Thursday, December 5, 2013

Ayam kampung goreng yang sedap itu...

Salam readers...

Pepagi ni terasa lapar pulak.
Semalam aku makan terlalu awal.
Kul 6 petang dah makan pastu sampai sekarang tak makan tak minum apa-apa.
Hoihh... laparnye tahap gaban dah ni.
Nak turun pergi beli breakfast pun tak sempat sebab banyak pulak kerja hari ni.

Tapi takpelah..
Waktu lunch pun dah tak lama...
Tahan je la dulu.
Tapi tetibe teringat pulak hari tu aku ada makan kat Kedai Makan Pak Abu kat belakang stesen LRT Kerinchi.
Terbaekk punya masakan nasi campur.
Selain dari nasi campur, masakan goreng-goreng pun ada.
Order je ape yang nak.
Paling best kat sini adalah ayam kampung goreng...
Perghhh... terliur lak aku.


Ni la ayam goreng kampung tu.
Cicah dengan air asam atau kicap cili.
Hoihhh... terangkat beb!


Makan pulak dengan nasi putih kuah pajeri nenas dengan ikan keli goreng sambal.
Dalam meal aku memang takde sayur sebab aku bukan pemakan sayur.
Ni pun dah cukup kenyang dah untuk aku.

Ingat hari ni nak repeat balik makan kat sini.
Tapi itu laa... takde geng pulak.
Takpe la, next time la pergi lagi.

Nyum...nyum...
Terliur sudaaaa...