Sunday, December 1, 2013

Hadiah birthday

Salam readers...

Aku update di tengah malam sambil tengok Instanbul Aku Datang yang tak tahu la dah berapa puluh kali aku tengok. Hahaha...
Citer ni best sangat... tak puas tengok.

Aku just nak citer. Semalam aku dapat hadiah!
Belated birthday present from the special one of mine, FZ!
Masa birthday aku baru-baru ni, dia takde bagi hadiah pun.
Dia tak tahu nak bagi hadiah ape. Banyak kali kot dia tanya aku nak hadiah apa for birthday.
Tapi aku cakap aku tak tahu.
Tapi sebenarnya bagi aku, dapat kad ucapan pun dah ok.
Tak perlu hadiah bagai. At least dia ingat birthday aku.
Jangan sampai tak ucap langsung. Memang aku terasa hati la kann...
Tapi dia nak bagi jugak hadiah, takpelah. Terima je la kann...
 Dah orang nak bagi.


Handbag & a bouquet of roses.
Takde la banyak sangat rose tu. Just 4 kuntum je.
Sekuntum bunga ros merah.
Sekuntum bunga ros putih.
Sekuntum bunga ros pink.
Dan sekuntum bunga ros cream.

Kata FZ, semua bunga ros tu ada maksud.
Pagi tadi dia dah explain ape maksud roses tu and suddenly i'm touched!
Kenapa dia pilih ros warna itu dan kenapa dia pilih 4 kuntum bunga ros tu, biarlah aku dan dia je yang tahu.

 Ya ALLAH, aku sayangkan dia. Sangat sayangkan dia!
Jika dia memang milikku, dekatkanlah kami. Satukanlah hati kami.
Kuatkanlah hati kami untuk menempuh dugaanMU.
Namun, jika ditakdirkan dia bukan milikku, jauhkanlah hati kami.
Tabahkanlah hati kami untuk menerima apa jua perpisahan yang berlaku.
Cekalkanlah hati kami untuk saling melupakan.
Amin.

4 comments:

Liyana said...

bestnye awk dpt bunga! kita x pernah dpt bunga langsung haha adoyai harapan :D

diana aziz said...

Takpe.. lepas ni awak bg hint2 gitu kat suami... cthnye, kalau kebetulan lalu kat taman2, acu ckp, "cntiknya bunga itu..." ataupun kalau kebetulan lalu depan kedai florist, puji2, "cantiknya bunga ros ituu... dapat sejambak pun jadi laa..." hehehe...

Mimy Hamid said...

untung la nana..semoga jodoh kalian bersatu dengan perhubungan yang halal..amin

diana aziz said...

Amin... tq mimy...