Wednesday, November 27, 2013

Lunch

Salam readers...

Sambil update blog fikir nak makan ape lunch nanti.
Nak lunch pon susah ehh...
Yela, opis aku sekarang ni dah tak best macam dulu-dulu.
Makanan kat food court mahal cam bedil. Padahal tak sedap sangat pun.
Bila dibuat aduan, macam-macam alasan dibagi.
Sewa mahal laa... bahan mentah mahal la...
Baik takyah buat aduan. Jawapan diberi pun menyakitkan hati je.
Eh, teremo pulaksss...

Last week aku, Mimy, Maziah dan Leen keluar makan di luar opis.
Tak mau makan dalam opis... 
Mahal tapi tak sedap.
Baik makan kat luar. Mahal-mahal pun tak kisah la sebab sedap kann...

Kebetulan pulak aku memang teringin nak makan ayam kampung goreng.
Memang dah lama plan nak pergi makan situ tapi kerja banyak, so memang tak sempat nak pergi.
Bila dah ada mase terluang tu, moh la kite pergi makan beramai-ramai.
Lagipun kedai makan ni duk sebelah opis aku je.
Dekat.

Makanan kat kedai makan tu memang sedap.
Berasa.
Aku memang suka makan kat sini. 
Tapi tu la... susah nak dapat meja kalau pergi lewat sangat.
Selalu penuh.
Hari tu kitorang pergi awal sikit dari biasa. Memang banyak la meja kosong.
Sampai kedai tu aku terus terjah ke bahagian ayam kampung goreng tu.
Terus order.
Kang orang ramai nanti susah lak kena beratur panjang-panjang.
Dan paling penting kedai ni ada lauk pajeri nenas.
Favourite aku tu. Makan pulak dengan ikan keli goreng sambal.
Perghhhh.... Terangkat beb!


Leen dan Maziah.


Aku dan Mimy.
Tudung yang aku pakai tu adalah dibeli dari Mimy jugak...
Tudung murah je. Saploh hengget.

Gambar makanan adalah yilek.
Sebabnya perut lapor. Ngapp terus makanan yang ada.
Tapi hari tu aku makan ayam kampung goreng very the marveless seketul, nasi dengan pajeri nenas, ikan keli goreng sambal, ada ubi kentang 2 ketul dan daging gulai sikit dan air teh o ais... total baru RM11.
Kire murah la tu.
Kalau food court opis aku tu makan nasi sikit dengan ikan keli goreng pastu air dah tujuh lapan ringgit dahh...
Dasat tul diorang paw duit staff.

Kadang-kadang bayar lebih pun tak apa.
Asalkan berbaloi dengan apa yang kita makan.
Aku memang pantang sikit kedai makan charge mahal tapi makanan tak sedap.
Macam makan kat hotel-hotel.
Bukan sedap sangat pon. Tapi mahal nak mampss...
Sebab tu aku tak suka sangat makan kat hotel melainkan kalau orang belanje.
Untuk aku pergi sesaje makan kat tempat-tempat cenggitu, memang tak la kann..
Membazir.
Banyak lagi kedai-kedai biasa yang jual makanan yang sedap-sedap.

Ke cane?

2 comments:

Mimy Hamid said...

nana nnt kita makan kat nabila corner lak

diana aziz said...

Boleh je mimy....