Thursday, November 7, 2013

Makan satay di Restoran Satay Haji Samuri

Salam namaste....

Ha gituuu kannn... Sambut deepavali ynag lepas katanya.
Lupakan segala duka lara yang sebenarnya masih membelenggu diri.
Kalau difikirkan sangat pon, nanti mudarat diri. Iye dok?

Sambung citer pergi ke Kelab Century Paradise tu.
Dah settle mandi manda semua, badan pun sejuk menggigil sebab hujan turun renyai-renyai.
FZ bawak aku dan Alya jalan-jalan sekitar Melawati.
Tengok rumah-rumah besar kat tepi jalan.
Amboiii... pakcik kayo betuihh...
Mane la diorang korek duit buat rumah besar-besar tu...

Dah alang-alang ada kat Melawati, FZ belok menghala ke Taman Melati.
Singgah makan kat Satay Haji Samuri yang sedap tuu...
Ate perut lapor tak makan tengahari.
Time tu pun dah pukul 4 lebih.
Dah berkeroncong dah perut nih haa...


Aku punye teh ais, FZ punya teh o ais.
Teh ais tak sedap...
Teh ais kat kedai mamak gak yang tiptop.
Nampak benor dah kena mandrem dengan tauke mamak. huhu...


FZ order ni je...
Yela, biase kitorang order tak habis pun.
Plus on that time aku ada order nasi goreng.
Rupa-rupanya habis licin. Lapor benor nih.
FZ ada jugak order satay daging arnab.
Hoihh... tak makan aku.
Uweekkkk.... dah macam kehabisan daging lembu pulak sibuk sangat nak makan daging arnab.
Geli tekak aihh...

Aku ni setakat satay ayam dan satay daging lembu tu aku makan la.
Tapi kalau dah satay daging rusa ke, daging arnab ke, daging unta ke.... takdenye aku nak telan.
Tak pasal-pasal nanti muntoh.
Eeeuuuwwwww!!


Minah banyak karenah..
Nak itu la...nak ini laa...
Makan satay pun separuh-separuh je.
Ko ni ada pakai susuk ke ape, dik??


Aku rasa kan sekarang ni aku dah tak sesuai sangat dah pakai tudung instant ni.
Nampak muka makin tembam bambam laa..
Pastu nampak berusia sikit...
Lagi taknak ngaku diri tu dah tua eh? kahkahkahh.... ok, tak klaka!

Tapi gitu laa...
Aku rasa cam lagi sesuai pakai shawl la.
Nampak manis je pakai shawl yang susah gile nak belit tu.
Salah belit tercekik leher aku.
Kang masuk pulak dalam paper METRO "Gadis mati tercekik shawl".
Ha, tak ke femes jadinya.
Silap-silap ada yang buat parody.


Ha, mamat ni pun lagi sorang.
Dah tahu masing-masing perut besor mengalahkan perut jin, lagi nak order sikit-sikit.
Lain kali order la banyak sikit.
Tak habis, boleh tapau buat balik rumah.
Jimat duit makan malam aku.
Hahahaha...


Ni gaya cam mempromote Satay Haji Samuri (SHS) nih.
Agak-agak lulus tak jadi duta?
Hahaha...
Tapi SHS best laa... murah pun murah.
Kalu rasa nak buat majlis ke ape, buat nasi impit sendiri.
Pastu kuah kacang beli kat SHS ni.
Berbaloi.
 Beli sekilo pun dah kire banyak dah...
Kak Long selalu beli kuah satay saje.
Pastu nasi impit beli yang jenama Nona, rebus sendiri.
Jimat.
Sodap pun sodap!

2 comments:

Mimy Hamid said...

kawan mimi rumah dia kat tmn melati tu...asal org nak dtg rumah dia dia call Satay sahmuri heheh..senang kan

diana aziz said...

Untung laa rumah dekat dengan kedai. Teringin nak makan je, boleh terus pergi...