Friday, September 27, 2013

I need a vacation..... alone!

 Salam readers...

Lately i am too busy.
Busy like hell.
Everyday i going back home at 8 - 9 pm.

Wahhh... tetibe speaking pulak yee....
Mengigau ke ape...

But seriously, aku penat.
Sangat penat. Sangat-sangat penat.
Serabut kepala pon ada.
Everyday datang kerja, terus ada kerja nak kena buat.
Tak kisah la ada kerja kann...
Tu la motif kita datang opis.
Tapi kalau dah melarat sampai kul 8-9 malam setiap hari, robot pon boleh hang.

Kalau balik rumah, terus melepek je kije aku.
Nak kemas bilik memang yang adooo...
Ana fenat!!!
Sampai housemate aku tegur, "Kak Na, kenapa muka kak Na pucat sangat?"

Ya, dik...
K.na penat sangat-sangat.
Balik rumah, duk melepek jap atas katil amik angin luar tingkap.
Pastu baru pergi mandi.
Dah mandi, pegi gosok baju kerja untuk esok pulak dalam keadaan keterpaksaan.
Dah siap gosok semua, barulah makan.
Itupun kalau aku ada belikan makanan.
Kalau tak, minum air pastu terus tido.

Tido time penat teramat memang takkan lena.
Tatau la kalau korang penat tido jadi lena gile.
Tapi untuk aku, tido jadi tak lena.
Sekejap-sekejap terjaga.
Nasib senang je nak tido balik...

Aku tak tahu bila azab ni akan berakhir.
Harap-harap dalam masa terdekat.
Dah habis azab, aku plan nak bercuti.
Sorang pon sorang laaa...
Tapi kompem FZ tak bagi punya.
Dia kan suke mengongkong.
Entahlah... penat.
Malas nak fikir banyak benda.

Tetibe berimaginasi, alangkah bagusnya kalau sekarang ni aku ada kat pulau yang tak berpenghuni.
Kat pulau tu ada sebuah rumah kecik atap nipah betul-betul berdepan dengan pantai.
Petang-petang relax atas kerusi sambil menikmati angin pantai yang sejuk...
Perghhh... nikmat sungguh....


Tengok air laut yang biru...
Cantik kann...


Pastu dah puas duduk, pergi mandi laut pulak.
Terapungkan diri macam dalam gambar tu...

Fuh... best-besttt...

Tapi angan-angan je la kannnn...

Oh, esok weekend.
Hari yang dinanti-nantikan.
Aku nak rehat puas-puas...
Makan-tido-makan-tido-tengok tv-pastu tido balik.

Heaven!


Thursday, September 26, 2013

Lantik la aku jadi dutamu... lantik laa... lantik laaa...

Salam readers...

Tajuk dah macam orang gila meroyan.
The worst part untuk tulis entri ialah part tajuk.
Susah benor nak mikiornye...
Atoiiii....
Tak kire la korang nak kata apa untuk tajuk kat atas tu.
Yang penting entri ni ade tajuk...

Minggu lepas punya citer.
Hari Malaysia.
Tatau la nak pergi mana dah.
Duk rumah, bosan.
Last-last pergi je MV.
Saje jenjalan cuci mata kat sana.

Memula bajet nak cari kasut Alya.
Yela, kasut lama dia semua dah tak muat dah.
Yang ada pon sekarang ni semuanya jenis sandal.
Kalau pakai gaun, mana sesuai dengan sandal.
Kalau pakai t-shirt + tights tu takpelah jugak.

Tanya mak dia dulu, boleh ke tak beli sandal.
Haruslah claim balik nanti kann...
Pastu mak dia kata ok.
So, pencarian bermula.

Cari kasut budak-budak ni memang susah.
Memula masuk JJ.
Punye la ramai umat manusia.
Aku ni kalau shopping tempat-tempat ramai orang sangat, mula laa rasa tak selesa.
Mana aku nak pilih kasut, mana aku nak ukur kasut kat kaki...
Ade kasut yang berkenan, takde saiz pulak.
Nasib ko la, dik.

Lama jugak duk dalam JJ.
Time tu pun dah sampai pukul 3 lebih kot.
Perut dah lapar.
FZ suruh aku fikir nak makan kat mana.
Macam biase, aku pilih TMFM!



Aku ni kire dah boleh jadi duta TMFM dah ni.
Asik makan kat sini jee.....
Tak muak-muak...


Lantik je la aku jadi duta TMFM ni.
Nanti setiap kali pergi MV, aku makan kat sini...
Hahah.. promote diri sendiri pulak.


Sepanjang cuti Hari Malaysia tu, dia ni aku yang jaga.
Dari pagi sampai malam kul 9.
Aku dah cakap dah kat mak ayah dia suruh prepare baju yang lawa-lawa.
Takmo baju buruk-buruk.
Aku tak suke nampak budak selebet.


Muram durja je muka tuh sebab penat.
Aku suruh dia berjalan je tadi. Takmo dukung-dukung.
Berat ohh dia ni sekarang.
Aku dukung sekejap je dah rasa lenguh lengan.
Dah besauu jangan nak gatal berdukung-dukung.
Jalan sendiri je.


Dia ni selain penat, sebenarnya tengah frust.
Frust sebab dia kata dia tak cantik...
Masa kat JJ pun dia asik la cakap yang dia tak cantik..
Kesnya sebab aku tak ikat tocang dua rambut dia tu...
Tapi aku buat sanggul je.


Ok ape sanggul ni...
Bukan senang nak sanggul!
Selama ni asik ikat tocang dua je.
Dah muak gak aku tengok.
Sekali sekala bersanggul, kemas sikit.

Haihh... Tecit-tecit pon dah tahu cantik ke tak cantik...
Budak-budak zaman moden ni advance sungguh.
Pandai sangat komplen sana-sini.
Ni baru umur 3 tahun ni.
Belum lagi masuk 5-6 tahun.
Nanti ntah apa-apa lagi yang dia komplen agaknya...
Kang aku bagi pakai baju ala-ala futuristik baru tahu erti penyesalan!



Me yang sentiasa senyum.
Senyum over namanya nih.
Tapi tatau la kenapa dengan diriku ini...
Selalu je senyum.
Nampak orang sana, senyum.
Nampak orang sini, senyum.
Nasib baik bila nampak kambing, aku tak senyum.
Kang tak pasal-pasal orang panggil aku gile.


Yang ini takyah diperkenalkan lagi.
Gitu je la gaya dia senyum pon.

Dah makan semua, kitorang teruskan pencarian kasut.
Masuk kedai kasut budak-budak, semua takde yang berkenan.
Kasut pesen pelik-pelik je.
Pastu harga mesti dalam seratus lebih.
Wadehelll kannn...
Kasut budak setakat 50 hengget tu takpelah jugak.
Beli mahal-mahal buat ape.
Pakai sekejap je pastu dah tak muat.

Then, masuk Metrojaya.
Akhirnya jumpa jugak kasut yang diingini.
Kaler yang senang matching dengan semua kaler baju.
Harga pulak dalam 50 hengget je.
Memang menepati citarasa aku la kannn...


Dah bergaya macam ni pun dia masih kata yang dia tak cantik???
Pffftttttt!!!


Wednesday, September 25, 2013

Cabaran seorang girlfren kepada swimming instructor

Salam readers...

Tajuk tak hagak-hagak kan...
Jap lagi ade le tuh mulut sumbang bagitau, "hek eleh.. girlfren je pon. bukan bini!"
Bersangka baik laa awok-awok hoii...
Girlfren pon ada perasaan jugak tau.
Ada jugak hak nak rasa jeles, sedih, marah, rindu, cinta, sayang, cemburu bla bla bla...
Cuma bezanya takde ikatan sah je lagi.
Macam la korang tak pernah bercinta dulu-dulu khennn...

Boifren aku, si FZ tu kije part time as swimming instructor.
Ha, sesape yang rasa nak belajar swim tu, daftar la dengan dia.
Email je kat : fauzi.basarail@yahoo.com

Heheh... tetibe iklan kejap.
Ok, back to the story.

Dah 3 tahun plus aku kapel dengan dia.
Selama 3 tahun jugak la aku selalu temankan dia kalau dia mengajar swim.
Alang-alang dah meneman tu, haruslah control sekali.
Control la... dia tak boleh over pegang-pegang orang.
Nak-nak kalau student pompuan. Haremm...
Student lelaki pon takleh pegang-pegang sangat.
Bahaya. Songsang hoii..

Belajar swim ni memang kena pegang-pegang.
Bukannya pegang meraba tuh.
Nak kena lempang meraba-raba??
Tapi pegang kaki, pegang lengan....
Yela, nak bagi student dapat step renang yang betul kan...

Mule-mule dulu ade la rasa menyirap tengok dia pegang-pegang.
Hoihh, maunya tak menyirap!
Jeles kot... siap mengalir air mata lagi tengok dia pegang-pegang. Tskkkk...
Gile psiko! hahaha...
Lama-lama barulah okey sikit.
Cabaran ni tau... takleh jeles-jeles sangat.

Pernah beberapa kali ada student renang nak mengorat FZ.
Eeeiiii... gewammmm jek.
Nak belajar tu buat la cara nak belajar kann...
Ni nak ngorat-ngorat pulak.
Paling sadis, student tu dah tahu yang FZ tu dah ada aku.
Ha cane tuh??
Hoihh, bercita-cita jadi perampas yee...
Not good..not good...

Pastu siap sms FZ tetiap hari.
Tanya khabar la, ape la...
Pfttt!!!
Tak paham kadang-kadang dengan sesetengah student pompuan ni.
Suka tau amik kesempatan.
Fahamilah isi hati girlfren kepada instructor tu... sobss sobsss...

Isu dengan student lelaki takde.
Sebab lelaki kalau nak belajar, memang dia belajar betul-betul.
Student pompuan ni je yang bermasalah.
Risau jekk aku.
Yang jenis gedik pon ada...
Kolam padahal paras tekak je pon.
Pastu tergedik-gedik takut lemas ke ape.
Dah sah-sah kaki kau tu sampai kat dasar kolam.
Nak takut hapenye...
Kalau kolam tu dalam, lain la citer kannn..
Saje je nak suruh boifren aii pegang-pegang kannn....
Grrr...

Yang jenis gedik buat-buat tak pandai berenang tapi sebenarnya dah pandai pon ada tau.
Ha, jangan main-main.
Ada yang jenis pura-pura.
Semata-mata nak dapat perhatian lebih dari FZ.
Boleh camtu??
Ensem sangat ke FZ tu?? Erkkkk...

Yang dah ada boifren, bujang, even bini orang pun sama je perangai.
Ada bini orang sibuk buat-buat manja dengan FZ.
Sekejap-sekejap mesej, "hari ni i period la.. tak boleh kelas."
Pastu mesej, "i takde transport la.. boleh tumpang?"
Grrr.... 
Kalau ye pon period, takyah la cakap kannn...
Bagitahu la "hari ni i takleh datang kelas..." Tu je... ni nak explain-explain pulak.
Kalau takde transport, pandai-pandai la naik public transport.
Kat KL ni berlambak.
Merata-rata ada public transport.
Ni sibuk nak tumpang orang... Mengada.

Yang jenis suke menyondol tetek tu takyah cakap la...
Ada je pompuan gatal macam tu.
Sampai pernah 1 tahap aku tak bagi FZ mengajar pompuan macam tu.
Jagalah sikit batas tu.
Kalau iye pon gedik, jangan la melampau kannn...
Swimming instructor tu just kenal kau as a student je..
Takkan la baru je kenal kau dah sibuk nak menyedeng bagai..
Kalau iye pun harga diri tu murah, jangan la tunjuk sangat...

Sebab tu sekarang ni aku pantau orang-orang yang nak belajar renang.
Kalau student lelaki aku tak kisah sangat.
Student pompuan yang aku kisahkan sangat sekarang ni.
Advance tau pompuan sekarang.
Jangan main-main.
Aku ingatkan takde la pompuan gatal macam tu kat Malaysia ni.
Rupa-rupanya ada.

Kalau aku agak pompuan yang nak belajar swim tu gedik-gedik gatal, aku rejek je.
Senang.
Takde pendapatan sampingan pon takpe laa daripada mengajar student yang nak main-main je.
Pompuan ni senang nak tersasar dari niat asal.
Tu yang bahaya tu.
Walaupun aku tahu FZ takkan curang tapi mane laa tahu kot-kot student pompuan tu pulak yang lebih-lebih.
Orang sekarang ni bukan boleh percaya sangat.
Kalau nak sesuatu benda, dia boleh buat macam-macam.
Tak boleh cara kasar, dia buat cara halus yang kita tak nampak.
Sama macam apa yang terjadi kat salah sorang opismate FZ.
Tak ke kesian....

Hmmm...
Perempuan zaman sekarang.




Monday, September 23, 2013

Lunch

Salam readers...

Akhirnya baru la boleh up 1 entri fresh..
Fresh tak fresh, benda ni baru je jadik lunch tadi...

Dah lama sangat aku tak kuar lunch dating-datingan dengan FZ.
Kalau dulu asal kul 12 je, lesap...
Asal lesap je, kul 12.. gitewwww...

Tapi tadi aku kuar lewat sikit. 
Ate banyak keroje hari Isnin kannn...
Settle semua kerja, barulah aku kuar.

Kitorang pergi makan kat San Francisco Coffee.
Kalau kat situ memang takde menu lain laa...
Pasta...pasta...pasta..
Pastu air cekelat...



Linguine pesto chicken, FZ punya.
Aku tengok semacam je.
Kaler ijo.
Sah-sah sayur yang diblender..

FZ suap aku makan sikit, dannnnn yarkkkssss!!!
Not my taste!!
Sayur kott...
Aku mana makan sayur...
I'm NOT VEGE, okeh!


Fettuccine Carbonara Chicken, aku punya..
Ha, camni la baru taste aku..
Yang berlemak-lemak, yang creamy-creamy....
Pastu bila gemuk, menyesal tak sudah... wuwuwuwu.... 


Orang yang belanja aku tadi.... :)


Aku yang temukk tapi verasann kuwusss..... ngggeeeee...
*Bajet manja cakap bahasa cacat.... huhu...


Dia pencuri

Salam readers...

Bukan niat untuk mengaibkan tapi hanya memberi amaran.
Takut kalau-kalau ada yang tertipu lagi.


Aku share benda ni dalam FB.
Itupun sebab aku nampak benda ni kat page kenalan dalam FB aku.
Kenalan aku tu hampir kena tipu dengan pompuan ini.

Dan aku bukak laman web ibilik.com

Kalau sesape yang memang follow blog aku dari dulu memang tahu siapa pompuan dalam gambar tu.
Pompuan ni nama Nurainie abd ghanie.
Orang panggil dia Ain atau Aini.
Ada 2 orang anak kecik nama Hawa dan Adam.

Aku rasa dia ni terdesak.
Sebab tu dia sanggup tipu orang.
Aku dapat tahu dari guard yang dia dah lama berpindah keluar dari vista.
Mungkin dia tahu ramai orang tengah cari dia.

Orang zaman sekarang kan...
Macam-macam cara orang akan buat untuk hidup mewah.
Tipu orang sana-sini.
Songlap duit orang. Pastu bagi anak-anak makan tanpa rasa bersalah.
Tak fikir dosa langsung....
Haiiihhh, manusia...manusia....


Friday, September 20, 2013

Berpiknik di Pantai Bagan Lalang

Salam readers...

Silap hari...
Tu je la yang aku boleh cakap.
Frust menonggeng jugak la...

Sebenarnya Sabtu lepas aku dan FZ plan nak pergi ke Port Dickson.
Kengkononnya nak berpiknik kat sana la...
Aku ni semangat la masak macam-macam.
Ate nak berpiknik sangat khennn...

Pagi sebelum bertolak, aku tidokan baby Alya dulu.
Senang sikit aku nak buat kerja.
Tak susah pon nak tidokan minah ni...
Bagi dia hisap susu sambil tengok tv..
Bukak la citer kartun ke...citer hantu-hantu ke...
Biarkan dia melayan citer tu sorang-sorang..
Tak sampai setengah jam, dia tido la...

Bila dia dah tido, barulah aku start masak...
Dah siap semua, barulah kitorang bertolak..

Memula tu happy je la kan...
Nak gi piknik katenye.. sape yang tak happy.
Jalan pon elok je tak jem..
Tapi sampai lah kat tol sg.besi.
Punyalah jalan jem macam hape!
Waaaaaa........ FZ dah merungut-rungut dalam kereta.
Aku pulak dah naik rimas..
Sabar punya sabar, sampailah ke Bandar Seri Putra.
Masih lagi jem..

Aku pulak dah naik angin dengan FZ.
Serius panas hati dengan cara dia bawak kereta.
Bagi je orang nak cilok ke depan.
Paling geram bila dia tak reti langsung nak beralih ke lorong sebelah.
Asik la duk lorong yang tak bergerak langsung.
Padahal lorong sebelah tu ader la gerak sikit-sikit...
Ishhh... grrrr!!!

Last-last dia amik lorong kecemasan.
Laju la kejap perjalanan.
Banyak jugak kereta lain yang lalu kat laluan kecemasan.
Tapi aku dah fedup.
Jem ni kompem sampai ke Seremban.

Discuss punya discuss kitorang agreed untuk cancel pergi PD.
Back up plan, kitorang pergi ke Bagan Lalang...
Sepanjang perjalanan tak jem.
Cuma susah sikit la nak pergi BL ni.
Sign board tak banyak...
Melilau gak cari mana jalan nak pergi sana.
Tapi alhamdulillah... akhirnya sampai jugak kat BL.


Cuaca tak la panas sangat.
Cuma angin je takde...
But still rasa best duk tepi pantai... :)

Cepat-cepat cari port sesuai untuk hamparkan tikar dan makanan...
Masa cari port tu yang kelakar...
Aku jalan sensorang pergi kat bawah pokok rendang.
Pastu baby Alya sibuk panggil aku sambil berlari-lari tergedik-gedik.
FZ tengok dari belakang je dia berlari tuh.

"Umi....umi......umi....."

Aku ni buat derk je la...
Sekali aku tak dengar suara dia. Senyap.
Aku tengok kat belakang rupa-rupanya dia dah jatuh terlentang.
Dalam pada jatuh tu, tangan tak jejak tanah pon sebab takut kotor...
Adoyaiii....
Sempat lagi jaga kebersihan. hahaha...
Pastu time aku angkat dia, dia tersengih-sengih tengok orang ramai.
Cover cun katanya. hahaha...
Tak tahan ohh tengok perangai dia.


Budak yang jatuh tersengih malu..
Sian betul...
Tu la.. berlari gedik-gedik lagi.
Lain kali lari laa elok-elok.


Suci murni muka bila snap guna camera 360. Hahaha...


Me yang cun. hahaha..... harus la perasan kan.
Sape lagi yang nak puji diri sendiri khennn...


Dah berlengas dah muka...
Padahal time kuar dari kereta tadi, kemain comel kemas.


Aku goreng nuggets.
By the time sampai kat BL, nuggets dah tinggal 3 ketul ni je.
Padahal aku goreng banyak.
Kitorang dah makan kat dalam kereta masa jem tadi. Hehehe...


Keropok keping Ganu mariii...
Haruslah ada kalau berpiknik..
Sedap...!


Aku masak nasi goreng jugak..
Bertambah-tambah FZ makan..
Alhamdulillah....
Baby Alya takleh makan sebab pedas teramat.


Sandwich..
Aku buat 2 jenis sandwich..
Sandwich tuna mayonis dan sandwich milo.
Sedap hoihhh sandwich milo ni.
Nak-nak kalau tabur milo banyak-banyak...

Tak lama pon piknik..
Bajet nak la lepak-lepak tepi pantai tu sampai lewat petang.
Tapi yang adoo...
Tetibe pulak cinonet tu yak-yak...
Grrrr.....
Toilet plak jauh... Adoiyaii...
Angan-angan ku musnah dik oii...

Alya ni kalau dia berak, dia takkan duduk tau...
Takut taikk melekat kat vontot la tuh.
Kalau sejam tak cuci berak dia, sejam la dia berdiri.
Tapi aku kan kesian kat budak-budak.
Takkan la nak biarkan dia berdiri lama.
Agak-agak dia dah settle, kitorang kemas barang-barang masuk dalam kereta.
Pastu baru pergi ke toilet.

Tapi 1 je la kelemahan tempat berkelah kat Malaysia ni...
Mana-mana tempat same je kot..
Masalah toilet tak pernahnya nak bersih.
Mesti kotor dan tak terjaga.
Pastu keadaan dalam toilet mesti samar-samar takde cahaya lampu.
Kenapa eh?

Macam toilet yang aku pergi ni...
Kotornye YA AMPUN!!
Dah naik jijik dah aku tengok.
Ikut hati taknak masuk tapi disebabkan nak cuci berak Alya punya pasal, aku redah jugak.
By the time nak tutup pintu toilet, tetibe takde lock.
Boleh?
Semua pintu takde lock.

Dah cuci berak semua, aku nak buang pampers tapi tak jumpa tong sampah.
Aku kuar kejap dan tanya budak yang jaga toilet tu mana tong sampah.
Dia cakap tak ada.
Pfffttttt!!!
Last-last aku buang pampers tu kat tempat bakar sampah kat luar toilet tu.
Ntah pape je management toilet tu.

Ini rakyat Malaysia sendiri yang masuk toilet tu.
Kalau orang luar yang masuk, cemana?
Apa pulak persepsi diorang pada Malaysia ni?

Kerajaan silalah la upgrade sikit tempat-tempat berkelah ni.
Daripada duk buat pembangunan sana-sini, caras hutan bukit semua, baik la upgrade tempat-tempat yang dah sedia ada ni.
Barulah boleh tarik pelancong datang.
Tak gitu?





Wednesday, September 18, 2013

Reunion secretary batch 2

Salam readers...

Memula plan nak taip entri lain, tapi last-last padam.
Delete semua ayat pastu taip entri ni pulak...
Ikutkan entri sebelum ni adalah entri luahan perasaan.
Tak jadi nak update sebab takut korang muak pulak.
Asik luahan perasaan je..... bosan jugak kan..
Kang korang taknak follow dah blog aku.
Pastu aku perasan bajet-bajet hot update setiap hari dengan harapan jutaan reader yang akan baca.
Jutaan okeh.. tak hagak-hagakk!

Ari tu... lupa dah berapa haribulan... malas nak check kalendar (well, aku memang pemalas pon! harap maklum..), secretaries batch 2 ada buat reunion.
Potluck ala raya katenya...
Padahal raya dah habis dah...
Over betuih!

Dah lama sangat tak jumpa...
Kalau tak buat reunion macam ni, memang haram la jumpa kan.
Kalau jumpa pon sebab terserempak kat mana-mana.
Lobby ke, food court ke, riverside ke...
Pastu senyum-senyum dan blah.
Gitu je..
Takdan nak melepas rindu.
Maklum la secretary busy katanya...

Tapi memang betul laa..
Lepas raya ni aku rasa cam busy betul.
Tak pernah pun dalam 1 hari aku takde kije.
Mesti ada kije...
Berkat sikit la duit gaji yang aku terima bulan-bulan.

Back to the reunion, semua secretary bawak makanan.
Dah namanya pon jamuan potluck.
Tapi yang ado la memasing nak memasak.
Semuanya beli dan tempah.
Kecuali Kak Era yang bawak spaghetti bolognese dan Jen Jen yang bawak sandwich yang tersangat sedap.
Aku?
Aku menggelupur tatau nak bawak ape...
Dalam email, diorang cakap aku takyah bawak ape-ape. Bawak perut je.
Takut nanti makanan terlalu banyak kang membazir pulak.
Tapi mane boleh... malu oiii...
Aku kena jugak bawak something.
Last-last aku bawak sudu dan garfu plastik beli kat kedai bawah opis.
Hehehehe...
Yela, mujur aku bawak sudu dan garfu tu.
Kalau tak, nanti nak makan spaghetti cemana kan takde sudu garfu semua...

Sekali-sekala buat jamuan perjumpaan macam ni best jugak.
Macam-macam cerita yang kuar.
Ko cerita pasal opis ko, aku cerita pasal opis aku...
Gitu la konsepnya.


Ni burger... Kak Norlim yang bawak.
Ada burger daging dan ayam.


Kuih muih Kak Fara yang bawak...
Tatau la kuih ape..
Rupe bentuk cam akok tapi bukan.... Kena cicah dengan kelapa parut.


Sandwich yang tersangat-sangat sedapp....
Jen Jen yang masak sendiri.
Tak sabar nak tunggu dia balik dari honeymoon.
Nak order sandwich ayam black pepper dia... :)


Kek coklat yang sedap jugak....
Yang ini Riri yang bawak..


Buah duku kot...
Aku ni memang failed kalau bab buah-buah ni...
Tatau sape yang bawak. Kak Ina kot.


Jajan haruslah ada.

Dulu masa berkursus, selalu ada jajan atas meja masing-masing.
Ate mengantuk dalam kelas kan...
Sambil menuntut ilmu, sambil makan....
Last-last masuk angin kuar asap. hehehe..


Dan..... menu yang paling best hari tu...
Spaghetti bolognese dari Kak Era...
Sedap.
Kak Era cakap kuah tu pedas tapi bila makan, tak pedas pon...
Lain kali buat la lagi ye Kak Era... Hehehehe....


Secretaries yang vogue the vass gituuu....
Amboii... kalau bab berposing, serah kat diorang je la...


Tak cukup korum ni...
Batch 2 ada dalam 18orang secretaries.
Ada 2-3 orang yang tak dapat datang.
Takpelah... nanti kita buat reunion lagi ye....

Rindu korang semua!


Tuesday, September 17, 2013

Celcom yang pfftttt!!!

Salam readers...

Aku memang pengguna tegar line celcom.
Phone aku line celcom.
Broadband aku pun guna line celcom.
Hoihhh, aku ni dikire penyumbang besar keuntungan celcom tau!
Kahkahkah... ok, tak klaka.

Hari Malaysia tahun ni bermula dengan sangat buruk!
Seriously!
Ni semua salah celcom.
Inikah balasanmu terhadap orang yang berjasa kepadamu, wahai celcom??

Start dari tengah malam sampai lah ke awal pagi, aku tak boleh tido sebab hp aku asik la berbunyi.
Setiap 3 minit aku akan dapat mesej dari nombor 2888.
SETIAP 3 MINIT!!!
Nak je aku off kan phone tapi risau pulak kot-kot nanti ada emergency call.

16 September, awal-awal pagi aku dah call customer careline celcom.
Dah puas maki hamun semua.
Sorry laaa... tapi kepantangan aku kot kalau ada yang kacau aku tido.
2kali aku call, tapi masalah tak settle-settle.
Serius aku rasa nak bagi saman je kat Celcom.

Masuk hari ni dah 2 hari masalah berlarutan.
Tak settle jugak.
Aku baru je call CSC tadi.
Katanya memo baru mengatakan masalah dijangka selesai jam 4 petang.
DIJANGKA.... BUKAN CONFIRM!

Aku dah naik fedup dah dengar ringtone phone ni.
Rasa macam dah nak termuntah dah.
Tapi nak buat cemana, nak silent kan tak boleh.
Nak off lagiii laa tak boleh.
Dengarkan je laa...
Nak-nak aku divert nombor ofis ke henset.

Geram, sakit hati.....
Haihh laaa... bila la Celcom nak baiki sistem dia ni...
Dah bosan dah...

@#$%^%$&*(^#@!!!!!!





Friday, September 13, 2013

Cemburu buta

Salam readers...

Bodoh!
Bagi aku ni je la perkataan yang paling sesuai bagi manusia yang ada sifat "cemburu buta".
Bodoh sebab manusia macam ni berfikir tak guna otak.
Bodoh sebab manusia macam ni selalu ingat dia je yang betul.
Bodoh sebab manusia macam ni berpegang teguh tak terkata dengan kata-kata, "cemburu tanda sayang".

Ramai manusia yang perangai macam ni yang aku kenal.
Baik lelaki, baik perempuan.
Mana-mana jantina, same je.
Kadang-kadang rumahtangga berkecai kerana pasangan cemburu buta.
Kadang-kadang ada hubungan terputus kerana sifat bodoh ini.

Biasanya orang yang cemburu buta ni terdorong untuk mengongkong pasangan.
Mengongkong kalau sikit-sikit tak apa.
Tapi kalau mengongkong berlebihan, tu dah kira psiko.
Yang dikongkong akan selalu dituduh bukan-bukan oleh si pengongkong.
Silap-silap haribulan yang dikongkong tu transfer jadi kingkong pulak sebab dah tak tahan asik dituduh macam-macam.

Bagi aku, orang yang cemburu buta ni ada masalah mental.
Sebabnya dia takleh berfikir secara waras.
Fikir ikut emosi sendiri dan tak fikir perasaan orang lain.
Dia rasa dia wajar cemburu walaupun dalam hal yang kecik.
Dia buat, boleh. Orang lain buat, tak boleh.
Dia buat, orang lain kena faham. Orang lain buat, dia yang mengamuk sakan.

Tahu tak, cemburu buta adalah 'kanser pembunuh jiwa'?
Sikit demi sedikit perasaan cemburu tu akan memudaratkan diri sendiri.
Nak-nak kalau yang jenis cemburu skala yang besar.
Ia boleh mendorong ke arah jenayah kalau tak dikawal.

Baca artikel ini... (klik sini)

Bagi si cemburu buta, tontonlah movie hindustan bertajuk DARAAR.
Dalam youtube ade kot.
Movie ni tahun 1996 lakonan Juhi Chawla, Arbaaz Khan dan Rishi Kapoor.
Memang sesuai sangat si cemburu buta tengok movie ni.
Harap-harap korang sedarlah apa akibatnya dari perasaan cemburu buta korang tu.

Dan kepada sesiapa yang rasa-rasanya ada sifat cemburu buta yang TERbaca entri ini, fikirlah.
Muhasabahlah diri tu.

Kalau rasa diri tu cemburu sebab takut kehilangan awek cantik lari ikut jantan lain, tinggalkan dia.
Pi cari awek yang buruk-buruk.
Kompem takde orang nak.... dan kamu pun takyah risau kalau-kalau dia curang ke ape.
Kalau rasa diri tu cemburu sebab risau ada orang mengorat bini kat opis, takyah bagi bini tu kije.
Suruh bini tu duk rumah jaga anak-anak.
Kurung diorang semua dari pandangan orang lain.
Tapi tiap-tiap bulan, ko bagi nafkah duit untuk bini ko seberapa banyak gaji dia masa dia kerja dulu.
Boleh?
So, dah takde sebab untuk ko cemburu lagi kan??

Amacam?? Bernas tak idea aku?


APA GUNANYA CINTA KALAU TAK ADA KEPERCAYAAN...


Thursday, September 12, 2013

Makan di The Manhattan Fish Market... nyumssssss

Salam readers...

Baru ada kesempatan untuk update blog kesayangan.
Dari tadi busy buat kerja sampai tak ingat makan minum.
Ewaahhh... perasan pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang gituuu khennn....

Ahad lepas FZ bawak aku dan Baby Alya makan di The Manhattan Fish Market.
Aku suke sangat makan kat sini.
Makanan sedap-sedap... tapi regenye pon sodap la jugak... mihmihmih...

Tapi kan, bagi aku la... berbaloi makan kat TMFM ni...
Walaupun harga dia macam tu, tapi kesedapan dia tuuu... perghhhh.... mana-mana pon takleh lawan ohh...
Nasik dia tu tak tahu la cemana dia masak... sedap gile!
Mintak resipi kang baru tahu....

Kalau datang sini, memang aku tak order benda lain dah.
Aku order small flame je.
FZ je yang biasa ubah-ubah menu.
Aku ni masih lagi setia pada yang 1.
Menu tu je la yang aku akan order sampai aku muak nanti baru order menu lain pulak.
Hehehe...


Bila orang ni datang buat flame camtu, baby Alya menggelupur peluk aku.
Dia takut rupanya tengok api tuu...
Terus aku dapat idea cemana nak usik kalau dia nakal.
Aku cakap je api tu datang bakar dia kalau dia nakal. Hehehe...
Baru la duk diam...


Ada sorang staff TMFM ni orang negro kot.
Baby takut gile dengan dia.
Asal negro tu lalu je, mesti baby peluk aku.
Takut le tu tengok orang itam.


Bajet ensem le tuh....
Nak-nak baby selalu puji dia, "papa encem....."
Bila aku tanya, "umi cantik tak?"
Dia jawab, "tak antikkk..." 
Pttffffff!!!!


Asal amik gambar je, mesti sibuk nak buat peace.
Haihhh la anakk...
Muke serius takleh blah.


Gambar cik puan tanah.. :)


Inilah menu small flame.
Ade fish fillet, udang besar-besar 3ekor, chips dan nasik.
Korang tak nampak nasik kat dalam gambar ni sebab nasi duk bahagia bawah.

Tengok gambar macam terbau-bau pulak makanan nih.
Adesssss....


Fish & chips FZ punya.
Fish & chips ni kita boleh pilih fillet tu ikan dory atau snapper.
FZ tak minat sangat dory, so dia pilih snapper @ ikan merah.
Ini saiz regular... ada 2 ketul fillets.
Kalau yang small, ada seketul je.
Nampak je sikit tapi bila dah makan, kenyang ohh...


Total semua untuk 2 orang makan.
Kalau datang makan tengahari, murah sikit plus ada variety of sets.

Hoihh... buat entry ni buat aku lapar pulak..
Padahal tengahari tadi dah makan banyak.
Dasar perut tak reti kenyang nih!



Wednesday, September 11, 2013

Gambar itu

Salam readers...

Tadi aku ada berjumpa dengan geng-geng secretary yang sama berkursus dengan aku beberapa bulan lepas.
Dah lama kot tak jumpa diorang.
Biasenye terserempak kat food court, lobby opis..... dan lately ade jugak la terserempak masa jamuan hari raya unit.

Tadi ada yang menegur,

"Weh, Diana! Gambar ko dalam FB tu macam Toh Puan..."

Aku dah macam, hah???
Tergelak aku dengan diorang ni. 
Ade-ade je tau. Hahahaha....


Inilah gambar itu....

Wahhh....... Toh Puan ke? Hahahah....
Perasan disitu.

Tapi memang selalu pun orang cakap cenggitu kat aku.
Tengok aje la komen-komen kat FB tu.
Semua cakap mak datin la.... toh puan la...
Amboihhh, verangan sangat kan.

Sekarang ni aku baru pangkat Cik Puan.
Belum ada lagi Datuk ke, Tan Sri ke yang datang meminang aku.
Kalau ada nanti, aku terus kawin.
Boleh la impian nak jadi Toh Puan tu tercapai...
Hahahaha.... gurau jekk...
Ku sedar siapa diri ini.... hanya ikan bilis yang tak dipandang....
Jangan nak berangan ye, Diana!



Makan-makan di The Chicken Rice Shop

Salam readers...

Dah lebih seminggu dah benda ni terjadi.
Asik backdated je kan entri aku.
Payoh bebenor nak update fresh.

Aku terlupa sebenarnya masih ada entri yang terbengkalai.
Maklum leerr... udoh tua-tua ni khennn...

1 Sept baru-baru ni, semua housemate aku balik kampung.
Maklum laa cuti merdeka katenya.
Tinggallah aku dan Hana terkontang-kanting kat rumah.
Pastu si baby Alya datang menyelit jugak kat situ.
Mak dia ni kalau ada cuti peristiwa ke, mana ada kat rumah.
Kena kerja katanya... Terpaksa join buat promotion untuk company.
Kadang-kadang buat kat Mid Valley, kadang-kadang kat KLCC.
Ibu bekerjaya, cenggitu la gayanya.

FZ ajak aku pergi lunch kat luar.
Yela, 31 Ogos tu kan aku ada buat rumah terbuka.
So penat pun tak hilang lagi. Sebab tu aku malas nak masak hari tu.
Ajak Hana jugak.
Minah tu on je. hehehe....
Yela, takkan la aku nak tinggalkan dia sensorang pulak kat rumah kann..
Nanti dia nak makan ape... nak buat apa...
Kebulur anak orang kangg, aku jugak yang susah... ngeeeeeeee.... :)

Punyalah payah nak cari kedai makan.
Semuanya tutup.
Amboihhh... merdeka sungguh nih!
Last kami pergi ke Bangsar South.
Makan kat Chicken Rice Shop.
Yeayyy, favvy aku tuh!
FZ tak berapa gemar sangat CRS ni. Tak tau kenapa.
Tapi dia terpaksa jugak makan sebab kedai lain semua tutup.


Mee kari, FZ punya.


Yang ni Hana punya. tak tahu nama apa.


Set ni aku punya.
Ikut hati nak je makan benda lain.
Tapi sebab ada Alya kan.... kena suap dia makan nasi.
Baru kenyang sikit.
Kalau amik mee kang, pedas pulak...


Gambor tuan tanah malap jee...
Dah la kulit itam.
Amik gambar pun membelakangkan cahaya.
Bravo sangat kan...
Lagi bertambah-tambah laa kehitaman itu.


Hana.... comel jek dia nih.
Taken already okeh. Heheheh.... melepas korang.


Tengok si tecit nih.
Makin hari makin terserlah kegedikan dia.

Dah la tu, sejak boleh bercakap nih, banyak benda benor yang dia tanya.
Itu ini....
Hoihh... ya ampun! Sabor je laaa...


Our foods...
Kenyang alhamdulillah.
Syukur dengan rezeki ALLAH SWT. :)