Thursday, December 19, 2013

Penat

Salam readers...

Pernah tak korang rasa penat dengan kerja korang?
Pernah tak korang rasa korang ni dipergunakan?
Pernah tak korang rasa apa yang korang buat tu tak setimpal dengan apa yang korang dapat?

Jawapan aku kepada soalan-soalan di atas ialah PERNAH dan SEDANG MERASAKANNYA.

Seriously aku penat.
Seriously aku rasa dipergunakan dan jadi kuli batak orang.
Seriously aku rasa tak berbaloi ape yang aku buat sekarang.

Dah lama dah nak luahkan tapi tak terluah.
Plus tak tahu nak luah kat mana.

Aku adalah secretary.
Tapi aku buat secretarial work hanya 25% je. Selebihnya, aku buat kerja admin, kerja manager.
Photostat fail berlambak-lambak, rekod data fail, buat statistik dan database info, audit stationery, update fail, manage cuti dan claim staffs, even mesin fotostat rosak pun aku yang kena in-charge!
Ni adalah sedikit kerja-kerja yang perlu aku buat.
Ada lagi kerja lain.
Admin opis ada, tapi berlenggang kangkung datang kerja tengok movie.
Sedangkan aku tersengguk-sengguk buat kerja admin sensorang atas dasar rasa tanggungjawab.

Bab buat statistik tu yang aku penat.
Penat sangat-sangat-sangat-sangat!!
Unit lain datang request nak statistik ikut spec yang diorang nak.
Takmo yang dah sedia ada.
Serious masing-masing suke makan suap je.
Yang mintak tu pulak bukannye orang-orang bawahan.
Semua orang atasan, Manager laa... GM laaa...
Gaji nak tinggi tapi kerja malas!!
Bos pulak jenis payah nak firm and say "No".
Memang sedap la masing-masing datang request macam-macam.

Aku nak cuti sekarang ni mesti ada mulut dalam opis ni cakap "suka amik cuti".
Padahal aku cuti pun sebab balik kampung atau parent datang KL.
Cuti ciput. 14 hari setahun.
Purata sehari sebulan.
Itu ke dinamakan "suke amik cuti?"

Itu cara-cara nak amik annual leave.
Belum lagi mc.
Aku sakit je, mulalah cakap sakit sikittt jeee... boleh je tahan sakitt tuuu...
Badan aku.. aku tahu la sakit cemana.
Suke sangat mengenakan orang.
Kalau manager mc 3-4 hari, takpe pulak!
Cuti sebab putus cinta pun takde pulak cakap ape.

Macam hari ni... aku sakit perut gile sampai tangkap bahagian pinggang dan peha.
Duduk pun rasa sakit je...
Berdiri ape tah lagi.
Memang aku bajet nak mc je. Tapi last-last tak jadi. 
Pukul 7 pagi bos dah hantar whatsapp request nak updated database.
Ok, fine! Aku datang kerja.
Itupun naik teksi.
Memang aku dah larat dah nak naik lrt bagai.
Time sakit perut macam ni, yang dekat pun rasa jauhhh sangat nak berjalan.

Entahlah, nak nangis pun ada.
Pressure weehhhh...
Dah la bosan hadap statistik je. Dah jadi kerja aku pulak buat statistik ni sedangkan kerja-kerja lain berlambak lagi kena buat.
Tahu je la kalau buat statistik ni 1 hari pun belum tentu siap lagi.
Sebab tu kalau kena buat statistik, kadang-kadang aku sampai tak sempat nak makan minum.
Even nak terkencing dari pagi pun, petang baru aku pergi toilet.
Macam kerja bodoh duk suap GM-GM unit lain yang pemalas.

Tak tahu la...
Aku rasa it is the right time for me to move out from this unit.
Takpun apply untuk transfer back to hometown.
Try new environment.

Penat. Serious penat!



5 comments:

Beautyfull_Maria said...

If u r not happy better make a move...Jgn seksa diri sbb environment office pon byk mainkn peranan utk kesihatan kita..Ramai da kwn2 akak x happy dgn office environment n Alhamdulillah bila diorg kluar dr situ they lead a better life dan jgk better work! Gaji pon semakin tinggi...

Mimy Hamid said...

penat baca nana....nana be firm la...tgk nana ni baik sgt follow je diorang...kalu mimi mmg tak kisah dah bab orang lain..aku nak mc ke cuti ke..aku punya pasal

diana aziz said...

Beautyfull_maria : tu la... tp sy tkut silap langkah je.. org kate, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya...

diana aziz said...

Mimy : nana ni mmg ada sikap mengalah. nak2 bab kije. smpai kdg2 nana rse mcm mkn diri pulak. tp still nana mcm tu jugak. mngalah x hbis2..

Dila Gebu said...

kerjalah dengan bersungguh-sungguh, tentu ada manis didalam penat

Jom kita makan Minyak Ikan