kuar ok. Kuar awal sikitttt takpe. Hehehe...

Memandangkan opismate, Leen dah nak kawen hujung minggu ni, maka marilah kite-kite princess SAU kuar lunch beramai-ramai.
Kite ikut bachelorette. Dia teringin nak makan kat Tappers Cafe.
So, ayuh laaa... Lagipun dekat je cafe ni dengan opis aku.
Jalan kaki 15 minit je dah sampai.

Time kitorang sampai tu, orang tak ramai sangat.
So, dapat la tempat duduk yang selesa sikit.


Aku lapor. So pilih menu nasik. Sweet & sour fish rice.
Tu pun rasa cam tak cukup. Nak tambah makanan lain tapi kat situ takde menu yang lite-lite.
So, telain ailio je la tengok portion makanan orang lain besar-besar.
T_____T

;

Maziah pilih Hainanese Chicken Chop.
Badan nampak je kecik tapi dia boleh habiskan chicken chop ni.
Dah la portion besar... kagum gila. hahahaha....


The bachelorette... azleen.
Dia pilih Panini Fish Burger.
Macam sedap jewww... macam nakk jewww.... :)


Min....
Kitorang panggil dia Yasmin. Padahal nama dia lain.
Dia redha je la orang panggil dia Yasmin. Hahah...
Dia pilih Chicken Parmigiana.
Aku tak tanya pulak sedap ke tak...


Us - princess SAU.
Aku - Cinderella
Maziah - Princess Bella
Leen - Snow White
Min @ Yasmin - Princess Aurora.

Hahaha... pepandai je aku.

Nak tengok list menu kat Tappers Cafe?

By the way, selamat pengantin baru in advance Leen!
Now, Leen pun dah start cuti.
Esok nikah, lusa sanding....
Selamat menempuh alam berumahtangga dan semoga rumahtangga aman selalu dan dibajai dengan kesetiaan, kejujuran dan tolak ansur hingga ke akhir hayat.
Amin.



2 comments:

Mimy Hamid said...

huwaa tak ajak...hhuhu nak makan tappers

diana aziz said...

Nanti kite pergi sama2 ye mimy... :)