Friday, August 30, 2013

Dia

Salam readers...

Ecehhh... tajuk dah macam lagu pojiah latipp dah...
Mihmihmih...
Aku ada hutang 1 entry kat FZ.
Aku pernah cakap kat dia yang aku nak buat entry pasal dia.
Kutuk ke, puji ke..romantik ke... tak kisah.
Yang penting ada entri.
Hutang wajib dilangsaikan.. kannnn....

-------------------------------------------------------------------------

Dia...

Kami berkenalan pada 4 Mei 2010.
Hari Selasa, sekitar pukul 5.50petang....
Aku ingat sebab mase tu aku baru je balik dari opis.
Sehari sebelum tu, dia ada call aku tapi tak dilayan sangat.
Katanya dia berkenan kat aku sejak dia nampak aku kat gerai burger kawan dia.
Sebelum ni pun aku pernah nampak dia melepak kat gerai burger tu.
Tapi aku meluat tengok dia.
Sebab dia suka sangat pakai singlet oren... Bajet badan tough macam Malik Noor.
Padahal cekeding macam Opie Zami.
Hehehe...

Dia...

Dia datang waktu aku kesunyian, kesedihan.
Kenapa sedih?
Takyah la eh aku cerita lagi kisah lama yang hampir luput dalam ingatan aku.
Dia datang buat aku bahagia hingga dapat melupakan kenangan pahit yang berlaku dalam hidup.
Dia datang berikan aku senyuman hingga air mata kesedihan tak lagi mengalir.
Yela, mula-mula kenal semuanya indah je kann...
Adat kapel la tewww...

Dia...

Si cemburu buta.
Dah beberapa bulan kapel barulah aku tahu dia nih kuat cemburu yang amat!
Perghhh...... sabo je lerrr...
Lelaki lain pandang-pandang aku (ia kan hottt stufffff...pfttt...), dia kompem tanya, "sayang kenal ke jantan tu?"
Aku lambat balas sms dia masa kat opis, dia boleh tanya, "tengah gentel bos ke?"
Aku tak jawab call mase kat opis, dia pasti akan kata, "buat kerja ke dating dengan jantan?"
Aku keluar dengan housemate, dia tanya, "ni kuar dengan pompuan ke jantan?"

Ok fine.......
Terpaksa sabar dan melayan cemburu dia.
Ikut hati nak je aku baling hp ni.. tapi sayang lerrr kannn..
Nanti takde sape nak belikan hp baru.

Tapi itulah diaaa...
Rimas-rimas pun, sayang juge.. ngeeeeee....

Dia....

Oh, sangat suke mengongkong aku.
Aku kan kerja kat level 51.
Bile aku nak turun pergi lobby ground floor, kena sms dia.
Kalau tak, nanti boleh gaduh.
Nak kemana-mana, mesti kena bagitahu.
Kongkong la tu kannn...
Tapi bile aku kongkong dia, dia cakap, "jangan nak mengongkong sangat la..."
Bengang tak?? Bengang tak??
Grrrr..... ade jugak yang jadi hulk nanti nih.

Dia...

Yang suka mengawal, memerhati dan membangkang cara pemakaian aku.
Say GOOD BYE pada keseksian.
Tapi tensi makk okeh.
Aku bukannya seksi sangat pon!
Tapi dia je yang lebih-lebih.
Standard la pakai baby T dengan jeans.
Tapi dia cakap tak boleh sebab baby T tu pendek.
Aku wajib pakai baju labuh tutup buntuit.
Dia kata jangan nak tayang bontot sangat. Tahu la bontot tu besauu...
Hoihh....kuangjor!

Aku pakai baju ketat sikit pun nak bising seantero dunia.
Pernah aku cakap, "komplen..komplen! Tolong la beli baju orang 2-3 helai!!"
Pastu dia boleh jawab, "Kalau abang beli, bukannya ayang nak pakai pon.."
Ha, memang la... sebab dia taste kampung.
Tak confident la nak pakai baju yang tak cantik.
Tapi dia bukannya paham pun.
Yang dia tahu asik komplen...komplen...komplen... blablablablabla...

Kerana dia...

Dah bertahun aku tak jejak kaki masuk Teppanyaki atau restoran Jepun lain.
Kalau pergi pun, dengan  kengkawan je.
Kalau keluar dengan dia, memang TAKKAN jejak kaki.
Sebab dia bukan tekak universal.
Dia tekak Melayu. Bagi je dia makan apa saja masakan Melayu, mesti dia akan telan.
Kadang-kadang je tekak omputih.
Berbeza sangat dengan aku.
Aku ni semua boleh makan kecuali apa-apa yang ada kaitan dengan buah-buahan.
Aku bukan pemakan buah.

Kerana dia....

Warna bilik aku kaler BIRU, kaler kesukaan dia.
Warna kesukaan aku adalah PINK.. gegirl la sikit kann...
Tapi oleh sebab mintak tolong dia untuk cat bilik, kena ikut warna kegemaran dia.
Padahal aku kot yang hari-hari akan masuk dalam bilik tu.... pffftttt....

Dia...

Sangat tak pandai control emosi.
Pendek kata, tak penyabar.
Orang kata, sabar itu separuh dari iman.
Ni mesti kes tak beriman sangat nih... sebab tu jadi tak penyabar.
Aku lambat 5 minit pun, boleh jadi isu besar.
Padahal 5 minit je pun.
Bukannya 50minit.
Masa mula-mula kapel tu, rasa jugak tak tahan dengan perangai dia.
Tapi bila dah lama-lama, jadi terbiasa pulak.
Panas hati tu ada la jugak kekadang. Tapi aku ni malas nak cari gaduh.
Dalam bercinta ni kenalah ada tolak ansur... khennnn!

Dia...

Tak ramai kawan.
Kawan-kawan dia hanya di kalangan opismate je.
Kat KL ni berapa kerat je kawan dia...
Sama je macam aku. Tak ramai kawan.
Sebab tu kitorang spend time sama-sama je.

Dia...

Yang selalu fikir dia je yang betul, aku ni semuanya salah.
Kadang-kadang benda macam ni buat aku rimas.
Fikiran dia asik fikir yang bukan-bukan.
Sebab tu dia terdorong untuk mengongkong aku.

Tapi dia...

Dah banyak berkorban untuk aku.
Ajak la kemana saja, jarang dia tak tunaikan.
Mintak la nak makan apa, nanti dia akan bawakan.
Kalau lelaki lain, liat jugak nak bawakkan makanan untuk gf.
Tapi dia, setiap hari sabtu pagi mesti aku kena bangun awal sebab tunggu dia hantar nasi lemak telur mata kat depan pintu rumah! :)

Dia...

Sangat mudah untuk ungkapkan kata maaf.
Kalau orang lain, salah macam mana pun susah sangat nak mintak maaf.
Silap haribulan, tak mengaku salah pon.

Dia...

Yang selalu akan check purse aku.
Tengok sama ada aku ada duit ke tak...
Kalau dia tengok aku takde duit, dia akan bagi duit walaupun dia sendiri terdesak.
Dia akan pastikan aku cukup makan...
Katekan laa aku ada plan taknak makan malam, dia akan paksa jugak aku makan.
Ha, so cane aku nak diet neh?
Kalu nak makan megi untuk dinner pun, boleh buat gaduh tau.
Takut sangat aku lapar dan kena gastrik.

Dia...

Tak pernah segan dan tak pernah malu untuk tunjukkan kasih sayang dia.
Tangannya tak lepas genggam tangan aku bila melintas jalan dan berjalan-jalan di mana-mana.
Kadang-kadang dia tolong galaskan handbag aku.
Barang-barang belian berat, dia yang akan bawa.
Sebagai contoh :-
Aku selalu beli 1 dozen @ sekotak air mineral besar untuk minum di rumah sebab aku memang tak masak air kat rumah.
Yela, air kat KL ni bukannya bersih sangat.
Beli sekotak baru RM6 untuk 12 botol.
Seberat-berat botol-botol air tu dia angkat sehabis kudrat dia bawak naik sampai ke dapur rumah aku.
Kalau lelaki lain, mungkin ada yang tak sanggup.
Tapi dia buat hanya kerana aku.

Dan dia...

Walaupun merimaskan, aku tetap sayangkan dia.
Kerana dia, aku sudah berhenti memandang ke arah lelaki lain.
Kerana dia adalah satu-satunya lelaki yang aku cintai selepas daddy. ;)

Kerana dia......

Adalah FZ aku satu-satunya.


Cinta hati aku.


Selagi ada gambar, selagi itu laaa akan ada entri raya!!! Weehooo!!

Salam readers...

Entri raya belum habis lagi......... kihkihkih...
Ikutkan raya tahun ni best sangat walaupun sekejap je feel raya kat kampung.
Tapi takpe...
Balik KL, unit-unit opis aku berlambak je jemput pergi majlis raya.
Diorang jemput bos, maknanye jemput la PA sekali.
Dan PA takde la nak pergi sensorang kann..
Harus la bawak kengkawan terapat.
Gitu la kekdahnyeee....... 

Memandangkan aku terjumpa gambar-gambar yang ada muka aku dari FB kazen aku, Rina, so haruslah aku cilok dan tayang kat sini. Mihmihmih...
Jangan mare ye Rina.
Kite kan kazen-kazen rapat gitewww..... :)


Time ni Rina dan family datang beraya kat rumah aku.
Sedang elok dia datang tu, aku baru je sudah mandi.
Sebab tu masa dia datang, aku kuar lewat sikit dari bilik.
Bersiap-siap dulu.
Takkan la nak pakai cecomot depan tetamu khenn...



Rina ni sebenarnye camwhore jugak.
Suka amik gambar.
Aku ni pun camwhore tapi malas nak kuarkan henset.
So, menumpang kat kamera hp orang je laa...


Bukak FB Kak Ejam, ader pulak gambar ni.
Credit to Zairul Yo's Photography a.k.a abang aku sendiri.
Tapi gambar ni aku dah penah tayang dalam entri lepas kan...
Takpelah.... ulang tayang sebab suka sangat gambar ni.
Dan rasa takjub sebab kaki aku tak terpeleot bila melompat pakai heels.
Hebakkk...hebakkk...


Suke jugak gambar ni walaupun rumah kat belakang tu nampak klasik + menyeramkan...
Nasib baik hantu kak limah takde berdiri tercegat kat situ.
Kalau ada, kompem aku tanya, "Kak Limah, tak tengok Akedemi Fantasia ke? Takkan taknak tengok AC Mizal kot..."
Nggeeeeeeee.........


Aku dan Kak Ejam.
Uiksss... body orang yang dah beranak 2 pun still maintain kalau nak banding dengan aku yang tak pernah beranak nih.
Hoih... jeles...jeles....

Setakat ni saje buat KALI INI.
Tak tahu la lepas ni ada lagi ke tak gambar raya.
Kalau ada nanti aku tayang lagi di lain entri.
Hehehe...



Tuesday, August 27, 2013

Baby Alya in the house...

Salam readers...

Korang semua tahu yang aku jadi baby sitter on weekend.
Itupun sekarang ni aku jadi BS pon on Saturday je.
Sebelum ni sabtu ahad aku memang kena jaga si cinonet, baby alya.
Kesian... mak bapak busy kerja cari duit siang malam untuk menyara family.
Itulah harga yang perlu dibayar oleh ibu bapa yang bekerja di KL.

Tak susah pun nak jaga baby alya nih.
Dia jenis ikut kata.
Kalau aku kata A, A la yang dia buat.
Kalau dia buat-buat tak dengar, memang pitching aku naik laa...
Bukan sesuka hati marah anak orang... tapi aku buat dengan niat nak mengajar.
So far, dengan aku dia takde la nakal sangat.
Setakat buat perangai time makan dan mintak dibelikan itu ini time shopping tu biase la kann...

Asal tak dapat je benda yang dia nak, mulalah merajuk la ape laa...
Meliuk lintuk badan kalau didukung.
Kalau berjalan sendiri, taknak dipimpin.
Bajet dah besar sangat kan... grrrr....
Dah namanya pompuan, dia cenderung untuk cantik-cantik.
Baju nak pilih sendiri... tengok orang pakai make up, dia pun nak make up jugak.
Kalau pegi shopping, terserempak dengan budak sebaya yang lagi cantik, atas bawah atas bawah dia tengok budak tu.
Dengki le tuhh.. hahaha....

Pernah aku bawak dia pergi ke pasar malam.
Time tu aku beli ayam goreng dan nuggets.
Tetibe ada makcik tegur... makcik tu tokey kebab kat gerai sebelah.

Makcik : Ololololo... comelnya...

Aku just senyum.
Baby Alya dah terpinga-pinga sebab makcik tu peluk cium dia.

Makcik : Nak pulak dia ikat rambut... comel.. dia tak lari ke masa nak ikat rambut?
Aku : Tak. Dia duk diam je. Memang ajar dari kecik.

Memang sejak rambut Alya boleh diikat, aku ajar dia duk diam time aku nak sanggul ikat rambut dia.
Seingat aku masa tu umur dia setahun lebih.
Rambut dia masa tu dah boleh ikat sikit-sikit.
Sebelum tu memang aku ada ajar jugak pakai klip rambut.
Budak kecik ni memang tabiat dia akan tanggalkan apa-apa yang dia rasa pelik kat atas kepala.
Tapi dengan baby alya aku memang tak bagi dia sentuh pun klip rambut tu.
Alhamdulillah, bila dah besar dia dah terbiasa.
Even kalau kepala gatal pun, dia garu sikit-sikit je.
Ekor mata tengok kat aku je sebab takut aku marah rambut dia jadi messy.
Hahaha...

Eh, terpanjang pulak muakdimah entri ni.
Last week aku ada bawak baby Alya datang opis.
Kesian dia setiap kali hantar pergi taska, nangis-nangis.
Mama Alya suke sangat la kalau aku bawak dia pergi opis.
At least dia tahu cemana aku jaga anak dia.

Memula datang opis, asik duk sebut "takut...takut..."
Ape ke benda yang dia takut ntah.
Bukannya tak pernah datang.
Dah lama-lama, barulah sibuk bergurau dengan opismate aku, Maziah dan Min.
Pastu time aku nak pergi toilet, boleh je tinggalkan dia sorang-sorang kat opis.
Time bergurau dengan Maziah, siap boleh ketawa terkekek-kekek lagi.
Amboihhh... hover tau!
Tadi kemain lagi takuit!


Dah start panjat sana-sini.


1 opis aku dah dia jelajah.
Bila aku tanya, baby nak kije opis tak?
Dia cakap, "nak..."
Takpe, belajar rajin-rajin ye baby. Nanti boleh jadi secretary macam umi.. hehe

Teringat unit aku ada props yang digunakan untuk photo booth raya.
Terus bagi baby alya.
Pandai pulak dia posing...


Jongang!


Mustache!
Mariachi sangat... hahaha...


Walaupun ada misai mariachi, tetap nampak comel!
Hahaha...


Dia ni kalau bab posing, memang pandai laa...
Lepas snap je, sibuk nak tengok gambar.
Pastu senyum-senyum sendiri.
Perasan cantik la tuh.... uweeekkk...

Sepanjang petang, dia behave je kat opis aku.
Time nak balik, siap cakap taknak balik..
Dan rezeki dia, datang opis tetibe dapat duit raya dari En. Zul dan Ezzat.
Toceyy...toceyyy....



Friday, August 23, 2013

Pissed off

Salam readers...

Tak pepasal pagi ni aku rasa cam nak meroyan.
Serius pissed off.
Kang ada jugak yang bersilat cekak kat opis nanti.
Sambil menaip ni, hati aku duk berzikir supaya bersabar.
Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......

Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......

Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......

Tarik napas panjang-panjang sambil tutup mata.
Ingat ALLAH, diana!

Ikutkan hati nak je mengadu kat bos tentang dia.
Tentang kemalasan dia.... tentang ketidak bertanggungjawab dia dalam melakukan kerja... tentang segala-galanya yang berkaitan dengan kerja.
Tapi aku malass laaaa... Kang nanti ada yang tuduh aku tutup periuk nasi orang.
Lagipun bukan style aku mengadu-domba ni.
Sedang elok pulak sekarang ni musim buat MAPS-KPI.
Kang kalau marks dia rendah, dia salahkan aku pulak.
Padahal dia tak sedar yang he never deserves to get higher marks.

Dia buat kerja sambil lewa.
Keutamaan dia adalah kerja luar.
Kerja dalam opis ditangguh-tangguhkan, dilambat-lambatkan, dilewat-lewatkan.
Setiap hari balik kerja awal.
Tetiap hari mesti ada masalah.
Nak amik anak sekolah la... anak lari dari rumah la... bini sakit itu ini....
Malang sangat nasib ko dapat family bermasalah.
Kalau suruh buat kerja, mesti ada alasan.

Waktu rehat pukul 1 tengahari hingga 2 petang.
Pukul 2.30petang, kebiasaannya dia akan mengadu lapar.
Bila ditanya, kenapa lapar?
Dia kata tak makan lagi.
Then, dia kemana masa lunch hour??
Ingat orang tak tahu agaknye dia pura-pura lapar.
Sebab dia nak keluar waktu opis.
Keluar untuk lepak di gerai-gerai sekitar riverside.
Kadang kalau sempat, dia akan ke Jalan Pinang untuk buat kerja luar dia tu.

Paling buat aku hilang sabar masa kitorang tengah siapkan photo booth.
Dia admin.
Suppose dia pun kena tolong sekali.
Lagipun dia bukannya ada kerja.
Tapi ape dia buat?? Sibuk tengok movie, sibuk main candy crush, sibuk bergayut dengan sape-sape ntah.
Berbulu je mata aku tengok perangai haram jadah dia.
Eh, TERhilang sabar pulak.. hihi..

Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......

Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......

Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......

Opis aku duk tingkat 51.
Photo booth yang aku dan team buat kena pasang kat tingkat 9.
Masa pemasangan tirai and so on, kitorang mintak dia join sekali.
Yela, dia bukannya ada apa-apa kerja pun.
Lagipun dia tinggi.
Boleh tolong tampal atau gantung apa-apa yang tinggi.
Aku dan kengkawan pompuan lain kan pendek-pendek.
Sebab tu dalam entri lepas aku credit sikit kat Khairol.
Even Khairol tu Assistant Manager dalam unit aku, but dia tak kisah untuk datang tolong.
Tapi admin kitorang, berlagak macam CEO.
Suruh buat kerja sikit, berat bontot je nak buat.
Suruh amik extension plug pun, macam-macam alasan.
Suruh potong huruf-huruf, malas.
Menyampah!
Eh, TERhilang sabar lagi...

Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......

Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......

Sabar...sabar....sabar......
Sabar...sabar....sabar......
Tarik napas panjang-panjang, diana....... pastu hembusssssss....

Dan kisah pagi ni......
Beberapa minggu lepas, opis aku ada nak buat satu 'projek keselamatan'.
Person in-charge, of course la dia.
But semestinya dia akan tarik aku into the loop.
Dia ni macam tak boleh buat kerja sorang-sorang.
Eh, aku ni secretary tahu tak?? Secretary.
Aku tak perlu join masuk sekali dalam hal-hal admin nih.
Kalau sekadar untuk update, takpe jugak.
Tapi untuk TOLONG buat kerja untuk ko, sorry!

Tapi projek ni tertangguh sampai ke hari ni.
Aku ada la call vendor tu beberapa kali but tak dijawab.
Pagi ni aku datang kerja, aku terus bagitahu dia untuk sms je vendor tu since kalau call pun tak dijawab.
Kalau sms pun dia tak reply, then baru kita guna option lain.

Tapi korang tahu apa yang dia jawab bila aku suruh dia sms vendor tu?
Dia cakap, "lebih baik kite suruh bos je deal direct dengan orang tu..."

SURUH BOS???
Ko siapa nak suruh-suruh bos ni??
Bos bagi kerja kat ko sepatutnya ko kena la settle kan sendiri.
Itupun dah cukup baik laaa aku tolong call jugak.
Ikut hati aku ni, malas aku nak layan ko.

Ni ujian yang Tuhan turunkan untuk aku.
Dapat opismate pemalas macam dia.
Pemalas nauzubillah...

Kalau ada geng-geng HR opis aku yang baca entri ni, hopefully korang boleh pantau kegiatan dia dalam diam.
So that 1 day, HR boleh amik tindakan kat dia.
At least dapat 1 warning letter, itupun dah cukup.
Aku memang dah tak boleh tahan dah dengan karenah dia.
Kalau ikut hati hitam aku, nak je aku bagi cadangan kat HR untuk buang dia terus dari company ni sebab company tak memerlukan staff pemalas macam dia.
Buat rugi je simpan.
Ramai lagi orang rajin kat luar sana tengah cari kerja.


Wednesday, August 21, 2013

Renyah-merenyah demi photo booth

Salam readers...

Fuhhhh....fuhhhhhhhh....fuhhhhhhhhhhhhhh...*tiup debu dalam blog*

Serius bersawang berdebu berhabuk dah blog aku ni.
Hampir seminggu tak berupdate.
Sorry readers...
Aku busy gile dari Isnin baru-baru ni.
Banyak benda yang aku kena buat.
Siap kena overtime tak berbayar selama 2 hari.
Bilik aku kat rumah pun dah macam tongkang pecah tak sempat nak kemas dek balik opis lewat.
Sampai rumah je masak megi pastu tido tak sedar diri sampai pagi esok.

Aku dan geng-geng pompuan unit opis ditugaskan untuk membuat photo booth untuk majlis hari raya opis yang diadakan tengahari ni.
Bertungkus lumus aku dan kengkawan 4 orang menyiapkan photo booth yang very the renyah tuu...
Jamuan hari ni..... tapi barang-barang beli hari Isnin ari tu.
Menggelupur la kitorang buat benda ni cepat-cepat.
Busy punya pasal sampaikan aku tak sempat nak pergi jemputan hari raya kawan-kawan.
Memang terpaksa gadaikan waktu demi menyiapkan photo booth ni.

But then Alhamdulillah, the result is superb. Pengorbanan berbaloi.
Walaupun deko kitorang tu simple, tapi ramai jugak yang puji...
Bangga jugak sebab kitorang bukannye pro pun buat benda-benda ni.


Azleen... siap bawak mini sewing machine lagi.
Semangat dia nih. Macam-macam barang dia bawak dari rumah.
Meja dia pun dah macam tongkang pecah.
Sampah sarap, gam, paper, gunting semua bersepah kat situ.
Hehehe...


Min dan Maziah...
In charge on props dan melipat kertas...
Bila ada photo booth, mestilah kena ada props...


Lipat-lipat kertas, gabung-gabung, pastu lekat dengan double tape.
Benda alah ni untuk lekatkan bahagian background untuk photo booth.
Serius renyah.
Sampai naik cramp lengan aku duk melipat kertas-kertas ni.
Kertas ni bukan kertas A4 biasa tau.
Tapi kertas keras tu.
Perghh.. nikmat gila bila tangan cramp.
Huhuhuu...


Dah siap segala background, kena susun atur pulak.
Mase ni just plan je nak susun cemana.

And the result is :-


The theme colors are black, grey and silver.
Yang butterfly tu sebenarnya lebihan dari hiasan bulat-bulat kat atas-tepi dan bawah-tepi tu.
Kebetulan pulak bila aku susun-susun benda alah bulat tu terbentuk sayap butterfly.
Lepas tu, terus kitorang bertungkus lumus buat sesungut butterfly.
Renyah jugak tuu....

Oh, yang tampal-tampal tu kitorang mintak tolong our staff unit, Khairol.
Mujur gak ada dia. Tinggi.
So, dia la yang tolong pasangkan tirai, tampal hiasan.....
Harus jugak credit kat dia sebab dia baca jugak blog aku nih... and maybe wife dia pun baca gak kot.
Hehehe.... hai, yana! :)


And the props...
Ya ALLAH, buat props ni bukannye senang tau!
Susah gile. Renyah...susah...payah....
Semua props tu ada 12 semuanya.
Amik masa hampir 1 hari gak buat benda-benda ni.

And guess what, dalam pada sambutan hari raya tu, the dialogue "SELAMAT HARI RAYA" tu hilang!
Tak tahu siapa yang amik atau terambik!
Kepada yang sengaja amik tu, memang aku tak halalkan laaa sebab diorang mencuri hasil kerah tenaga aku yang sanggup overtime tak berbayar ni.
Kalau yang terambik, sila la pulangkan ye.
Saya tak marah...  :)

Tunggu next entri berkenaan dengan majlis ni.
Itupun kalau aku dapat gambar-gambar yang diorang snap.
Ada gambar banyak-banyak baru best nak update. Kannnnn.....



Thursday, August 15, 2013

Amalan lawan melawan

Salam readers...

Korang perasan tak kadang-kadang time raya ni masing-masing macam berlawan siapa yang paling vogue, siapa yang paling hot and spicy, siapa yang pakai pakaian branded?
Aku tengok macam dah jadi tabiat orang Melayu kite pulak...
Nak-nak yang pompuan.
Masing-masing taknak kalah.
Dapat tahu sepupu belah sana pakai handbag Guess, yang dia rela labur duit beli handbag Coach.
Dapat tahu kawan pakai Gucci, dia taknak kalah rela kuarkan duit ASB semata-mata nak beli set LV.

Benda-benda macam ni la yang boleh rosakkan hati sendiri.
Dengki. Takleh tengok orang lain lebih.
Tak baik tau buat perangai macam tu...
Ape faedahnya?

Aku pelik dengan gaya orang beraya sekarang.
Masing-masing nak tayang barang.
Pergi rumah orang duk tayang semua benda.
Tayang beg, gelang, rantai semua.
Silap-silap spender baru pun kalau boleh nak tayang jugak.
Daripada tuan rumah happy mengalu-alukan kedatangan kite, last-last tuan rumah rasa meluat sampai tak sabar nak tunggu kita balik.
Tak malu ke?

Si bapa duk tayang jam Fossil baru.
Si ibu tayang rantai emas panjang berjela. Baju liplapliplap mengalah lampu kaler-kaler.
Si anak duk tayang iPad baru.
Dia sorang je laaaa yang serba-serbi baru......
Kang aku bawak segala mala set berlian bawak kuar, baru terkebil-kebil mata tengok.

Bagi aku la, time raya ni berbelanja la ikut ape yang termampu.
Tahun ni bajet kurang, handbag aku pun tak berganti.
Tak kisah.
Guna je handbag yang sedia ada.
Orang nak mengata, mengatalah.
Bukannye aku mati pun kalau orang mengata.
Cukuplah aku ucap, "alhamdulillah".

Dah syukur dah tahun ni aku mampu bagi duit raya kat mummy, daddy, adik-adik, anak-anak saudara dan kazen-kazen yang kecik-kecik.
Tak boleh lebih-lebih sangat.
Biase-biase je pun sudah...
Yang penting meriah.
Time raya ni la kita nak jumpa sedara-mara mohon ampun maaf.
Bukannya curi peluang nak tunjuk, "aku laaa kaya!"





Mood

Salam readers...

Hari ni hari kedua aku bekerja selepas seminggu bercuti sempena hari raya.
Mood adalah kelaut okeh!
My goshhh!!!

Badan sangat lemau.
Lemau saje, bukan malas yeee...
Aku rasa ni sebab banyak sangat makan makanan berasaskan pulut dan santan time raya ari tu.
Pulut dan santan kan takleh makan banyak-banyak.
Nanti badan jadi tak larat.
Yela... sana sini orang hidang nasi dagang.
Even rumah aku pun buat nasi dagang gak on 1st day raya.


Nasi dagang dan satay.
Nasi dagang mummy pun best.
Tak muak makan walaupun baru kali kedua mummy buat nasi dagang.
Aku makan banyak jugak..
Sebab tu sekarang nyesal badan jadi tak larat.


Ketupat palas dan rendang daging pun ada.

Hoihhh... nampak bebenor hati ni masih berada kat kampung.
Serius aku tak puas balik raya tahun ni.
Rumah terbuka family sendiri pun tak sempat nak join.
Memang ralat sungguh!

Time time macam ni baru la terfikir kan best kalau kerja kat kampung.
Boleh beraya lagi walaupun pada hari kerja.
Malam-malam masih boleh kuar berkunjung ke rumah saudara mara.
Waaaaaa...... nak balik kampung!!!!!

Tetibe fefeeling sambil nyanyi lagu Siti - Air mata Syawal.

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah


Pang sedasssssss bagi sedar diri.

Tak sesssuuaaii langsung nyanyi lagu ni.
Hahaha.... drama queen betul! Puihhh!

Tapi kannnnn........ aku memang tak puas raya hoiii!
Nak raya lama-lama kat kampung. Huhuhu...
*melalak sampai tergolek-golek atas lantai...*







Wednesday, August 14, 2013

Meriahnya Aidilfitri 2013 - entri sekali harung malas update banyak-banyak.. hihi

 Salam readers...

Salam aidilfitri.
Wahhh...wahh..waaaahhhhhhh....
Bajet sangat nak update tetiap hari takmo miss walaupun tengah-tengah raya.
Tapi tersangkut jua tak berupdate sejak raya kedua sampai ke hari ni. Mihmihmih...
Jangan marah yeee...
Maklum lerr raya ni aku selalu jadi bibik.
Tukang buat air kat dapur bile tetamu datang.
Kalau time rajin, aku buat la air sunquick ke, sirap ke... teh o panas ke...
Tapi kalau time malas, aku hidang je coke atau pepsi.
Senang kerja aku. hehehe....

Start petang raya sebenarnya aku dah sibuk.
Sibuk tolong mummy kat dapur.
Sila la percaya ye...
Balik kampung kali ni aku kerap duk dapur.
Bukan tolong ape pun. Tolong kaco je lebih.
Mummy campak-campak je bahan-bahan dalam kuali, aku yang tukang mengaco.
Hehehe...

Malam raya aku start gosok baju raya aku sendiri, mummy, dan adik-adik pulak.
Siap dengan sampin diorang lagi aku gosok.
Banyak ohhh...
Hampar kain batik 2-3helai, pastu gosok pakaian atas lantai.
Senang.
Mau sejam lebih gak aku duk menggosok.
Gosok pakaian atas lantai ni lagi susah dari gosok atas iron board.
Kalau guna iron board, sekejap je gosok.


Si budak kenit nakal ni sibuk berposing...
Dia ni kalau bab bergambar memang no.1.
Pandai je pose macam tu macam ni.
Ikut sape ntah....


Dia tak perasan aku ada kat belakang dia...
Adik-beradik lain duk sengih-sengih je cover line.


Momok, aku datang!!
Hahahaa...... Dah snap, Iwan tunjuk gambar ni kat dia.
Menggelupur Fifi suruh Iwan delete sampai nangis.
Tapiiii...errr...seram jugak aku tengok gambar ni.
Huhuh...

Pagi raya pun busy gak.
Busy berebut bilik air. Hahaha...
Tu la.. masing-masing bangun lewat. Pastu mula laa berebut bilik air bagai.
Tapi biase yang menangnye harusla aku.
Aku kan kakak! Kak Yong katenye... Kahkahkah...


Mummy tolong pakaikan Iwan sampin...
Memang tradisi family aku, semua lelaki wajib pakai sampin pada raya pertama.
Biar kemas, cantik, terletak...
Tak mau sangkut-sangkut atas bahu je macam sesetengah orang.
Baik takyah pakai sampin cenggitu.


Ha, kan smart pakai camni..
Hensem tak adik aku? Hahaha...


Gambar family harus ada...
Ni gambar kami adik-beradik...
8orang je 1 family.


Ahli keluarga lelaki sahaja...



Kire dah abis kreatippp la amik gambar cenggini... :)



Ahli keluarga perempuan sahaja...

Dah settle amik gambar, salam-salam peluk cium mintak ampun pulak.
Iollsss banyak dosa dengan mummy & daddy tau... sobss.....sobsss...

Korang hadap la gambar banyak-banyak kat bawah ni ye.... :)






Kak Ejam


Abang Yu



Iwan



Shahril... adikku yang gila-gila..



Shazrin, adik bongsu yang manje ololololo..... hahaha


Alia


Fifi


Giliran aku bagi duit raya...
Amboihhhh... kemain beraturr ye...
Hahaha... kelakar pulak bile tengok gambar ni.








Pose ala mak datin adalah wajib setiap kali raya...
Gambar-gambar cenggini la yang boleh buat DP dalam FB nanti. kihkihkih...


Dia ni pon setiap kali raya mesti ada gambor cenggini...
Pose camni... kalu tengok gambar tahun-tahun sudah, pose gini je la.
Bezanye cuma kaler baju je. hahaha...


Yang ni pon same...
Sat lagi kembang idung la tu bila orang puji ensem...


Me with my mum...
Comeyy tak kami? hikhikhik...





Manis pulak aku tengok muka alia dalam gambar nih....
Tak boleh jadi nih... anak sedara lagi cun dari mak sedara...


Saya anak mummy & daddy.... :D



Kami adik-beradik... Tapi tak cukup korum laa...
Abang Yu tak join..


Best kan jadi kanak-kanak....
Kutip duit raya, pastu kire sape dapat paling banyakk....

Sekarang aku dah kije ni pun masih kire lagi duit.
Kire balance duit raya yang tinggal. uhuk....uhukk...

Dah amik gambar semua kitorang beransur pergi ke rumah nenek (aku panggil "mak") kat Kampung Tanjung.
Suke pergi rumah mak sebab rumah ni la tempat aku bermain mase kecik-kecik dulu.



Gambar berlakon juga wajib ada.


Anak dara menunggu tetamu di tangga....  hehe


Abang Yu.
Susah betul nak amik gambar dia.
Mementang la dah femes seantero Malaysia dengan gambar landskap dia yang superbb tuuu...


Shahril ni kije kuat betul.
Dari malam raya sampai ke pagi raya dia sibuk bekerja kat kedai satay.
Bayangkanlahh malam tu dia kena bakar 20ribu cucuk satay.
Penat laaaa....
Mana-mana rumah yang kitorang berkunjung ari tu, dia akan tido...
Sian pulak aku tengok dia.


Muke Shazrin memang sebijik cam muka daddy kannn...


Dukung baby Faris.
Mujur dia tak nangis...
Kecik-kecik dah pemalu... takmo perempuan dukung.
Kalau lelaki dukung, cepat-cepat dia nak.

Lama jugak duk kat rumah mak.
Then, beransur ke rumah Ayah Chik Zul.
Ayah Chik Zul ni adik daddy.


Suasana meriah hari raya..


Dah makan minum semua kat rumah Ayah Chik Zul, kitorang pergi ke rumah Tik Siah.
Tik Siah ni pun adik daddy jugak... :)


Kalau pergi rumah Tik Siah mesti aku akan makan nasi dagang dia.
Sedappppnyeeeeeee.......
Takde orang la boleh lawan kesedapan nasi dagang Tik Siah ni.

Lepas tu kitorang singgah ke rumah Ma.
Ma ni kakak mummy.
Pemilik kedai karpet Maimai Carpet kat KT.



BUdak-budak zaman sekarang, asik dengan tab aje laaaaa......

Zaman-zaman aku dulu, kalau time raya sibuk bergurau dengan sedara-mara sebaya.









Asal pergi rumah Ma je, mesti aku akan naik ke ruang tamu tingkat atas untuk posing-posing.
Rumah cantik la katekan...


Sape yang nak chop sekarang, dialu-alukan...
Lagi 5tahun, bagi kawin terus.. hehe


Amisha ni sayang bebenor la kat aku..
Tido pon nak tido dengan aku...
Kalau pergi mana-mana je, mesti nak ikut aku... hehehe...

Raya kedua..ketiga...keempat...aku takde gambar.
Raya kelima je ada.
Itupun sebab aku ikut Abang Yu pergi snap kat Muzium.



Kalau dah penyakit G datang...
Nasib baik aku tak terseliuh... Siap melompat  guna heels lagi.
Hahaha.. ko ado??


Dan gambar terakhir bagi entri raya 2013 :-




-



-



-




-





-




-




-




-





-



-




-



-




-




-




-




-




-





-




-




-




-




-




-






Korang pilih mana-mana je yang berkenan.
Kecuali yang bertopi tu...
Yang tu dah ada anak 2.
Hehehe....
Pilih yang lain takpe... sebab diorang masih available.. :)



p/s : credit pic to Shah Photography, ZairulYo, Abang Zam dan Daddy... :)

Senang ada ramai photographer dalam family.
Sat lagi bile nak kawin ke ape, takyah hire dah photographer luar.
Jimat belanje.
Heheheh....