Tuesday, December 17, 2013

Kongsi resipi

Salam readers...

Hari tu FZ cakap dia teringin nak makan masakan aku.
Katanya dah selalu sangat makan kat kedai, muak jugak.
Aku ok je nak masak.
Terus brainstorming nak masak ape sebab lauk kat rumah tak banyak.
Bukak fridge, dalam tu ada udang dengan ikan bilis je.

FZ cadangkan dia masak ikan bilis sambal hijau.
Aku pulak masak nasi goreng dan udang butter sauce. Kebetulan aku ada fresh milk.
Memang cantekk sangat la masak udang tu.

Udang tu senang gile nak buat.
Walaupun 1st time masak udang butter sauce tu, alhamdulillah menjadi jugak.


Lunch kami on that day.

Udang butter sauce, ikan bilis sambal hijau, nasi goreng dan udang goreng tepung.
Simple, tapi cukup la untuk makan 2 orang.

FZ yang payah nak makan makanan pelik pun, tetibe suka dengan butter sauce tu.
Suka sangat bila tengok dia makan ape yang aku masak.
Ikan bilis sambal tu pun sedap.
Makan sesaje dengan nasi putih pun dah cukup dah.

Eh, malam ni boleh la masak ikan bilis sambal hijau ni untuk berbuka puasa nanti.
Iolss puasa ganti uollss... :)

Ni nak kongsi resipi udang butter tu.
Walaupun berlambak-lambak dah orang kongsi resipi ni, tapi aku nak kongsi version aku.
Simple, mudah, cepat dan paling penting sedap.
Kompem macam yang kat kedai punya.

Bahan-bahan perapan udang :

Udang bersaiz sederhana (berapa banyak yang korang suka)
Tepung serbaguna/ tempura
Sebiji telur
Minyak masak

Bahan-bahan untuk butter sauce :

Butter (untuk menumis)
3 ulas bawang merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Cili hijau dimayang kecil-kecil
2 helai daun kari
Fresh milk

Cara-cara:

1- Bersihkan udang. Kupas kulit udang separuh sahaja (bahagian ekor tak perlu kupas tapi kena pastikan bersih laa). 
2- Oleskan udang dengan telur yang sudah dipukul dan salutkan udang dengan tepung. 
3- Kemudian bolehlah goreng udang tersebut dalam minyak yang panas selama 5 minit.
Asingkan.

4- Di dalam kuali yang lain, panaskan butter. 
5- Masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga masak. (Kalau tak masak nanti sakit perut pulak...). 
6- Agak-agak dah masak tu, masukkan fresh milk sedikit demi sedikit. Perlu diingat, time ni kita kena selalu kacau fresh milk tu dalam kuali untuk mengelakkan ia berketul.
 7- Agak-agak dah pekat sikit, masukkan cili dan udang yang digoreng tadi.
Gaul sampai sebati.
8- Sedia dihidangkan.

Senang kann...

Selamat mencuba.

Resipi ikan bilis sambal hijau tu version FZ tu nanti aku kongsikan dalam entri yang lain ye...
Babai..!

2 comments:

Mimy Hamid said...

udang butter milk tu berkuah tak...macam sedap je..ok blh cuba

diana aziz said...

Mimy : Nak buat berkuah pun boleh mimy... tambah la fresh milk tu buat lebih sikit...