Monday, December 9, 2013

Sarapan

Salam readers...

Jarang-jarang sekali aku update pagi hari melainkan kalau auto-publish.
Maklum la pepagi kekadang takde idea nak update ape walaupun banyak benda nak dikongsi.

Minggu ni bos aku takde tapi still ada kerja nak buat.
Takpe, bos...
Akan aku settlekan segala kerja yang diarahkan oleh mu...
Chewaahhh... bajet pekerja cemerlang sangat!

Pagi ni FZ jemput aku kat rumah.
Jarang ohh dia datang jemput aku kat rumah pepagi buta time hari kerja ni.
Dia ajak aku breakfast sesame.
Dah lama tak kuar breakfast sama-sama hari bekerja.
Kalau weken tu selalu sangat.
Beza tau feeling breakfast sama-sama time weken dengan weekdays.

Macam biasa kitorang pergi makan kat area Bangsar.
Syed Bistro.
Boleh tahan jugak la makanan kat sini. Sedap.
Lebih kurang je cam kedai mamak Mahbub tu.
Tapi Mahbub tu mahal nak mampss...
Kat syed Bistro ni biasa-biasa je walaupun takde la murah sangat but at least takde la sampai cekik darah.

Pagi tadi orang tak ramai sangat kat restoran tu.
Parking pun cantekk je dapat betul-betul depan kedai.


Pagi ni cuaca elok je.
Tak sejuk, tak panas.
Matahari pun terang je..... sampai silau gambar aku kat belakang tuh.


Penangan camera 360 sampai kulit suci murni licin berseri.
Walhal........ dot dot dot. Hahahaha....


Rezeki pada hari ini.
Roti canai telur. Makan panas-panas cicah kuah kari.
Perghhhh....... terangkat!

Ini je la citer untuk pagi ni.
Tatau la nanti kot-kot ada entri lain pulak untuk hari ni. :)

No comments: