Thursday, May 30, 2013

Sambut minggu setiausaha di Swiss Garden

Salam readers...

Minggu setiausaha dah lama dah berlalu.
Aku baru terhegeh-hegeh nak citer. Hoho..

Tapi takpe...
Asalkan aku update, ye dak?
Kalu tak, mesti korang bosan nak klik blog ni lagi sebab tak ber update.
Khennnnn......

Aku sebenanrnya tak berapa suka nak kuar-kuar opis..
Pegi seminar ke... kursus ke.....
Sebenarnya pegi kursus lagi penat dari buat kerja kat opis tau.
Nak-nak sekarang ni aku dapat bos yang best.
Memang asik nak melekat kat opis je la kan...
Acu kalau dapat bos perangai ntah hape-hape, kompem dapat tawaran dari biro tatanegara pon sanggup pegi.

Back to main story.
24 dan 25 April 2013, aku join "Administrative Professionals Conference 2013 - Admin - the pillar of strength".
Hari pertama menggelabah aku bangun awal.
Aku tumpang Mimy pergi sini.
Yela, aku mana ada transport kan.
Mujur la aku memang dah biase dengan Mimy dan Megat tu.
Suke usik Megat bab politik... hahah!


Normally bile pergi kursus, sampai je kat dewan, mesti makanan dah dihidangkan.
Tapi kali ni tak....
Pandang kiri kanan dewan, eh takde makanan ke??
Takkan takde breakfast kot...
Rupa-rupanya breakfast start pukul 10pagi.
Kebulur aku sementara nak tunggu pukul 10 tu.
Nasib baik tak kena gastrik.

Topik ok sebab ada kaitan dengan kerjaya aku sekarang.
Secretary ni bukan saja pembantu bos tapi pembantu kepada semua orang.
But priority still kepada bos laa...
Kerja-kerja admin pun ada secretary yang buat.
Macam aku, aku buat filing cuti staff-simpan segala mc dan rekod cuti, fotostat dokumen/fail, monitor pengeluaran petty cash dan macam-macam lagi laa which is sepatutnya admin yang buat.
Tapi nak buat cemana kann...
Admin opis aku tu 'rajin' sangat-sangat.
'Terlalu banyak kerja' yang dia kena settle kan.
So aku haruslah tolong mana-mana yang patut. tangandibahumatakeatas


Participants yang hadir.
Ader la dalam 40 orang camtu.
Dewan kecik aje.
Hari pertama memang bosan sikit. Eh, bosan banyak...
Sampai aku rasa cam tak sabar nak balik.


Time ni aku tak make up sebab masih baru guna produk a-dha.
Lantak la kan orang nak cakap ape.
Yela, muka aku banyak jeragat kottt...
Tak kisah la ape orang nak kata. Diorang sume bukannya kenal aku pon.


Kak Shaidah dapat cabutan bertuah.
Aku tak tahu dia dapat hadiah ape...
Oh, conference ni menawarkan hadiah-hadiah menarik jugak.
Ada pakej percutian, iphone, ipad...
Aku aim ipad je.
Sape yang taknak ipad free kan?

Lepas Kak Shaidah, Ika pulak dapat cabutan bertuah.
Aku dengan Mimy masih boleh berharap la untuk dapatkan ipad tu.


Last-last nama aku kena panggil. Dapat cabutan bertuah jugak.
Aiyarkkk... musnah harapan nak ipad.
Waaaaaaaa!!!


Sepanjang conference, ada beberapa kali waktu break untuk rehat dan makan.
Makanan boleh tahan laaa sedapnya.


Ni makanan time lunch.
Nasi-nasi aku tak makan sebab takde kuah.
Aku mana makan nasi putih camtu dengan lauk je.
Stail hape makan macam tu.
Last-last aku duk makan desserts & seafood je.



Mussels & prawns...
Macam makanan orang diet pulak aku tengok.

Aku tak suka 1 trainer tu. Lelaki.
Dia present hari kedua.
Asik la duk tanya participants soalan macam-macam.
No right or wrong answer. Ala-ala brainstorming gitu.
Tapi kadang-kadang ada orang yang berfikir dulu sebelum cakap.
Pastu bila orang diam, nak sound-sound.

"If u nak dengar saja, better u masuk kolej saja..."

Ptffff!!
Tak suka okeh.
Semua participants bayar kot untuk join conference.
Ko pulak nak tunjuk lagak sound orang pulak.
Dah la presentation tu buat orang lain mengantuk.

Pastu ada 1 topik tu pasal creative thinking.
Very ridiculous!
Dia ajar cemana nak convert voice message to drawing + writing.
Memang creative habis la... takjub pun ada bila tengok notes yang dia buat.
Lawa. Serius.
Tapi come on la bhaiii...
Participants yang hadir semuanya di kalangan admin dan secretary.
Dalam job scope diorang, tak perlu pun nak se'creative' camtu.
Secretary nak catat minit gune short form je.
Ni apedehal nak lukis-lukis bagai??
Alangkan nak creative, last-last satu hampas minit pun tak sempat nak catat dek sibuk sangat nak melukis.

Tajuk ni kalau bagi kat student memang bagus.
Diorang boleh belajar how to make interesting notes.
Kalau student U nak buat short note pun, tajuk ni memang berguna.
But bile diajar kepada orang yang bekerja, aku rasa cam tak praktikal langsung.
Sorry to say la.

Saat yang paling bahagia bila conference tu habis.
Serius.
Petang tu, mimy dan Ika datang menumpang rumah aku sementara hubby masing-masing datang menjemput.
Suka jugak bila ada yang datang rumah.
Yela, rumah aku kan rumah bujang.
Haruslah tak sekemas rumah orang yang dah berkeluarga.
Tambah pulak rumah aku ni ramai penghuni.

Mula-mula Alip yang datang, then bawak Ika balik.
Lepas tu Megat pulak bawak Mimy balik.
Bila diorang dah balik, baru aku teringat hadiah cabutan bertuah tu.
Cepat-cepat aku bukak hadiah itewww...





Jewelry box sajorkk...
Ok la daripada tak dapat...

Tapi dalam hati, "ini je???"
Hahahaha....

Takpe la.
Bersyukur la kann...
Tapi tu la. Aku rasa cam nyesal pun ada join conference ni.
Dah la jauh.
Asal-asal buat kat Cititel je.
Cititel dekat sikit dengan rumah aku.
Ntah cane last minit diorang tukar lokasi pulak nun jauh kat Bukit Bintang.
Kawasan pack tuu... Jalan jem sentiasa.

Pastu ada tajuk yang tak relevan langsung.
Plus ada trainer yang bukan dasar nak share experience & share knowlegde tapi lebih kepada nak promote bisnes sendiri.
Ada jugak trainer yang sibuk amik contact number participants sebab nanti senang nak promote bisnes.
Serius aku menyampah. Buat kerja tak ikhlas.

Ada je tajuk yang best dan relevan.
Macam grooming (penting untuk secretary), keselamatan di tempat kerja dan luar, tugas-tugas secretary..
Tapi keburukan tu yang lebih banyak.

Tapi takpelah.
Aku dah attend pun conference tu.
Next year, next next year, next next next year dan forever ever kot aku dah taknak attend conference macam ni lagi.
Sumpah tobat.
Duk opis buat kerja lagi bagus..


Demam gwiyomi bajet cun di Chop & Steak House

Salam readers...

Ni citer last month jugak.
Masalah utama kalau kuar dengan FZ adalah nak cari kedai makan.
Memang masalah besar.
Tekak kitorang berbeza-beza.
Aku boleh la telan makanan jepun sikit-sikit.
Setakat teppanyaki tu boleh la aku telan.
Dah bertahun sejak kapel dengan FZ aku tak jejak kaki kat Teppanyaki tu.
Tapi FZ tak suke pulak makanan Jepun.
Paling pun dia makan western je.
Tu dah kire paling kelasss dah bagi dia. Grrrr....

Kalau bab makan ni memang cerewet.
Sebab tu dalam banyak-banyak kedai kat KL ni, hanya 2 buah kedai yang kitorang selalu pergi.
Yusof Tomyam kat Bangsar dan Mahbub.
Masakan melayu dan mamak.
Dha naik bosan dah aku makan kat tempat sama.

So, hari tu kitorang tukar selera.
Makan western pulak.
Restoran western pun asik-asik Chop & Steak House ni je.
Padahal ada berlambak lagi kedai western lain.



Tapi tak kisah la kannn...
Makanan kat sini pun murah-murah.
Kire berbaloi la makan.
Suasana pun cozy je.


Dah order makanan, terasa bosan pulak...
Tengok muke FZ pun dah tahu dia tengah bosan.

Time tu pulak tengah hot dengan gwiyomi stail.
So, ayuh kite gedik-gedik buat gwiyomi jugak....


1+1 = gwiyomi


2+2 = gwiyomi


Eh, dia pun buat gwiyomi jugak? hehehe....


3+3 = gwiyomi


4+4 = gwiyomi


5+5 = gwiyomi


6+6 = gwiyomi!!  :)

Jangan lempang aku ye! Hehehe...

Tak lama lepas tu, makanan sampai..
Air dah sampai dari tadi dah....


Beef steak FZ punya...


Tengok la tu gaya orang kelaparan nak makan..... 
Pastu lagi sikit je tinggal steak tu, mulalah dia nak suap-suap aku makan.
Kalau dah suap tu maknanye dia dah kenyang dan tak larat nak habiskan...
Last-last aku jugakk yang kena habiskan makanan dia.. grrrr....
Ha, cane laaa aku tak gemuk? Salah ape?


Seafood spaghetti aku punya.
Sedaapppp.....
Nampak je sikit tapi bila dah makan, rasa tak larat nak habiskan.

Tengok gambar makanan ni buat aku lapar pulak.
Adesssss.....




Wednesday, May 29, 2013

Jamuan di pusat sukan

Salam readers...

Maaf dah lama tak berupdate.
Citer adalah super banyak tapi malass...
Wuuuuu...... mengaku diri tu malas eh!

Citer ni bulan April lepas.
Dah sebulan dah berlalu.
Hari Sabtu, ada jamuan kat tempat kije FZ.
Katanya ketua bahagian sukan DBKL turun padang.
So, ader la buat-buat makan sikit.

FZ ajak aku join sekali makan.
Tapi aku adalah segan yang teramat.
Serius... sebab aku ni bukannye staff DBKL pun.
FZ pakse-pakse.
Katanya ahli keluarga staff pun boleh datang.

Haihhh!
Tak pepasal aku kena bersiap-siap.
Lepas maghrib je, aku turun pergi ke kolam.
FZ memang dah ada kat situ sebab dia dan opismate dia kena setup majlis tu.

Lepas Isyak barulah majlis makan-makan bermula.
Itupun ketua pengarah belum sampai lagi.


Menu malam tu boleh tahan jugak.
Ada bihun sup, nasi goreng, satay, kek... paling best ayam dan seafood BBQ.
Ayam bbq paling sedap yang pernah aku makan.
Entah ape la bahan yang diorang guna untuk marinate ayam tu.
Serius sedapp...

Diorang buat konsep pot luck.


Sebenarnya time ni adalah first time aku pakai make up after guna produk a-dha tu.
FZ bising jugak sebab baru genap 2 minggu aku pakai produk tu tapi dah sibuk tepek make up.
Dia lagi prefer kalau aku tak pakai make up.
Tapi ye laaa... pompuan kann....
Mana boleh tahan tak pakai make up lama-lama.


Aku dan dia.. ewahhh...


Antara kengkawan FZ yang juga staff DBKL bahagian sukan yang hadir.
Aku duk semeja dengan diorang laa...

Kul 9 lebih camtu, barulah ketua pengarah datang.
Staff yang datang awal dah kenyang dah makan macam-macam.

After semua dah selesai makan, pengarah berucap sikit-sikit kat depan.


Tuan pengarah.

Then, ader pulak acara potong kek sempena staff yang lahir dalam bulan 4.
Dan FZ adalah antara staff itu.


Staff yang lahir dalam bulan April.
Sorang je pompuan.
Yang lain semua lelaki.


Amboiii FZ....
Suke lerr tuh pegang tangan pompuan......
Mamat yang pakai cap tu malu-malu jek sebab semua kengkawan usik dia.


Kek itu.
Kaler-kaler.


Sempat lagi posing dengan kek.

Dalam kul 10 lebih, barulah aku balik.
Itupun sempat menapau makanan yang tak habis.
Banyak ohh makanan yang tak habis.
Ayam BBQ yang sedap itu pun ada yang tak habis.
Aku tak tapau yang dah siap dibakar.
Aku tapau yang mentah punya.
Boleh simpan dalam fridge dan goreng untuk makan kat rumah pulak. :)

Friday, May 24, 2013

Kerana permintaan adik ku turutkan jua...

Salam readers...

Ecehhh.... tajuk takleh blah langsung...

Salam Jumaat semua.
Hari ni hari Wesak.
So, aku adalah cuti dari bekerja.
Heaven duk rumah dan kat luar tu hujan pulak...
Sejuk dan nyaman je..

Entri ni adalah kerana permintaan adik aku.
Gila glamor.. haha...
Ade ke patut dia pakse aku buat entri ni.
Dia kata dia pun nak masuk gak dalam blog aku.
Hahaa... bengong!

Kalau blog aku ni femes, takpe la jugak.
Ini blog picisan je.

Adik aku (Iwan) ada hantar 3 keping gambar dalam whatsapp aku.




Bajet ensem lerrr tuhhh....... hmmm...

Rumah kat belakang Iwan tu adalah rumah tempat kitorang membesar.
Beralamat di Jalan Sulaiman, Kampung Tanah Lot, Dungun.
Rumah ni sebenarnya kuarters kerajaan.
Aku dan family stay kat sini masa daddy berkhidmat dalam Jabatan Bekalan Air Dungun.
Dari aku kecik sampai aku berumur 14tahun aku stay dalam rumah ni.

Lepas tu, kitorang pindah ke rumah sekarang sebab daddy bertukar kerja ke Syarikat Air Terengganu pulak.

Banyak kenangan kitorang satu family kat rumah ni.
Dann..... bila aku tengok keadaan rumah tu dalam gambar-gmbar diatas, aku rasa sedih.
Yelaa... dulu rumah tu cantik.
Kemas, terjaga...
Tengok la ape yang jadi sekarang...
Rumah tu dah tak terjaga dah.
Dah buruk macam rumah hantu.
Lalang pun dah tinggi.

Dulu dalam pagar rumah tu ada pokok jambu.
Aku dan adik-adik selalu panjat pokok jambu tu.
Seronok main panjat pokok.
Pastu kalau kitorang main sorok-sorok, kitorang akan panjat pokok jambu tu sampai atas bumbung rumah.
Pastu menyorok kat atas bumbung tu.
Kompem orang yang kena cari kitorang tu tak jumpa..
Hahaha...

Paling stress bila angin kuat sampai daun-daun pokok jambu tu penuh kat tanah.
Nak tak nak, aku memang dipaksa untuk bersihkan halaman rumah.
Bersih sampai takde sehelai daun pun kat atas tanah...
Sape lagi yang pakse aku kan..... semestinya laa mummy.
Tapi sekarang cam rindu pulak nak buat camtu.Tskkk...

Sekarang ni semua tu dah jadi kenangan je...

To Iwan,
Puas hati dah ke K.Ngah dah publish entri ni?
Semalam sibuk tanya bila nak publishh...
Haihhhhh adik aku sorang nih.


Wednesday, May 22, 2013

Review : A-dha Skincare

Salam readers...

Ketika entri ini ditulis, sudah 5-6 minggu aku menggunakan produk A-dha skincare ni.
So far, aku rasa sangat-sangat-sangat berpuas hati dengan produk ni.
Dimaklumkan, produk ni dari Indonesia ye.

Dulu kann...... dulu laaa... femes dengan satu produk dari Indonesia jugak.
Dia punye efek memang terbaekk la...
Ramai jugak kengkawan opis aku yang pakai produk tu.
Tapi ramai jugak yang cakap seminggu dua lepas pakai, kulit menggelupas gile.
So, aku cancel hajat nak try.
Sebab aku ni kulit itam.
Kalau menggelupas, memang nampak terang.

Satu hari, ada orang terdekat aku yang suggest suruh aku pakai A-dha ni.
Macam-macam soalan jugak la yang aku tanya dia.
Efek cane? Menggelupas tak? Ada kandungan bahaya tak?
So far, jawapan yang diberi memang buat aku yakin untuk try pakai produk ni.

Kalau nak tahu, produk ni terbahagi kepada 2 SET.

Set 1 adalah untuk gadis-gadis yang berusia bawah 40 tahun.
Set ni dipanggil set PINK.
Set 2 pulak adalah untuk wanita-wanita yang berusia melebihi 40 tahun.
Set ini dipanggil set HIJAU.

Kenapa berbeza?
Sebabnya krim produk ni adalah mengikut kesesuaian dan sensitiviti kulit wajah mengikut umur.

Kegunaan produk ni ialah :-

Melembutkan kulit
Mencegah timbulnya jerawat
Mengecilkan pori-pori
Menyamarkan noda hitam (black head)
Melambatkan tanda-tanda penuaan

Bahan-bahan kandungan yang terdapat dalam produk ni ialah :-

Malaleuca Alternifolia

-Berfungsi sebagai anti bakteria dan ianya adalah tumbuhan yang sangat aktif untuk menggantikan sel-sel kulit mati.
-Mengelakkan pertumbuhan jerry yang tak diingini itu...

Ganoderma Lacidum

- Nutrisi terbaik untuk memperbaiki sel-sel dalam tubuh dan dapat mencegah penuaan.

Hamamelis Virginiana 

-Bijian yang dapat menghaluskan kulit
- Mengurangkan luka bakar yang dirasakan atau keradangan atau kemerahan yang disebabkan oleh exfoliating kesan/ pengelupasan. 
-Meredakan ketegangan mata, menghapuskan kerutan/kedutan dan garis halus sekitar mata.



Inilah set yang aku beli.
Set PINK.


Inilah set HIJAU.

*kedua-dua dicilok dari google.com


Ada sabun, krim siang, krim malam dan serum.

Aku ikut betul-betul cara pemakaian yang disyorkan.
Tapi bila aku search google segala, cara pemakaian masing-masing berbeza.
Takpelah...
Aku ikut cara aku je... hehehe...

1) 2 minggu pertama, aku just guna sabun, krim siang dan krim malam sahaja.
Caranya, aku potong dulu sabun tu kepada 4 potong. Pakai 1 potong dulu.
Haruslah jimat kannn....
Time sabun tu, gosok perlahan-lahan.
Jangan pulak gonyoh muke kuat-kuat.
Dah sabun, tunggu seminit dua. Bagi khasiat sabun tu meresap dalam kulit muka...
Lepas tu bilas dengan air sebersih-bersihnya.

Note : muka akan jadi pedih teramat macam meradang camtu... jangan risau ye.
Tu perkara biasa. Tapi sekejap je. After 2-3 hari, takkan rasa pediah dah.

Lepas tu lap muka dengan kain bersih sampai kering.
Kalau time siang, korang sapu la krim siang.
Kalau time malam, korang sapu la krim malam.
Krim tu guna sikit-sikit je.
Jangan pakai tebal-tebal sangat.
Nipis-nipis je cukup.

DIINGAT : TAK BOLEH PAKAI MAKE UP, BAHAN PENCUCI MUKA LAIN ATAU APA-APA JE KRIM/PRODUK KAT MUKA SEPANJANG PERAWATAN INI.

2) Lepas 2 minggu, barulah aku start pakai serum.
Macam biase la... gunakan sabun dulu, pastu pakai serum...
Tunggu 5-6 minit, barulah pakai krim siang/ malam.

Senang je kann...
Tak leceh pun.
Aku ni bukannya suke produk leceh-leceh ni...
Rejekk terus.

Sepanjang perawatan ni, disarankan supaya :-

1) Tidak memakai sebarang kosmetik, produk lain, bedak tabur/ compact powder atau ape-ape je la kat muka tu...

2) Elakkan muka dari terkena cahaya matahari terlalu lama.

3) Tidak berenang sepanjang perawatan. -aku kan biasa berenang. But dari start pakai produk sampai sekarang, aku still tak berenang... 

Ohhh, 2 minggu kot aku pergi opis dengan naked face.
Semua orang tanya, aku ni sakit ke ape....
Hahaha...

Paling best pakai produk ni sebab kulit menggelupas tapi halus-halus.
Memang tak nampak pun kulit menggelupas.
Kite sendiri je yang tahu kulit kita cemana.

But seriously, based on my own experience guna produk ni, aku memang perasan kulit aku cerah sikit dan jeragat pun dah kurang.
Uiksss... dulu muka aku banyak jeragat okeh.
Sekarang ni memang kurang banyakkk...
FZ pun tegur kulit aku cerah sikit dan lembut. :D


Baru aku perasan dulu kulit aku kusam dan tak sekata.
Gambar after tu adalah gambar terbaru hari ini yee......

No camera 360... and no effect/ edit at all.
Kedua-dua gambar menggunakan kamera Sony Ericsson Xperia X10.

Kalau rasa-rasa berminat nak cuba, boleh contact aku...

diana_comel@yahoo.com
*email dari zaman sekolah dulu. haruslah bajet-bajet comel.. hahahaha hakkk tuihh!


Bukan aku yang jual eh. Cume kalau korang nak, nanti aku bagitahu member aku yang suggest kat aku tuh.
Sekali-sekala tolong member, tak salah kannn....







Sambut anniversary yang ke........

Salam readers...
Selamat pagi...

Sekejap je dah masuk hari Rabu.
Esok last kije sebab Jumaat cuti sempena Wesak.
Dan esok juga family aku datang KL sesaje jalan-jalan.
Yeayyy! Rindu kat diorang sangat-sangat.
Nak-nak kat anak-anak sedara aku yang comel dan anje-anje angat tewww... hehe.

Citer ni sebenarnya dah lama.
Berminggu-minggu dah.
Saje je peram takmo publish.
Cakap je la ko malas, diana!

Bulan lepas, 17 April 2013, aku ajak FZ pegi makan malam di Le Cheteau De Puah.
Dah lama kan tak makan kat situ.
FZ pulak langsung tak pernah datang.
So, elok sangat la bawak dia makan kat sini.
Lagipun kitorang nak sambut anniversary kitorang yang ke.......... agak-agak korang boleh teka tak?

Date anniversary kitorang lambat lagi sebenarnya.
Tapi masa date tu aku kena balik kampung sebab mengundi, so kitorang celeb in advance la...
Tak salah pon, kan.

Aku dah ingat-ingat lupa jalan nak pegi sana.
Nasib baik FZ pemandu cekap.
Akhirnya sampai jugak ke sana.


Mamat ni tak habis-habis dengan tab dia tau.
Time kuar dengan aku pun sibuk jugak dengan tab tu.
Aku ni melangut cam tiang TNB. 
Dah tak sayang aku lerr tuh. Tskkk.... T____T


Muke tak make up langsung.
Takde efek camera 360 ye...
Mase ni aku baru je pakai produk kecantikan tu.
Nanti aku review eh. Itupun kalau rajin. heheh!


Ini aku punya menu.
Bukhara rice with mixed kebab.
Kenyang gile. Portion nampak je sikit.
Tapi bila makan, penuh perut aku.


Mango juice dan ice blended chocolate.


Dessert.. ice cream.
Bajet nak kongsi. Last-last aku makan sorang.
FZ makan sikit je.


Fried calamari.
Tak sedap langsung....
Tepung ape ntah dia guna. Failed!
Jangan order ini ye kalau datang makan kat sini.
Kalau tak caye, korang order la dan rasa sendiri.


Mee bandung Muar.
Yang ini FZ punye.
FZ cakap so-so je.
Dia kan orang Johor. Of course la dia expect lebih.
Bila aku rasa.... ermm... okey la.......
Kena je dengan tekak aku.

Pastu FZ cakap,

"Ayang tu semua bedal je... tak kire sedap ke tak. Tekak abang ni tekak chef..."

Erkkkkk!!
Ye-ye kan aje la abang...


Ni total harga makanan yang kitorang makan.
Boleh laaaa untuk 2 orang makan.

Kat bawah ni aku attach sekali menu list yang ada kat restoran ni.
Harga biasa-biasa je...
*Gambar cilok dari google.com*