Wednesday, December 18, 2013

Resipi ikan bilis sambal hijau version FZ

Salam readers...

Semalam aku janji nak share resipi ikan bilis sambal hijau version FZ tu kan...
Resipi ni pun sangat mudah.
Maklum laa bujang-bujang cam aku ni setakat nak kenyangkan perut sendiri tu boleh laa masak yang simple simple.
Kalau dah berlaki tu, masak berat-berat pun takpe sebab at least ada yang makan.
Kalau dia tak makan, merajuk.
Bini kan suke merajuk... hehe

Aku ni jenis pemalas nak masak.
Sebab kebanyakkan aku masak 1st time mesti tak jadi.
So, rasa down kat situ.
Tapi kalau masakan yang simple tu, memang aku suke.
Sebab masakan simple ni biasenye senang nak buat dan kot mana-mana pun mesti rasa sedap.

So, resipi ikan bilis sambal hijau version FZ ni memang sesuai untuk manusia pemalas cam aku.
Lagipun masak ikan bilis ni makan dengan nasi panas-panas dengan telur dadar pun dah cukup.
Terangkat hoihhh....
Dah takyah dah lauk lain.
Jimat pun jimat. Dah la mengenyangkan.

Eh, banyak pulak sembangnye.
Jom tengok resipi.
Balik rumah nanti, try masak. Tengok terangkat ke tak... hehe...


Bahan-bahan :

Ikan bilis saiz sederhana (dibersihkan)
Cili padi hijau
Bawang merah
Bawang putih
Belacan (bergantung kepada berapa banyak cili)
Gula dan ajinomoto

Cara-cara :

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan sehingga separa halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
Agak-agak dah masak, masukkan ikan bilis disertai dengan gula dan ajinomoto.
Resipi ini tidak memerlukan garam sebab ikan bilis dan belacan dah sedia masin.
Bila ikan bilis dah garing sikit, angkat dan hidangkan.

Senang sangat kannn....
Agak-agak malas masak tu, boleh la cuba resipi ini.
Modal pun tak besar.
Hehehe...


Selamat mencuba!

3 comments:

Mimy Hamid said...

sambal hijau mak mimi pakai cili hijau...pun sedap nana

diana aziz said...

Mimy : Mana2 cili pun best kot.. asalkan pedas... lg pedas, lg sedapp.. hehehe

Beautyfull_Maria said...

Ikan bilis mmg all time favy...masak la mcmana pon mmg sedap je kan!