Wednesday, July 31, 2013

Kipas mengipas jangan diamalkan...

Salam readers...

Asal lepas mandi je, aku memang suke duk bertenggek atas katil di bawah kipas.
Berkemban nih.... 
Bagi sejuk sikit badan. Nyaman ohhh.
Acu korang try...
Memang best...
Kalau ada kipas duduk tu, korang halakan kipas tu ke arah korang.
Memang best.... Rasa cam aircond.
Hahaha.... agak-agak ada tak orang yang buat perangai camni jugak?

Kipas memang akan buat kite sejuk...nyaman....
Tapi bukan kipas ni yang aku nak citer sekarang.
Ni kisah kipas-mengipas aka bodek bos.

Korang pernah jumpa tak orang yang kaki kipas ni?
Aku of coz la pernah... kalau tak, takkan la aku citer kan....

Dalam opis aku ni ada sorang yang kaki kipas.
Ya ALLAH, dia punya kipas memang tahap terbaekk laa..
Dah tahap kipas volume 8 kot..
Aku yang secretary ni pun takde la nak bodek bos sangat..
Tak kuasa aihhh...
Bodek-bodek is not my style.

Ada orang yang bodek bos sebab nak senang bekerja.
Ada orang yang bodek bos supaya senang nak naik pangkat.
Ada orang yang bodek bos sebab memang hobi dia bodek bos.....
Sikit-sikit bodek... sikit-sikit kipas....

Hoihhh, naik rimas ohhh mata aku nengoknye.
Bukannya aku dengki tapi aku meluat.
Serius aku menyampah tahap gaban kaki kipas nih.

Ni haaa... kat opis aku nih.
Opis aku start operate pukul 8pagi -1 tengahari, then sambung 1.30petang sampai 4.30petang.
Ni time bagi sepanjang bulan puasa.

Si kaki bodek ni punyalah nak bodek bos, pukul 7.45pagi dah sibuk bertenggek nak masuk dalam bilik bos.
Aku nengoknye pun rase gerammmm jek!
Belum masuk opis hour kott...
Bagi la bos tu bernapass sikit.
Ini tak, dan-dan je nak serbu bos.

Itu waktu pagi...
Time senggang, kadang-kadang bos aku ni suke sembang dengan staffs.
Si kaki bodek ni pantang tengok bos bersembang dengan orang lain... kompem dia sibuk interupt.
Join sekaki bersembang.
Ishhh... come on la!! Meluat..meluat!!

Depan bos ecehhhh buat-buat pandai..
Tahu semua benda. 
Pernah sekali aku sengaja kenakan dia...

Situasinya camni....
Bos aku ada meeting dengan someone dalam bilik dia.
Si kaki bodek ni tetibe menggelupur datang kat aku bawak sekeping kertas yang ada data....
Sambil melangkah ke arah aku, mata si kaki bodek ni sempat mengerling ke dalam bilik bos.
Urrgghhh!

Dia : Diana, u see this column... i think i want to add one more column beside this.
Aku : What column?
Dia : What do u think?
Aku : If u don't know, then y u suggest to add column?
Dia : Then, this data is ok?
Aku : Cukup la ni.... nak tambah apa lagi?

Kalau korang baca conversation antara kitorang, korang faham tak yang dia sengaja nak datang tempat aku so that dia tahu bos meeting dengan siapa.
Ishh... menggelabah okeh.
Biar la bos nak meeting dengan sesape pun.
Pastu kepochi nak tahu kenapa bos meeting...
Hek elehh.. kecohhh aarrr...
Stress aku...

Opismate aku sume dah faham sangat dengan perangai dia.
Kitorang just cakap-cakap belakang je la.
Tapi kitorang sume cam meluat la tengok perangai dia macam tu..
Tak agak-agak nak bodek.

Bukan busuk ati ke ape...
Tapi annoying gile kot..
Dah la suke mengarah-arah mengalahkan bos.
Bos pun tak arah aku buat macam-macam.
Entah laaa...

Korang-korang yang baca entri aku ni, pleaseee laaaa........
Kalau korang ada perangai suke membodek ni, hentikanlah..
Orang lain jadi tak suke kat korang nanti.
Mudarat diri sendiri.
Kalau rasa nak naik pangkat cepat, tunjukkan performance yang tiptop.
InshaALLAH akan cepatlah naik pangkat...
Tapi kalau tak dapat, berbaliklah kepada hukum ALLAH SWT.
Jika DIA tidak berikan sesuatu yang kita mahukan, pasti ada sesuatu yang lebih baik sedang menunggu kita di masa depan.
InshaALLAH.......




Tuesday, July 30, 2013

Pencarian kasut dan kepenatan yang teramat, huh

Salam readers...

Pernah tak korang rasa penat melampau sampai satu tahap korang rasa nak baring je atas katil?
Even nak makan pun kalau boleh nak makan atas katil?

Itu la yang aku rasa sekarang.
Penat-sepenat-penatnya....

Conversation antara aku dan bos pada minggu lepas :-

Bos : Na, esok dah hari Jumaat eh?
Aku : Yela bos... Kenapa?
Bos : Eh, rasa cam sekejap je minggu ni.
Aku : Sekejap?? Saya ni dah rasa hazab nak tunggu weken, bos.

Bos gelak-gelak.

Hoihh... aku memang selalu menghitung hari tunggu weken.
Bukan untuk rehat. Tapi buat kerja-kerja rumah.
Cuci pakaian, kemas bilik, kemas dapur, kemas ruang tamu, mop 1 rumah, amik duster sapu-sapu buang habuk dan debu...
Dah cuci pakaian, sidai pulak.... bila pakaian dah kering, lipat pulak susun elok-elok dalam almari.
Perghhh.... penat.
Itupun kalau takde baby Alya.
Kalau dia ada, lagi la penat.
Sekejap-sekejap nak berak...
Kotor sikit je ajak aku mandi. Adoyaiii...
Lepas mandi, sibuk pilih sendiri nak pakai baju ape..
Taknak pakai dah baju buruk-buruk...
Duk rumah pun sibuk nak pakai gaun.
Ape jadahnye duk rumah pakai gaun kann... Grrrr...!!

Ni dah dekat nak raya ni sibuk pulak nak shopping.
Nasib baik aku dah siap tempah awal-awal baju kurung 5 pasang.
Hehehe... baju raya iolss 5 pasang okeh tahun nih.
Raya setahun sekali je kann...
Ape salahnya  aku melaram sikit...

Last weken, FZ bawak aku pergi Mid Valley untuk beli kasut.
Time tu baby Alya pun ada sekali.
Tahu je la kann bile shopping ada budak kecik.
Tak tenang uollsss....
Mana nak cari kasut, mana nak layan karenah dia.
Dah la hari tu dia nakal gile kes tak cukup tido.
Budak-budak kalau tak cukup tido mesti buat perangai semacam.
Banyak kali kena marah siap melalak-lalak.
Hoihh... menduga kesabaran betul!

Sebesar-sebesar MV, sebanyak-banyak kedai kasut dalam MV tu, satu kasut pun aku tak berkenan.
FZ ada la suggest aku kasut itu ini.
Tapi taste dia tu taste orang tua.
Ader ke patut dia suruh aku pakai sandal pesen orang tua.



Kasut-kasut macam ni baik pergi kat Esarli je.
RM29.90 pun dah boleh dapat dah...
*pic: google.

Kalu boleh aku nak la cari kasut yang tak tinggi sangat dan tak rendah sangat.
Tumit at least 1 inci setengah pun dah ok.
Kalau takde sangat, dapat wedges pun dah cukup dah..

Nak yang rendah camni je...
Tapi sekarang ni dah tak banyak kasut rendah macam ni.
Sekarang banyak kasut tumit tinggi...
Rosak la kaki aku pakai kasut tinggi-tinggi....


Kasut dah lawa dah tapi tinggi melampau pulak...
Nak lawa punya pasal, sanggup pakai kasut setinggi ni..
Jap lagi tulang kaki rosak, baru tahu erti penyesalan...

Pergi ke The Gardens.
Punnnn sameee... tak jumpa kasut yang berkenan.

FZ pulak nak cari baju Polo.
Pun takde design yang menarik.
Yang harga RM229 pun tak menarik jugak.
Tak puas hati, FZ bawak aku pergi ke KL Festival.
Kat sana ada butik Polo dan Parkson.
So boleh tengok kot-kot ada yang menarik kat sana.
Tapiiiii... hampa...
Tak tahu ape ke malang sangat nasib kitorang hari tu.

Ahad, kitorang pergi balik ke MV.
Kali ni without baby Alya.
Senang sikit nak shopping...
Jalan jauh sikit pun tak apa.

Masuk butik Lewre.
Dah 2 tahun berturut-turut aku pakai kasut dari jenama ni.
Memang taste aku la sebab ada bling-bling sikit-sikit plus rendah.
Tapi tahun ni takde pulak yang aku berkenan.
Semua kasut pesen tinggi-tinggi.

Aku ada jugak usha guess...
Korang yang baca blog aku ni tahu la aku ni memang peminat jenama Guess...
Tapi sama jugak macam Lewre..
Banyak kasut tinggi..

Last-last masuk Vincci.
Akhirnya ada jugak kasut yang aku berkenan...
Tapiiiii... takde saiz.
Waaaaaa.....!!!!

Jalan-jalan lagi..... masuk kedai kasut Nose.
Dan akhirnya pencarian berakhir.
Jumpa jugak kasut yang aku suke.
At last!!
FZ tu sampai tarik nafas lega kot...
Dia kata, perempuan ni kalau bab cari kasut memang payah.

Of course la kannn....
Harus la pilih yang elok-elok..
Kalau boleh aku nak pakai kasut tu dari raya tahun ni sampai raya tahun depan. Haha...

Bajet-bajet nak berbuka kat The Manhattan Fish Market.
Tapi frust lagiiii... Fully booked!
Nak nangesssssss..... T__________T

FZ pujuk ajak makan kat kedai yang biasa kitorang pergi.
Yusof Tomyam.
Kitorang makan siakap tiga rasa, tomyam seafood, telur dadar dan udang goreng tepung.
Makan dengan nasi putih.
Memang kenyang habis.
Hilang dah segala frust yang dialami. *sambil sedut hingus dalam hidung.. :)

Balik rumah, bukannya boleh rehat....
Sambung lagi buat kerja rumah.
Lipat pakaian, sapu bilik, gosok baju untuk kerja...
Penat..penat....

Dah tiba waktu rehat, terus aku terbongkang tido tak sedar diri....
Perghhh..... memang rasa macam tak cukup rehat.
Dari semalam sampai ke hari ni, aku masih lagi rasa tak cukup rehat.

Semalam aku datang kerja dengan harapan kerja tak banyak...
Tapi awal-awal pagi je aku dah dapat kerja..
Berlambak-lambak pulak tu.
Siap kena turun naik lif lagi kena amik dan hantar dokumen...
Perghhhh... lemau rasa badan ni tak tahu la nak cakap cemana.
Lembik dah!

Hari ni pun sama.
Still rasa penat. Badan pulak dah start rasa cam nak demam.
Kalau demam sekarang pun aku tak kisah lagi..
Jangan pulak demam time raya nanti.
Kang takde semangat nak beraya kat rumah sedara-mara.

Bajet nak tido je.
Tapi kerja banyak ni....
Mata ni macam mintak kepala lentuk ke meja je...



Eceh... bajet tido ayu macam ni je kann....


Padahal tidonye macam ni....
Opismate nampak buat malu je.. hahaha....

Gitu la kisah aku...
Pencarian kasut yang akhirnya happy ending tapi badan penat-penat sampai sekarang pun tak hilang..
Malam ni nak masak pulak untuk berbuka.
Pastu kuar dating lagi dengan FZ tersayang.
Pastu barulah boleh rehat.
Fuhhh...
Ada sesape yang willing nak tolong aku tak?
Tolong je... tak mau bayar apa-apa.. hehehe...

Friday, July 26, 2013

Kepanasan di Jalan TAR dan kesejukan kebekuan di pagi hari

 Salam readers...

Hoihhhh aku terlalu busy semalam sampai takdan nak update blog.
Satu hari buat kerja opis sampai naik lenguh bahu kiri aku.
Kalau ada yang urut ni memang best gile ahh.

2 hari lepas, aku kuar dengan bebudak rumah aku pergi ke Jalan TAR.
Berempat. Aku, Hana, Qilah dan Aishah.
Bajet-bajet kengkononnye nak shopping baju raya.
Yela, kat sana kan banyak bazar.
Mesti banyak pilihan baju.

Balik kerja, naik LRT terus ke Masjid Jamek.
Pergi time macam tu orang takde la ramai sangat.
Nak shopping time ni memang tenang la.
Tak sesak kan... kalau sesak, nak shopping pun susah.
Nak tengok barang pun tak boleh.

Hana cakap dia nak pergi ke kedai kasut Bata.
Sambil berjalan menuju ke kedai kasut, kitorang survey-survey barang.
Wahhh... memang banyak baju-baju murah.
Banyak baju kurung kain cotton RM50 je.
Kotak tisu ade, jubah, telekung... semua murah-murah.
Sesape yang jenis jimat berbelanja tu memang berbaloi la datang sini.
Dah la boleh tawar harga.
Tapi tetap kena hati-hati jugak.
Kadang-kadang ada peniaga yang ketuk harga kaw-kaw punye.
Lagi 1, pergi tempat macam ni kena extra careful... handbag kena jaga, barang-barang kemas jangan pakai sarat sangat. Bahaya.

Tapi paling seronok bila tengok gelagat penjual.
Macam-macam gaya ada.
Yang terjerit-jerit panggil pelanggan pun ada.
Paling kelakar ada penjual lelaki yang pakai baju kurung siap dengan tudung pastu duduk sopan ayu atas kerusi depan bazar.
Hahaha... bongoksss gile.
Tak leh blah bila tengok dada dia besor kemain...
Kalah pompuan ori. hahaha....

Bila dah menginjak malam lepas berbuka, barulah orang makin ramai.
Sesak jugak la nak membeli time tu.
Kadang-kadang diorang ni berjalan main langgar-langgar je orang lain.
Sakit jugak la bahu aku ni asik kena langgar je.
Geram!
Dah la dah start panas dan berpeluh.
Naik berlengas dah badan aku.


Kat kedai Bata.
Sempat bergambar hokeh. hihi...
Dari kiri : aku, Hana (tudung merah) dan Aishah (tudung hijau).
Comey-comey je semua...

Dah dekat dengan maghrib, kitorang patah balik pergi Masjid Jamek.
Nak solat kat situ.
Shopping tu shopping la jugak kann....






Puas ajak Qilah amik gambar sekali, dia tetap taknak.
Haihh... pemalu bebenor. ;)


Lepas maghrib, orang ramai dah start serbu kat sini...
Meriah hoii...
Lagu raya pulak dipasang sana-sini.
Kecoh suasana.... rasa cam raya dah dekat je....
Tetibe rasa cam tak sabar pulak nak raye.. hehe..


Hana tengah try baju...
Teringin sangat dia nak baju kaler mustard. 


Inilah Qilah.... baju kurung merah dan beg polo merah..
Gambar candid nih.
Kalau ikut dia, memang takkan nye nak amik gambar. hehehe...
Qilah, jangan mareee.. haha

Malam tu kitorang berbuka pukul 11 malam...
Rela tahan lapar semata-mata nak shopping kann...
Tapi lepas solat maghrib tadi kitorang ada la alas perut dengan bubur lambuk dan air.

Aku ni dah lama dah tak kuar ramai-ramai dengan housemate macam ni.
So far, rumah aku sekarang ni harmoni je.
Perangai masing-masing pun gile-gile.
Selalu je gelak, selalu je ada gosip, selalu je ada benda kelakar yang terjadi.
Syukur sangat-sangat. At least aku dapat housemate yang best.

Ok, cerita lain.....
Sejak-sejak bulan puasa ni aku rasa kemain sejuk lagi opis.
Rasa cam dah sampai tahap beku.
Sekarang ni masuk opis je terus berselubung dengan shawl pastu peluk bantal kecik.
Uihh... rasa hangat je.

Start pukul 9 pagi je, mesti mata aku jadi layu...
Minta diri nak tido sekejap.
Tapi nak buat cemana kann.... dah namanya kije.
Mana boleh tido.
So kena la tahan mata tu walaupun hazabunnn...


Gambar 2 hari lepas...
Mata layu gile...
Senyum pun ikhlas tak ikhlas je...
Lentuk sikit je kepala atas meja, kompem lena terus.


Ni gambar pagi tadi...
Senyum lebar sebab time ni tak ngantuk lagi...
Tapi dah start dahh peluk bantal.

Alhamdulillah lepas sejak hari keenam Ramadhan, aku tak pernah tinggal puasa.
Berkat kesungguhan.... ALLAH S.W.T beri kesihatan yang baik (terutama bahagian perut) untuk aku berpuasa.
Kan kalau hari biasa aku selalu sakit perut pagi-pagi.
Sejak puasa ni jarang la sakit.
Kalau sakit pun sakit biasa je...
SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Tuesday, July 23, 2013

Gaduh manja ke?

Salam readers...

Dalam perhubungan suami/isteri, pasangan kekasih, atau persahabatan, mesti ada pasang surut.
Mesti ada waktu yang happy, waktu sedih, waktu bergaduh, waktu merajuk...
Standard la kan...
Takkan la bahagia je selalu, ye dak?

Korang tengok dalam blog aku ni macam-macam yang aku citer tentang hubungan aku dengan FZ.
Suke, duke, kecurangan, kebahagiaan.... semuanya laa...
Sebab aku jadikan blog aku ni as a diary... yang menyimpan semua cerita harian aku.
Mungkin time aku tua-tua nanti anak cucu aku baca blog ni dan tahu macam mana kehidupan mak/nenek diorang.
Kompem anak cucu aku nanti kutuk aku kaw-kaw punye. heheh...

Aku selalu bergaduh dengan FZ.
Dalam seminggu, mesti 2-3 hari gaduh.
Ishh... kitorang kalau gaduh takdenya nak gaduh manja.
Gaduh kasar ader la...
Dah takdenye terkeluar sayang abang segala...
Asal gaduh je, cakap ko aku...
Gile, bangang, bodoh semua keluar. Lantak la kann...
Ko geram, aku pun lagi la geram...
Giteww...

Memang dasat gile ah kalau kitorang gaduh.
Kalau korang tengok pun, memang gerun punye.
Kalau dalam phone tu, tengking-tengking adalah normal.
Ye, normal.
Kalau agak-agak dengar aku tinggi suara tu, mesti ada benda yang tak kena.
Kadang-kadang kalau marah sangat, aku buat bodoh.
Senyap je... biar FZ membebel sensorang.
Dalam hati, "ader aku kesah...??"
Ha, gitu laa kalau aku dengan FZ gaduh.

Cam 3 hari lepas kitorang gaduh.
Aku amik langkah untuk off kan hp 1 hari.
Padan muke!
Dia sms, aku tak balas. Dia call, aku tak jawab.
Biar dia rasa.
Tu je cara halus untuk tunjuk yang aku marah.
Kadang-kadang aku malas nak bunyi suara dah.
Diam tu cara terbaik.
Lama-lama mesti ok punye.

So far, walaupun kitorang gaduh teruk macam tu, tak pernah FZ naikkan tangan dia kat aku.
Means pukul-pukul, tendang, sepak...
TAK PERNAH!
Semarah mana pun dia, dia tak pernah acah nak pukul aku.
Once dia naik tangan kat aku, mungkin aku takkan maafkan dia sampai bila-bila.
Mungkin aku akan bencikan dia sampai aku mati.
Tengok muka dia pun aku taknak.

Bagi aku lelaki yang suka naikkan tangan kat perempuan adalah lelaki dayus.
Kau dah tahu perempuan tu tak kuat, kau boleh la nak pukul-pukul sesuka hati!
Kalau perempuan cuba melawan pun, tak setanding dengan kudrat lelaki yang kau ada!

Aku sebenarnya bencikan lelaki yang suka pukul perempuan.
Bagi aku, lelaki macam ni tak layak dijadikan suami, ayah atau abang kepada sesiapa.
Seorang lelaki yang normal akan dapat mengawal emosinya dengan baik.
Lelaki yang waras memang takkan sekali-kali menyakiti perempuan sebab dia tahu perempuan adalah makhluk ALLAH yang lembut dan perlu dibelai; bukannya disakiti secara kasar atau halus.

Tangan lelaki kan kasar.
Kalau dia tepuk pipi kita pun, dah macam kena pelempang dah.
Ini kan pulak kalau dia memang betul-betul lempang kita.
Sakit ohhh... Tak terbayang aku.
Kejam gile ahh kalau lelaki pukul perempuan nih!

Kadang-kadang baca dalam paper, ade je kes girlfriend kena pukul dengan boyfriend, isteri kena pukul dengan suami.
Kata sayang,,, kata cinta.... tapi kenapa kena pukul-pukul?
Pukul-pukul tanda sayang ke??

Paling takleh blah, bila dah puas hati pukul, datang mintak maaf. Merayu-rayu agar dimaafkan.
My goshh... ko ingat perempuan ni macam punching bag ke?
Time kau marah, kau boleh pukul-pukul sesuka hati??
Lepas tu kau buat kenyataan, "maafkan abang. memang abang macam ni kalau abang marah..."
Perghhh... baik punye ayat.
Meh sini aku lempang kau patploh kali... tengok kau rasa sakit ke tak..

Please la lelaki....
Jangan sesuka hati nak pukul-pukul perempuan.
Perempuan pun manusia jugak.
Korang tepuk sikit pun dah boleh buat lebam, inikan pulak pukul kuat-kuat.
Faham la... perempuan kan insan lemah..
Kudrat tak sekuat lelaki.
So, lelaki jangan la nak tunjuk hebat sangat dengan kekuatan yang ada.
Jap lagi kau sakit ke ape, siapa yang nak jaga makan minum kau?
Perempuan jugakk...


Monday, July 22, 2013

Sebab tak cukup tidur dan menu berbuka yang ala-kadar

Salam readers...

Hello..hello...helloo..........
Diana in da house!

Ewahhh ceria semacam eh aku hari ni...
Maklum la hari ni hari bergumbira..
Biasenya korang asik baca rintihan keluh kesah aku je...
Dah naik bosan kan...
So, ayuh kite berhappy-happy'an hari ni!

Semalam adalah hari yang paling penat pernah aku alami sepanjang bulan puasa ni.
Tak cukup rehat dowh!
Lapar...dahaga... semua ada.
Sampai tahap menggigil.

Malam hari Sabtu, aku tido lewat.
Ni kes Qilah ajak aku layan movie 'Untuk 3 hari' kat astro.
Sampai kul 2 pagi pulak tu.
Bengkak mata aku.

Pukul 5 pagi, bangun sahur.
Serius liat nak bangun.
Rasa cam baru je lelapkan mata...
Dah habis sahur semua, sambung tido.

Pukul 8 pagi, aku bangun.
Terus siap-siap sebab dah janji dengan Kak Long nak temankan Alia buat rebonding kat blok depan rumah aku.
Naik berat dah kepala aku sebab tak cukup tido.

Pukul 9 lebih, Kak Long sampai kat vista.
Then aku terus bawak diorang ke rumah Cilla.
Cilla ni hair stylish aku.
Kalau aku nak buat rebonding ke atau potong rambut, mesti aku pergi kat saloon dia.
Dia ni ada jugak buat part time berlakon tau.
Jadi supporter je la dalam drama teduhan kasih, pastu eh.. lupe la sebab banyak sangat.
Dan yang terbaru, kalau tak silap aku dia berlakon dalam drama 'Jodoh itu milik kita' kat astro.

Oleh sebab aku bawak Alia datang ke saloon dia, aku dapat free hair treatment.
Best buat rambut kat tempat Cilla ni sebab selesa.
Dia pulak jenis peramah.
Ade je cerita yang dia nak kongsikan.
Yang paling penting, harga murah.

Kalau rambut panjang paras pinggang cam aku ni, RM150 je sekali rebonding.
Berkualiti pulak tu.
Rebonding dia tahan sampai 2 tahun.
Aku pernah buat rebonding kat K. Trg.
Dia ketuk harga sampai RM270.... Tak sampai setahun, rambut aku dah tak elok semule dah.
Cit!


Ber'hair treatment.
Lega rasa kepala selepas diurut Cilla. :)


Alia...

Kak Long tinggalkan dia dengan aku sementara dia pulak pergi shopping kat Jalan Tar.
Tapi aku tak kisah pon.
Kak Long sendiri cakap lepas ni kalau nak buat rebonding, dia akan datang buat kat Cilla.


Time ni aku dah selesai buat hair treatment.
Rasa ringan je kepala.

Tengok mata aku.
Lesu gile kan... dah la nampak bengkak.
Memang aku tak cukup tido.

6 jam buat rebonding. Lepas kul 3 petang, barulah aku balik rumah.
Itupun cepat-cepat aku terjah dapur sebab nak sediakan makanan untuk berbuka.
Plus Alia takleh puasa.
So, sebelum Kak Long datang amik dia, at least aku nak la dia makan dulu.
Tapi tak sempat pon.....
Kak Long datang pick up dia awal.

Aku terpaksa terjah dapur awal sebab nak kena siang ketam dan sotong.
Yela, FZ mengada-ngada teringin sangat nak makan masak lemak ketam cili api.
Pastu aku buat sambal sotong untuk 2nd dish.


Kuah masak lemak cair sikit.
Tapi mujur rasanya sedap...
Bertambah jugak FZ makan. Alhamdulillah....


Sambal sotong.
Aku guna cili kering je.
Sedap jugak.... tapi tak laku sebab masak lemak tu lagi best. heheh...
So, aku simpan buat makan untuk berbuka petang ni pulak.

Sebelum waktu berbuka tu, FZ bawak aku pergi ke Bazar Ramadhan Pantai Dalam.
Fuhhh.... ramai gile orang sampai kena parking jauh-jauh.
Dah la badan aku penat tahap gaban... pastu kena jalan jauh-jauh pulak.
Perghhh... menguji keimanan sungguh.
Mujur aku tak pengsan kat situ jugak.

Banyak jugak yang kitorang beli. Kuih muih semua.
Siap beli pajeri nenas pulak tu.
Tapi tu la.. nama pun peniaga.
Dia jual pajeri yang dah basi.
Siot tul la!

Then FZ belikan potato spring.
1st time aku makan.
Memang sedap gile. Rasa cam nak lagi je... heheh...

*gambar : google.

Kuih muih FZ yang makan.
Sebab aku kan bukan penggemar kuih muih.

Dah berbuka, barulah badan segar sikit.
Itupun lepas aku minum air banyak.
Nikmatnye Tuhan je yang tahu. :)

Dah selesai makan, duduk relax-relax.
Dalam pukul 9 lebih, FZ bawak aku jenjalan pulak kat bandar KL.
Lalu kat Jalan Tar, perghhh... meriah siot..
Rasa seronok pulak.
Memang terasa suasana nak berhari raya.
Plan Sabtu ni kot kitorang nak pergi Jalan Tar, jenguk-jenguk apa yang ada kat sana. :)

Kul 10 malam, dia hantar aku balik rumah.
Time ni memang rasa badan flat gile.
Nampak cam katil dan bantal duk memanggil-manggil.
Yela, 1 hari kot tak rehat.
Cepat-cepat aku mandi dan tukar pakaian.
Then, terus tido.
Pagi ni aku tak sahur pun but mujur perut aku tahan lagi sekarang.
Harap-harap tak kena gastrik. 

Petang ni ingat nak masak lagi untuk berbuka.
Tapi tak tahu la nak masak ape..
Sambal sotong semalam dah ada.
Cuma nak tambah lauk je la kot...
Tapi entah la....
Pening jugak nak pikir makan ape untuk berbuka nih. huhu...
Korang masak apa petang ni?






Friday, July 19, 2013

Wanita, sila take note... :)

Salam readers...

Tak lama lagi kan dah nak raya..
Pagi hari raya tu, kepada girlfriend, tunang, isteri atau apa-apa je status perempuan yang ada pasangan, silalah peratikan cara-cara boifren, tunang dan suami anda pakai sampin.


Kot la nanti yang girlfriend TERkapel dengan laki orang pulak ke.... 
Atau si suami nak tambah isteri. Aserap muselingg (Ashraf Muslim) sangat kannn...
Hehehehe....


*Senyum petang* :)

Thursday, July 18, 2013

Tak agak-agak kalau nak promote pun...

Salam readers...

Aku tak tahu ni entri lawak ke mengata....
Tadi aku bukak FB, ternampak iklan ini :-


Amboihhh....
Nampak benor nipunye!
Serius aku gelak sakan.
Rasa nak tergolek pun ada.

Kelakar gile.
Dalam masa 3 hari dah jadi putih melepak.
Kalau gitu semua padayappa yang bercita-cita nak jadi putih macam snow white berkejar la beli stem cell ni.
Then, takde la orang kulit itam kat dalam dunia ni.

Kesian Will Smith.
Tak pepasal jadi mangsa iklan bangang camni.
Kahkahkah!!

Tak tahan bila klik share, boleh tuntut diskaun 30% dan 12 freegift.
12!!!
Bukan 1... bukan 2.... tapi 12!!
Umang aiiiii.... free gift ape yang dia bagi nih?
Hahahaa....

Adoyaii... 
Melampau gile iklan ni.
Ko bayangkan Rajni Khan pakai benda alah ni...
Dalam masa 3 hari, terus jadi putih melepak..
Aku rasa ramai kot minah-minah India yang berlari berkenankan dia.
Hahahaha...

Hoih.... makruh la gelak over time puasa nih!
Tapiiiii.... tetap nak gelak jugakkk... hahahahaha

Wednesday, July 17, 2013

Juadah berbuka puasa

 Salam readers...
Salam Ramadhan!

Sekejap je dah masuk hari ke-8 kita berpuasa.
Aku pulak baru hari kedua berpuasa sebab terkantoi puasa hari pertama tuh.
Jenuh la nak ganti puasa nanti... huhu...

Aku selalu blogwalking...
Amboi korang korang...... seronok ye update pasal menu memasing.
Bermacam-macam menu ada.
Ada yang masak sendiri.... ada yang beli kat bazar.
Semua nampak sedap.

First day puasa, aku beli kat bazar je.
Nak masak, tak tahu pulak nak masak apa.
Jalan kat bazar sensorang, nampak gerai jual nasi minyak.
So, beli.
Tak sedap sangat pon. Tapi telan je la kan.
Ate perut lapar.

Semalam terasa malas pulak nak pergi bazar.
Berhimpit dengan ramai orang kann... very the tak suka!
Balik rumah terus terjah dapur.
Kuarkan udang, ikan kering, ayamas spicy dengan telur.
Hmmm.... tetibe dapat idea nak buat sambal udang.
So, masak.

Housemate aku, Qilah tetibe balik kerja terus tolong aku kat dapur.
Co-chef katenya. Haha...
Dia suggest tambah kentang dalam sambal tu.
Aku ok je... Tak kisah mana-mana pun.
Pastu goreng ikan kering, buat telur dadar, goreng ayamas spicy.
Qilah pulak tolong buatkan sirap bandung.
Sedap okehhh sirap bandung yang dia buat!
Perghhhh.. tetibe rasa haus pulak. huhu...

Dan siap!


Menu berbuka aku semalam. Makan dengan nasik panas-panas.
Nikmatnye!

Ada yang tanya dalam FB, ni menu untuk makan sensorang ke?
Tak ada la...
Aku masak banyak untuk semua orang merasa.
Cukup la makan macam ni untuk berbuka.
Ni pun dah buat aku kenyang gila dah.
Aku taknak la membazir beli makanan banyak-banyak tapi last-last tak habis.
Tak ke tambah dosa tu? Betul tak?

Time sahur tadi pun aku makan menu yang sama.
Aku just panaskan sambal dengan nasik je.

Cerita lain, mengenai ex-housemate yang aku pernah halau dulu.
Korang ingat lagi tak? Alaa... housemate aku yang ada anak 2 orang tu....
Yang aku halau sebab anak-anak dia nakal sangat tuuu.....

Semalam aku sembang-sembang dengan opismate aku.
Tetibe opismate aku kata dia nak try search rumah sewa baru.
So, aku suggest untuk dia duk je kat area rumah aku tu.
Sebab area tu selamat sikit sebab orang ramai.
Rumah yang dia duduk sekarang ni macam kurang selesa sikit laa...

Then, aku suggest dia search dalam mudah.my.
Banyak gile bilik kosong dan rumah sewa kosong yang diiklankan kat dalam tu.
Then aku bagi lagi dia option lain...
Aku suruh dia search dalam ibilik.com.
Aku bukak la laman web ibilik tu depan opismate aku nih.

Aku skrol ke bawah sebab nak tunjuk banyak bilik kosong yang diiklankan.
Murah-murah pulak tu sewa bulanan.
Time aku skrol tu, ternampak 1 iklan bertajuk "Beware!! Aini, hawa, zara n aishah di vista angkasa"

Aku tengok je iklan tu, aku teringat kat ex-housemate yang aku halau tuh.
Terus aku klik sebab nak baca detail.


Siap letak nombor phone tuu....
Then, aku cepat-cepat check handset sebab nak tengok nombor phone tu sama tak dengan nombor phone Ain (ex-housemate).
Sekaliiii sama laaaa.....!!!

Memang selepas dia dihalau keluar, dia berpindah ke blok 5 which is sebelah blok aku je.
Yang aku tahu rumah yang dia duduk tu rumah kosong.
Masa dia pindah tu, dia dah dapat seorang new housemate yang akan stay dengan dia nanti.
Aku syak new housemate dia yang iklankan amaran kat atas ni.

Ya ALLAH..... kire betullah tindakan aku menghalau dia keluar dari rumah yang aku duduk sekarang.
Memang awal-awal dulu dia dah buat masalah dengan aku dan Kak Siti sebab taknak bayar duit deposit rumah.
Katanya tak tahu nak cekau duit kat mana...
Padahal budak-budak sebilik dia dah bagi duit RM1300 dah kat dia...
Eh, takpe.. citer lama. Citer ulang-ulang pun tak guna, kan?
Tapi tu la.. tak sangka ada orang siap publish macam ni dalam internet.
Marah benor orang ni kat Ain tuh.

Tu la... hidup ni jangan buat jahat kat orang.
Nanti orang benci.
Manusia ni nampak je baik,... senyap....lembut... tapi rupa-rupanya kalau dah mengamuk, macam-macam cara yang dia buat.
Nauzubillah...!



Tuesday, July 16, 2013

Perlu ke maafkan dua ekor ba alif ba ya ni?

Salam readers...

Maaf. Tajuk agak keras disitu.
Kurus pahala puasa aku.



Shud we forgive this two "piggy bitch"?
Dari blog seks sehingga ke isu memperlekehkan agama Islam.
Wat the hell are they doing?
Attention seeker? Limelight??

Tengok muka pun macam mintak penyepak.

Ya, kadang-kadang umat Islam kita pun ada yang berperangai tak betul.
But still kite tak pernah mempermainkan agama lain.
We respect other religion but why others always make jokes with Islam?
Apa yang diorang sakit hati sangat dengan Islam ni?

Bagi aku, this two piggy bitch tak sepatutnya dimaafkan.
Tapi tu la... orang Melayu kita kann...
Bila manusia bangang ni buat hal, masih ada orang Melayu Islam yang baik hati nak maafkan mereka.
Banyak komen-komen orang kita dalam FB yang seolah-olah membela piggy bitch ni.
I was like ..........???? Pfttttt!!!
Aku try cari balik komen-komen tu kat dalam FB group page tapi tak jumpa pulak.
Maklum la ada banyak group page dalam FB aku ni.
Ingatkan nak print screen dan tayang nama-nama yang membela mangkuk hayun 2 ekor ni.

Orang memperlekehkan agama kita, then kita nak maafkan?
Let say, ada orang pijak kepala kau dengan sengaja, kau melenting tak?
Agaknya sampai bila-bila pun kau benci orang yang pijak kepala kau tu.
Same case dengan budak 2 ekor ni.
Ibarat diorang dah pijak agama kite.
 They make jokes about our religion, guys!!! Itupun korang nak maafkan ke??
Pelik....

Bila dah kena panggil dengan SKMM, baru sibuk nak buat video mohon maaf.
Tiada maaf bagimu la...
Bodoh sangat bagi sesape yang maafkan diorang.
Jap lagi lepas semua dah reda, dia buat perangai balik.
This kind of joke akan berlarutan.
Yela, main-mainkan tentang agama, then tak ada tindakan yang diambil.
Lepas macam tu je.
Sepatutnya paling-paling bagi sebat je 1 kali sorang.
Biar kesan sebat tu kekal sampai mampos esok-esok.
Emo betul aku!


Ni padahnya bila mengutuk agama orang lain.
Diculik oleh beberapa orang lelaki yang menaiki kereta Alphard.
Dibelasah, dibogelkan dan diconteng "SAYA HINA AGAMA ISLAM" di badan.

Tak pepasal kan...
Jangan diusik sarang tebuan. Nanti buruk padahnya.
Berani buat, berani tanggung!

Tapi at the same time, kerajaan please amik tindakan.
I vote for government tapi government sekarang lembik nak mampsss!!
Dah naik meluat pulak aku dengan kerajaan sekarang.
Takut sangat dengan ba alif ba ya nih!




*Pics from google images.
*Entri was updated time sahur pagi tadi but auto publish at 11.30am.

Karok di E-box

Salam readers...

Entri adalah kesinambungan dari entri INI.
Gila lambat update.

Lepas pergi wedding, dah kenyang semua, terus FZ bawak aku pergi ke Endah Parade.
Ingat nak karok kat situ.
Time tu lupa ada perlawanan bola Kelantan vs Johor kat Bukit Jalil.
Jalan jem gile masa otw ke Endah Parade tu.
Tapi kitorang redah jugak.

Masa sampai dalam Endah Parade tu, ramai kemain penyokong-penyokong bola dari kedua-dua negeri.
Masing-masing jalan poyo jek....
Aku tengok macam, "hek eleh......"
Setakat badan kurus cekeding, ada hati nak jalan tangan berkepak.
Serius menyampah.

Terus naik tangga ke tingkat 5.
Endah Parade ni pun satu.
Tangga naik tak gerak.
Tangga turun je yang elok. Ntah apa-apa ntah.

Tapi aku memang suka karok kat E-box ni.
Dah la murah, selesa... sound best, lagu-lagu pun banyak yang up to date.
Kalau weekend, aku pergi dengan FZ just RM30.20 untuk 3 jam sekali dengan 1 menu makanan dan 1 jenis minuman untuk setiap orang.
Kire ok la tu kann...
Kata nak karok... bukannya nak makan pon.
Staff kat sini pun ramah je.


Makin lama makin berisi pulak aku tengok dia nih.
Kata nak start exercise kat gym, sampai ke sudah tak pergi-pergi.


Kalau aku ni memang dah sah-sah dah gemuk...
Nak tak nak. dia kena terima jugak. hehe...


Inilah staff peramah itu...
Nama May ke ape ntah. Lupe dah...
Kalau datang sini mesti aku mintak bilik yang best-best dan jauh dari orang.
Bukan ape, kekadang bising dengar orang bilik sebelah karok.
Selang 1 bilik pun jadik laa...
Macam hari tu, ntah sape ntah yang nyanyi terjerit-jerit sampai dengar kat luar.
Aku dan FZ gelak-gelak je sebab suara orang tu ....... erkkk... pitam!

Monday, July 15, 2013

Iftar

Salam readers...

Orang lain punye laa duk tayang gambar menu berbuka puasa.
Kemain kann korang ni...
Buat aku terliur je nak makan memacam.

Aku sebenarnya takde mood nak beriya tayang menu berbuka ni sebab aku bukannya puasa pon.
Tapi InshaALLAH esok aku akan start berpuasa.
Time tu korang hadap la menu berbuka aku. Hahaha...

Tapi hari ni aku nak kongsi la menu berbuka aku hari Sabtu lepas.
Nasib baik sempat snap gambar sebelum Baby Alya datang menyibuk.
Owh, 2 hari weken aku kena jaga baby Alya.
So far jaga dia memang senang sangat-sangat.
Ikut kata... rajin pulak tu.
Rajin menyepahkan barang... pastu bila pitching aku naik, barulah sibuk dia kemas balik. Hahah...
Dia la peneman aku time aku masak.
Dia la yang rajiiiinnnnn sangat tolong aku menyapu kat balkoni rumah.
Sibuk jekk rampas penyapu dari aku. Grrr....


Menu berbuka pada hari Sabtu.
Sambal udang homemade dari air tangan FZ.
Sambal sardin dari air tangan aku..
Telur dadar dari FZ.
Nasi pun FZ yang masakkan.
Ada 1 lagi menu... ayam panggang black pepper.
Beli kat Tesco Ampang.
Tapi mase nak berbuka tu ayam masih dalam oven, aku panaskan balik.

Tu je la menu hari tu.
Simple tapi sedap.
Sambal udang yang FZ masak tu pun sedap.
Aku simpan buat lunch untuk hari Ahad. Heheh...

Sebenarnya kalau memasak sendiri, barulah puas makan.
Sedap ke tak sedap ke lain citer.
Tapi acu beli kat bazar... dah la mahal. 
Kebanyakkan makanan tak sedap pulak tu.

Teringat masa berbuka hari Jumaat...
FZ belanja banyak gile kat bazar Pantai Dalam.
Ikan pari bakar, nasi + pajeri nenas + telur masak kicap + kuih muih 3-4 jenis...
Lebih RM30 gak la habis mase tu.
Tapi bila makan..???? Telan sajorkk la...
Kesian FZ.. Dah la puasa.

Kadang-kadang peniaga sekarang ni pentingkan keuntungan je.
Makanan tak sedap sangat pon.
Berkat ke berniaga macam tu? Hmmm....