Monday, December 2, 2013

Ucapan RIP dan mimpi hampir melahirkan baby tapi tak jadi... ngeriiii

Salam readers...

Selamat monday bluessss....
Hoih pagi Isnin ni lemau betul nak buat apa-apa.
Nak jalan kaki datang kerja ni pun malass.
Rasa cam nak seret je kaki ni.
Dah la pepagi ni dah hujan. Bertambah-tambah lemau la jadinya.
Time weken taknak pulak hujan. haihhh...

Aku baru dapat tahu semalam, Paul Walker meninggal dunia kerana accident.
Bila date dan pukul berapa dia meninggal, aku tak amik kisah sangat.
Aku minat dia. Tapi tak obses sangat macam sesetengah orang lain.
Aku follow movie lakonan dia, Fast & Furious. Siap tengok kat wayang lagi.
Frust jugak la bila dia meninggal sebab after this, no more F&F.

Tapi, untuk ucap RIP ke ape untuk dia, this is not me.
Bagi aku, tak perlu pun.
Siap ada kengkawan yang up status dalam fb.
Come on, guys. Takyah nak RIP (rest in peace) sangat.
Why not korang doakan je keamanan kat umat Islam lain yang di dalam kesusahan?
Dah tahu kan orang tu bukan Islam. Takdenye diorang tu 'peace' lepas mati.
Or, kalau rasa nak ucap jugak, just say "takziah".
Itu je... simple. Itupun dah tunjuk kita simpati atas kematian dia.

Kesian kat hero kesayangan ramai ni.
Dah mati, jadi bahan agama lak kan.
Tapi tu la.. kekadang orang Islam kite ni over menunjuk yang dia laaa sedih bebenor atas kematian itu.
Relax-relax sudahla.
Mamat tu pun takde bagi apa-apa sumbangan kat agama kita.
Why kite nak sedih sangat?

Teringat masa kematian Michael Jackson.
Uihhh... mase tu semua shopping mall pasang lagu MJ.
Mase tu aku pelik jugak apesal mall semua pasang lagu MJ ni?
Rupa-rupanya MJ died on that day. Aku kan jenis ketinggalan zaman sikit.

Pastu bila bukak fb, ramai la kengkawan yang menunjukkan kesedihan beliau atas kematian itu.
Sana-sini ucap R.I.P.
Aku dah macam, "perlu ke ucap??" Begitu.
Agaknya rasa sangat keww elll sangat kot bila ucap R.I.P. ni.
Hahaha... tetibe rasa cam kelakar pulak.

Dan pandangan awal aku tentang ucapan R.I.P ni akhirnya dibuktikan betul dengan kenyataan dari UAI.


Petikan dari sebuah blog yang aku search dari internet :-


So, terpulanglah kepada yang terasa itu untuk menerima atau tidak akan hal ini.
Melihatkan komen dari pembaca-pembaca blog gosip artis yang femes, aku rasa kesian.
Kesian dengan pengomen-pengomen yang terlalu obses dengan selebriti tertentu sehinggakan menolak apa yang betul dan membetulkan apa yang sememangnya salah.
Kita ni tak perfect. Tapi sebolehnya berubahlah ke arah yang lebih baik.

Ok, habis citer tentang RIP semua karut marut yang tak perlu tuu...
Ni aku nak citer... dah 2 malam berturut-turut aku mimpi aku pregnant.
Hoihh... seremmnyeee...
Padahal aku ni belum "kawen" lagi.
So how boleh pregnant bagai kan?

Yang ngerinya, dalam mimpi tu aku dah sampai tahap nak terberanak dah.
Sakit perut memulas baby nak kuar tu memang dah terasa.
Cuma air ketuban je tak pecah lagi.
Hoihhh... ngeri pulak rasenya.
Siap aku dah terbaring dalam klinik swasta lagi untuk deliver...
Amboiii... taknak kalah kannn... nak deliver kat klinik swasta.
Tapi aku tahu dalam mimpi tu anak aku tak berayah.
Maksudnya, aku pregnant cenggitu je.
Takde boifren, takde laki.
Tahu-tahu je dah pregnant. Tapi dah namanya mimpi kan.
Mestilah ada yang merepek sikit kan...

Serius aku takut.
Terus pagi ni search google.
Katanya in shaa ALLAH aku akan mendapat rezeki yang besar atau hajat yang tertunai.
Wallahualam!
Aku taknak sangat la percaya pada tafsir mimpi ni tapi sebab dah 2 hari berturut aku mimpi yang sama, perasaan ingin tahu tafsir tu jadi kuat.
Takpelah. Jika yang datang itu baik, alhamdulillah.
Jika yang datang itu buruk, aku anggap saja ianya sebahagian ujian dariNya.







5 comments:

Mimy Hamid said...

dah mimpi bersalin tu ..kawen cepat eh nana..hihihi...rezeki besar gak tu dpt anak..


betul la artis yg byk obses RIP...dia dah pegi mmg pegi la..

diana aziz said...

In sha ALLAH mimy... kalau sampai seru nanti, nana jemput semua...

Kan... pdhal takyah ucap pon takpe...

curi tulang baca blog diana.. haha.. said...

rezeki dalam bentuk hitam2 gemuk2 pervert2 ayam kluk2... semoga doa kami dimakbulkan... ;D

Yg Cantik Jelita ;P said...

Amiin..semoga dimakbulkan ^^

diana aziz said...

Hoih.... korang jgn nk ngengada doa bkn2... hahaha