Thursday, June 27, 2013

Lelaki oh lelaki

Salam readers...

Pernah tak korang rasa cam lelaki ni melampau?
Atau bahasa yang lebih lembut is mengada-ngada.
Pernah tak korang rasa cam dia semua boleh buat tapi bile giliran kita semuanya tak boleh buat?
Semuanya dilarang?

Kadang-kadang kite teringin nak makan kat Kenny Rogers.
Tapi pasangan kita merungut asik makan kat situ je.
Tapi by the time dia teringin nak makan nasi goreng ikan masin yang kita biasa masak untuk dia, dia pakse-pakse kite masak walaupun dia tahu time tu kita duk syok tengok k-pop kegemaran kita.

Dia asik bagi warning supaya jangan contact dengan mana-mana lelaki even kawan baik.
Tapi by the time dia contact dengan kawan baik perempuan dia, takpe pulak.
Bila kita bising, dia cakap kita mengongkong dan cemburu buta.

Kadang-kadang kita nak hang out dengan kawan-kawan perempuan kita.
Keluar shopping, tengok wayang... girls talk.
Tapi dia tak bagi... katanya nanti ada lelaki lain akan mengorat.
Tapi bila giliran dia, takpe pulak nak kuar lepak-lepak dengan kawan lelaki.
Keluar sampai lewat malam pulak tu...

Bila kita tak sms atau whatsapp dia sebab busy dengan kerja kat opis, dia merajuk.
Kononnye kita dah ada skandal kat opis tu.
Tapi bila dia tak balas mesej kite dan kita merajuk, dia bising-bising cakap,
"Jangan kacau orang tengok bola, boleh?"

Bila kita membebel-bebel kat dia, dia kata kita macam mak nenek.
Tapi bila dia marah-marah kita, dia kata itu tandanya dia caring.

Masa jalan-jalan kat shopping mall, terjumpa Aaron Aziz.
Nak tegur, segan. So, kite tengok je dari jauh.
Pastu dia sound, "Pegi la jadi bini no.2 AA tuh!"
Tapi time makan kat food court, tetibe melintas pompuan seksi, dia tengok sampai terjuling mata takpe pulak.
Bila kita bising, dia cakap, "Bukannya boleh dapat pun.. tengok aje.."

Dia suka sangat tengok pompuan seksi. Terbeliak mata.
Tapi bila kita nak pakai seksi, dia tak bagi pulak.
Katanya, "seksi-seksi dalam bilik aje ye, sayang... aum..aummm."

Dia bising kalau kita tengok citer hindustan sambil nangis-nangis.
Tapi bila dia duk mengadap Naruto pagi petang siang malam, takpe pulak.
Grrrr.....

Kite nak beli jam Guess rege RM400 dia dah bising-bising.
Tapi bila giliran dia beli jeans AX sehelai RM600, takpe pulak...
Mentang-mentang la duit dia khennnn...

Pernah tak korang alami situasi di atas?
Cane reaksi korang eh bila terkena macam ni?
Kongsi boleh? hehe..

Team Marvel - TM awards 2013 super duper meriah gamat!

Salam readers...

Sementara cerita masih baru, better aku citer cepat-cepat.
Kang kalau ditangguh, silap-silap bulan depan baru publish citer ni.
Korang tahu je la aku ni cemana kan...

Sabtu lepas, berlangsungnya Anugerah Tahunan TM; opis aku yang tercinta.
Dan-dan kannn opis yang tercinta.
Yelaaaa.... TM ni la yang bagi aku gaji tetiap bulan untuk bayar itu ini, shopping itu ini.
Kalau takde TM, melangut la aku kerja dengan gaji tak sampai seribu.
Thanks TM.

Last aku pergi TM Awards tahun 2009.


Aku tahun 2009.
Masa ni TM Awards berlangsung kat PWTC.
Aku pergi berdua je dengan Mimy.
Rambut aku ni pun Mimy yang tolong setkan... hehehe...

Tahun 2010, aku tak pergi.
2011 pun sama...
2012 pun tak pergi jugak sebab tema bola.
Kebetulan pulak mase tu mummy dan daddy datang KL.
So, memang tak boleh join.

This year aku volunteer untuk pergi.
Aku tak suka sangat pergi tempat hingar bingar camni.
Tapi nak buat cemana.
Rasa cam dah lama sangat tak pergi TM Awards ni.
Nak-nak tema diorang kali ni Team Marvel.
Pastu dapat baju dan topeng free pulak tu.

Aku, Maziah dan Min adalah wakil untuk unit aku.
Tapi aku bawak FZ sekali.
Sebab diorang nak 4 orang wakil dari unit aku.
Tapi bile aku tanya opismates, masing-masing takmo join.
Aku yang nominate nama FZ.


Sepatutnya aku jadi spiderman, FZ jadi batman.
Tapi aku kan suke hitam.
So, aku tukar dengan FZ. Hehehe...


Bile kepala dah masuk air, camni la jadinya...
Buruk gile dowhhh...!! Huhuhu...

Min tak dapat pergi.
Maziah tumpang aku dan FZ.
Dalam pukul 6.30petang, kitorang bertolak ke MMU Cyberjaya.

Kul 7 lebih kitorang sampai.
Dekat aje pun rupanya.
Time kitorang sampai, orang memang dah ramai.
Suasana meriah usah cakap laa...


Lobi.
Macam-macam kostum yang boleh tengok kat sini.
Kelakar pun ada.

Ikutkan boleh je aku beli kostum Batman. Tapi takmo laa..
Membazir.
Nanti tak tahu la nak pakai bile pulak.


Sebelah aku memang masih banyak kerusi yang kosong.
Tapi kalau pergi bahagian belakang dewan, penuh gile orang.
Masing-masing terjerit-jerit, menari-nari, menyanyi macam kan baru terlepas dari penjara.
Tapi memang havoc la.


Aku adalah wakil dari Central Function.


Aku dah FZ.
Malas dah nak pakai topeng. Lemas gile.


Awek cun unit aku. Maziah.
Adik-adik lagi ni. Single.
Sape berkenan? Aku boleh rekemen. hehehe...


Aku dan Maziah.


Sebenarnya time ni ada beberapa orang ninja yang lalu.
Tapi diorang berjalan cepat sangat sampai takdan aku nak snap elok-elok.
Terus gambar jadi blur.


Acara pembukaan... ada 'aliens' yang keluar.... topeng diorang ni mengerikan betul.
Dah la dalam dewan.
'Aliens' ni sebagai simbolik musuh atau competitor TM la..



Dan 'aliens' tu semua dihalau oleh team marvel TM.
Ada wonder women, Iron Man, Superman.......
Heroes pompuan kemain seksi eh..
Nasib baik bukan Islam.
Kalau orang Islam, kompem dah kena kutuk.

Banyak jugak la anugerah yang dipertandingkan.
Sampai dah naik mengantuk aku tunggu diorang bagi trofi.
Bosan jugak la time bagi anugerah tu.

Tapi kebosanan tu hilang selepas ada artis popular keluar bagi persembahan.


Acu teka siapa artis ni?
Hehehe...

M. Nasir uolss..
Aku ni kurengg minat sikit dengan M. Nasir.
But still enjoy dengan performance dia.
Aku siap bangun dari kerusi dan menari-nari jugak.
Dan tanpa sedar, ada kamera tuju kat aku.
Terpampang muka aku duk menari kat skrin besar.
Cis...cis...cis!!!
Malu iollsss!

Majlis ni habis dalam 12 lebih malam.
Ada cabutan bertuah jugak sebenarnya.
Nombor FZ terkena cabutan bertuah.
Dapat T-shirt team marvel.
Ok la dari tak dapat langsung kann...

Kire tak rugi jugak la aku pergi majlis ni.
Enjoy... Dah la dapat baju free.
Kul 1 lebih jugak la aku sampai rumah sebab hantar Maziah dulu.
FZ pulak kul 2 lebih sampai rumah.
Sian dia. Dari kul 11 dia dah ngantuk.
Risau jugak aku dia drive jauh-jauh sensorang.

Tahun depan kalau tema best, aku ingat nak join lagi sekali la.
Best pulak rasenye.... hehe..


Tuesday, June 25, 2013

Celeb birthday terjah Secret Recipe

 Salam readers...

Takde dah kedai lain kat opis aku ni melainkan Secret Recipe (SR) dan San Francisco (SF).
Pilihlah antara 2.
Kalau SR, servis lembsss nak mappsss...
Kalau SF, mahal.
Oleh sebab next gaji masih lambat lagi, so kitorang pilih SR sajorkk...

Sebenarnya kitorang nak buat surprise kat Ika.
Birthday dia time tu tapi awal sehari je.
Buat birthday in advance ler omputih kata.


Happy birthday mak yong!
Hehehe...
Berseri-seri je muka dia ni sejak pregnant.


Mimy... 


Kak Shyda... dia la yang belanje kitorang hari tu.


Menu aku, Mimy dan Kak Shy sama je hari tu.
Prawn macaroni with cheese.
Nyum...nyum...

Aku tak tahu la kenapa lately aku suka makan makanan yang creamy.
Lagi banyak cheese, lagi aku suke...
Korang tengok la gambar makanan tu... kan ada cheese.
Tapi yang peliknye, cheese cake aku tak suke.


Mak yong makan benda simple je.
Kalau tak silap aku mee tomyam kot.
Nampak sedap jugak.


Mimy dan Kak Shy ada belikan 2 jenis kek.
Dua-dua aku tak makan.
Bagi diorang je la makan.


Aku dan Ika...
Asal aku nampak kenit je dalam gambar nih?


Kak Shy dan Ika...

Kak Shy decide setiap kali birthday, kitorang akan celebrate.
Sporting gile Kak Shy ni...
Suke dia..
Macam ni la baru boleh mengeratkan hubungan sesame secretary GIA. :)

Monday, June 24, 2013

Demi kesihatan

Salam readers...

Demi kesihatan, terpakse la jadi 'ninja'...

.

Berpeluh hidung aku pakai benda alah ni.
Tapi nak buat cemana kan...
Daripada kena penyakit, baik pakai topeng ni.

Thanks to Min Chiew cutey staff at my office sebab sponsor topeng ni.
So now, 1 opis aku pakai topeng ni..
Mencegah lebih baik dari mengubati. Kan?

Mana aci tau! Ai is gerammmm

Salam readers...

How are you today?
Ewahh... speaking pulakss haku hari ni...
Mengigau ke hape?

Aku adalah sakit tekak.
Tapi sakit sikit-sikit je.. Belum sampai tahap batuk.
Kalau keluar je, mesti mata berair jugak.
Yelah, pedih kot..
Bersin pun kadang-kadang. Rasa cam habuk masuk dalam hidung.
Ini semua disebabkan jerebu.

Antibodi aku jenis tak kuat.
Memang dari aku kecik aku senang infected dengan penyakit.
So far takde la penyakit kronik ke ape.
Tapi kalau demam ke, selsema ke, atau penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan resdung memang aku senang nak berjangkit.

Ni musim jerebu.
Bukan jerebu tahap biasa tapi jerebu teruk punye.
Udara pun bau asap.
Hidung aku usah cakap la... memang pedih dah ni.
Duk kat rumah pun, aku mana bukak tingkap.
Kalau bukak tingkap, kompem bau asap la bilik aku tuh.
Duk dalam opis pun, aku tutup hidung aku dengan tisu.
Opis aku kan tinggi. Tingkat 51.
Opis aku ni pun dah bau asap dah.

Nak tunding jari kat siapa dengan masalah jerebu ni?
Indonesia?
Maybe.... sejak 3-4 tahun ni masalah jerebu di negara kita datang dari negara diorang.
Sistem pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan langsung tidak dikawal oleh kerajaan disana.
Takkan dah bertahun-tahun Indonesia masih tak ada jalan penyelesaian tentang masalah ni??
Bongok... makan gaji buta ke ape??
Tapi Malaysia pun bersalah jugak.
Antara pihak yang tak bertanggungjawab itu ialah syarikat dari negara kita.
Kite ni suke buat taikkk kat sana!
Nak buat projek kat negara orang, buat la elok-elok.
Ni tak... menyusahkan orang.
Eh, teremo pulaksss!




Gambar-gambar ni aku snap hari Sabtu lepas.
Masa ni aku keluar kejap sebab nak beli lunch.
Pagi hari Sabtu tu jerebu takde la teruk sangat.
Kire terkawal la..
By the time masuk tengahari je, terus jadi macam ni.
Hari Ahad pun sama.... keadaan makin teruk.

Aku tengok Buletin Utama semalam.
Kerajaan isytihar cuti kepada semua sekolah kat KL/Selangor, Melaka, Johor...
Negeri lain aku tak tahu cuti ke tak sebab aku amik tahu kawasan aku je. Heheh!

Tapiiii... hoihhhh....
Takkan sekolah je kot cuti??
Pekerja macam kitorang ni cemana?
Kitorang pun manusia gak.
Bagi la cuti jugak.
Bahaya kot keluar dari rumah dengan keadaan udara macam ni.
Bagi la cuti so that masing-masing boleh duk rumah.
Jaga kesihatan.

Tetibe je rasa cam nak tukar profession.
Jadi cikgu la pulakk..
Sekolah cuti, kite pun cuti.
Jadi cikgu tadika pun jadik la.. hehehe...
Voleyy?

Friday, June 21, 2013

So shuweettt of you, dear!

Salam readers...

Semalam aku dah janji nak kuar lunch dengan geng-geng secretary unit aku.
Awal-awal aku dah bagitahu FZ.
Yela, mamat tuh bukannye leh kireee.... Kang dia merajuk pulak tak kuar lunch dengan dia.

Aku and secretaries gang plan nak pergi makan kat Sushi King Mid Valley.
Nanti aku citer pasal ni kat entri lain ye.

Sebelum pergi ke MV, FZ ada call aku.

FZ : Kul berapa nak pegi Mid?
Aku : Kul 12 abang. Sekarang sayang tengah bersiap-siap la ni..
FZ : Nanti dah balik dari MV, bagitahu abang ye.
Aku : Kenapa?
FZ : Abang ada sesuatu untuk sayang...
Aku : Sesuatu? Apa?
FZ : Ada la...

Haisshhh.... buat saspen je dia nih tau!

Then, aku pergi MV.
Lepas makan, kitorang jalan-jalan dalam MV tu.
Time berjalan-jalan tu, FZ call lagi.

FZ : Sayang kat mana?
Aku : Kat MV lagi abang.. kenapa?
FZ : Laa... tak balik lagi ke?
Aku : Belum... ni pun dah nak balik. Singgah BR jap.
FZ : Nanti sayang balik, mesej abang ye.
Aku : Iyee....

Aku duk terfikir-fikir, ape laaa yang dia nak bagi ni...
Pelik jugak sebab dia beriya-iya je.

Kul 2 lebih aku sampai opis.
Biase la.... bos takdok......
Amik kesempatan balik opis lewat lorrrrr...

Dah sampai opis, aku call FZ.
Dia cakap lagi beberapa minit dia sampai kat opis aku.
Katanya tunggu dia kat lobby.

Aku ni pun tunggu laaa...
Tak lama pun tunggu kat lobby tuh, FZ sampai.
Aku tengok dalam kereta dia ada Man dan Adeq.
Adeq ni penyelia tempat kije FZ. 
Aku ni boleh dikatakan kamceng jugak la dengan opismate FZ kat kolam tu...

Dari jauh aku nampak diorang senyum-senyum kat aku.
Uihh... senyum lain macam je ni.

Adeq keluar dari kereta dan hulur aku sejambak bunga.
Perghhh... gila..gila..gila!!
Malu aku dowh.
Dah la ramai orang kat lobby tuh.
FZ takleh kuar sebab dia drive.
Plus tak ada parking masa tu.
Sebab tu la Adeq yang kena hulur kat aku.

Lif opis aku pulak duk kat depan lobby.
Orang lalu lalang duk pandang-pandang.
Cool Diana... cool......

Masuk opis, opismate lak tegur.
Tanya siapa bagi la... cakap sweettt laa...
Ape la uollsss ni... sape lagi yang bagi kalau bukan FZ aii...
Ai mana ada peminat misteri yang nak bagi ai bunga...
Peminat aii FZ sorang je.
Hehehe....



Inilah sejambak bunga itu....
6 kuntum bunga ros.
3 kuntum ros putih, 3 kuntum ros merah.


Ada kad tertulis "Always b my sweet honey Dear"
Shoooo shuuweetttt....

Berbunga-bunga lak rase. hehehe...

Dah naik opis, aku dan FZ bersms...
Dia tanya aku tahu tak apa maksud 6 kuntum bunga yang dia bagi kat aku tuh..
Korang tengok la apa yang dia balas...


Poyo jekk boleh beli 100 kuntum.
Semalam dalam kereta aku suruh dia beli 20 kuntum, dia cakap "Buat apa nak bunga banyak-banyak? Buat makan?"

Biaaaaarrrrrr laaaaaaaaa....!!

Tadzkirah Jumaat

Salam readers...

Tetibe aku fefeling nak jadi ustazah pulak hari ni.
Ustajah Diana.
Opsss... tak sesuai okeh.. nama kebaratan sangat.
Ustajah Nur.
Wahh... bercahaya gituu.. Baru sesuai khennn..

Memandangkan hari ni hari Jumaat, aku nak ajak korang bermuhasabah diri bersama-sama dengan aku.
Kita semua tahu kita pernah buat salah dan silap.
Tapi takkan la kita nak ulang kesilapan yang sama, kan?
Haruslah tidak.
Ramai antara kita yang try hard to be perfect.
Padahal dah terang-terang ada ayat yang menyebut, "Tiada yang sempurna melainkan DIA."
Sebab tu aku just jadi diri aku sendiri.
Tak payah nak pretend sangat sebab tak nak jadi hipokrit.

Ok, tadzkirah hari ni ialah tentang penipuan.
Penipuan ni ada banyak jenis.
Penipuan kepada diri sendiri dan penipuan kepada orang lain.

Sebelum meneruskan tadzkirah ni, aku tahu ramai yang potpetpotpet cakap "hek eleh, engkau pun tak betul, lagii nak bagi tadzkirah kat orang.. poyo!"
Kita perlu berbalik semula kepada ayat yang aku sebut kat atas, "Tiada yang sempurna melainkan DIA".
Kalau nak tunggu kita jadi sempurna, sampai bila-bila pun tiada yang layak bagi nasihat kat kita.

Ok, berbalik kepada tajuk asal.
Penipuan kepada diri sendiri...
Macam yang aku cakap tadi, ada yang trying hard to be perfect.
Try la hard cemana pun, korang takkan jadi perfect.
Mesti ada kekurangan kut celah-celah mana pun.

Kadang-kadang kita tengok orang tu cantik, kaya, berkerjaya hebat, selim-melim pakai apepun nampak lawa je.
Terus kita cakap, "Perfect betul dia..."
Dan kita pulak sibuk nak tiru gaya dia, stail dia..
Dia pakai seksi, kita pakai seksi.
Dia pakai skirt pendek, kita pun pakai skirt pendek.
Pendek kata plagiat stail dia, cara dia, personaliti dia.
Kengkonon nak jadi perfect jugak.

Come on.
Berfaedah ke buat macam tu? Apa yang korang rasa bila tiru orang lain?
Rasa bahagia? Bangga?
Kalau aku la.. aku malu kot.
Sebab rasa cam takde identiti sendiri.
Pastu tipu diri sendiri semata-mata untuk jadi orang lain.
Penat ok jadi orang lain.

Contohnya macam retis sekarang.
Trend pakai tudung. Bagus la tu kannn...
Ramai dah retiss pakai tudung.
Tapi dikalangan mereka ikhlas ke tak? Ke pakai tudung sebab senang nak dapat job?
Contoh yang aku boleh bagi ialah salah seorang bekas isteri kepada pengarah terkenal.
Tak mau la sebut nama dia kan..
Dia mualaf. Mule-mule masuk Islam, still tak bertudung.
Pastu di tengah-tengah perkahwinan diorang, wanita tu bertudung pulak.
Muka dia memang lawa. Pakai tudung lagiii laa lawa.
Tup-tup bercerai dengan pengarah tu.
Dah bercerai, tetibe tudung ntah ke mana.
Nampak tak keikhlasan dia pakai tudung selama ni cemana?
Ini la yang dikatakan tipu diri sendiri.

Macam mana pulak penipuan terhadap orang lain?
Kite selalu cakap, "ala, tipu sunat aje tu..."
Tak ada istilah tipu sunat dalam kamus ISLAM ye kengkawan.
Sebut aje bab penipuan, tipu sikit ke, tipu banyak ke.. tetap berdosa.

Biasanya kalu bab-bab kerja memang ada yang suka menipu.
Pesen yang suke mengulor, pesen yang suka buat kerja tangguh-tangguh.
Pesen diorang ni la yang banyak sangat menipu.
Sekejap kata anak sakit, sekejap kata bini bersalin...
40 kali setahun bini bersalin.... ape jadahnye kan...
Dah macam tenenovela pulak kisah diorang ni.
Menangis la produser telenovela Rosalinda tu sebab kalah dengan kisah diorang ni.

Kerap kali jugak kita tipu mak ayah kita.
Bila kita balik lewat malam, mak ayah kita tanya kenapa balik lewat.
Kite jawab, 

"Saya ada study group la tadi, mak!"

Padahal... baru balik dari karaoke.
Tu dah dikira menipu.
Apa salahnya kalau taknak bagitahu pergi karaoke, kita jawab,

"Saya jumpa kawan tadi, mak.."

At least tak menipu kan....
Cuma kita menyembunyikan fakta yang kita pergi karaoke tadi.
Yela, kadang-kadang kita takut kena marah ke ape..
So, better kita jawab macam tu.

Eh, jangan korang salah anggap pulak ye.
Bukannya aku ajar korang untuk menyembunyikan fakta tapi at least jangan la korang menipu.
Semua orang tak suka ditipu dan kalau boleh kita pun jangan amalkan menipu.

Aku kenal dengan seseorang yang suka menipu.
Sekejap cakap bini sakit... 
Mule-mule cakap suspek cancer.. pastu siap cakap buat kimo bagai.
Minggu depan cakap bukan kanser pulak tapi just cyst.
Pastu 2 minggu lepas tu cakap bini masuk wad lagi sebab nak check rahim kenapa takleh mengandung.
Pastu minggu depan bini suruh datang hospital sebab nak try buat baby tabung uji.

Oh, come on la!
Aku dah muak dengan penipuan-penipuan dia.
Ya ALLAH, haiii...
Siap cakap bini sakit itu ini. Tu dah macam mendoakan tau.
Dibuatnya 1 hari nanti bini tu sakit betul, cemana?

Ni dah berbulan-bulan dah sejak try baby tabung uji.
Senyap je takde berita apa pun.
Baby tak jadi ke hape??

Tak malu ke menipu?
Ingat orang lain bodoh sangat ke sampai tak boleh bezakan ko cakap betul ke tipu?
Adoyaiii....

Ya ALLAH, KAU berikanlah petunjuk kepada beliau supaya insaf dari perbuatan menipunya.. amin.

Ada cara boleh elak penipuan.
Sebab menipu ni seolah-olah kita duk mengumpul dosa free.
Padahal bukannya susah sangat nak cakap betul.
Kalau kite menipu maknanya kita ada buat salah.
So, nak elak dapat dosa free menipu lebih baik kita jangan buat salah.

Cuba minimize kan kesalahan.
Dan jugak cuba amalkan cakap benar.
Kite ni manusia... memang tak lari dari buat silap, kan?
Tapi mengaku kesalahan.
Kalau kena marah pun, kenalah.
Dah kita pandai sangat buat salah, so kenalah tanggung akibatnya.
Paling tidak pun, just say "sorry".
Itupun dah cukup untuk memadamkan api kemarahan orang.
Ini... dah la buat silap, pastu menipu pulak.
Kalau tak kantoi takpe..
Kalau kantoi... lagi laa membara kemarahan orang.

Tak rugi bercakap benar.
Tak untung pun kalau menipu.
Menipu kat dunia, mungkin orang tak tahu.
Tapi dosanya nanti, tanggunglah di akhirat sana.


Thursday, June 20, 2013

Bila geng Superb berkumpul

Salam readers...

Bagi sesape yang memang follow blog aku, memang tahu la sape geng superb tu...
Dah lama sangat tak jumpa Kak Fara dan geng lain.
Kak Era la yang aturkan pertemuan kitorang hari tu.
Nak harapkan aku atur, memang tak la..
Manjang je busy.

Kebetulan hari pertemuan tu aku memang busy gile.
Aku yang paling lewat sampai.
Kak Era, Kak Fara dan Jen Jen dah lama dah sampai.
Kak Era awal-awal lagi dah tolong order kan untuk aku.
Tahu je la Secret Recipe bawah opis aku ni lembss nak mampss...

Sepatutnya kul 12.30 aku turun.
Tapi busy punya pasal, pukul 1 barulah aku sampai.
Itupun makanan belum sampai lagi.
Memang terbukti pun lembss...

Bila dah jumpa ramai-ramai, haruslah bergosip.
Ada je cerita nak dikongsi.
Gosip, gelak.. gosip, gelak...
Itu je la yang kitorang buat.
Seronok jugak kalau sekali-sekala jumpa. :)


Demam gwiyomi tak habis-habis lagi....
Aku adalah comot.
Takdan nak bersiap-siap bermake up dulu sebelum turun jumpa diorang.


Sorang ibu, sorang tunangan orang, sorang lagi bujang.
But kami maintain cun... 
Heheheh... perasan sungguh! :)

Ada yang tanya aku, susah ke nak pakai tudung half moon tu?
Bagi aku senang je sebab tudung ni boleh pakai banyak cara.
Kat gambar di atas tu, aku pakai ala-ala tudung bawal biasa.
Ni sebab kes malas melampau.
Malas nak belit-belit.
Stail ni paling senang nak pakai sebab guna 3 pin je.
Kalau belit-belit tu, mau 10 pin kena guna.
Tapi paling penting, kalau nak pakai tudung ni, aku memang pakai turtle neck inner.
Tudung ni kan jenis kain jarang.
Kalau pakai tudung tapi nampak rambut, baik takyah pakai tudung langsung.
Kan?



Wednesday, June 19, 2013

Rezeki tak berkat bagi anak bini makan?

Salam readers...

Aku tahu kebanyakkan reader aku adalah orang-orang yang dah bekerja.
Yang student tu ada la 2-3 kerat kot.
So, aku nak kongsi satu cerita.
Bab kongsi cerita ni memang hobi aku dah.
Ader je benda yang aku nak bagitau.

Kat dalam opis korang, ada tak yang jenis suke mengulor?
Bukan mengulor tahap biasa.
Tapi mengulornye tahap melampau-lampau pantang ada peluang walaupun sekejap, mesti nak ngulor?
Ade ke teman cenggitu??

Kat opis aku ni ada sorang.
Sekejap-sekejap je duk kat opis.
Selebihnya tak tahu mana dia pergi.

Setiap hari ada je masalah.
Masalah bini nak baby tabung uji, masalah bini kena kanser la.. masalah anak lari dari rumah la..
Yang terbaru masalah tukar sekolah anak.
Aku dah penat dah nak melayan penipuan dia.
Dengarkan aje la.. percaya jangan!

Tadi manager aku bagitahu, "Dia tu memang kaki kencing la, Na..."

Aku jawab, "Laa.. baru tahu ke? Cane awak tahu?"

Manager aku potpetpotpet la cerita kat aku.
Aku senyum je.
Selama ni aku takde la nak bercerita pasal dia kat staff lain.
Kalau aku cerita sana-sini kang jap lagi dia kata aku tukang bawak mulut pulak.
Biar staff lain tahu sendiri dia tu cemana.
Tak lama pun Tuhan sembunyikan penipuan dia.
Lama-lama orang tahu jugak.

Ofis aku memang ada buku log kedatangan.
Setiap kali datang dan balik, mesti sign buku kedatangan tu.
Staff lain kalau datang lewat kena bagi sebab.
Contohnye traffic jam ke, tunggu parking ke, tertidur ke...
Tapi normally, jarang je pun staff lain datang lewat.

Tapiii..... dia ni boleh dikatakan setiap hari datang lewat.
Dekat kul 9 pagi baru sampai.
Kadang-kadang pukul 9 lebih baru nampak muka dia.
Pastu bila dia sign buku kedatangan, dia tulis dia datang pukul 8.30pagi.
Aku ni in-charge bab buku kedatangan ni.
Kadang-kadang sakit mata la jugak aku nengoknye..
Dah datang pukul 9, tulis je la pukul 9.
Menipu tak habis-habis!!
Seriously aku benci penipu dan pencuri.
Orang-orang camni memang takleh dipercayai dan takleh rapat sangat.

This whole week bos aku takde.
Bermaharajalela la dia.
Saat aku menaip entri ni, dia takde dalam opis.
Katanya nak susun fail kat tingkat 2.
Aku tak caya sangat pun dia buat kerja tu.
Ntah-ntah dah kemana-mana dah dia tu.

Problem dia ni disebabkan dia agen Bank Rakyat.
Banyak buat kerja luar.
So, kalau dia nak jumpa potential customer, macam-macam alasan la yang dia bagi untuk keluar time office hour.
Pastu menyusahkan aku!
Mana tak susahnye, aku ni banyak deal dengan dia.
Bab admin ke, inventory ke, orang rujuk kat aku.
Padahal tu kerja dia.
Claim petty cash takleh buat kalau takde dia.
Ofis aku pulak banyak kali kena check SSM.
Dia sorang je yang tahu cane nak masuk SSM tu.
Bila dia takde, kerja orang jadi tergendala.
Aku tak nak la amik alih tugas dia.
Aku buat kerja aku je.
Takkan aku nak bagi peluang kat dia dapat gaji buta sedangkan aku susah payah kerja?
Ye tak?

Staff opis aku pernah bagitahu, dia nak tukar dari unit ni sebab tak banyak kerja.
Dan-dan la tak banyak kerja!
Bile ada kerja, tangguh!
Pastu bila orang desak, mula menggelabah. Pastu kencing orang!
Menipu sana-sini.
Hoihhh... muak dah aku dengar penipuan itu!
Kalau dia keluar dari unit ni pun, bagus la!
At least nanti dapat la cari admin lain yang rajin sikit.
Admin perempuan pun okey.

Aku ni penah jugak mengulor.
Tapi takde la melampau-lampau macam dia.
Aku mengulor pun sejam dua je.
Itupun kalau betul-betul ada hal penting.
Kalau tak, baik aku duk opis.
Ada kerja, aku buat kerja.
Kalau takde kerja, aku melangut depan pc layan internet. Lagi best.

Ikutkan hati nak je aku report kat HR.
Tapi malasss...
Malas nak cari gaduh.
Kang nanti dia kata aku ni jaga tepi kain orang.
Tapi kalau tak buat report, makin melampau pulak perangai dia.
Entahlah...
Yang aku tahu, makin hari aku makin menyampah dengan perangai dia yang melampau sangat tuh.

Kadang-kadang aku fikir, berkat ke duit gaji yang dia dapat?
Pastu bagi anak bini makan?
Pastu jadi darah daging...
Pastu salahkan anak sebab anak bengap, salahkan isteri sebab isteri kurang ajar.
Padahal pokok pangkalnya diri sendiri yang salah sebab bagi anak beranak makan dari sumber rezeki yang tak halal.






Monday, June 17, 2013

Dan kerana adikku yang gila perasan dan kisah sekolah

Salam readers...

Aku janji dengan adik aku nak update entri ni malam hari Sabtu.
Tapi malam tu kan ade anugerah blockbuster.
So, aku adalah malas nak ngadap tv sambil update belog.
Nanti kang ntah hape-hape je ayat yang aku update.

So, aku bagitahu dia aku akan update malam semalam.
Tapi yang hadoo jugak..
Aku adalah emosi tekanan semalam sebab gaduh manje ya auww auww dengan FZ.
So, better aku tak update sebab tak pepasal nanti entri best jadi entri meroyan.
Korang jugak yang meroyan nanti baca entri aku yang ntah ape-ape tuh.

Dan hari ni aku adalah busy gegile.
Seriously busy like hell.
Maklum la esok bos aku takdek dan aku tak rasa pun merdeka ke ape sebab selama ni pun bos ada ke takde ke same je.
Yela, bos yang ini sama je lebih kurang perangai dengan bos aku yang pertama dulu.
Cuma yang bos dulu tu tua macam bapak-bapak camtu. Penyayang je.
Yang ni muda terlajak dah macam geng.
Nak kerja pun senang sebab tak segan takut untuk tanya apa-apa.
Yela, kalau jenis bos yang cepat melenting mestilah kita takut nak tanya kann..
Pastu bila kita buat kerja salah, kena marah lagi.
Wowowowo... aku pun ada perasaan jugak tau!
Jadi, jangan marah melenting sangat tau.
Daddy iteww pun tak penah marah-marah iteww tawwww... *lempang sedassss sampai teleng kepala!

Iwan, adik aku yang perasan glamor tu.
Ade ke dia cakap, "disebabkan ade gambar aku la, ramai orang komen blog ko.."


Hok aloh... gile perasan wehh!!
Blueekk sekali!
Pastu dia paksa-paksa aku untuk update blog.
"Aku ada nak bagi gambar sikit.. bagi mu update blog cepat.."


Padahal banyak lagi entri aku yang duk dalam draft tu.
Tak sempat nak update pun lagi.
Ni tambah pulak dengan permintaan dia. Grrrr....

Ade la dalam 22 keping gambar (kot) dia forward kat whatsapp aku.
Mule-mula aku ingatkan gambar perasan dia macam sebelum ni.
Tapi rupa-rupanya bukan.
Dia hantar gambar sekolah-sekolah aku masa kat Dungun dulu.

Ohh...adikku.
Mu ning macam tahu je Kak Ngoh mu rindu zamang kecik-kecik dulu.
Dap doss ase bile tengok gambor sekoloh dulu-dulu.
Teringakk kenangang dulu.
Sob..sobss....

Kita start dengan sekolah aku time aku umur 6 tahun.
Aku start sekolah di Tabika Perpaduan Teluk Lipat.
Masa ni daddy jadi Pengerusi tabika.
Orang lain pakai baju sekolah, aku pakai baju biasa.
Skirt-skirt bagai... anak pengerusi ler katekan..
Eksyen benor..


Aku ingat-ingat lupe masa zaman tadika ni.
Cuma yang aku ingat aku langsung tak menangis masa mula-mula masuk sekolah.
Ade la 2-3orang budak yang melalak siap tendang-tendang pintu masa kelas dah start.
Aku relax jekk...
Maintain cun orang kate... hehehe... *perasan sungguh.


Dengki aku dengan bebudak sekarang tau.
Sekolah cantik kemain.
Kaler-kaler kau!
Dulu sekolah aku buruk jek...
Kayu... Pastu sekolah kaler kuning.
Pintu pagar pun yang dawai jek.


Kemain cantik sekarang sekolah haku.
Ni kalau ada bebudak yang melalak menangis aku tak tahu la nak cakap ape.


Masa zaman aku dulu, takde simen kaler-kaler cenggitu tuh!
Simen biasa je macam court badminton tu je.
Pastu ada la buaian, gelongsong pastu permainan ape ntah pusing-pusing tuh, lupe dah.
Tang gelongsor tu memang tak agak-agak.
Tinggi kemain. Tapi aku langsung tak takut.
Kuak lentang, superman semua skill aku dah try atas gelongsor tu..
Penah jugak la bontot aku jatuh gedebuk atas tanah sebab laju sangat aksi terjunan aku dari gelongsor tu.
Gila ganas kan... tak padan ngen pompuan.
Anak sape la nih!!


Tengok..tengok..
Colorful gile... Siap ada banyak pokok lagi.
Dulu dalam kawasan tabika ni ada 1 pokok bunga raya.
Aku selalu petik pastu letak kat tepi telinga.
Bajet pompuan ayu lerr tuh...
Haih... kecik-kecik dah pandai buat macam-macam.

Ok, habis je setahun belajar kat tabika, aku masuk pulak Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun.
Kat sini pun banyak jugak kenangan aku nih.


Teringat lagu sekolah ni.. :-

Sekolah Bandar Dungun
Terus maju dan membangun
Berilmu, beramal, berbakti
Itu wawasan kami

Taat perintah Tuhan
Disiplin utamakan
Akhlak mulia amalkan
Rajin usaha jayakan

Pada sekolah yang tercinta
Berilmu, beramal, berbakti
Itu wawasan kami

Wahh... terror tak? terror tak??
Dah berbelas tahun aku tinggalkan sekolah ni but still aku ingat lagu sekolah.
Tapi aku tak sure la lagu ni still digunapakai lagi ke tak kat sekolah ni.
Kot-kot dah tukar lagu lagi best kott...


Ni tapak perhimpunan.
Siap ada kotak-kotak lagi.
Kotak tu menandakan kelas.
Masa zaman aku dulu, setiap darjah ada 3 kelas je.
Jaya, Maju, Tekun.
Sekarang tak tahu la sama lagi ke tak.

Dulu aku pengawas.
Dilantik paksarela jadi pengawas.
Geram aku kat Cikgu Anuar.
Pepandai je nominate nama aku untuk jadi pengawas.
Grrr...

Setiap kali perhimpunan, semua pengawas kena beratur kat belakang.
Memang best la kann...
Sebab kalau duk kat belakang, kitorang boleh borak-borak.


Bilik guru.
Dari dulu sampai laaa sekarang... bilik guru tetap di tempat yang sama.
Tak berubah-ubah.
Dulu seboleh-bolehnya aku taknak lalu depan pejabat guru ni sebab tak mau cikgu panggil.
Yela, kekadang cikgu akan mintak tolong kita bawakan buku untuk masuk kelas tau.
Ai is pemalas tahap gaban. Hahaha..
Jangan tiru perangai buruk aku ni eh.


Kelas darjah 1.
Kesian pulak aku tengok...
Ishh... kalau lah aku ada banyak duit, boleh aku derma kat sekolah untuk baiki bangunan..
Dah macam bangunan tinggal dah nengoknyee...


Tapak perhimpunan lagi.
Tak tahu la kenapa Iwan duk amik gambor kat sini jekk...


Kat bawah bangunan tu bilik guru.
Kat bahagian atas tu kelas untuk darjah 3.
Sekarang tak tahu la bahagian atas tu diorang buat apa.


Balai Nilam.
Masa zaman aku dulu, balai ni dikenali dengan Balai Zaaba.
Tak tau la sejak bila diorang tukar nama.
Dari dulu sampai sekarang cenggini la condition balai ni..
Hidup segan, mati tak mau.


Surau.
Dah cantik dan besar dah surau sekarang.
Time aku dulu surau buruk je.
Ada lubang-lubang.
Tempat amik wuduk pun kat luar.
Ni aku nampak cam ada toilet je.
Bagus-bagus... ada peningkatan.


Kawasan lapang tempat parking kereta cikgu.
Kadang-kadang time rehat penuh dengan budak-budak darjah 1 duk main lari-lari kat sini.
Kalau jatuh ni memang nikmat sangat laaa...
Kompem berdarah bibir sebab kat sini tar.


Tempat letak basikal.
Start darjah 4 aku pergi sekolah dengan basikal.
Biasanya aku parking sebelah tiang.
So that kalau ada basikal yang jatuh, basikal aku still landing kat tiang dan paling penting aku rantaikan basikal aku kat tiang.
Memang kompem orang takleh curi basikal aku.



Tempat cikgu berucap.
Dan kat sini jugak la setiap kali perhimpunan aku kena bacakan ikrar.
Dulu aku kerap kena ketumbit tau.
Sebulan ada la 2-3 kali kena.
By the time aku kena bacakan ikrar, mesti tebal muka.
Yela, kena mengadap students lain dengan mata ketumbit kotttt... ingat tak malu ke?
Ketua pengawas pulak haram jadah asik letak nama aku je jadi pembaca ikrar.
Macam dah takde nama lain nak letak.


Time aku dulu takde taman-taman ni.
Dulu kat kawasan ni padang berumput je..
Kat tengah-tengah kawasan ni la kawasan feberet cikgu-cikgu untuk amik gambar dengan murid-murid.



Dari dulu sampai sekarang kerusi ni steady jek kat sini.
But aku rasa kerusi ni dah ditukar-tukar la kot.
Takkan lerr dari berpuluh tahun dulu sampai sekarang kerusi tak tukar-tukar.. ye dak?


Dulu mana ada air pancut bagai...
Sekarang.. amboii... lawanye...
Dengki ai tau!



Yang ni padang sekolah...
Nampak tak anak panah tu?
Kawasan tu kononnye dulu-dulu ada orang kenit.
Cikgu tak bagi students pergi sana kononnye nanti orang kenit serbu..
Bila dah besar-besar ni rasa cam cerita tu merepek je..
Agaknya cikgu saja menakutkan students sebab tak mau student main-main kat situ khuatir ada ular ke ape...
Sebab dulunye kat situ semak..
Macam-macam la cikgu ni..

Aku bersekolah kat situ dari darjaah 1 sampailah darjah 6...

Naik tingkatan 1, aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar.
Kalau tak silap aku, sekolah ni antara sekolah terbesar di Dungun.
Sekolah ni sekolah majmuk.
Ada Melayu, Cina, India.. orang putih pun ada.
Aku sempat belajar kat sekolah ni sampai tingkatan 2 je.
So, tak banyak sangat la memori aku kat sini.
Tak sempat kamceng pun dengan kengkawan.



Iwan sempat amik gambar kat kawasan depan sekolah je.
Katanya tak berani nak masuk dalam sebab ada orang ramai.

Ada 1 benda je kenangan aku kat sini.
Masa akhir form 1, ada sorang student suka kat aku.
Hot gile la mase tu kann.... 
Dia kawan kepada kawan baik aku.
Lupe dah nama apa.

Mase tu pulak rumah aku baru ada line telefon.
Bergayut je la aku selepas habis waktu sekolah.
Tapi berapa bulan lepas tu, aku rasa cam bosan.
Hohoho... gile kejam aku kan..
Bosan je, terus aku tinggalkan dia.
Meroyan jugak la mamat tu.
Tapi nasib baik dia tak apa-apakan aku sebab dia tu jenis ada geng jugak la.
Lagipun masa tu aku bukannye rasa nak sangat pon kat dia.
Just tak nak kalah dengan pompuan lain je.
Yela, orang lain ada kapel, kite pon nak la kapel jugak.

Tapi camtu la...
Senakal-nakal aku pun takde la aku ponteng sekolah ke ape.
Takde pun dating-dating dalam sekolah...
Takde pon abaikan pelajaran.
Sebabnya kalau tak kapel pun, memang aku ni tak belajar.
So, sama je.. hahaha

Ni request dari adik aku yang perasan gile tu.
Dia suruh jugak aku tepek gambar dia kat sini.
Katanya gambar ni buat dia hensem...


Urghhhh!!
Hensem sangat ke?
Poyo gile hokeh! Grrrr........

Ikutkan hati aku nak je aku letak gambar ni... :-


Ha, sekarang ni aku nak tanye korang...
Hensem ke? Hensem ke??
Hahahaha.....