Monday, April 29, 2013

Celcom yang pfttttt!!


Salam readers...

Lately aku malas nak update blog.
Seriusss malassssss gile.
Bukan takde topik tapi sakit hati.
Sakit hati dengan line internet sekarang.
Lembab macam siput sedut!

Aku memang pelanggan setia celcom.
Even aku ni kije kat TM, tapi aku setia guna celcom sebab bagi aku celcom ni friendly user.
Kat mana-mana je ada line.
Masuk la ceruk kampung mana pun.
Pastu dulu kannn.... dulu laa.......kalau call phone rumah je, mesti murah.
Until last month, celcom bagi notification yang call fixed line akan di charge seperti talian biase.
But still..... aku setia lagi dengan celcom.
No phone aku celcom.
No broadband aku pun celcom.

Then, sejak 2 minggu lepas line celcom cam haprak hampagas.
On and off.
Off nye lagi lama dari on.
Aku ni jenis cepat hangin.
Hangin-hangin..... sabar lagiii......
Ingatkan line akan ok dalam 2-3 hari.
Tapi semalam memang mencabar angin aku betul!
Tak tahan aku dengan line macam tu.
Tab aku macam dah takde guna.
Nak transfer duit through online pun dah tak boleh.

Dan petang semalam aku call Celcom.
1111 - no customer service.
Aku explain masalah line kat pekerja A.
Lepas tu pekerja A pass call aku ke pekerja B.
Mase nak pass call tu, aku tunggu dalam 5-10minit kot.
Takpe... aku sabar lagi.
Dah boleh cakap dengan pekerja B, dia pass pulak line aku ke pekerja C.
Time nak pass tu, amik mase dalam 10-15minit.
Kalau korang jadi aku, korang hangin tak??

Dah la aku hangin pasal line broadband aku tu.
Pastu bila call customer service, aku kena tunggu lama pulak.
Kalau betul line tak elok, at least hantar la notification why line tak elok.
Maklumkan sepatah dua kepada pelanggan.
Bagi dateline bila line tu akan elok semula.
Ini takkkk....

Tengah-tengah malam ada je mesej iklan dari celcom Xtra masuk dalam nombor aku.
Boleh pulak kannnn hantar.
Tapi takkan la nak hantar notification pun tak boleh??

Si pekerja C tu duk tuduh tab aku ada masalah.
Pftttt!!!
Kalau aku sorang je ada masalah line takpe la jugak nak tuduh tab aku problem.
Ini line broadband FZ pun sama.
Aku layankan aje tuduhan dia tu.
Dalam hati tengah membara ni, Tuhan je yang tahu.

Dan bile darah aku dah naik kepala, terus aku sound,

"Celcom ni kalau orang tak bayar bil, kemain cepatt je block! Habis yang selalu bayar bil ni, cane?? Bila dah jadi macam ni, tak amik tindakan pulak??!! Nak tunggu orang buat report dulu ke baru nak amik tindakan?? Upgrade la line tu sikit! Dah seminggu lebih line macam ni tak berubah-ubah!! What for saya pakai celcom bayar setiap bulan kalau line macam ni???"

Nasib la budak laki customer service tu kena dengan aku.
And he said sorry.
Kompem lepas tu dia maki seranah aku. Hahaha... pedulik ape kan?
Aku kan customer.
Aku ada hak pe nak marah kalau service macam tu.

To celcom,
Appreciate la sikit pelanggan nih!
Tahu la untung dah banyak sampai boleh bagi staff bonus 6 bulan!
Tapi agak-agak laa...
Nanti bile conpany dah jatuh merudum, baru nak menyesal.
Customer ada banyak lagi pilihan lain.
Ingat!



****
*Ada ke reader aku kije kat celcom ni?
Jangan terasa hati eh.
Ni luahan aku as a customer. Loyal customer.

Saturday, April 27, 2013

Waffles dan garret yang sedap itu

Salam readers...

Entri ni adalah sambungan dari entri lepas.

Lepas je berposing-posing kat DM tu, FZ bawak kitorang pergi ke KLCC.
Sebenarnya aku yang teringin nak pergi sana.
Sebabnye tetibe je tekak rasa teringin nak makan waffle kat food court.
Bukan food court kat tengah-tengah tu.
Tapi food court yang paling atas tu... KLCC kan ada 2 food court.

Waffle kat situ sedapnye ya ampunnnnn...
Lembut... Harga RM5-RM8 camtu la.
Dah lupe dahh.
Besar lak tu. Memang berbaloi la.
Saje je la nak makan benda ringan-ringan.
Diet katanya.
Padahal yang adooo...

Sekarang ni susah betul nak dapat parking kat KLCC.
Terpaksa parking kat basement yang mahal tu.
Parking sejam lebih je dah RM7-RM8.
Serius mahal!
Kerajaan, sila pantau!

Mujur la aku ternampak ada parking kosong.
Cepat-cepat suruh FZ parking sebab banyak lagi kereta yang tak dapat parking.
FZ merungut-rungut jugak sebab aku request nak pergi KLCC nih.
Dia malas nak cari parking.
Tu la lelaki kannn..... mase mula-mula kapel tu, cakap je nak pergi mana, terus je hantar tanpa banyak soal.
Bila dah lama-lama nih, ader je nak merungut. 
Dah tak sayang lerr tuh. T____T

Otw naik ke food court, aku ternampak kedai garret popocorn.
Terus cakap kat FZ, nanti sebelum balik nak beli popcorn nih.

Sebut je food court KLCC, haruslah ramai orang.
Tapi mujurlah kitorang dapat tempat duduk yang selesa.
Tepi tingkap pulak tu.
Tak dan-dan aku pergi beli waffle.
Tak sabar nak makan waffle. Kang kempunan pulak.


Ni FZ punya.
Waffle chocolate banana.
Sedap ohhh.....


Ini pulak aku punya.
Double choc waffle.
Ada ice cream 1 scoop dan chipsmore yang dipatah-patahkan.
Perghhh... memang sedap tak terhingga.
Setiap kali datang ke food court nih, memang aku akan order waffle kat sini.

Tetibe rasa nak makan waffle pulak.... haiyoohhhh!


Makan malam kami.

Dah selesai makan kitorang jalan-jalan.
Then terus balik.
Tapi sebelum balik, kitorang singgah kat kedai garret popcorn tu.
Popcorn ni kan femes.
Aku pernah makan mase jamuan GIA dulu.
Memang sedap dan penuh caramel.


Aku beli macadamia popcorn.
Saiz medium.
You know harga berapa? RM37 hokeh!
Tapi makanan sedap kan. Haruslah mahal sikit.

FZ cakap, "Sanggup beli mahal. Semata-mata popcorn."

Haruslah abang... Lepas ni takyah la beli lagi.
Makan yang orang bagi je.
Itupun kalau ada yang baik hati nak belikan untuk kite.
Kalau tak, telan ailio je la...

Tak gitu??


Wednesday, April 24, 2013

Si cilik... oh, model sangat!

Salam readers...

Disaat korang baca entri ni, aku sedang ber'conference' di Swiss Garden Hotel.
Kepada yang sedang bekerja tu, aku ucapkan selamat meredah kerja seharian ye.... ;)

 6 & 7 April baru-baru ni, aku kena jaga baby Alya.
Sebabnya parent baby ada hal on that day.
Dua-dua kena kerja sebab ada promotion kat MidValley.

Aku ok je nak jaga dia sebab dah lama benor tak kuar dengan dia.
Even setiap kali mak ayah dia amik dia kat taska dan lalu depan rumah aku, mesti baby panggil nama aku.
Nampak benor dia tak lupakan aku.
Well, aku jaga dia dari dia kecik sampai laa sebesar sekarang.
Kata mak dia, baby ni selalu sebut nama aku kat rumah sampaikan mak dia jeles.
Kadang-kadang baby sebut, "Indu mi... indu mi..." 
Means "rindu umi"...
Mak mana yang tak jeles kannn kalau anak kecik asik duk sebut nama mak angkat je.
Hahaha...

Tapi hari Sabtu (6hb April), kitorang tak kuar rumah pun sebab baby demam plus selsema.
Tapi mujur la dia aktif.
Tapi lepas makan ubat je, mesti terlentuk tido berjam-jam.

Hari Ahad tu pulak, baby nampak sihat je.
Aktifnya ya ampun!
Tak larat aku nak layan.
Terus FZ ajak kitorang kuar jalan-jalan petang tu.
Yela, Sabtu dah tak kuar.
Haruss la kuar hari Ahad tu.
FZ bawak kitorang pergi ke Dataran Merdeka.

Tempat lepak aku zaman muda dulu.
Hahaha... terasa tua dah sekarang nih.
Uihhh... dulu aku lepak kat DM tu dari kul 10malam sampai 2-3pagi tau.
Notty sangat.
Lepas kenal dengan FZ la aku dilarang dan diharamkan lepak kat situ lagi.

Kuar je dari kereta, baby dah macam kuar dari kandang.
Berlari sana sini.
Hamboiii.... berlari tak hingat!
Aku takut dia jatuh je. Fobia betul aku kalau budak jatuh nih.

Ramai jugak orang kat DM petang tu.
Bas persiaran pun ada.
Cuaca pulak elok. Tak panas tak mendung sangat.
Kire cerah elok la...
Ha, sedang elok la nak snap-snap.

Tapi lain macam betul la baby ni aktif...
Serius hyper.


Apa-apa hal snap gambar dulu....
Dah macam nak azan je, dik oiii....


Time ni dia kena tangkap dengan aku.
Berlari sangat kannn...
Kan dah kena dukung.


Nak buat flying kiss tapi tak jadi.
Hehehe...


Gambar sensorang harus la ada. :)


Ha, tengok!
Pantang lepas je, mesti nak lari dari aku... haishhh!


Kena tangkap lagi. Hahaha....


Tengok muka dia.
Kan dah macam meluat je kat aku. haha....


Larikkk lagiiii.....
Haisshhh.. penat dah nak kejar.


Dia kejar FZ pulak dahh...


Ini adalah posing paksa.
Aku suruh dia senyum, dia buat duckface pulak.
Duck pun boleh menangis tau tengok mulut dia nih.


Amacam? Leh jadi model tak?
Hahaha...
Aku la yang susun kaki dia, suruh dia buat tangan macam tu...
Dia sebenarnya dah naik geli dah kena baring atas tanah camtu.
Hahaha... pendera sangat aku ni kan?

Gelagat baby tu buat orang ramai perati je.
Yela, aktif bebenor.
Pastu gelak tak hingat pulak tu.
Happy sesangat la tuh boleh kuar jenjalan.

Tapi aku seronok tengok dia happy.
Tengok dia gelak... tengok dia makan banyak.
1 je yang aku perasan baby nih.
Kat rumah, dia tak berapa gemar makan. 
Tapau makanan apa-apa je, mesti dia makan sikit.
Tapi kalau pergi kedai Yusof Tomyam kat Bangsar tu, kemain lagi dia makan banyak.
Dan dia sangat suka makan telur.
Tak kire la telur rebus ke, telur mata ke, telur dadar ke.....
Time berak, sendiri mau ingat laaaaaaa!
Nak pengsan aku dibuatnya!
Huhuhu....

FZ penah cakap, "muka cun kemain tapi berak telur tembelang.."
Hahaha...


Tuesday, April 23, 2013

Gwiyomi yang cute dan berdakwah sesat

Salam readers...

Sekarang ni tengah femes dengan "gwiyomi" kan.
Dalam FB berlambak kemain orang share video ni.
Tapi aku tak pernah tengok pun.

Sekali, opismate aku yang tunjuk video gwiyomi tu.
Dia tunjuk pulak video budak pompuan melayu bertudung yang cute gile tu...
Argggghhh... tak puas kott tengok muka dia.
Mujur dia tu dah kawin kan.
Terus aku rasa cam nak bajet-bajet cute camtu.
Hahah... tak sedar diri tul!

Tapi lagu ni serius cute gile!
Kadang-kadang dalam opis tetibe je aku humming lagu ni.
Sangat berhantu okeh.
Walaupunnnn.......... walaupun aku ni tak minat k-pop korea bagai nih.
Tapi this song is too cute...

Dann semalam, aku terbaca dalam FB.
Ada dakyah sesat tatau siapa orang pertama yang sebarkan.
Katanya,

"Tahu tak maksud gwiyomi tu ialah saya sayang yahudi? Gwiyeo adalah maksud comel yang sebenarnya. Berhati-hatilah sebelum terpengaruh akan sesuatu."

Ayat baeekkk punya.
Bajet ulamak sangat.
Aku terus bukak wiki.

Based on wiki, maksud gwiyomi ialah :-

Slanga korea yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang comel.
Gwiyomi berdasarkan kata sifat "gwiyeo-un" dimana ianya bermaksud comel.
Gwiyeo merangkumi kecomelannya, dan -un adalah satu bentuk konjugasi diubah bagi setiap penggunaan yang dimaksudkan.
Berakhir dengan kata sifat -mi, mempunyai kesan yang mencerminkan kata sifat, dan dengan itu mengubah perkataan kepada kata nama. 
Maka, gwiyomi bermaksud orang yang comel.

So, kat sini kepada pendakwah bebas yang cuba berlagak cam uztaz, ustazah dan ulama sesat, takyah la nak sebarkan maklumat palsu.
Ni la orang Melayu Islam kite....
Mementang laa FB tu boleh dijadikan tempat dakwah tapi takyah gunakan sesuka hatitanpa selidik dulu.
Dah tak pasal-pasal mengajar orang sesuatu yang tak benar.
Aku menyampah dengan manusia-manusia yang sebarkan dakyah sesat nih.

Sebab tu kalau aku nak share sesuatu kat FB, aku akan pastikan benda tu betul dulu.
Aku tak suka semata-mata nak dapat "like" banyak sampai up status yang bukan-bukan.

Tetibe teringat lagu Oppa Gangnam Style pun pernah dikatakan bermaksud "saya sayang Yahudi".
Bila diingat balik rasa lawak pun ada.
Sebab terserlah kebodohan 2-3orang yang sibuk nak bajet alim tapi yang adooo...

Kesian.


Monday, April 22, 2013

Kerana stor yang tak tersusun dan gatal

Salam readers...

Sejak minggu lepas aku bertapa dalam stor.
Bukan stor rumah tapi stor opis.
My gosshhhh........!!! Memang fenat fenat fenat laaahhh!

Sebab tu la aku jarang update blog.
Banyak nihhh cerita tertunggak. Tapi belum ada masa nak menaip dan edit gambar.
Eh, haruslah gambar edit kan.
Kang orang tertanya-tanya pulak sape pemilik blog nih...
Manusia ke hantu susu? Khennnnn...

Hampir 5 tahun aku bekerja di sini...
Tapi baru-baru ni la aku ada peluang nak manage stor.
Tapi sepatutnya stor tu under admin aku.
Tapi maklum lerrrr.... admin aku nih lelaki.
Ape dia tahu pasal susun atur segala kan?

Memandangkan baru-baru ni ada fail lama yang patut dicari, akhirnya manager aku suruh aku dan beberapa staff open stor dan buat 5S.
Tahu tak ape 5S tu?
5S ni ialah sistem Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.
Tu la.. macam-macam benda kot ada dalam stor opis aku nih.

Bersih punya bersih, sampaikan kaki aku naik gatal.
Tergaru-garu aku dibuatnya.
Grrrr....... memang aku nih alah sikit pada debu.
Aku kan ada resdung.

Minggu lepas aku demam...
Mujur demam sekejap je. Tak melarat.
Minggu ni gatal-gatal pulak.
Ikut hati nak je aku mandi kat opis ni sebab kat level aku nih ada bilik mandi.
Tapi tu la... tuala pulak tak bawak.

Aku duk menghitung masa je bila proses 5S ni settle.
Dah muak kot tengok dokumen bagai.
Muntohhh!!


Wednesday, April 17, 2013

Selamat hari lahir, abam FZ...

Salam readers...

Sekejap je masa berlalu.
Tetibe je dah masuk bulan April... bulan kelahiran FZ.
Seminggu sebelum birthday dia, aku dah pening kepala dah pikir nak beli hadiah ape.
Susah jugak nak belikan hadiah untuk lelaki kannn... siyes!

Punyelah aku gigih google bagai untuk cari hadiah sesuai.
Tapi banyak hadiah untuk lelaki yang kije opis.
Tie, belt, kemeja...
Sangat tak sesuai dengan FZ ok.
Search lagi, jumpa laman web florist.
Ok jugak deliver bunga kan.
Tapi cam jambu sangat lerr pulak.
Cancel..cancel....

Pikir punya pikir, barulah teringat yang sling bag FZ dah rosak.
Bukannya rosak teruk pun tapi zip je yang tak elok.
FZ pulak suke jenama Polo.
So, elok benor la beli sling bag Polo untuk dia...
Tapi aku suruh dia pilih sendiri.
Kang kalau aku pilih dia tak berkenan susah jugak.
Mesti dia taknak pakai.

Settle hal hadiah.
Tetibe je dia mengarut pulak teringin nak makan kek.
Aduhaiiii.... birthday aku tahun lepas pun dia tak belikan kek tau.
Grrrr......... sabo je la.
Sekian hal pulak aku tanya kengkawan opis kat mana kek yang sedap.
Aku takmo secret recipe.
Dah muak.
Mahal lak tu... tak padan dengan company bumiputra.

Ramai opismate aku cakap kek kat The Baker's Cottage yang sedap.
Balik opis je, terus bawak FZ pergi Bangsar.
TBC ada kat situ. Boleh la dia pilih kek sendiri.


Nyanyi lagu 'Happy Birthday to You'....
Kek kecik je untuk 2 orang.
Itupun tak habis jugak.


Inilah keknya.
Coklat moist ape ntah namanya. Panjang benor.


Kek dan hadiah. :)

Malam, kitorang pergi makan di Sentul Timur.
Aku bawak dia pergi ke AL- Azmi Garden.
Restoran ni memang ada macam-macam makanan.
Banyak kali jugak la aku pergi makan kat sini.
Makanannya murah. Sedap pulak tu.
Memang berbaloi la.



Restoran ni ada makanan western, malay, thai pun ada...
Lampu merata-rata...
Deco pun cantik...
Setiap malam mesti restoran ni penuh.


Birthday boy makan chicken chop.


Jus tembikai FZ punya, ice blended milo aku punya...


Fish n chips aku punya.
Aku suke fish filet dia sebab tak hanyir.


Muke birthday boy..
Suruh senyum pun tak mau!


Tuan tanah blog ini... :)


Cantik kan?


Side dish - pulut mangga.
Mula-mula order ingatkan portion kecik je.
Sekaliiii datang, portion besar.
Untuk 3 orang makan.
Pulut tu dikepal 3.
Mangga pulak banyakk.. Dalam gambar tu mangga dah habis separuh.
FZ la kena makan sensorang sebab aku tak berapa gemor pulut mangga.


Kerang rebus.
Aku teringin nak makan.
Punnnn banyak gile.
Adoii... tak larat nak habiskan.

Total semua tak sampai pun 50 hengget.
Just RM42 je....
Murah kan...
Dah la kenyang gile.

Eh, ni dah macam entri review food pulak.
Hehehe...

Itu je la sambutan untuk birthday FZ.
Dah tua dah dia...... Hihihi..

Selamat hari lahir abang...
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Dan semoga hidup abang diberkati ALLAH SWT sepanjang masa.
Amin...

Tuesday, April 16, 2013

Kan dah kantoi.... apapun, alhamdulillah.

Salam readers...

Ingat tak entri-entri tentang kawan FZ yang dah berkahwin 2 tapi masih sibuk angkut anak-anak gadis ke hulu hilir?

Jap aku cari salah 1 entri tu...

http://diana1185.blogspot.com/2013/02/bila-kecurangan-berlaku-di-depan-mata.html

Aku ni bukannya nak busybody ke ape.
Tapi just pengajaran kepada semua lelaki je.
Please la.. hargailah pasangan masing-masing.

N dah kantoi.
Bini kedua dia dah siasat sendiri.
Nama bini kedua dia E.
Dan bile aku dapat berita ni dari FZ, aku hanya tersenyum.
Bukan sebab puas hati.
Tapi bersyukur. At least wife no.2 dia dah sedar husband kesayangan dia bukanlah alim seperti yang disangka.

Aku bukan anti-lelaki.
Kalau tak, takkan la aku kapel dengan FZ.
Tapi aku tahu perangai lelaki cemana.
Depan kite, dia pandai pura-pura.
Kononnye kitelah cinta mati dia.
Belakang kite, kawan-kawan dia je yang tahu.
Dan kawan-kawan dia mesti cover line punye ape yang dia lakukan belakang kite.
Caya atau tak, itulah hakikatnya.

Macam si N ni la..
Depan bini-bini sembang bab agama kencang kemain.
Kalah UAI.
Belakang bini, ligat!
Angkut anak gadis orang merata-rata.
Entah la..
Aku takut jugak FZ buat perangai macam tu.
Tapi suke hati dialah.
Aku bukan bini dia pun.
Kalau dia betul-betul sayangkan hubungan kitorang, pandai-pandailah dia jaga batas.
Kalau dah jadi bini nanti, tahu la aku pulak yang kontrol dia. Hehe!

Aku tanya FZ cemana N boleh kantoi?
FZ cakap E amik no phone guard tempat kije N.
Dan guard tu selalu jaga sesi malam.
Sekali E call guard tanye laki dia selalu bawak balik pompuan ke situ ke tak, guard tu mengaku.
Yela, guard tu dah tua.
Orang-orang tua ni mana laa nak cakap tipu kan.
Then, tak tahu la aku ape jadi kat laki bini tuh.
Berperang la kot...

Baguslah kalau dah kantoi.
Biar lelaki tu sedar sikit.
Suke sangat curang-curang. Ape faedahnye pon aku tak tahu la...

Apepun, alhamdulillah.
Semoga N sedar apa yang dia buat tu dah menyakitkan hati wives dia.
Sudah-sudah la...

Kalau lepas ni N curang lagi, aku tak tahu la..
Memang tak reti serik la namanya tuu..

Doa dipermudahkan segala urusan

Salam readers...

Aku tak tahu kenapa bangun pagi ni terus aku rasa tak sedap hati.
Jantung dupdapdupdap jek.
Dah lerr tuh, kelopak bawah mata kiri ni asik berkedip je dari tadi.
Ada orang cakap, kalau bawah mata berkedip, maknanye nak nangis...

Uihhh... ape nih?
Tak suke la dapat tanda-tanda yang tak best ni.
Aku bukannye ape, rasa gabra terlebih.

Paling aku takut kalau bab-bab kije.
Yela, mane la tahu kot-kot ada orang nak kenakan aku ke...
atau tak pepasal kena marah ke ape.
Takuittt ohh kena marah. huhuhu...


Ayat ni aku baca untuk mempermudahkan segala urusan aku di pejabat.

Hopefully takde benda buruk yang akan berlaku.
Amin.

Monday, April 15, 2013

Cerita untuk hari ini

Salam readers...

Aku baru je bangun tido.
Tertido depan pc lepas lunch tadi.
Penat pergi teambuilding tak hilang lagi, so setiap kali ada masa terluang mesti aku akan tido.
*Padahal memang kaki tido pun.huhu...

Serius penat gile.
Balik teambuilding, pergi rumah Kak Long pulak sebab daddy, mummy dan Shazrin ada datang KL.
Sumpah penat tahap gaban.
Betis kiri yang cramp masa mandi kolam renang air terjun kat tempat teambuilding tu pun masih terasa sakitnya.
Tak elok-elok sampai ke sudah walaupun semalam FZ dah urut sikit-sikit.
Urut sikit-sikit pun aku dah melalak.

Pakaian yang dipakai masa teambuilding tu pun belum dicuci lagi.
Macam aku cakap tadi, pantang ada masa terluang mesti aku tido.

Bigboss ada umumkan book off means cuti tanpa rekod.
Tapi tu la.. aku ingatkan unit aku kena hold dulu book off tu sebab 2 minggu lepas bos aku ada kuarkan email bagitahu cuti bagi unit aku kena bar sampai akhir bulan ni.
Rupa-rupanya tak.
Hari ni 2 orang pegawai unit aku yang dah bercuti.
Takpelah. Nanti cuti book off tu amik untuk balik kampung time election je.
Jimat sikit cuti aku.
Maklum lerr cuti aku setahun diberi 14 hari je.
Ciput sejemput kedekut jekk!

Eh, mase teambuilding tu punyelah jadual pack sampai tak sempat nak snap-snap.
Gambar pun ada 2-3 keping je.
Takpelah. tunggu gambar official dari professional photographer opis aku.
Diorang mungkin ada la sikit-sikit gambar aku.

Hari ni aku datang opis memang dalam keadaan lemau.
Dah la jalan terencot-encot sebab betis sakit.
Sampai opis je, semua orang pelik tengok aku.
Siap ada yang cakap muka aku nampak pelik.

Memang la pelik sebab selama ni kalau aku datang opis je make up 5 inci tebal.
Hari ni aku datang opis dengan 'naked face'.
Aku langsung tak pakai make up langsung.
Bedak ke, foundation ke, lipstik ke... langsung aku tak pakai.
Bukan hari ni je aku takkan pakai make up tapi selama 3minggu.
Takpun sebulan.

Aku sebenarnya tengah cuba 1 produk skincare terbaru.
Baru nak cuba.
Sepanjang 3 minggu pertama pakai produk ni, dilarang pakai apa-apa make up.
So, tengok la 3 minggu akan datang kulit muka aku cane.
Kalau ok, nanti aku bagitahu produk ape yang aku pakai.
Kalau tak ok nanti, aku kutuk kaw-kaw punye. Hahaha...

Tapi based on testimonial, ramai yang cakap produk ni tiptop.
Memang berkesan dan setanding dengan Tabita.
Mula-mula aku ingat nak pakai tabita.
Pastu tak jadi sebab mahal bebenor.
So, aku beralih ke produk ini.
Tengok la cane nanti ye.

Tadi pun aku baru je amik vitamin c kat klinik panel bawah opis aku nih.
Maklum laa dah tua-tua ni haruslah makan vitamin c bagai.
Nak jaga kesihatan katenye.
Padahal nan adoo...! Hahah...
Aku amik vitamin c ni pun sebab sedap.
Rase macam champs gitu.
Sambil buat kerja, boleh kunyah-kunyah.

Ok la.. nak sambung buat kerja pulak.
Buat claim untuk bos.
Kayoo la bos..
Gaji besor. Minyak kereta boleh claim. Pergi travel pun ditanggung..
Best..best...




Wednesday, April 10, 2013

Kau ingat kau hebat sangat!??

Salam readers...

Aku baru je tengok video budak sekolah belasah ketua darjah.
Memang aku rasa macam nak hempuk je budak-budak yang berlagak samseng itu.
Apepun, bagus ketua darjah tu.
Dah kena belasah macam tu pun, dia langsung tak jatuh ke ape.
Melawan pon tidak.
Same thing masa aku kena buli dulu.
Aku sikit pon tak melawan mase bohsia sekolah aku dulu cari pasal dengan aku.

Aku ni pernah jadi mangsa buli.
Mangsa tanpa sebab. Mase tu tingkatan 4.
Mungkin dia sakit hati atau saja nak cari target buli orang sebab zaman sekolah dulu aku memang pendiam.
Aku buat hal aku je.
Aku ada geng tapi geng-geng aku jenis biase-biase je.
Ingat lagi, masa perjumpaan persatuan Puteri Islam, perempuan itu datang menghampiri aku.
Pastu ape ntah dia membebel depan aku. Aku lupa dah.
Pastu dia tolak-tolak bahu aku.
Siap dia bawak geng dia lagi untuk lawan dengan aku.
Cuma bezanya, aku tak kena belasah.
Cuma main tolak-tolak camtu je.
Tapi sakit la jugak sampai lebam bahu aku.
The worst part is, aku bodoh sebab tak report pada pihak sekolah.
Aku diamkan aje.
Dalam kelas pon sama.
Aku ni penolong ketua kelas dan ketua kewangan. Perempuan tu selalu cari pasal dengan aku.
Dun know why.
Tapi classmate aku pernah bagitahu, dia dengki sebab aku dilantik macam-macam. Kononnye aku ni macam gila kuasa.
Ptffff!!!
Bukan aku yang lantik diri sendiri tapi cikgu yang lantik aku dan bila ditanya classmate lain, diorang semua setuju.
Ingat best ke pegang jawatan dalam kelas?
Tak best okehh... banyak kerja kena buat.
Takdan habis tingkatan 4, dia kena tukar sekolah.
Yela, dia ada banyak rekod buruk.
Cikgu-cikgu pun ramai yang tak suke dia.
Walaupun dia pernah buli aku, tapi aku takdelah sampai benci dia.
Lepas dia tukar sekolah, dia insaf la kot.
Sebabnya aku pernah jumpa dia sekali, dia dah pakai tudung.
Pastu dah start tegur-tegur aku.
Well, sape-sape yang pernah 1 sekolah dengan aku, mesti dia kenal dengan perempuan ni.
Nama sebenar aku lupa. Tapi nama glamor dia, MEK NA.

Tu kisah aku.
Dah 11 tahun berlalu. Sekejap jek kan?

Sebenarnya kes buli ni memang ada di semua sekolah.
Perangai budak-budak dulu dengan sekarang tak jauh beza pun.
Aku taknak tunding jari pada sesiapa kecuali pihak sekolah itu sendiri.
Yela, diorang sembunyikan fakta sebenar sebab nak jaga nama baik sekolah.

Contohnya, adik bongsu aku, Shazrin pernah kena buli masa dia darjah 6 dulu.
Ada budak lelaki sekelas dia asik pau duit je.
Aku dapat tahu pun dari mummy.
Mummy la yang suruh aku pergi jumpa cikgu sebab mummy tahu aku nih jenis baran sikit.
Aku pulak memang anti banyakkkk dengan pembuli neh sebab aku pun pernah kena buli.
Terus esoknya aku amik cuti dan pergi ke sekolah adik aku.
Aku taknak bagitahu sekolah mana.
Aku tunggu sampai adik aku habis waktu sekolah pada hari tu.
Aku dah pesan kat dia untuk bagitahu guru kelas aku nak jumpa.

So, dalam kul 2 petang camtu, adik aku bawak aku jumpe guru kelas dia.
I was surprised bile cikgu tu kata dia tahu hal tu dan tak boleh buat apa-apa!
Aku rasa masa tu darah aku memang naik sampai kepala dah!
Aku ugut cikgu tu, aku bagitahu jangan sampai aku buat hal dalam sekolah tu.
Yela, adik aku kena buli!
Takkan aku nak biarkan??

Cikgu tu cakap jangan. Nanti makin teruk.
Katanya, abang budak tu pun gengster kat kampung tu.
So what???
Negara kite kan ada undang-undang!
Aku bagitahu cikgu tu, aku tak takut nak hadap abang budak tu.
Tapi cikgu tu halang uollsssss...
Terus dia cakap nanti dia akan amik tindakan.
Dan aku bagitahu cikgu sebelum aku pergi, kalau lepas ni aku dengar adik aku kena komplen lagi, aku tak teragak-agak untuk buat report pada pihak atasan sekolah dan polis.
Lepas hari tu, aku tak dengar lagi dah adik aku komplen apa-apa.
Tak tahu la dia dah tak kena buli ataupun dia masih kena buli tapi dia takut nak bagitahu.
Now adik aku pun dah besar. Dah lepas SPM pun. :)

Silap pihak sekolah kan?
Dah tahu tapi tutup mata.
Itu adik aku je. Student lain yang kena buli cane?
Dan cane pulak kalau aku tak pergi face to face dengan cikgu?
Kompem adik aku still kena buli kan??

Berbalik pasal video tu, kalaulah adik aku adalah salah seorang daripada pembuli tu, aku rela balik Terengganu 1 hari semata-mata nak bagi penampor.
Serius!
Aku tak suka adik-adik aku jadi orang tak guna macam dalam video tu.
Even masa adik-adik aku Iwan dan Shahril naik tingkatan 1, aku pesan kat diorang.

"Korang jangan join budak-budak rempit, ponteng sekolah, hisap rokok, dadah, vandalisme dan benda-benda tak elok! Kalau Kak Ngah tahu korang ada terlibat, Kak Ngah lempang korang kat situ jugak depan kawan-kawan korang!!"

Dan alhamdulillah, adik-adik aku takde terlibat dengan aktiviti tak senonoh.
Iwan, sampai sekarang dia takde join yang pelik-pelik.
Even hisap rokok pun tak.
Aku pernah la sesaje tanya dia, "kenapa tak hisap rokok? Kan dah habis sekolah?"
Pastu dia jawab, "Buat pe hisap rokok? Bazir duit!"
Good boy! Hahaha...

Shahril aku tak sure.
Yang pasti adik-adik aku semua bebas dadah.
Cuma aku syak dia hisap rokok je la. Syak jeeeee..
Tapi takpe la sebab dia dah habis sekolah.

Yang Shazrin ni pemalu sikit.
Cepat terpengaruh jugak tapi takde la terlibat dengan benda yang bukan-bukan.
Walaupun dia berkawan dengan budak-budak rempit kampung, tapi aku rasa dia takde la join lumba motor ke ape...
Kalau dia join, siaplah aku kijekan!!
Penampor aku bagi!! Dah la aku yang sponsor lesen motor kat dia.
Jangan dia salahguna sudahla!

Tapi budak-budak gengster ni perasan gengster bile diorang ada geng je.
Acu bila dia sorang-sorang?
Ader bran??
Takdenye.... silap haribulan terkencing dalam seluar bila kena sergah sikit.
Diorang rasa kuat bila belasah orang.
Rasa diri tu hebat je... rasa gagah.
Padahal......... malam-malam nak berak pun suruh mak temankan.
Poyo je lebih.
Now, polis tengah siasat benda tu.
Hopefully semua pembuli tu dihukum LEBIH TIMPAL.
Bukan setimpal.
Dapat hukuman sebat 2 kali pun jadilah.
Biar berbekas kat bontot masing-masing.
Biar diorang ingat benda tu sampai ke tua.


Makan...makan dan makan lagi. Kali ni dimana?

Salam readers...

Aku keudara lagi buat kali terakhir bagi minggu ini...(mungkin!).
Sebabnya hari Khamis hingga Sabtu aku ada program opis di luar negeri.
Luar negeri je okeh... bukan luar negara.
Later aku citer pasal program ni ok.

Aku dan FZ asal berdating je mesti kat Mid Valley.
Nak beli barang pun, mesti kat MV.
Nak makan pun mesti kat MV.
Nak-nak sekarang dah ada Daiso. Lagi laa aku suke pergi MV.
Tambah pulak aku suka dengan tako tao yang lazat dan durian crepe yang best itu.
Hanya di MV.
Tempat lain ada tapi tak sesedap yang dijual kat MV.
Kire dah boleh jadi duta Mid Valley laa... Hahaha...

Lagipun rumah aku ni dekat je dengan MV.
Kalau drive kereta, 5-10 minit je dah sampai.
Dekat bebenor.
Kat MV pulak memang macam-macam ada.
Barang murah, barang mahal, barang sedang-sedang pun ada.
Sebab tu aku suke.... :)

31 March 2013 baru-baru ni, aku ajak FZ pergi makan kat warung dalam MV.

Eh, dalam MV ada warung??

Ya, kawan-kawan.
Dalam MV ada warung.... siap ada basikal tua as decoration.
Lokasinya di 1st floor, bahagian hujung North Court ditengah-tengah antara kedai pakaian F.O.S kids dan Rotiboy.
Ala, laluan nak ke stesen komuter tuuu...
Sape-sape yang biase pergi MV naik komuter mesti perasan kedai makan ni....

Warung ni bukan sebarang warung.
Sebenarnya warung ni adalah restoran tapi berkonsepkan warung.
Dari decorations hinggalah ke meja dan kerusi makan.
Memang ala-ala warung.



Nampak tak ada basikal tua?
Klasik sangat kan..


Nama restoran ni ialah The Warung.

Kite kena order sendiri kat kaunter.
Aku datang sini pun sebab nak makan Nasi Tumpang.
Tapi time tu dah habis.... tskkkkkk... T_____T

Nasi Tumpang ni ialah nasi yang mempunyai 11 lapisan dan dibungkus didalam daun pisang.
Ramai yang cakap sedap.
So, aku ingat nak try la rase.


Dah order kat kaunter, kite pegi pilih meja.
Nanti makanan diorang yang akan hantar.


Ni menu aku.
Nasi + ayam masak merah.
Tak pedas sangat.
Memang masuk la tekak aku nih.
Sayur tu pun best sedangkan aku ni bukan penggemar sayur tapi aku boleh makan sampai habis.


Nasi ikan cili padi FZ punya.
Pedas... masuk jugak dengan tekak aku.
Tapi FZ tak berapa suke.
Katanya dia pun boleh masak sendiri macam tu.
Well, abang..... dah namanya pun makan stail warung...
Ikan tu sedap. Lembut je..
Oh, aku memang penggemar ikan.


Milo dinasour aku punye.
Teh ais FZ punya.
Aku ingatkan milo dinasour tu milo gelas besar ke ape..
Sekali datang, milo tabur daaaa....

Apapun, best makan kat sini.
Aku pulak duduk kat meja tepi. Bersebelahan dengan cermin besar mengadap jalan besar.
Sambil makan, sambil menikmati suasana jalan jem diluar.

Lepas ni nak datang lagi.
Nak makan jugakk nasi tumpang tuu......
Tak kire...tak kire... tak kire....

Monday, April 8, 2013

Review : Sg. Bagan Seafood Restaurant - Jom serbu!

Salam readers..

2 minggu lepas aku dan FZ terjah restoran seafood ni Tanjung Harapan.
Takde restoran lain dah yang aku terjah melainkan restoran Sg. Bagan Seafood Restaurant.

Sebenarnya beberapa minggu lepas aku dapat 1 komen dari tauke restoran ni.
Dia jemput aku untuk datang makan ke restoran dia dan dia kaan bagi diskaun 10%.
Aku nampak diskaun je, terus kelabu mata.
10% pun 10% laaa...
Yang penting diskaun.
Boleh makan banyak-banyak.

So 30 March lepas, lepas maghrib aku dan FZ bertolak ke Tanjung Harapan.
Serius terasa jauh sebab jalan jem sikit.
Biase la.... tak KL la kalu tak jem kan...

Eh, lupe pulak.
Sehari sebelum datang, aku buat reservation dulu.
Kot la nanti takde tempat duduk ke ape, kang susah.
Dah la datang jauh-jauh nih.

Dah sampai, terus ke kaunter bagitahu pasal reservation.
Layanan staff kat situ memang tiptop.
Macam VIP lak rase.
Hahaha... poyosss...

Kitorang pilih tempat yang berbumbungkan langit.
Ewahhh... langit la sangat kann...
Mujur tak hujan. Kalau tak, kompem lencun.
Tapi malam tu memang cuaca elok.
Angin sepoi-sepoi bahasa.
Mungkin lokasi restoran tu jugak terletak di tepi pantai kan.





Time aku datang tu, orang dah ramai jugak.
Nampak tak huruf A kat dinding belakang sane?
Sayupp kat belakang tuh?
Tu tandanya tahap kebergihan kedai ni adalah A.
Means sangat bersih.
Dan memang betul pun kedai ni bersih.
Susun atur meja, kain alas meja, kerusi, lantai, semua bersih laaa...

Korang tahu je la aku kannn...
Kan aku nih geli sikit kalau makan kat tempat kotor.
Eeeuuwww...


Diorang sediakan ini jugak.
Tapi kacang korang makan jugak tau.
Rugi kalau tak makan sebab ianya berbayar.
Yang dalam bungkusan merah tu ialah tisu basah.
Siap ada pewangi oren lagi uollss...


Sebenarnya kitorang datang ni pun sebab nak buat pre-birthday celeb kat dia nih.
Buat awal sikit. Padahal birthday dia 4 April.



Abaikan lengan aku yang besor tuh.
Aku tau la aku makin gemuk.
Tapi takmo la salahkan sesape sebab aku sendiri yang makan banyak.
Ok, menyesal sensorang!


Service kat sini memang cepat.
Baru je order, tetibe air dah sampai.
Malam tu aku order laici ais dan FZ pulak order orange juice.


Sotong goreng tepung yang marveles.
Fresh ok.


Kerapu masak 3 rasa.
Isi lembut giloss... kulit plak crispy gitu.
Haihh... sape la yang pandai masak sangat nih?


Butter prawn.
Menepati citarasa aku.
Jenuh jugak nak habiskan sepinggan nih.


Dalam banyak-banyak, ini yang terbaekkk...
Ketam masak kam heong.
Ketam 4 ekor.
Besar-besar sampai tak larat nak habiskan.
Tapi mujurlah FZ ni hantu ketam.


Staff kat sini memang ramah.
Siap tanya, "nak saya amikkan gambar?"
Aku pun jawab, "boleh jugak...."
Wahhhh... kemain kan.
Time ni baru je nak start makan.

Eh, siap ada bungkuskan makanan tuu... hehehe..



Time tengah makan...
Meja dah start penuh.


Inilah hasilnya bila piranha melahap.
Huhuhu....
Ikan tu dah tinggal kepala je.
Kalau makan kat rumah ni, ikan tu tinggal sisa tulang je.
Kepala tu kompem aku dah ratah.


Total semua RM115.25.
Tapi ada diskaun 10%, jadi RM103.70.

Mahal?
Standard la makan seafood. Kan?
Nak murah, pergi tangkap ikan kat laut dan masak sendiri.

Serius puas hati makan.
Perut aku memang penuh gile sampai dah tak boleh kempiskan.
Huhu...




Sebelum balik, amik gambar kenangan dulu.

Inilah namanya rezeki.
Siapa sangka dari blog ni la aku dijemput datang ke restoran dan diberi diskaun.
Walaupun sekadar 10%, tapi aku tetap bersyukur.

Kalau korang nak datang sini, aku suggest buat reservation dulu.
Dial no Mr. Lim : 012 - 297 8972.