Thursday, December 26, 2013

Tudung

Salam readers...

Selamat pagi! 
Amboii... Thursday blues kah?
Mesti liat nak bangun tido pepagi ni kann...
Semalam cuti Christmas. Hari ni kena kije lagi.
Aku ni kalau balance cuti banyak lagi, kompem aku cuti hari ni dan esok.
Dapat direct sampai Ahad.
Uihh,,, indah sungguh kalau cuti tapi gaji jalan. Hehehe...

Weken aritu aku just duk rumah.
Tatau nak gi mana.
Bila duk rumah tu, reti la pulakk tangan ni menggatal nak mengemas.
Tetibe datang pulak angin rajin.

Kemas bilik tidur adalah keutamaan aku.
Sebab kebanyakkan masa aku dirumah akan dihabiskan di dalam bilik.
Kat situ laa ada tv, ada laptop, ada katil...
Selalunya aku akan makan dalam bilik jugak sebab kat ruang tamu aku tu kosong.
Takde ape.
Bilik tidur aku ni umpama rumah kecik aku.
Kat situlah aku buat macam-macam.
Duk rumah sewa macam ni la..
Hidup sendiri-sendiri...

Hari tu aku cuci pakaian, lipat pakaian, menyapu, lap lantai, lap habuk-habuk atas almari semua...
Fuhhh... penat hoihh walaupun kemas bilik je.
Kipas siling pulak aku tak larat nak bersihkan plus aku mane la sampai nak capai kipas tu.
FZ janji nak tolong bersihkan tapi sampai ke sudahh tak buat.
Janji ntah kemana.. Lelaki kan memang camtu..
Terima je laaaa.... T____T

Dah tengok bilik kemas sikit, barulah lega.
Pastu teringat tudung-tudung dalam laci tu berterabur tak bersusun.
Masih larat lagi nak mengemas walaupun badan dah berpeluh-peluh.
So, susun balik tudung-tudung tu elok-elok.
Susun ikut color.
Boleh tengok color ape yang banyak, color ape yang sikit.


Favorite aku adalah tudung bawal.
Sekarang ni kekadang aku pakai shawl.
Koleksi shawl masih tak banyak tapi akan ditambah dari mase ke semase.
Ate deme dah start pakeii tudung khennn...


Dah namanya pompuan...
Color pink mesti banyakk... lepas ni kena stop beli tudung pink.
Beli kaler lain pulak.

Next month parent aku akan datang KL.
Sah-sah la diorang akan jenjalan kat Jalan TAR tu.
Dah alang-alang jenjalan kat situ, boleh la aku borong tudung kaler yang aku takde...
Yeayyy!!

Aku dah takmo beli tudung fareeda ke, ariani ke... atau tudung instant lain.
Sebab aku rase tudung instant ni buat muke aku jadi nampak tua.
Walaupun aku dah berumur 28tahun, but still lagi perasan muda. Huahahaha...
Eh, belum sampai 3 series lagi okeh.



Hari Isnin lepas terus pose dengan tudung yang dah lama tak pakai.
Sebelum ni aku rasa kaler oren cam tak sesuai je dengan aku.
Tapi bile tengok gambar ni... macam sesuai la pulak..
Ke sebab efek camera 360?
Hahaha...

2 comments:

Mimy Hamid said...

susunan tudung macam ni mmg senang...dia mcam list

diana aziz said...

Nana tiru mimy la susun tudung macam ni. heheh...