Thursday, November 14, 2013

Selamat hari tua, Diana!

Salam readers...

Semalam genap umur aku 28tahun.
Waaaa... dah tua!
Takpe tua pada umurnye je... tapi jiwa raga ni still muda.
Giteww kann...
Tetibe kuar bahasa cacat kengkonon nak tunjuk jiwa tu muda... kihkihkih...

Aku sengaja je hide kan date birthday aku kat dalam FB.
Aku nak tengok sape yang ingat birthday aku.
Uji katanya.
Rupa-rupanya 2-3 kerat je yang ingat.
FZ of course la ingat... kalau dia lupe, maunya aku sentap patploh hari patploh malam.
Pastu ada la a few friends yang wish birthday through call and sms.
Dan kengkawan opis yang wish jugak.
Tq sangat-sangat sebab ingat birthday aku.

Pastu bila aku unhide aku punya DOB dalam FB, barulah a few friends dan kengkawan blogger yang wish.
Thanks jugak...
Sayang korang semua!

FZ awal-awal dah bagitahu hadiah tunggu gaji.
Ala, aku sebenarnya tak kisah pun ada hadiah ke tak..
Yang penting dia ingat birthday aku sudah..
Dia sebenarnya pening tatau nak belikan hadiah ape.
Banyak kali dia tanya aku nak apa.
Aku just cakap tatau je.
Kang cakap nak handbag coach satu, melopong lak.
Hehehe...

Malam semalam dia tak sihat.
Batuk teruk sampai termuntah-muntah.
Tapi tetap jugak gigih nak ajak aku kuar makan sempena besday.


Muka orang tak sihat...
Mata merah je sebab duk tahan batuk.


Besday girl.
Ada benda yang aku sentap sebenarnya semalam.
Bukan sentap kat FZ. Sentap kat orang lain.
Tapi aku tetap senyum. Hidup mesti happy...


Kitorang order udang goreng tepung.
Boleh laa telan walaupun tepung tu lembik.


Ketagihan aku sekarang, teh ais.
Orang batuk minum teh o limau panas je.


Kitorang makan kat sini.
Servis cepat sangat-sangat...
Makanan pun boleh tahan la sedap.
Ingatkan pergi hari kerja, takde la ramai sangat orang.
Rupa-rupanya penuh 1 kedai.


Selera orang tak sihat : chicken chop with brown sauce.
Sedap!


Fish and chips pilihan aku.
Ok la tapi tepung ikan tu keras sikit.

Total semua RM29.50.
Tak sampai 30 hengget pon.
Murah kan...
Ikutkan FZ, dia suruh je aku makan ape yang aku nak makan.
Ikut perut aku ni semuanya aku nak makan.
Memula ingat nak amik dessert banana split.
Tapi FZ lak batuk. Takkan aku nak makan sensorang kan.
So, cancel.
Pastu tetibe teringin nak makan keropok lekor pulak.
Nampak sedap je... nampak best je...
Tapi cancel jugak sebab keropok kan berminyak.
Nanti makin batuk pulak jadinya.
Takpe.. lain kali boleh datang makan lagi.

Otw balik ke rumah, aku suruh FZ singgah kat Sentul Boulevard.
Pergi klinik kat situ mintak mc.
Dia kan batuk teruk.
Takkan nak kerja jugak kan...


Klinik favourite aku sekarang...
Doktor dia baik-baik sangat...


Ingatkan doktor India yang incharge.
Rupa-rupanya doktor lelaki Melayu.
Baik jugak... layan pesakit elok je..
Dia check proper lak tu.
Tak macam sesetengah doktor. Check gitu-gitu je.


Tengok la tu.
Tengah sakit pun sempat buat  muka macam mafia.
Tak takut laaaa.....

So, itu la cerita hari besday aku semalam yang jatuh pada 13-11-13.
Cantik je tarikhnya...
Dalam bulan Islam pun cantik gak 9 Muharram 1435H.
Ramai yang berpuasa semalam termasuk la bos aku.
Aku ingat nak puasa gak tapi tu laa... merah pulak...
Takpe, Insha ALLAH tahun depan aku puasa.






4 comments:

Emynz said...


birthday ko ke beb? nape aku tatau nie hahaha. .happy belated birthday then. moga panjang umur , murah rezeki and happy selalu. owite.

Mimy Hamid said...

la belated birthday...happy birthday nana....sunnguh x tau xde fb ni....nnt kita makan2 ye

diana aziz said...

Emynz : tq beb! aku hide la dr FB. hahah... amin...

diana aziz said...

Mimy : nak mimy belanje.. hehehe... Takde la... tq mimy.