Monday, November 25, 2013

Zaman kejatuhan UMNO-BN selepas ini

Salam readers...

Petang-petang...sejuk-sejuk....
Takde kerja nak buat.
Bukan takde langsung tapi sementara menunggu update kerja from few ofismate, marilah update blog.

Tetibe terfikir tentang politik.
Maybe pendapat orang picisan macam aku ni, takde la penting sangat.
Tapi aku still seorang pengundi.
Mengundi for the right person untuk menjadi suara rakyat.
Meluahkan kepayahan rakyat, membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Korang pun tahu aku ni penyokong kerajaan.
Itu fahaman aku.
Watever it is, aku takkan sokong PKR yang diketuai Anwar yang kita tahu penubuhan PKR adalah disebabkan dendam terhadap UMNO.
Untuk sokong DAP adalah tidak sama sekali malahan aku tak paham kenapa orang Melayu kita boleh mengundi DAP.
PAS is ok for me. Tapi kesilapan dia bergabung dengan DAP-PKR hanya semata-mata nak menang besar dalam pilihanraya. Tapi akhirnya kecundang dibawah parti lain.
Kesian.

Contoh terdekat adalah wakil rakyat di kampung aku.
Ape yang dia buat?
Turun padang ketika election.
Kalau tak, duk diam je la makan gaji buta. Untung laaaa...
Tapi orang kampung tak nampak.
Orang kampung undi parti. Bukan undi orang.
Akhirnya parti yang menang tapi orangnya tak buat kerja.
Then, the result for rakyat is zero.
Menang sorak je.

Tapi walaupun aku sokong kerajaan, aku tahu sekarang adalah zaman kejatuhan UMNO-BN.
I can feel it.
Even, aku sendiri pun rasa kecewa dah dengan pemerintahan Datuk Sri Najib.
Dia tahu memerintah negara tapi dia tak pandai.
Dia tak sepandai Tun M.
Dan maybe next-next-next pemerintah pun takkan jadi macam Tun M yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia.
Daripada orang tak kenal dimana Malaysia sampai satu dunia tahu -M.A.L.A.Y.S.I.A.
Aku memang tabik springggg kat Tun M.
Love u till forever, Tun M.

Namun, disebabkan DSNR, nama Malaysia juga terkenal.
Tapi terkenal dengan hal-hal yang buruk.
Tengok la rakyat sekarang semuanya dah bangkit.
Mana ada rasa hormat dengan pemerintah. Sebabnya pemerintah tak pandai memerintah.
Menekan rakyat dengan kenaikan harga barang sana-sini.

Dengan gaji yang aku ada sekarang, memang tak rasa sangat dengan kenaikan harga barang yang berlaku.
Tapi macam mana dengan rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Harga barang yang naik memang takkan turun lagi dah.
Then, bagaimana pulak dengan generasi akan datang?
Hidup merempat kerana kos sara hidup yang tinggi?

Sekarang ni kalau makan pagi di kedai mamak pun dah RM20++.
Tak mustahil di masa akan datang, nasi lemak pun akan mencecah RM10 sebungkus.

Inilah padahnya jika tiada kawalan harga makanan.
Peniaga memang laa akan amik kesempatan.
Minyak naik pun, terus semua barang makanan naik.
Gula naik, kelapa parut naik...
Padahal stok gula pun dibeli borong sebelum harga minyak naik.
Peniaga tak jujur namanya tu!

Macam mana kerajaan nak dapatkan sokongan rakyat kalau begini caranya?
Aku rasa ramai penyokong kerajaan dah jadi macam aku.
Serba-salah.
Nak sokong pembangkang, tidak sama sekali.
Nak sokong kerajaan, nanti barang naik lagi.
Cemana tuh?

Aku rasa DSNR kena kaji balik cara pemerintahan beliau.
Jangan nak kaut semua.
Fikir sikit kepayahan rakyat.
Bukan semua rakyat mampu.
Bukan semua rakyat kaya.
Masih ada yang tidak ada rumah. Masih ramai yang selalu ikat perut sebab nak mampu nak beli makanan.

Atau cara lagi bagus, DSNR bersara je la...
Hahaha... ni gaya aku dah macam muak je dengan DSNR nih!
Tapi serius weehhh... bosan kot.
Sejak DSNR jadi PM, rosak nama UMNO-BN.
Nama Malaysia pun dah rosak.
Cemana? Cemana? Cemana?

Tengok masa Tun M.
Semua orang respek.
Takde Adam Adli budak kurang ajar tetibe jadi femes sebab pepandai turunkan bendera UMNO kat PWTC which is disitu memang rumah UMNO pun.
Takde Abby Abadi yang bangang abadi tetibe perasan jadi maksum.
Takde UAI yang jadi ustaz femes tapi kekadang time ceramah selit sikit kutukan kat kerajaan.
Dah ustaz tu buat la cara macam ustaz. Takyah nak selit-selit hal politik.
Ceramah macam biase tu pun dah best.
Satu-satunya ceramah agama yang aku pergi buat aku tak mengantuk.

Next election tak tahu la aku nak mengundi ke tak.
Maybe undi sebab nak ubah wakil rakyat kampung aku yang tak buat kerja tu.
Maybe tak undi sebab frust dengan DSNR.

Berubahlah UMNO demi kebaikan.
Tapi apepun, aku tetap sokong kerajaan.
Dulu, kini dan selamanya!
Kalau aku berubah pun, bukan berubah ke arah pembangkang.
Tapi aku just nak ubah status jadi "atas pagar".
Nak tengok pemerintah-pemerintah kerajaan dan pembangkang promote diri sendiri untuk dapat undi dengan janji manis.
Dan aku nak tengok penyokong-penyokong kerajaan dan pembangkang yang bodoh berbalah sesama sendiri kerana politik.

Apepun ingatlah, politik itu kotor.

6 comments:

Mimy Hamid said...

umno sekarang byk kemelut dalam parti ..memasing nak kuasa

diana aziz said...

Memasing gile duit la mimy...

JJK said...

Saya harap saudari membaca media alternatif seperti Malaysiakini,Freemalaysiatoday,
Malaysianinsider,rocketkini,harakahdaily,keadilandaily blog anaksungaiderhaka,limkitsaing blog dan boleh menilai sendiri. Dan setiap parti dan setiap orang ada kelemahan masing2.

Kita mengundi 5 tahun sekali jadi tiada apa yang rugi.Melayu dan Islam di malaysia selamat dilindungi dalam PERLEMBAGAAN dan begitu juga peranan SULTAM-SULTAN di malaysia serta peranan YANG DIPERTUAN AGONG.kalau tak puas hati 5 tahun akan datang kita tukar kerajaan yang memerintah sama berlaku di negara2 maju.

Ramai penyokong PAS tetap mengkritik pentadbiran PAS di Kedah pada 2008-2013 disebabkan perbalahan dalaman parti dan gagal menguruskan Kedah lebih mantap menyebabkan pengundi kedah beralih arah.

Kenapa melayu undi DAP?? samalah seperti melayu undi untuk calon MCA/MIC di kawasan mereka untuk Barisan Nasional.DAP parti tidak berasaskan parti dan mereka mempunyai wakil DAP berbangsa melayu PARLIMEN.DAP adalah parti dalam Pakatan Rakyat sama juga sama seperti undi cina untuk PAS di kawasan dun atau parlimen di selangor

KEADILAN parti berasaskan dendam??Parti ini telah berkembang lebih besar dan menampilkan ramai pemimpin yang berprestasi baik seperti menteri besar Selangor dan Rafizi Ramli yang mendendahkan penyelewengan NFC.Dan PKR mempunyai visi yang lebih besar dari dendam.lagipun kalau Anwar memerintah negara 1 penggal je kot sebab di pun dah berumur.

Pada PRU-13 prestasi PAS menurun sebab mereka bertanding di kawasan luar yang bertembung dengan UMNO dan ramai orang Melayu tidak mahu berubah nasih memilih parti BN yang korup.Dan sasaran PAS PRU14 adalah untuk menarik undi melayu

DAP bertanding banyak di kerusi majoriti dan campuran kaum melayu cina dan sekarang cina telah berarah ke Pakatan Rakyat lebih bersih dari korupsi/penyelewengan menyebabkan mereka menang.

Strategi Pakatan Rakyat:(Fokus parti)
PAS-luar bandar,kawasan majoriti melayu
DAP-kawasan majoriti cina dan kawasan campuran kaum
PKR-kawasan bandar dan separa bandar.kawasan campuran kaum


Tapi seperti yang kita tahu fokus Pakatan Rakyat ingin jatuhkan BN yang penuh dengan korupsi dan kronisme. Mungkin lepas tu diorang berpecah tapi still bekerjasama.Saya sendiri akan menilai semula parti untuk diundi pada masa akan datang.


Kalau kes Rosmah Mansur sekarang ramai pembangkang pertikai penggunaan jet kerajaan oleh rosmah mansor untuk acara persendirian. Walaupun kita tahu mungkin Rosmah Mansur pergi ke luar negara ada baiknya, tapi kenapa guna jet kerajaan?? di mana garis pemisah untuk penggunaan untuk kerajaan adan peribadi?? kalau urusan kerajaan kenapa tak hantar je PEGAWAI KERAJAAN??
Teringat kisah Saidina Umar tentang lilin untuk peribadi dan lilin untuk urusan kerajaan..,

Ini hanya pandangan saya sahaja...






diana aziz said...

JJK : terima kasih atas pndangan di atas. Saya sgt mnghargai pndangan sebegini. Cuma 1 saja, jgn dikata PR adalah gabungan parti yg bersih dari segi kronisme dan korupsi sb ramai di kalangan pemimpin PR juga yg mengamalkan kronisme dan korupsi cume ianya belum didedahkan.

Pemimpin PR kelihatan sgt aktif mendedahkan dan mengorek salah laku pemimpin UMNO sdgkan salah diri sendiri pun masih buat2 tak nampak. Cth yg berlaku pada zaman pemerintahan PAS di Terengganu sekitar tahun 1999 (kalau tak silap). MB akan mengutip puluhan ribu setiap minggu dari SATU tanpa sebab2 yang kukuh. Wang yang dikutip tidak tahu kemana ianya disalurkan kerana pd ketika itu tiada pembangunan yang berlaku. Wang itu masuk ke poket sendirikah? Krn waktu itu di rumah MB kerap kelihatan majlis keraian diadakan. Keraian utk apa?

Sy tidak bercakap ttg pemerintahan PR di lain2 negeri krn tidak mengalaminya. Tambahan mmg prinsip sy juga utk bercakap sesuatu berasaskan bukti dan pengalaman sendiri. Dan cukup sudah pengalaman sy berada di bawah pemerintahan PAS yang seperti diktator. Dan pendapat sy ttg anwar adalah beliau cuba menunjukkan beliau sgt bagus, baik dan bijak. Agenda utama adalah mahu menjadi PM dan mencapai target beliau. Bukannya sekadar utk menjaga kesejahteraan rakyat. Ini terbukti apabila sebelum piliharaya yg lalu, beliau pernah mengaku menang atau kalah beliau akan redha tetapi sebaik sj selepas keputusan pilihanraya diumumkan, beliau mula memasang strategi dendam beliau dgn mengadakan perhimpunan sana sini. Disitu sudah nampak bahawa beliau bercakap tak serupa bikin.

Urusan rosmah adalah kelemahan DSNajib. Yang mana kita tak setuju, kita boleh bersuara. Bukankah negara kita adalah negara demokrasi?

Knowing malaysianinsider, malaysiakini, blog2 yg saudara/i jjk beritahu di atas, semua ni against UMNO. Jadi no wonder kalau semua perkara yg dilaporkan akan menentang/ menjatuhkan UMNO. Saya suka baca kedua2 belah pihak. Dan saya boleh nampak yang mana buruk, yang mana baik.

Sebab itu saya tak suka orang yang hanya mendengar sebelah pihak je.. Dengarlah pada kedua2nya. Barulah kebenaran akan diketahui.

JJK said...

Terima kasih kerana respond yang baik.Takut juga saya kena hentam je.saya memuji saudari kerana membaca kenyataan/barita dari dua-dua belah pihak jadi saudari tidak taksub dari segi mana-mana parti politik.

Saya memang penyokong pakatan rakyat sekarang, tapi masa akan datang?? Siapa yang tahu apa yang jadi pada masa akan datang.

Seperti yang saya katakan tiada parti yang sempurna. Parti PAS sebenarnya lebih berat tanggujawabnya dalam pakatan rakyat
kerana perlu menarik undi melayu terutamanya luar bandar.Parti DAP dan PKR mempunyai target/fokus mereka masing2.Boleh katakan hampir semua kerusi parlimen ibu negeri-ibu negeri dan di malaysia dimenangi oleh pakatan.

Pakatan Rakyat juga menang banyak di bandar berbanding luar bandar serta komponen pari Barisan nasional mendominasi di luar bandar terutamanya sabah dan sarawak.

Lagi pun Pakatan Rakyat tidak membuat kabinet bayangan(shdow government) seperti yang dilakukan di United Kingdom(memandangkan malaysia mengamalkan sistem westminster dari sana), Jika ada isu-isu semasa seseorang dari shadow cabinet sebagai wakil rasmi parti pembangkang akan mengulas dan memberi pandangan,idea,dan kritikan kepada pihak kerjaan.Dan idea ini telah diajukan oleh lim kit siang sendiri.tak tahulan pakatan rakyat nak buat atau tak.


Dan ini akan memberi idea atau inspirasi atau menunjukkan tindakan, kredibiliti jika parti pembangkang tersebut memerintah dalam menangani sesuatu isu.Barulah orang tak terkapai-kapai fikir agaknya bagaimana pulak pihak pembangkang ini memerintah pada masa akan datang.


Kalau pakatan rakyat buat kabinet bayangan mungkin dapat menolak dakyah seperti nanti jika pakatan rakyat menang akan menyebabkan kaum cina menuasai malaysia atau undi pas bermaksud undi cina dan sebagainya.


Saya sendiri tertanya-tanya agaknya kalau pakatan rakyat memrintah siapa perdana menterinya,timbalan perdana menteri,menteri-menteri kabinet dan jawatan-jawatan menteri yang lain. Contoh jika menteri besar selangor, khalid ibrahim dilantik sebagai menteri kewangan dalam kabinet bayangan saya sangat setuju/suka sebab prestasi/pengurusan kewangan selangor sangat baik di bawah pentadbiran beliau seperti sistem MES(Merakyatkan Ekonjomi Selangor)iaitu TAWAS,TUNAS, skim mikro kredi miskin bandar dan 14 lagi program MES yang bagus.


Tapi perkara yang nampakya saya geram penafian royalti minyak kepada negeri pengeluar minyak seperti kelantan,terengganu,sabah dan sarawak. Dan ini sebenarnya ini sangat merugikan penduduk di nergeri2 tersebut sebab rezeki dari royalti minyak mereka dinafikan oleh kerajaan pusat sebab ini boleh banyak membantu kewangan negeri tersebut untuk membentuk program mereka sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan pusat.

Ini cuma pandangan saya dan saya akan melihat arah tuju politik malaysia akan datang dengan terbuka.




diana aziz said...

Kita tak perlu terlalu taksub dengan mana2 parti politik krn mmg ada kebaikan & kekurangan. pd pilihanraya yg lalu saya tidak memilih mana2 parti politik sebaliknya sy memilih calon yang terbaik.

Sudah bertahun2 lamanya kampung saya dimenangi oleh calon PAS. Namun sayang, dia hanya makan gaji buta. Tiada langsung inisiatif untuk turun padang melawat org2 kampung yang dalam kesusahan cthnya ketika waktu banjir. Beliau hanya makan gaji buta sbg pemegang Adun dan Parlimen.

Walaupun saya penyokong kerajaan, tapi isu kenaikan harga barang yang melampau-lampau membuatkan saya kecewa. Saya yang masih bujang pun terasa akan kenaikan itu. Apatah lagi bagi yang sudah berkeluarga. Pemimpin2 yang ada skrg tidak lagi spt pemimpin2 UMNO yang dulu. Tapi masih ada kebaikan yang boleh saya nampak.

Ketika PAS memerintah di KT, jiran kami Ustaz Syukri (saya lupa nama penuh beliau) dipanggil balik ke Malaysia (pada ketika itu beliau menyambung pelajaran beliau di Mesir) atas alasan kerajaan negeri tidak mahu menanggung pembelajaran beliau disana. Adakah itu logik sdgkan ustaz Syukri menyambung pelajaran beliau untuk mendalami Islam. Kali terakhir saya menemui beliau ketika tahun 2003. Ketika itu dia menjadi penasihat kepada Sultan Terengganu. Terkini, saya tidak tahu dimana beliau sekarang.

Malahan, dibawah pemerintahan PAS juga, semua carpets di surau-surau dan masjid ditukar kepada warna hijau. Katanya tak mahu karpet warna biru, terasa seolah-olah sujud kepada BN. Tidakkah ianya dipanggil extremist? Kite sujud kepada ALLAH SWT tidak mengira biru atau hijau karpet di masjid itu. Saya sangat sedih perkara ini berlaku di depan mata sendiri.

Saya juga tidak bersetuju pemerintahan DSNajib kerana beliau tak pandai mentadbir negara. Maklum laaa dari kecil beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berharta. Tidak pernah merasa susah spt rakyat biasa. Mungkin teguran dan kritikan boleh diluahkan melalui FB dan twitter beliau. Biar dia tahu semua orang tak setuju dengan kenaikan harga barang yang sedang berlaku.

Entahlah... di saat ini saya nekad untuk tidak mengundi sesiapa pada PRU yang akan datang. Undi UMNO, takut barang naik lagi. Undi PR, takut situasi yang sama pernah saya alami dulu akan berlaku lagi.
Serba-salah.