Thursday, December 12, 2013

Girls day out

Salam readers...

Citer berkepam baru nak publish. Heheh...
Kemalasan bertingkek-tingkek nak update blog. 
Tatau la kenapa.

2minggu lepas punye citer.
Aku kuar ke MV berdua je dengan Alya.
Yela.... Alya cinonet budak gedik tuu...

FZ kan kije.
Pastu aku pulak bosan duk rumah je.
So, dengan keizinan parent Alya, maka ku bawak dia jenjalan ke MV.
Itupun FZ yang tolong hantarkan kitorang. Pastu dia terus pergi kerja.
Lagipun mak Alya ada bertugas promosi kat sana.
Mak dia kan kerja kat kedai jualan barang-barang baby. 
Ape ntah nama company dia.
So, mak dia jadi promoter kat sana mase jualan barang-barang baby besar-besaran kat tingkat atas MV tu.

Gambar mak Alya adalah yilek..
Sebab tengah bersesak-sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu beli barang untuk anak kecil masing-masing.
Plus sekejap je pun jumpa mak dia.
Sebabnya Alya macam....ermm... perlu ke aku citer eh?
Aku rasa perlu kot sebab pengajaran kepada ibu bapa semua.

Mase pergi kat kawasan promosi tu, aku tercari-cari la mana mak Alya.
Lagipun aku lupe company mana yang dia kerja sebab kat situ banyak gile company yang jual barang baby.
Tetibe time tengah mencari tu, baby jerit, "Mama!"
Aku pun toleh, tengok-tengok mak Alya tengah berdiri dalam kaunter cashier.
Berlari la orang tua tu pergi kat anak dia.
Dihulurnye tangan nak dukung cinonet tu.
Tapi surprisingly, baby taknak.
Aku memang terkejut babssss laaa...
Tapi ku hulur jugak Alya kepada mama dia.
Suruh salam, tak nak.
Kiss pipi pun taknak.
Tanya apa-apa pun, dia taknak jawab. Bisu terus. Paling tak pun, dia angguk-angguk, geleng-geleng je.
Tapi bile aku cakap, "kiss la mama tu...", terus dia kiss tapi cam pakse-pakse.
Sepanjang perjumpaan tu, baby senyap je..
Takut ke segan ke.. aku pun tatau.
Time balik pon same.
Aku suruh la salam mama dia, dia taknak.
Tapi tahu je la aku kann... aku pakse je.
So, dia salam.

Dalam perjalanan balik tu, baby masam je.
Tapi bile dah keluar dari tempat promosi tu, terus dia happy balik.
Cakap banyak kemain.
Nak gi situ la, nak gi sini laa...
Senang bawak dia sebab dia tak meragam sangat.
Pesen dengar kata. Kalau aku cakap tak boleh, dia faham so dia takkan mintak-mintak lagi dah.

Aku memang plan sebelum balik rumah, aku nak singgah makan dulu.
2 pilihan either Fish Manhattan atau Chicken Rice Shop.
FZ pun awal-awal lagi dah bagi aku duit sikit untuk belanja kat MV tu.
Sebab aku kata aku nak beli ape eh... lupe plakk.... panties kot...
Hahahaha... 
So balance duit tu bolehlah buat makan.

Tengah jalan-jalan kat tingkat bawah MV tu, Alya nampak pulak kiosk Famous Amos.
Dia mintak belikan something. Kat kat kiosk tu kan ada banyak coklat dan gula-gula.
So, aku suruh dia pilih dia nak ape.
Dia pilih jelly sugar bentuk snow man.
Murah je.. dalam RM2.50 camtu je.

Then, jalan-jalan pergi ke Fish Manhattan. Tengok-tengok ramai gile orang beratur tunggu giliran.
Tahu je la aku kan jenis malas nak beratur.
Last pergi Chicken Rice Shop.
Still kena baratur but tak seramai Fish Manhattan tadi.
Kire ok la...
Tunggu sekejap, then dapat seat.
Lega gile bila dapat seat.

Sementara tunggu makanan sampai, aku snap dulu gambar Alya.


Patung barbie tu FZ yang belikan pagi sebelum kitorang pergi MV.
Pagi tu kitorang jenjalan dulu kat Amcorp Mall.
Setiap Ahad kan kat Amcorp Mall ada Flea Market.
Terjumpa pulak gerai jual barang barbie limited edition- birthday edition.
So, terus la beli. Alya suke gile...
Asik pegang je barbie tu.


Muke happy kan...
Dia duk diam je atas kerusi sambil makan jelly dan main-main dengan barbie.
Bagus sungguh!


Ni je yang aku order hari tu.
Sebelum aku makan, aku suap Alya dulu.
Banyak jugak dia makan.
Bila dia dah kenyang, barulah aku pulak yang makan.

Lepas makan, terus balik dengan teksi.
Tapi mase on the way ke stesen teksi, nampak pulak orang bagi free gula-gula kapas.
Alya seronok sangat tengok orang buat gula kapas tu.
Masa tu pulak tak ramai yang beratur untuk amik benda tu.
Aku pun join sekali la..
Amik untuk Alya.
Dah dapat, terus dia pass jelly dia kat aku. Dia makan gula kapas tu pulak...
Serius seronok pulak aku tengok dia happy.
Pastu bila gula kapas tu dah berlengas kena kat tangan dia, sibuk pulak dia nak cuci tangan bagai.
Dia kan tak suka kotor-kotor.
Aku lap je tangan dia guna tisu. Malas dah nak patah balik pergi toilet.

Berbalik kepada kisah mama Alya tadi tu, rupa-rupanya dia tak puas hati kenapa Alya taknak dengan dia dan dia jeles Alya rapat dengan aku.
Aku faham la perasaan parent kann bila anak-anak lebih rapat dengan orang lain.
Mesti ada sikit timbul perasaan cemburu.
Tapi bukan salah aku sebab aku just jaga Alya time weken je.
Itu pun sekarang ni jarang-jarang.
Bila aku jaga dia, takde pun aku hasut dia suruh tak suka kat parent dia sendiri.
Kalau aku jaga dia, aku selalu ajar dia ABC, mengira, baca doa, tahu mana yang kotor, mana yang bersih, kemas rumah...
Itu je.
Takde aku hasut apa-apa.
Dulu Alya tu kalau bukak kasut dengan stokin, mesti letak merata-rata.
Tapi lepas aku ajar sekejap je, terus dia tahu...
Tanggalkan kasut, pastu stokin letak dalam kasut tu...pastu kasut susun elok-elok sebelah kasut lain.
Begitu.

Tapi mama dia tak puas hati.
Papa dia pulak ok je siap back up aku lagi.
Tapi gitu laa... kuasa wanita kann...

Sekarang ni Alya sebut nama aku pun, dia kena marah.
Macam hari tu, (papa dia cerita kat aku la...).
Dalam kereta Alya sebut "nak jumpa umi...nak jumpa umi..."
Last-last dia kena tengking.
Haihhh... tak ke kesian.

Kalau aku tahu la perjumpaan hari tu buat Alya kena marah bila ingatkan aku, takdenye aku nak jumpa.
Dulu-dulu pun ada jugak aku jumpa mama dia tapi elok je.
Mungkin masa tu Alya tak reti cakap lagi.
Now cinonet tu dah boleh bercakap. Dia pulak sebelum tido pun duk sebut nama aku.
Itu yang buat mama dia hangin tu...

Orang lain mungkin bernasib malang sebab dapat baby sitter yang suke mendera anak diorang.
Tapi ini, aku jaga anak dia elok-elok.
Pakai baju cantik-cantik, kemas... siap perasan model lagi.
Itupun tak bersyukur dan tak berterima kasih.
Takpelah. Nak buat cemana.
Hati masing-masing.

Oh, semalam birthday Alya.
Dah 3 tahun dah dia. Hehehe...
Tatau la nak belikan hadiah ape.
Dah la pokai ni..... wuwuwuwu...!


2 comments:

Jen Jen Areff said...

haaaaa baru leh komen. hahahah.

Mimy Hamid said...

mama dia terasa nana ..alya deny mama dia...tapi kenapa eh..mak sendiri kot..soryy...fayel kalau mimi balik dia beria berlari mamaaaaaaaaa