Monday, December 23, 2013

Selamat pengantin baru, Leen!

Salam readers...

Oh myyy, sangat monday blues hari ni!
Bayangkanlah tadi aku tak terjaga dari tido.
Tau-tau je dah pukul 7.30pagi...
Terus bangkit dari katil meluru ke bilik air..
I is dah lewat uollsss!!
Mujur la time tu Kak Siti tak guna lagi bilik air.
Kalau dia dah start mandi, berjam la nak tunggu dia keluar.
Sampai je opis, bos whatsapp bagitahu dia masuk lewat sebab ada hal.
Pfffttttt!!!! 
Kalau aku tahu macam tu, takde la aku cepat-cepat bersiap tadi.
Boleh la aku berak-berak dulu ke..... 
Berangan-angan puteri mandi dalam bilik air tu ke walaupun dah macam badak berendam kannn...
Waaaa....!!!

Tadi belek-belek gambor dalam folder pic kat desktop ni.
Tetibe nampak pulak gambar-gambar mase aku pegi weds Leen.
Oh, belum update lagi. Gambar pulak banyak.
So, boleh la up entri untuk hari ni.

Leen kawin 1 Dec baru-baru ni.
Kire-kire sekarang ni still on honeymoon mood laa...
Waahhh, seronok betul honeymoon.
Dah la sekarang ni musim hujan kannn..... sejuk je..
Memang tepat waktu sangat laaa dia kawin.
Hahaha... gataiii...

Majlis on 1 Dec tu aku tak dapat attend atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Lagipun majlis tu kena RSVP.
Awal-awal lagi aku dah bagitahu Leen yang aku memang tak dapat attend.
But aku promise untuk datang majlis dia kat belah lelaki.

Majlis belah lelaki diadakan di Dewan Sri Wilayah, Presint 2, Putrajaya.
Aku pegi dengan FZ.
Yela, dengan sape lagi aku nak pergi kann...
Kitorang ni tak familiar sangat dengan area Putrajaya tu.
Tapi bila ikut map atas kad jemputan, alhamdulillah senang je jumpa bangunan tu.

Kitorang sampai awal.
Tetamu pun baru ada 2-3 kerat.
Takpelah... selesa sikit nak cari tempat dan makan.
Kalau ramai-ramai nanti serabut pulak.


Kalau korang tak cam lagi muke ni, tatau la...


Muke ni memang wajib ada.


Nasi beriani yang very sedaaapppp.....
Sampai aku merayu-rayu kat FZ nak tambah nasi tapi malu punya pasal, terus tak jadi...
Daging dia tuuu,, hoihhhh melting dalam mulut.
Lembut gilosss...!
Leen, ku teringin nak makan nasi itu lagi!!!


Mulut tu duk menguuunyah je sepanjang masa.
Menikmati nasi yang sedap itu.
Memang patut pun aku bambam.
Makan tak hengat!


Inilah pelamin Leen.
Simple je and memang taste aku jugak.
Takde la sarat barat macam stail orang-orang sekarang.


Meja santapan.


Ni side dish.
Semua ni FZ yang makan.
Kuih-kuih tradisional ni aku kurengg sikit.
Tatau la kenapa tekak aku ni mengada-ngada sangat!

Dah settle majlis, baru laa boleh jumpa pengantin.
Leen nampak very the gojes on that day.


Aku dan pengantin.
Bila tengok gambar ni baru laa aku perasan muka Leen dan hubby dia seiras.
Betul cakap orang, jodoh kita adalah orang yang seiras dengan kita.
Acu tengok muka mak ayah kite.
Ada lebih kurang sama tak?
Tapi apepun, jodoh tu kan ditentukan oleh ALLAH SWT.
Kannn...


Pengantin dengan opismate aku, Farid.
Farid ni datang kendian.
Pengantin tengah berarak, dia pun join berarak sekali.
Over sangat tau! Amik berkat la tuhh.. heheh...

Mase weds sebelah Leen yang kena RSVP tu, aku just dapat beberapa keping gambar daripada group opis.
Yela, aku kan tak pergi sana.
Staff opis aku ramai yang pergi sebelah Leen...

So, elok jugak kalau aku share gambar-gambar tu kat sini. 3 keping je pun.
Majlis malam yang sangat meriah.




Ini antara opismate aku yang hadir bersama-sama dengan pengantin.

Apepun, selamat menempuh alam berumah tangga, Leen.
Semoga rumah tangga kekal hingga ke jannah.
In sha ALLAH.

2 comments:

Mimy Hamid said...

lin cantik nya baju biru tu nampak outdtanding....happy wedding lin

Ayam Kluk Kluk said...

Aminnn... Tenkiuuu diana for coming... Nasi tu nanti leen wat kenduri cukur jambul baby lak diana ley mkn... ekekeke...

Tenkiuuuu Mimyyyy... ;D ;D ;D