Wednesday, December 4, 2013

Chocoholics di DipNdip

Salam readers...

Sesape yang memang follow blog ni memang tahu aku suka sangat dengan coklat.
Dark choco, white choco atau ape-ape choco laa... semua aku makan.
Tapi takmo yang ada kacang sebab aku allergic dengan kacang.
Almond ke, hazelnut ke, cashew ke.. pecan ke... semua aku tak boleh.
Nanti aku muntah-muntah.
Tapi kalau makan nasi impit dengan kuah kacang takpe... 
Aku pun tatau kenapa tekak aku camtu. Mengada-ngada sangat kann...

Aku dapat tahu kat KL ni ada kedai yang jual makanan yang berasaskan coklat.
Terus google search.
Tengok-tengok kedai tu kat Bangsar je dan satu-satunya cawangan kat Malaysia.
Bangsar dengan rumah aku bukannya jauh sangat pon.
Sebelah tempat aku je.

Cepat-cepat mintak FZ cari kedai tu.
Teringin benor kot nak makan.
Tambah pulak duk tengok gambar-gambar dalam google image.
Memang naik selera la kan...

Sesape yang duk KL memang tahu area Bangsar memang selalu jem.
Pastu susah gile nak dapat parking.
DipNdip tu pulak duk di tengah-tengah area Bangsar Village.
Memang beruntung sangat la kalau dapat parking.

Lagi satu, DipNdip ni selalu penuh dengan pelanggan.
Kekadang aku tengok panjang berjela orang beratur nak makan kat situ.
Lagi la buat aku tertanya-tanya, sedap sangat ke makanan kat situ?
Dan lagiiiii laaa buat aku teringin sangat nak makan kat situ.
Waaaaaa....

Banyak kali jugak la aku lalu depan kedai tu tapi kedai selalu penuh.
Frust la kannn...
Nak beratur memang tak laaa.
Malas aku aihhh nak beratur bagai.
Sebab aku pegang prinsip "kalau ada rezeki, In shaa ALLAH dipermudahkan".

So, nak dijadikan cerita...
27 Nov yang lepas, kebetulan aku lalu depan kedai tu.
Eh, orang tak ramai laaa.... Mungkin time tu lepas maghrib. Sebab tu tak ramai orang.
Cepat-cepat cari parking.
Alhamdulillah, dapat parking.
Time aku sampai tu pulak, kebetulan ada meja kosong.
Mujur aku sampai awal 2minit... sebab kapel yang sampai selepas aku duduk tu, terus takde table.
So, dia kena tunggu kat luar dulu.


Akhirnya...... aku sampai jugak disini.
Yeayyy!!!
DipNdip, a taste will make u smile...
Aku ni smile dari mule-mule sampai lagi. Yelaa... ate nak makan coklat kan...


FZ. Muka penat sebab aku pergi lepas dia balik kerja.


Ha, tengokk...
Muke tuan tanah yang happy boleh makan coklat....
Siap tunjuk bukti lagidah sampai situ.


1st time in my life mintak tolong waiter amikkan gambar.
Amik gambar lak dengan tab. So gambar tak sharp sangat.
Tapi ok laa dar takde gambar berdua langsung.


Mango creamy smoothies FZ punya.
Sedappp.... manis-manis masam gitu.
Harga RM 14.00 je.


Chocolate milk shake, aku punya.
Sedap jugakk... Nyumsssss.....
Harga RM14.00 jugak.


Brownies crepe.
Sedap...... coklat cair (eclairs) banyakk...
Sukee sangat benda ni.
Tapi kena makan berdua. Kalau makan sesorang takkan dapat habis sebab makanan ni mengenyangkan.
Yang ni harga RM28.50 satu.


Chocolate waffle stick.
Yang ni pun sedap.
Crunchy-crunchy sikit.... Harga RM10.00.

So, total makan kat situ campur dengan service tax semua RM73.15.

Sekali sekala makan, ok la..
Kalau selalu tu, memang takk laaa...
Nanti kang aku muak pulak dengan coklat.
Tapi kepada chocoholic cam aku ni, memang recommend la datang sini.
Semuanya bercoklat.
Siap ada pasta sos coklat lagi.

Tapi dinasihatkan makan kat sini takmo tamak-tamak.
Sebab nampak je portion kecik, tapi sebenarnya sangat mengenyangkan.
Semua makanan kena share.
Kan lagi romantik makan share share.... :)

Selamat mencuba!



2 comments:

Mimy Hamid said...

org lain semua dah dip n dip...aku je ak..huwaaaaaa ..kampungs

diana aziz said...

Ada masa mimy pergi la... tp susah sikit tau nk dpt seat... klu snggup tunggu, xpe... nana ni pun kebetulan je pergi time org x ramai.. slalunye mmg rmai org.