Saturday, March 30, 2013

Wanna feel Bali? Let's go to Bali Feel!

Salam readers...

Hari ni aku takde la busy sangat.
So, boleh berjimba di office.
Dah lama tak hang out kuar dengan officemate makan tengahari jauh-jauh.

Oleh sebab hari ini tak busy, maka aku dan 2 orang officemates plan nak makan jauh sikit.
Kalau sebelum ni asik la makan kat food court ofis dan riverside, kali ni kitorang plan nak makan di Bangsar South.

Mintak izin dengan bos dulu nak kuar awal sikit.
Bos aku no hal punye.
Then, kitorang terus la kuar.
Kitorang tu termasuk la aku, Min dan Maziah.
Min dan Maziah ni exec kat opis aku.

Kitorang pergi ke Bangsar South jalan kaki je okeh.
Tak jauh pun sebenarnya.
Dalam 10-15 minit perjalanan.


Kitorang lalu atas jejantas panjang yang dibina merentasi federal highway.
Seronok jugak sesekali jalan-jalan camni.
Aku mesej FZ.
Dia pun nak join sekali.
Aku ok je laa...
Lagipun elok jugak kalau dia kenal dengan Min dan Maziah ni.


Kat sini la kitorang pergi tadi.
Nampak tak Menara TM kat belakang tuh?
Dekat je kan.....

Banyak rupanya restoran kat sini.
So, we are decided to have a lunch at Balifeel Restaurant.

Memang ramai gile orang kat restoran ni.
Tapi mujurlah ada tempat duduk.


Ada banyak menu...
Harga affordable.

Gambar-gambar diatas dicedok dari mr.google. :)


Ni menu Min.
Nama ape menu ni pun aku tatau.
Yang aku tahu ayam goreng dia bapakk besar.

Aku ada snap gambar tadi.
Tapi lupa nak tekan save.
Syabassss bete.....!!

Aku makan nasi goreng kitamani.
Boleh tahan laaa...
FZ pulak makan nasi goreng bali.
Maziah makan menu sama macam Min.

Dah bayar semua, kitorang shopping kat Carrefour pulak.
Shopping barang-barang pantry ofis.
Seronok tul shopping reramai.
Balik opis dekat pukul 3.
Hahaha...
Amik kesempatan betul...
Bos baik la katekan.... hihihi...



Friday, March 29, 2013

Menara KL

Salam readers...

09 March 2013, FZ bawak aku dan Baby Alya ke Menara KL.
Kitorang pergi dalam pukul 12 tengahari camtu.
Serius panas gile.
Yelah matahari betul-betul atas kepala kott...

First time aku jejak kaki ke Menara KL, aku tertanya-tanya,

"Banyak ni aje ke parkingnya???"

2kali kitorang pusing-pusing di perkarangan menara untuk cari parking tapi tak dapat.
Mungkin sebab perasan kitorang dah berpusing banyak kali, salah seorang guard alihkan 1 kon untuk bagi laluan untuk kitorang parking.
Thanks pak guard! :)


Jauh jugak nak menapak dari parking untuk masuk ke dalam menara.
Dah la dukung baby.
Boleh je bagi dia jalan sendiri tapi sendiri mau ingat la.
Kompem-kompem dia terkedek-kedek berjalan. Lagi lambat sampai.

Time aku sampai tu orang tak ramai sangat.
Kitorang terus pergi ke kaunter tiket.
Aku kan staff TM. Haruslah dapat diskaun.
So, aku tunjuk la ID staff aku.
Ingatkan kalau aku bawak FZ dan baby, diorang pun dapat la diskaun sekali.
Tapi rupa-rupanya takkk...
Aku sorang je yang dapat diskaun.
Itupun bukan diskaun sampai separuh harga.
Diskaun RM6 je.
Harga untuk orang biase RM29.
So, aku dapat la RM23.
Nasib laa staff MKL ni semuanya ramah tamah.
Layanan baik je... :)


Nampak regenye?

Dah beli tiket, so kena beratur untuk naik lif.
Mujur la tak ramai sangat orang tengahari tu.
So, takyah beratur lama-lama.
2-3 minit je beratur untuk tunggu lif turun.

Masa beratur tu, sempat la aku tengok bahagian siling.
Cantik sangat uollssss....
Macam berlian.
Kalau tak silap aku, ia dikenali sebagai Muqarnas atau lebih dikenali dengan nama "kubah stalaktit".


Gambar siling ni aku cedok dari mr.google sebenarnye sebab takdan nak kuarkan kamera pun.
Kubah berlian ni bercorak lebih kasar kat bawah melambangkan simbol 7 lapisan langit.
Tapi memang cantik kan?
Serius nampak mewah.
Dan kalau tak silap aku, kubah ni adalah architecture Islamic berasal dari Esfahan, Iran.

Ok, diatas adalah sedikit ilmu dari aku....
Kot la ada yang tengah buat research tentang Menara KL ni kan...
Tapi sebenarnya korang boleh je tengok dalam wiki...
hehehe...

Dah naik atas, ape lagi.....
Nikmatilah pemandangan KL.


Saujana mata memandang kannn....
Nampak tak Menara TM? Hujunggggg sane.... kihkih..


Sebelum baby start nakal, baik snap-snap dulu.
Nanti kang susah pulak nak tangkap gambar.
Time ni pun dia dah start dah tinjau tempat-tempat yang dia nak berlari.


Kite teropong dulu!
Hebat okeh teropong nih.
Siap boleh zoom jauh gile. 
Orang yang berjalan kat jalan besar pun boleh nampak.
Indon-indon tengah bina bangunan pun boleh nampak jelas.


Kat dinding kaca ni la terukir list of towers yang tertinggi di dunia.
So, datang sini pun boleh kaut ilmu tau!


Tengok mata baby tu...
Dah start melilau ke lain dah..


Giliran FZ pulak teropong...
Jangan dia teropong orang tengah mandi kolam sudahh...
Yela, kolam hotel berlambak kat bawah tu...


Dia dah start lari-lari, so aku kena dukung.
Kalau tak, kemana-mana dah dia pergi.


Eh, nampak cam keluarga bahagia jekkk...
hahaha...


Time aku lepaskan dia lari-lari kat atas tu, tetibe je dia masuk tengah-tengah dinding kaca.
Muat pulak dia kat dalam tuh.
Grrrr... sabau je la aku!
Pastu bila ajak jalan-jalan kat lain, tak mau.
Tetap nak sembunyi celah dinding tu.
Haihhhh....

Dan akhirnya kena dukung.
Dia meliuk lintuk mengamuk cemana pun, aku tetap dukung.
Malas aihhh nak mengalah.
Sat lagi kalau mengalah, dia lagi laa buat perangai.
Faham aje la perangai budak, kan?

Dah kuar dari menara, kitaorang jalan-jalan kat luar pulak.


Taman ni adalah laluan untuk ke 1 Malaysia cultural village.
Muke baby dah masam dah. Dah penat agaknya.
Tapi umi dia asik la pakse amik gambar.
Hahaha...


Kat sini panas gile okeh!
Berpeluh aku dibuatnye.....
Baby apatah lagi kan.
Kat sini aku paksa dia pimpin tangan sebab papan jambatan ni jarang-jarang.
Takut kaki baby tersekat kat celah papan pulak nanti.
Lebam kaki anak orang mati aku nak jawab.


Nasib baik la teduh kannn...
Baby tu tak habis-habis nak buat peace kalau amik gambar.
Peace tak jadi. haha...



Kat sini sebenarnya aku nak amik gambar sorang.
Tapi baby ni pulak tetibe datang menyelit.
Haihhh... kacau daun tul!


Dia nak sangat bergambar, meh aku bagi dia bergambar.
Aku suruh dia meniarap atas bangku ni dan pakse dia buat tangan macam tu.
Hahaha...
Bila dah snap, aku amik dia, dia sibuk duk cakap,

"Akut...akut..."
Hahahah...
Dia takut jatuh rupanye....




Teringat rumah nenek kat Kampung Tanjung tu.
Tangga rumah nenek pun kaler hijau jugak.
Taktau la next time aku balik Terengganu sempat ke tak tengok rumah tu sebab kerajaan dah beli tanah kat situ untuk dibangunkan.
Dan rumah nenek akan dirobohkan...
sob..sob..sob...


Salah 1 rumah tradisional...
Sangat cantik ok.
Tetibe teringin nak ada rumah camni...


Ok... dah keluar dari cultural village....
Memang cuaca panas terik lagi.
Dah tak tertahan aku dibuatnya.
Rasa cam dan-dan tu jugak nak simbah air ke muka.
Panas terik sampai terasa pedih kat kulit muka.


Gambar terakhir di MKL.

Fuhhh... fenat filosssss...

Apepun tetap seronok pegi MKL ni sebenarnya.
Bukan saja pegi untuk bersuka ria tapi boleh menimba ilmu juga.
Gambar takde la snap banyak sangat sebab cuaca yang terik sangat sampai timbul perasaan malas nak snap lelebih.

Kalau nak tahu info mengenai MKL ni, silalah ke laman web :-


Babai uolsss...


Thursday, March 28, 2013

Oleh kerana terlalu busy

Salam readers...

Maafkan daku...
Rupe-rupenya dah hampir seminggu tak update blog.
Dan ya, bukan kerana takde topik.
Tapi sebab aku terlalu busy di siang hari, maka malam aku just habiskan masa untuk berehat-rehat sajork...

Topik adalah berlamba-lambak.
Macam-macam yang nak dikongsi tapi gitu laaa...
Time kije, aku busy gegile...
Gile pun tak bizi cam aku tau.
Sekadar blogwalking 1-2 blog tu, sempat lagi la.
Dan kalau ada kesempatan, aku tinggalkan jejak.
Kalau aku tak komen ke ape, tu bukan sebab aku malas nak komen tapi sebab aku tak sempat.

Kije aku sekarang dah berlambak-lambak.
So, memang fully utilize la mase kije aku.
Start 8.30pagi hingga 5.30petang.
Itupun dah banyak kali terlajak sampai pukul 6.00-6.30petang.

Alhamdulillah bos sekarang berjuta kali lebih baik dari bos dulu.
At least yang ini dia tak pakse aku untuk balik lewat ke ape.
Dan bos sekarang adalah seorang yang sangat penyabar dan jaga manners which is itu yang aku selalu doakan dalam solat hari-hari.
Syukur Ya ALLAH kerana telah memakbulkan doa aku.
Cukuplah aku pernah dapat bos yang baran dan kurang sabar.
Hingga trauma aku dibuatnya.
Dan kali ini, alhamdulillah.

Tapi masalahnya FZ pulak yang tak faham.
Aduhaiii...
Di saat aku berazam nak buat kerja sebaik mungkin, dia pulak yang mula bising.
Bising sebab aku selalu balik lewat.
Takut benor kalau aku ada affair dengan bos sendiri.
Come on.... affair affair ni tak main la...
Cukup la unit aku je nama special affairs unit.
Takkan la aku nak berskandal dengan bos sendiri pulak kan?

Dah berbuih dah mulut aku explain.
Tapi dia taknak faham.
So, biarkanlah.
Lama-lama nanti dia faham la kot cemana tugas secretary.
Tugas secretary bukan BERSKANDAL dengan BOS ye!
Kite cari kerja halal.... bukan sambilan buat kerja terkutuk.

Aku nak kejar KPI tinggi tahun ni.
Macam tahun lepas, KPI aku dicaras-secaras-carasnya oleh orang yang tak pernah tengok aku buat kerja dan aku sendiri tak pernah bekerja dengan beliau.
Then, aku nak buat cemana.
Dah dia orang atasan.
Agak frust jugak la sehingga efek gaji aku kann...
Orang lain naik gaji.. aku?
Eh, bukan aku sorang je yang dicaras.
Ada lagi admin yang dicaras markah KPI.
Atas alasan, kami non-exec hanya melakukan tugasan hakiki.
Nak je aku jawab, aku non-exec takkan la nak buat kije exec... buat audit, buat sales, buat report, buat presentation bagai..
So? Kalau aku dah achieve target apa yang aku patut buat, so sepatutnya aku entitle to get more marks in my KPI.
Tapi nak buat cemana.
Orang tak nampak aku kerja cemana.

So, from now, sejak dapat bos baru, aku berazam nak kije betul-betul.
Bukan work hard tapi work smart.
Hard saje tak cukup.
Harus smart!
Biar bos nampak apa yang aku buat so that kalau lepas ni 'beliau itu' nak caras markah aku dalam KPI, bos boleh bagi strong justification untuk kekalkan markah KPI aku.
Itu target aku sekarang.
Kije sia-sia selama setahun kalau takde kenaikan gaji!

Berbalik kepada cerita asal, terima kasih la kepada sesiapa yang rajin sangat blogwalking blog picisan aku ni setiap hari sebab aku perasan rating aku sama je setiap hari.
Means aku update ke tak, masih ada yang sudi bukak.
Thanks....

Oh, sebab tak berupdate sangat lately, duit nuffnang aku tak bergerak la.
Hahahaha... padan muke sendiri!

Eh, kalau korang nak tahu update aku sekarang, follow la instagram aku ye.
Kat instagram tu at least aku ada masukkan gambar terkini aku.
Nak kata aktif tu, takde la sampai sehari patploh gambar aku letak.
Tapi aktif sikitt dari blog sekarang.

Follow instagram : dianaaziz85

Terima kasih.



Friday, March 22, 2013

Aku si penggeli cicak

Salam readers...

Aku rasa bukan aku sorang je kot yang gelikan cicak.
Mungkin semua pompuan pun sama.
Eh, usahkan pompuan, lelaki pun ada yang gelikan cicak. Tul tak?
FZ pun gelikan cicak tau.

Cicak kan lembik-lembik gitu...
Kaler tak menarik.
Pastu kalau melekat kat dinding je, bila-bila masa je dia boleh jatuh ke lantai.
Gam kat kaki tak kuat kot. Heh!

Masa aku balik kampung time raya cina baru-baru ni, ada cicak jatuh atas baju aku.
Menjerit la aku panggil mummy suruh halau cicak tu dari melekat kat baju aku.
Trauma wehhh....
Bayangkanlah kulit cicak lembik-lembik & sejuk tu melekat kat baju korang, kompem menggelupur kan?
Eeeeiiiii... geli geleman ok.

Dan tadi.......
Aku plan la nak mandi.
Amik towel letak atas bahu dan jalan terkedek-kedek masuk bilik air.
Time aku nak tutup pintu bilik air tu, pelepekkkkkkk aku dengar bunyi something jatuh.
Pastu aku dengar benda tu menggelupur.
Aku tengok,....... cicak!!
Melompat la aku dalam bilik air tu.
Kalau jerit pun tak guna sebab rumah aku takde orang.

Besar wehhh cicak tu.
Sebesar 2 tapak tangan aku nih.
Dah macam mengkarung dah aku tengok.

Cepat-cepat la aku kuar dari bilik air tu.
Capai penyapu konon-konon nak tolak-tolak cicak tu kuar dari bilik air.
Yang adooo....
Perasaan geli tu memang takleh nak bendung.
Walaupun gune penyapu, still aku rasa cam aku pegang direct cicak tu.
So, aku capai shower.
Mujur tali shower tu panjang.
Aku sembur cicak tu sampai dia lemas.
30 minit gak kot nak bagi aku penat & lemas.
Sambil sembur dengan air, aku simbah jugak dengan air sabun.
Last-last aku tengok cicak tu dah tergolek dalam keadaan terbalik.
Dah mati kot.
Aku tolak la cicak tu masuk dalam lubang bilik air.
Aku tindih lubang tu dengan baldi.
Takut jugak kot-kot cicak tu hidup balik. Mana tahu kann umur dia panjang. haha

Cepat-cepat aku pergi dapur panaskan air.
Bila air dah panas je, terus aku simbah dalam lubang bilik air tu.
Tatau la kena ke tak dengan cicak tu.
So far, dah takde dah cicak tu. Kompem dah mati la kot.

Cuak kejap aku.
Yela, kalau cicak tu still dalam bilik air, cane aku nak mandi kannn?
Takkan la nak tunggu FZ datang esok pagi tolong halau cicak tu...
Ishh....
Cicak...cicak. Tatau la datang dari mana cicak besar tu.


Letak gambar kartun cicak je la.
Geli geleman nak letak gambar cicak betul.
Kang ada yang tak bukak blog sampai ke sudah...

Semangat itu membara

Salam readers...

Hari tu kan PM datang melawat TM.
Memang gamat la suasana dalam dewan time tu.
Penuh dewan kot.
Aku pulak memang amik tempat depan-depan.
Semata-mata nak tengok PM dari jarak dekat.
Tapi biase la.. kat depan pentas tu penuh dengan jurukamera.
Dari media prima la, RTM la... Jurugambar pun ramai.
Nampak tu nampak la tapi serabut la dengan diorang semua.

Semua dah tahu kan PM umum pengurusan TM bersetuju nak bagi saguhati RM500 kepada semua kakitangan TM sama ada kakitangan tetap, kontrak atau pinjaman.
Bila orang cakap, "Eleh... RM500 je???"
Yela, RM500 seorang. Kalau 26,000 orang, korang total la sendiri berapa duit yang TM belanjakan.
At least dapat la jugak RM500.
Lepas la jugak untuk aku bayar sewa rumah aku untuk bulan ni.

Bagi sesape yang sibuk nak kaitkan dengan politik tu, pleaseeee..... be rational!
Jangan la jadi terlalu bodoh.
PM umumkan PENGURUSAN TM yang bersetuju untuk bagi saguhati.
Means tu bukan dari duit kerajaan.
Saguhati ni adalah duit TM sendiri.

Aku ada la terbaca komen dari macai pembangkang yang cakap,


Diorang ni tak paham ke statement PM, 

"Dengan persetujuan pihak pengurusan TM bagi memberikan imbuhan sebanyak RM500...."

Bukan duit kerajaan ok.
Ni duit TM.
PM just umumkan je pasal saguhati tu.
Duit TM haruslah hak staff TM yang tetiap hari bertungkus-lumus buat kerja.

Kalau dah taksub sangat, kebodohan pun jadi terserlah la...
Sat lagi ada la yang sentap dengan statement aku.
Yela, puak-puak pembangkang ni kan overr sensitif.
Dia mengata orang kaw-kaw takpe...
Maki hamun orang dah macam melekat kat mulut tu.
Tapi bila pihak kerajaan bukak mulut sikit, mulalah menyalak-nyalak macam hanjeng!

Asal duit kerajaan je, cakap tu duit dia.
Macam la dia yang duk bayar tax.
Orang yang bayar tax pun tak menyalak.
Orang-orang bawah pulak yang lebih-lebih.
Sedehhh....

Eh, teremo pasal politik pulak...
Opppsssss.......

Back to main story...
Semalam Group Corporate Communications ada hantar email untuk semua staff TM.
Bace la mesej dari CEO tentang PM melawat TM ni.
Bila scroll sikit ke bawah, eh...eh.... ada gambar aku & kengkawan la.
Hehehehe...

Gambar tu pulak time bersemangat laung WAR CRY.
Rasa cam sayang gile kat TM & negara.
Service with heart katanya...


Gambar dari email itu.


Nampak tak aku dalam bulatan dan anak panah tu?
Hihihi...

Ok, tu je yang aku nak citer.
Nak gi sidai pakaian jap kat balkoni.
Pastu nak cuci towel plak. :)
Babai uollss..
Selamat berhari minggu!

Thursday, March 21, 2013

Result SPM dah kuarrrr.....

Salam readers...

Adik-adik yang nak amik SPM tahun lepas mesti berdebor-debor kan?
Yela, hari ni result kuar.
Agak-agak dapat A tak?
Huhuu....
Apapun, apa yang kita dapat, kite kena terima dengan hati terbuka.
Yela kannnn, apa yang kite dapat tu bergantung kepada usaha kita jugak.
Kalau usaha kurang, maka dapatlah result yang tak memuaskan.
Kalau usaha lebih, In shaa ALLAH result pun bagus.
Kalau rasa cam dah usaha lebih tapi result tak berapa elok, ada la tu silap kat mana-mana.
Mungkin time kite study, sampai kita lupakan ALLAH SWT ke...
Ye tak?

Teringat masa aku amik result SPM dulu.
Uihhh.. bangun pagi tu terus rasa menggeletar lutut.
Time exam takde la menggelabah.
Tapi time amik result tu perasaan dia macam nak mengadap something yang menakutkan.
Nak-nak aku dah tahu dah kompem result aku KO punye sebab masa exam tu aku bukannya study sangat.
Study plak depan tv.
Tangan memang pegang buku tapi mata tengok tv.

Time exam tu mummy dah membebel-bebel sebab aku tak fokus kan.
Nak wat cane... dah memang jenis tak sedar diri.
Dah tahu diri tu bengap, lagiii tak nak belajar.

Hari dapat result tu memang menggelabah la.
Tapi tetap happy sebab dapat jumpa kawan-kawan.
Macam-macam cerita yang dikongsi.

Time beratur amik slip, ketar lutut ko...
Bile tengok je slip, alhamdulillah. 
Ada jugak A. Hihihi...
Dalam tak belajar tuuu....
Rezeki masing-masing kan.
Semua subjek aku lulus.
Aku paling bimbang subjek math sebenarnya sebab aku ni bengap sikit kalau bab kira-kira nih.
Mujur lulus kannn...

Balik rumah, takut-takut je nak tunjuk result kat mummy daddy.
Takut kena marah kann...
Walaupun result ok tapi still takut kalau-kalau parent tak puas hati dengan result.
Tapi syukur....
Daddy siap ucap "Tahniah" lagi.
Senyum meleret-leret. :)

By the way, tadi aku call kampung.
Tanya result adik bongsu aku.
Alhamdulillah... result dia pun ok.
Lepas ni kena assist dia untuk isi borang U pulak.
Biar dia belajar tinggi-tinggi sampai berjaya.
Sekarang ni sijil SPM pun dah tak laku sangat.
Diploma pun sekarang dah tak berapa bernilai.
So, kalau ada degree tu kire ok la sikit kann...

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya.
Yang kurang berjaya tu, takpe.
Rezeki ada dimana-mana kan.
Yang penting jangan putus asa.
Kalau tak dapat masuk U, apply la kemahiran ke ape.
Yang penting belajar.

Tuesday, March 19, 2013

Kerana pengumuman itu yang sangat menggembirakan

Salam readers...

Aku melaporkan dari rumah yang sunyi sepi ni.
Indah sungguh suasana macam ni.
Takde hingar-bingar.
Tak serabut kepala otak aku.

Ni aku tengah layan perasaan happy.
Yela... dari pagi tadi duk senyum simpul.
Hihihihi...

Gini, aku citer dari awal eh.
Last week hari Khamis dan Jumaat aku ada training.
Macam biase training kat Royal Lake Club.
Bila dah training tu, aku mane la boleh check email opis kan.
So, aku tak tahu menahu langsung ape yang jadi kat opis.

Kisahnye semalam aku masuk opis.
Pagi-pagi memang check email dulu.
Then, terbaca email yang aku dan beberapa orang ofismate MESTI menghadiri majlis ramah mesra bersama PM.
Ooo emm gee... menggelupur la aku kan.
Bukan menggelupur pasal ape.
Menggelupur sebab tak tahu nak pakai baju ape.

Yela, harus la pakai baju kaler korporat kann...
Main color opis aku ialah oren.
Tapi aku dah pakai dah baju oren semalam.
Ok, plan nak pakai baju kaler biru.
Biru kan kaler BN dan kaler korporat jugak.
Hehehe...

Balik rumah, menggelupur pulak cari baju biru.
Nasib jumpa.
Bangun pagi tadi terus gosok dan pakai.

Kul 10 pagi tadi aku dan ofismate turun ke lokasi.
Serius ramai orang.
Penuh 1 dewan besar.
Ramai benor nak jumpa PM ni.

Dekat pukul 12 barulah PM sampai.
Bersorak ramai-ramai sambut PM kesayangan.
Aku plak memang cop tempat depan-depan.
Memang nampak clear la muke PM.
Seronok wehh... tak lekang senyuman kat bibir PM.



Time ni dewan gelap.
Tambah pulak guna kamera henset.
Paham-paham je la kenapa gambar tak sharp.


Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim sedang beri ucapan.


Kasik zoom sikit... :)


Giliran Dato' Sri Najib Tun Razak pulak bagi ucapan.
Aku suka cara dia bagi ucapan sebab diselitkan dengan humor.
Pandai jugak rupanya dia ni buat lawak.
Heheheh...


Dia buat 2 pengumuman yang menggembirakan.
Pengumuman 1 - Internet percuma 30 minit pertama bagi rakyat miskin.
Dan kampung Kerinchi adalah kampung pertama yang akan menikmati perkhidmatan itu.
Eh, tempat aku tinggal kottt kampung Kerinchi tu.

Pengumuman 2 - adalah yang paling menggembirakan aku.
Syukur sangat-sangat ke hadrat ALLAH SWT diatas rezeki yang diberi.
Thanks Dato' Sri diatas pengumuman itu.
Akan ku tunggu 25hb ni.
Hehehe...

Memule aku expect dapat la tambahan bonus 1 bulan lagi.
Kehkehkeh... tinggi tul angan-angan.
Tapi takpe.
Apa yang dia dah beri tu pun dah buat aku senyum lebar dah.
Bersorak gile aku dan kawan-kawan dalam dewan tadi.
Heheheh....



Muke happy sangat!
Syukur Ya ALLAH...
Tenkiu PM.. Lap u laahhhh! :)

*Gelombang biru sangat kannn baju aku. hihi


Monday, March 18, 2013

Bila aku sedih

Salam readers....

Baru aku perasan yang aku ni jenis hati tisu.
Mudah nau nangisnyee...
Padahal bukannya benda sedih sangat pun.
Tapi still nak touching lelebih.

Cam masa last training aku.
Trainer ada la bukak video Youtube : America's Got Talent.
Mase tu peserta dia nama Paul Potts.
Gi search wiki sekarang siapa Paul Potts tu.

Video tu bagi aku memang touching gile.
Tengok muka Paul tu pun dah buat aku sebak.
Bila si Paul ni tunjukkan bakat nyanyi opera dia tu, sampai meremang bulu roma aku.
Bergenang gak air mata.
Tapi tahan je la kannn...
Takkan nak melalak depan kawan-kawan pulak kan?

Mamat Paul tu muke plak jenis mintak pelempang.
Serius muka dia buat aku sebak gila.
Muke nerd kan.... kompem-kompem zaman sekolah dia selalu kena buli.
Bila aku search wiki, memang betul pun dia selalu kena buli.
Kawan-kawan sekolah dia pulak ejek dia sebab suara dia.
Ha, tengok ko!
Sekarang ni Paul tu dah femes ok.
Dulu ejek-ejek lagi kan..
Ternganga la sesape yang pernah buli dia dulu.

Ok, sedih disitu.

Aku ni takleh sedih sikit.
Asal sedih sikit je, mesti aku lari masuk bilik air dan mandi.
Ni kalau sedih kat rumah la..
Kalau sedih kat opis, aku tahan je la dulu.
Takkan nak mandi kat opis pulak kan.
Melampau la pulak.

Sekarang ni kat rumah aku dah ada shower.
Dulu pun guna shower gak tapi shower tu takleh gantung kat dinding.
Yang sekarang ni dah boleh gantung.
So, bila sedih je mesti aku duduk bawah shower tu.
Mandi lama-lama sampai perasaan sedih tu hilang.

Sebab tu la sekarang ni aku make sure bilik air aku tu bersih suci murni.
So that bila aku terjelepuk kat lantai tu, takde la rasa geli.
Kan lantai bilik air senang nak berlumut dan licin-licin.
Ai is geli okeh kalau lantai macam tu.
So, setiap kali weken je mesti aku cuci bilik air.
Agenda wajib!
Kalau tak sempat sangat pun, at least aku akan berus gak sikit-sikit.
Tonyoh-tonyoh sampai hilang kaler kuning.
Yela, mozek bilik air aku tu kaler putih.
So, senang je nampak kotor.
Nak-nak bilik air kongsi dengan housemate kann...

Kadang-kadang kalau time sedih, aku suke tido.
Lepas mandi je tido.
Memang best. Sebab bangun je tido terus perasaan sedih tu takde.
Terasa macam apa yang buat aku sedih tu adalah mimpi semata-mata.
Amboi bahasa ko! Haha...

Iye, tu la style aku.
Acu la buat.
Mesti lepas bangun tido tu ko dah tak rase sedih dah.

Lepas bangun tido ni la hormon rajin aku naik mencanak-canak.
Automatik badan menggelupur nak kemas bilik.
Dulu aku malas kemas bilik sebab bilik kongsi.
Sekarang ni kan aku conquer sensorang bilik tu.
So, mule laa aku sibuk nak kemas 1 bilik.
Ubah susun atur barang-barang kecik.
Nak susun atur barang besar tak boleh. Berat kann...
So ubah mana-mana yang larat je.

Aku ni suke jugak deko-deko tapi takde bakat kann...
Deko punya deko, terus jadi berserabut.
Orang lain deko bilik jadi makin kemas cantik.
Aku deko bilik jadi makin tak kemas.
Hahaha... gitu la kann.

Bila aku sedih, aku jadi tak lalu makan.
Tatau la kenapa.
Kalau dulu, asal sedih je, lagi laaa aku makan.
Sekarang ni dah terbalik pulak dah.
Tengok makanan depan mata pun takde selera.

Macam minggu lepas aku gaduh dengan FZ.
Serius sampai naik bengang kepala aku.
Malam tu sebenarnya aku lapar.
Tapi sedih punya pasal kan sampai aku takde selera.
Aku kan ada gastrik.
Tengah malam aku baring-baring atas katil. Nak tido tak boleh sebab perut dah start rasa sebu.
Tergolek kiri kanan, gastrik makin teruk je.
Last-last kul 2 pagi aku pergi dapur masak megi.
Tu pun tak habis. 
Yela, kata takde selera kannn...

Aduhaii... macam-macam gaya.
Tapi tu la.. lately aku kuat sangat touching.
Sikit-sikit sedih.... sikit-sikit nangis.
Tatau la kenapa jadi camni.
Faktor usia kot...
Apakah???

Hari ini hari Isnin

Salam readers...

Walaupun hari ni hari Isnin, tapi aku takde la Monday Blues.
Nape?
Sebabnya bos aku cuti.
Hoyehh...

Kekadang aku rasa cam nak berehat-rehat di hari bekerja.
Bukannya apa, selama ni aku rasa cam hectic gile hidup.
Datang kije kul 8.30pagi, straight buat kije sampai kul 1 tengahari.
Pastu rehat, makan tapau semua sampai kul 2.
Kul 2 sambung lagi buat kije sampai kul 5.30petang.
Kadang-kadang sampai kul 6..
Kadang-kadang sampai kul 7.
Ergghh... tensi mak okeh!
Tak rehat langsung.

Dah la sejak 3 minggu ni asik ngadap borang je.
Macam-macam borang.
Dulu sibuk apply untuk ex-boss..
Apply untuk cancel itu ini.
Now dah dapat bos baru, sibuk plak duk apply itu ini pulak.
Sistem tu, sistem ni.
Pastu job scope aku makin luas.
Kije makin banyak.
Oo em geee.... tak tahan dah aku.

Ingat nak buat solat istikharah.
Manalah tahu kot-kot Allah SWT tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku whether nak stay kat unit ni lagi atau berpindah ke unit lain pulak.
Tapi hati aku kuat kata nak pindah ke unit lain je.

Aku ni bukanlah risk taker.
Tapi kadang-kadang aku perlu cuba benda baru.
Mungkin benda baru tu akan memudahkan hidup aku.
Siapa yang nak hidup dalam kesulitan?
Korang nak ke?
Aku taknak wehhh...
Biarlah hidup happy happy je.
Takmo sedih-sedih.
Takmo sulit-sulit.

Ni bos takde boleh la relax-relax sikit.
Buat kije tenang-tenang.
Takde tekanan perasaan.
Aku ni trauma lagi kot.
Padahal bos baru aku ni baik je orangnya.
Cakap pun lembut je.
Beriman lak tu.
Muke siap ada nur cahaya lagi.
Ewahhh... bodek bos sangat!

Tapi tu la... Setiap kali datang kije je mesti takut-takut.
Takut kena marah.
Padahal bukannya aku ada buat silap pun.
Pelik... Tapi tula perasaan aku setiap pagi.
Stress tetibe.
Kepala macam kena hempap dengan batu.
Terbeban gile. Huhu...

Esok aku akan jadi Tuesday Blues.
Sebab bos ada.
Waaaaa......

Tuesday, March 12, 2013

Photoshoot di Taman Tamadun Islam

Salam readers...

Ada lagi kisah masa aku balik kampung.
16 Feb 2013. Dah hampir sebulan kot.
Hahaha... baru sibuk nak update ye..

Takpe kannn... yang penting aku update untuk tatapan masa depan.

Plan asal nak photoshoot kat Dungun.
Tempat aku dan adik-adik membesar.
Tapi terpaksa cancel sebab adik-adik aku takleh join sebab ada komitmen masing-masing.
Takpelah... nanti ada masa kita ramai-ramai pergi Dungun dan photoshoot kat depan rumah lama kita.

So, Iwan as a photographer (as usual) cadangkan photoshoot kat Taman Tamadun Islam je which is tempat kerja aku dulu.
Dulu aku adalah salah seorang staff 1st batch yang bekerja kat situ as pembantu khidmat pelanggan cum in-house tour guide.
Masa aku jadi staff kat situ, tempat tu masih dalam pembinaan.
Monumen-monumen tu masih ada yang belum siap sepenuhnya.

Sepanjang aku bekerja kat situ, memang tak stress...
Staff pulak lebih kurang sebaya dengan aku je.
Dari staff ofis sampailah cleaner, kami memang rapat.

Paling takleh lupa bila geng-geng pompuan pakat bawak mangga dan kicap + cili untuk makan ramai-ramai time rehat & waktu lepas solat.
Hahaha.... memori sangat!
Aku dan 3orang tour guide memang berebut-rebut nak bawak tourist yang datang dalam group.
Biasenya aku la yang mengalah.
Bukan sebab malas tapi tour guide lain berebut tu sebab diorang nak tips.
Haahhaha... nakal kan?
Sepanjang aku jadi tour guide, aku pernah dapat tips duit dan cenderahati.
Aku tak pernah mintak tapi orang yang bagi.
Rezeki jangan ditolak, kan?
So far, aku selalu banyak dapat pujian dari tourist.
Alhamdulillah.

Tak lama pun aku kerja kat situ.
Dalam 5-6 bulan je.
Sebabnya lepas tu aku ditawarkan bekerja kat ofis sekarang.
Uiksss.... mase aku kije kat situ, segala-mala sejarah monumen yang ada memang aku hafal.
Kirenye korang sebut je monumen apa, memang dari A sampai Z aku boleh explain.

Time perasmian taman tu, aku ada jugak buat OT.
Seronok kot...
Dulu aku kerja dari kul 8 pagi sampai 10-12 malam.
Padahal waktu kerja dari kul 8 sampai 7 malam je.
Memang tak kisah buat OT sebab seronok bekerja kat situ.
Memang tak stress langsung.
Walaupun gaji kecik tapi aku langsung tak kisah.
Family plak tak kisah sangat.
Cuma pernah sekali aku balik selepas pukul 12pagi.
Daddy asik la call tanya aku kenapa tak balik lagi.
Time tu ada pameran ape ntah. Lupa dah.
Anjuran tv9.
Kul 1 lebih pagi aku sampai rumah.

Ok, habis citer pasal kije aku kat situ.
Back to main story.
Petang tu kitorang photoshoot di sekitar Masjid Kristal.
Kami berempat.
Aku, Iwan, Amisha dan Alyssa.

Korang layan je la gambar eh.









Alyssa, anak sedara aku yang hati tisu.
Hahaha...
Orang lain sibuk snap-snap, dia sibuk layan jiwang main air sorang-sorang.



2 orang buah hati saya!


Ok, aku paling suka gambar ni..
Nampak edik-edik angatttt.... hahah.





My shoes......
Ni la kasut yang paling aku suka pakai.
Beli time raya tahun lepas.
New arrival. Tak pasal harga berapa.
Bila nak bayar, tengok-tengok harga RM200++.
Nangesssss.....




Kat belakang tu la Taman Monumen.
Nak masuk kat situ kena bayar tau.



Ok... ni je la gambar yang aku boleh tayang.
Banyak lagi gambar lain tapi malas nak edit la...

Ni nak promote sikit...
Aku promote ni pun tak dibayar tau.

Kalau korang datang ke Kuala Terengganu, alang-alang dah datang Losong untuk beli keropok lekor, silalah singgah ke Taman Tamadun Islam ni.
Tak kena bayar pun melainkan kalau nak masuk dalam Taman Monumen.
Tapi dalam Taman Monumen pun bawak anak-anak sekali masuk memang best.
Anak-anak dan kite jugak boleh tahu sejarah negara Islam lain.
Malah monumen-monumen masjid dari pelbagai negara luar pun dibina tetapi dalam skala yang kecil.
Tour guide pun ada untuk explain sejarah monumen-monumen yang ada.
Memang best dan tak rugi kalau masuk. :)