Friday, November 15, 2013

Makan black spider fried rice... ader berani?

Salam readers...

Amboiihhh... semua lemau je ekk nak gi kije hari ni...
Tau la hujan lebat kat luar tuh.
Aku pun liat jugak nak bangun.
Dah bangun pukul 5:45pagi.
Tapi memandangkan bendera merah, maka marilah kita sambung tido semula sampai pukul 7.

Tu la untungnya rumah duk dekat dengan opis.
Bangun lewat pun takpe.
Pastu aku takyah hadap traffic jem bagai sebab guna LRT.
LRT pulak selesa.
Setiap 3 minit je sampai. Takde la kena tunggu lama-lama.
Orang lain kuar rumah pun tergesa-gesa nak sampai opis.
Aku ni relax je bersantai-santaian jalan kaki dari stesen lrt ke opis sampai menikmati angin pagi.
Gitteww kannn... Heaven gile!
Hahhaa... poyo!

Ok, nak kongsi citer 2 Nov lepas.
Aku hajat nak sangatt makan kat DipnDip.
Tapi sampai ke sudah tak dapat sebab asik ramai orang je.
Setiap kali nak pergi, mesti tempat penuh.
Siap ada yang beratur kat luar tunggu meja kosong.

Aku ni kalau bab-bab beratur ni memang malas la kann...
Lain kali je la pergi kedai tu.
Mungkin belum sampai rezeki aku makan kat situ.

Masalah utama kalau aku kuar dengan FZ ni adalah bab makan.
Aku ni tak kisah dia bawak aku makan kat mana-mana.
Sebab aku makan je semua. Japanese food, asian food, indian food... semua aku telan.
Tapi FZ ni leceh sikit sebab tekak dia ni terima masakan melayu je.
Makanan separuh masak ni dia kurang gemor sikit...
Padahal try je la makan ape-ape je kann..
Kalau tak suke, jangan habiskan... begitu.
Ate nak try...
Tak kenal makan tak cinta kannn...
Kalau tak try, cemana nak tahu sedap ke takk..

Tengok DipnDip tu dah penuh, FZ terus tanya nak makan kat mana.
Aku ni memang blur sikir kalau tanya tempat makan ni.
Area bangsar memang aku dah biase tapi kedai biase yang aku pergi pun Yusof Tomyam dengan Mahbub je.
Kadang-kadang singgah Syed Bistro. Tu je..
Kedai lain aku tatau.

Lalu depan Bangsar Village, tetibe teringat blogger kathyjem.
Dia selalu makan kat Wondermama.
So, aku suruh FZ masuk Bangsar Village tu.
FZ duk tanya jugak aku makanan ape yang ada kat Wondermama tu.
Aku just cakap, nanti makan je ape-ape.
Hahaha...
Yela, mane la aku tahu ape menu kat situ.
Ini pun 1st time aku nak pergi makan kat situ.

Dari hujung sana ke hujung sini aku jelajah dalam BV tu untuk cari restoran Wondermama.
Tak jumpa hoihh...
Last-last tanya orang.
Rupa-rupanya restoran ni just duk kat luar BV tu je.
Cisss!

Memule tengok menu...
Ok, ada western dan masakan Melayu.
So, marilah kita duduk dan order.



Mamat tekak Melayu pure.
Haihh.. susah tul nak belanja dia makan.


Aku yang sukarela nak belanje hari tu sebab dah sekian lama asik diaaaa je yang belanja aku makan.
Segan gak asik duk makan duit orang je kannn...


Pandang atas siling.
Rupa-rupanya ada list of menu...
Kreatippp..


Kat dinding pon ada menu list jugak.


Ni FZ punya menu.
Beef fried rice.
Ok la... yang penting ada kicap cili tu.. best...


Aku order bandung 3 layer.
FZ order pandan 3 layer.
Amboii... nak berlayer-layer bagai. hehehe...


Yang ni menu aku.
Mama black spider fried rice.
Nama menu pun dah pelik. Spider tuu...
Ingatkan dia hidang spider goreng ke ape... Hoihhh... kembang tekak aku haa.
Rupa-rupanya maksud spider tu adalah soft shell crab.
Or dalam bahasa Melayu kite maknanya ketam kulit lembut.
Ala, kaki ketam tu kan macam ala-ala kaki spider..
Nama menu haruslah glemer sikit. Baru la boleh tarik orang datang makan.
Sedap...
Nampak portion macam sikit.
Rupa-rupanya jenuh jugak la nak habiskan.

Exactly total price aku tak ingat. Tapi ader la dekat RM50..
Sekali-sekala kann..
Kalau selalu, tauke balak pon bangkrup. Hehe...


2 comments:

Mimy Hamid said...

nana budak opis mimi jalan kaki g keje rumah kat vista heheh

diana aziz said...

yeke mimy? dia x takut ke? dia duk blok mana? boleh join sekaki.. hehe...