Thursday, October 31, 2013

Makan di Sentul

Salam readers...

Mood update blog is on!
Maklum la banyak benda nak citer.
Acu kalau takde topik, menggagau jugak nak update.

Kisah 2 minggu lepas. 
Minggu yang busy dan memenatkan.
Balik kerja FZ datang pick up aku dan kitorang pergi jemput Alya kat taska.
On that day mak dia ada promotion kat MV.
So, balik lewat. Dia mintak tolong aku untuk jagakan Alya sehingga dia balik kerja pukul 10 malam.

Petang tu hujan lebat.
Kalau balik rumah, aku kena masak sebab kat rumah mana ada makanan.
So FZ ajak pergi Sentul.
Kat Sentul kan banyak kedai makan.
Pilih je yang mana satu.

Memula plan nak pergi kedai Azmi yang sedap tuu..
FZ teringin nak makan pulut mangga.
Tapi kedai tutup pulak.
So, pergi kedai makan sebelah.
Nama ape ntah kedai makan tu. Lupa dah.
Tapi kalau aku ingat pun memang aku takkan bagitahu sebab bagi aku makanan kat kedai tu so-so je.
Takkan nak review kedai tak sedap kann...
Huhu...

Deko kedai tu memang tiptop.
Pokok-pokok renek, lampu-lampu, ada air pancut bagai...
Kedai pun boleh tahan besar. Cozy je.
Tapi itu laaaa..... hmmm...


Order laici ais dan tembikai ais.


Fokus kat gelang india tu...
Itulah gelang yang aku beli kat Jalan Tar aritu.
Sayang betul dia dengan gelang tu.
Asik tercari-cari jek.
Gelang mahal taknak pakai... gelang 4 hengget tu jugak yang dia nak sangat.


Budak ni makin hari makin gedik.
Melawan cakap lak tu. Kalau bercakap dengan dia, takde nye kita yang menang.
Mengalah je la.
Ishh... tensi mak tau!
Nasib kecik. Kalau dah besar, siap kau nanti! Haha..


Nampak muka aku yang penat?
Ya, aku penat fizikal dan mental.

Eh, orang lain kalau penat mesti dah takde selera makan kan?
Aku ni selera makan naik je...
Selagi boleh makan, aku makan je semua.
Nanti bila dah sakit, apepun tak boleh...


Love u, mr. kuat cemburu!
Siyes dia ni kuat cemburu.
Dari mula-mula kapel sampai sekarang, tak habis-habis dengan sikap cemburu tak kena tempat tu.
Grrr....


Kitorang order siakap 3 rasa jugak.
Ok la..... rasa sos tomato je yang lebih.
Tapi ikan tu besar dan rangup.


Kailan ikan masin.
Favvy aku. Tapi yang ni too masin.


Yang ni kitorang order sup tulang.
Tetibe sampai sup daging.
Watever la. Ok la... cukup rasa tapi black pepper tu banyak sangat.
Dah la tak tumbuk halus-halus.
Tercekik aku dengan lada hitam tu.


Ni je yang kitorang order.
Tak sedap pun tetap makan sampai habis.
Bukannya takleh telan langsung sebenarnya.
Boleh, tapi tak sesedap makanan kat kedai lain.
Takpe, next time pergi Restoran Azmi semula.
Aku pun teringin nak makan kerang rebus kat situ.
Nyumsss...


Khamis

Salam readers...

Selamat pagi!
Just short update pagi ni.
Kot-kot la tetibe nanti aku busy pulak.
Dah namanya secretary kan.
Busy tak kire masa.


Ootd - outfit of the day.

Amboihhh orang-orang opis aku kemain puji.
Yela, diorang jarang tengok aku pakai seluar pergi opis.
Nak harap hari Jumaat je la sebab boleh pakai casual.
Kalau hari-hari biasa, memang aku lebih suka pakai baju kurung.
Jati diri orang Ganu masih tak hilang lagi dari diri aku nih... gituuuu...
Poyoss sangat kann..

Jom kita mulakan kerja dengan aura yang positif.
Hari ni dah hari Khamis.
Esok Jumaat.
Lusa Sabtu, tulat Ahad, pastu Isnin opis tutup, Selasa pun cuti lagi sebab Awal Muharram.
Yeayyy!! Cuti 4 hari direct.
Bolehlah rehat puas-puas!
Yuhuuuuuu!!!

Wednesday, October 30, 2013

Musim hantu-hantu kah?

Salam readers...

Terbaca blog Kak Di tentang sihir dan langsuir.
Ada orang sampai mati eksiden dek nampak langsuir bertenggek kat wakaf sebuah kampung di Manir, Terengganu.
Hoihhh, Manir dengan rumah aku kat kampung tu sebelah menyebelah je ok.
Memang dekat sangat.

Tetibe teringat masa balik kampung minggu lepas.
Masa tu aku, daddy dan Misha singgah ke Giant lepas melawat nenek kat hospital.
Masa tu dah maghrib.
Kitorang pergi Giant pun sebab nak beli barang-barang nak buat aiskrim goreng.
Anak-anak sedara aku sibuk sangat nak makan aiskrim goreng.
Sian pulak...

Lepas balik shopping barang, kitorang dah tak singgah mana-mana dah.
Terus balik rumah.
Dah sampai rumah, memang dah jadi amalan kitorang satu rumah mengunci pintu pagar.
Bahaya kot kalau dibiarkan pagar terbukak.
Orang-orang kampung tu bukannya boleh percaya sangat.
Ramai yang drug addict.
Pencuri pun ramai.
So, sebagai langkah keselamatan memang kitorang akan make sure pintu pagar akan tertutup rapat.

Daddy dah parking kereta kat garaj.
Aku pulak pergi kunci pagar.
Misha temankan aku kat belakang.
Pastu tetibe Misha cakap,

"Angah, cepat sikit. Kat sini ada orang minyak..."

Aku dah macam... pffttttt!!!

Orang minyak??
Ok, ngeri disitu.

Cepat-cepat aku kunci pagar dan masuk dalam rumah.

Bila baca blog Kak Di tadi, tetibe aku terfikir.
Sekarang ni musim hantu keluar merayau ke?
Langsuir laa...... sihir cahaya api la..... orang minyak laaa...
Macam-macam hal.
Nak percaya pun rasanya macam tak nak percaya.
Tapi manakan pokok bergoyang kalau takde angin. Ye dak?

Ishhh... ngeri betul.
Nasib masa balik kampung aritu takde apa-apa yang berlaku.
Dah la aku tido sensorang kat ruang tamu besar tu.
Dibuatnya tetibe pocong berdiri depan aku, tak ke kejung aku jadinya??

Ok, meremang bulu roma tetibe.
Takuittt!!!




Nasi lemak mak FZ yang nyum nyum...

Salam readers...

Just nak kabo, raya haji ari tu kan FZ ada balik kampung.
Time dia balik KL tu, dia datang jumpa aku dulu kat opis.
Masa dia datang tu, aku tengah lunch dengan Mimy, Ika dan Kak Shy.
Kemain kelam kelibut aku berlari dari kedai makan kat opis sebab FZ tak tahu kedai yang aku makan tu.
Pastu dia pass aku something....

Aku ingat ape laa...
Rupa-rupanya nasi lemak dengan sambal telur yang mak dia masakkan untuk aku.
Karipap sardin pun ada jugak.
Yang mak dia jugak yang buatkan.
Pastu paksa-paksa aku makan time tu jugak.
Padahal aku dah makan nasik kat kedai makan tadi.
Dia cakap kalau aku tak makan, nanti basi.
Ishh....

Lelaki ni menggelabah tau.
Kalau setengah hari, mana nasi tu basi.
Kalau semalaman tu lain la citer.
Balik rumah after opis hour, aku panaskan nasi lemak tu.
Pastu makan sambil tengok tv.
Nyumsssss....


Boleh tahan la nasi lemak dia.
Sambal tu pedas gile....
Sampai mengalir air mata aku makan sambal tu.
Sambal telur tu mak dia masakkan lebih untuk aku simpan dalam fridge.
So lain kali boleh la aku panaskan balik dan makan dengan nasi putih.
Karipap tu pun sedap.
Pandai jugak mak dia masak... Tabik spring skali!

Ok, tu je yang aku nak citer.
Haha...

Kisah di HKL

Salam readers...

Berjam-jam duk pikir tajuk sampai ke sudah tak dapat-dapat.
Hoihh...
Ape ke susoh benor nok buakk tajuk neh?
Takpe, tinggalkan tajuk.
Kendian-kendian nanti baru pikir balik.

Sorry la lama tak berupdate.
Aku balik kampung minggu lepas uollsss... Sekarang dah ada kat KL dah.
Nenek aku tenat sekarang.
Kahak tersekat di kerongkong dan dada sehingga menyebabkan asma yang teruk plus 2/3 paru-paru nenek dah rosak.
Kalau diikutkan, keturunan kitorang takde yang kena asma.

Well, what to expect?
Nenek dah berumur 80+ tahun.
Orang tua haruslah sakit sana-sini.
Malah kita semua pun sedia maklum yang mati itu pasti.
Kita ni muda-muda pun belum tentu ajal bila, kan...

Semalam aku dah call kampung.
Mummy cakap nenek ok.
Dah start makan bubur.
Sebelum ni nenek takde selera makan sangat.
Nasi memang dia taknak telan langsung.
Roti pun makan sikit-skit je.

Tapi sebab mummy dah kata ok tu, so aku tenang la sikit kat sini.
Dah beberapa hari dah aku tido tak lena pikirkan nenek.
FZ suruh aku jangan fikir sangat sebab aku pun bukannya sihat sangat lately.
Dia kata itu baru nenek.
Kalu terjadi kat parent cemana laa aku agaknya...
Nak buat cemana kannn...
Dia la satu-satunya nenek yang aku ada.
Yang lain semua dah takde.

Alhamdulillah kesihatan nenek makin elok.
Hopefully dia akan segera sembuh.
Takmo sakit-sakit dah.

Ok, lupakan segala kesedihan yang dialami.
Hidup kena happy selalu. Barulah awet muda.
Tak gitu?

Baru-baru ni aku ada cakap aku pergi HKL buat check up.
Lately aku tak tahu kenapa aku rasa sesak dada. Semput orang kata.
Sesak yang melampau macam asma gitu.
Nak tido, bangun tido, duk relax.....
Sesak dada tu datang secara tiba-tiba tak kire masa.
Kompius dah aku.
Rasa cam nak mati pun ada.
Even kalau gelak sangat pun, mesti aku terbatuk-batuk sebab tak cukup oksigen.
Adehhh..... cemana nih?
Dah la aku memang suka gelak.
Orang tak buat lawak pun aku gelak jugak.
Cemana tuh?
Psiko gile.
Hahaha..... ha, tengok tu. gelak lagi.

Aku dah pergi check kat klinik panel.
Pastu doktor cakap aku stress.
Masa tu aku ingat betul la sebab aku memang stress pun.
Stress banyak kije plus tension dengan manusia-manusia yang buat kerja lembsss..
Aku ni pun lembsss jugak tapi bila ada due date tu reti la nak siapkan before due.
Ini tak.... due date semalam, hari ni baru hantar paper.
Yang kena bising nanti, aku jugak...
Kan stress kalu gitu.
Pastu kalau fail lambat sampai ke ape, pandai pulak kata aku lembsss.
Padahal dia yang buat kerja cam haram jadah.
Grrrr......
Eh, tetibe terluah perasaan kat sini pulak. Theheheh...

Tamat segala stress, aku ingat semput aku ni akan baik la..
Rupa-rupanya tak.
Paling teruk bila time nak tido.
Semput macam kena tindih gitu.
So, aku tak puas hati dengan result klinik panel.
Lagipun klinik tu bagi ubat batuk, allergic dan gatal tekak.
Padahal aku dah cakap dah aku bukannya batuk.
Even tekak aku pun takde pun rasa gatal ke ape.

Then, aku request kat FZ suruh dia bawak aku pergi HKL.
Kalau boleh nak check lagi.
Mane la tahu result lain kan.

Hari Rabu minggu lepas aku EL.
Tahu dah kalau pergi HKL mesti lama punya berkampung kat sana.
Dah la sesat barat masuk dalam tu.
Wad pesakit luar dah berpindah kat tempat lain.
Menggagau jugak la cari mana tempat tu.

Dah sampai je, daftar dulu pastu bayar singgit.
Nasib hari tu orang tak ramai sangat.
Sekejap je duduk, terus nombor giliran aku dipanggil.
Sebelum masuk jumpa doktor, kena check BP dulu.


BP aku - 168/77.
Attendant hospital tu cakap BP aku tinggi but not considered as unhealthy.
Nasib badan la kann...


 Lepas tu, baru boleh jumpa doktor.
Aku pun ape lagi, citer la macam-macam kat doktor.
Doktor check sikit-sikit, pastu dia cakap aku bukannya stress ke ape.
Sebab kalau stress, nafas aku takkan ada bunyi.
Time check tu, doktor dengar nafas aku berbunyi kuat.

Doktor bagitahu aku ada banyak kahak dan tekak aku pun dah mula merah-merah.
Plus saluran hidung aku pun dah bengkak sikit.
Doktor suruh aku masuk ke bilik sebelah untuk ambil ujian pernafasan dan kalau perlu, baru boleh amik nebuliser.

Masa buat ujian pernafasan, masa tu la aku semput.
So, memang fail la kann...
Terus nurse suruh aku duduk atas kerusi dan bagi nebuliser.


First time dapat nebuliser.
Best hoihh... Sejuk je...
Tapi aku tetap semput jugak. Ha, cane tuh?


Sebelah aku ada baby kecik dan mak dia.
Sian budak kecik ni.
Melalak-lalak takmo nebuliser sampaikan nurse kena tolong pegangkan baby ni.
Last-last nurse bedungkan dia, terus takleh gerak.

20 minit gak la aku buat nebuliser.
Pastu kuar bilik, nurse suruh rehat selama 20minit lagi.
Lepas 20minit, barulah masuk balik dalam bilik yang sama sebab kena buat ujian pernafasan lagi.
Kali ni ada peningkatan.
Alhamdulillah.
Terasa la berbeza sebelum dan selepas nebuliser tu.
Nafas rasa makin lancar je.

Then, barulah pergi ke farmasi hospital untuk amik ubat.
Aku dapat ubat cari kahak pil untuk kunyah dan pil untuk telan dan ubat batuk, just in case kalau aku tetibe batuk teruk.

Kitorang berkampung kat sana dari pukul 10pagi sampai 3 lebih petang.
Lama tuuu... Sebab tu aku amik EL.
Sian FZ tak makan minum sebab temankan aku kat sana.

Sekarang ni semput aku still ada.
Paling teruk bile time nak tido.
Cam semalam aku semput masa aku tengah tido.
Nasib baik aku boleh tahan.

Kadang-kadang aku pelik sebab aku sakit sana-sini tapi by the time pergi jumpa doktor, doktor cakap sakit biase.
Tapi aku yang sakit ni tahu yang aku bukan sakit biasa.
So, next aku akan pergi berubat cara tradisional pulak.
Just ikhtiar. Mane la tahu kalau ada apa-apa.
Kalau takde apa-apa, alhamdulillah. *Hopefully.





Tuesday, October 29, 2013

Orang tua

Salam readers...

Jagalah orang tua selagi hayatnya masih ada.
Tinggalkan segala urusan duniawi kerana ianya tidak akan selesai sampai bila-bila.
Tapi orang tua kita hanya ada seorang.
Hilangnya dia, tidak akan pengganti yang lain.

Tak susah pun nak jaga orang tua.
Lagi susah jaga anak-anak kecil sebab anak-anak belum pandai bercakap.
Tapi untuk menjaga orang tua, just tunaikan apa yang diminta.
Tu je.

Aku sangat terkilan bila melihat ada yang enggan menjaga orang tua.
Masing-masing dengan alasan sendiri.
Padahal ada pepatah yang menyebut, "nak seribu daya, taknak seribu dalih.."

Tak apalah.
Nak buat sesuatu mestilah dengan ikhlas.
Kalau buat tak ikhlas, baik takyah buat.
Tapi ingatlah, mudah saja untuk mendapat keredhaan dari orang tua.
Jagalah dia.
Mudah.

Wednesday, October 23, 2013

Check up

Salam readers..

Ni entri auto-publish.
Hari ni aku EL sebab nak pergi HKL.
Just nak buat check up.
Check up ape?
Ha, korang jangan nak speku lebih-lebih eh...
Aku tak pregnant ye...
Belum kahwin mana boleh pregnant.
Haiippp... piat bontot comel tu kang!

Aku just nak buat check up biasa.
Aritu dah pergi klinik panel kat opis.
Tapi rasa cam tak puas hati je dengan result dia.
So, kita pergi for the second option.
Mana tahu lain doktor, lain result dia..

Yela, doktor sekarang bukannya nak check betul-betul.
Dengar kita mengadu sakit itu ini, pastu check sikit-sikit je, pastu terus bagi ubat.
Kali ni aku tak puas hati sebab aku sakit lain, doktor bagi ubat lain.
Pfftttt!!
Ya, walaupun history family aku takde penyakit ni but who knows...
Zaman sekarang banyak penyakit pelik-pelik yang datang.
Tak kira dah ada family history ke ape..

But, don't worry kengkawan semua.
Nothing serious pun.
Aku just sakit biase je.
Aku still boleh gelak-gelak, gurau senda, usik hantu-hantu dengan housemate...
Paling penting, selera makan tetap mencanak naik.
Hehehe...

Tolong doakan aku semoga esok dan hari mendatang aku masih boleh bernafas dengan baik dan penyakit aku sembuh.
Amin... (*_*)v


Tuesday, October 22, 2013

Apa yang anda dapat dengan RM200 di Jalan TAR & Masjid India?

Salam readers...

Kisah sehari sebelum raya haji.
TM ada bagi cuti ganti masa Hari Merdeka aritu.
Tapi tu la.. raya tahun ni aku memang tak balik kampung.
Malas sebab cuti pendek sangat.
Hape ingat KL-Terengganu tu tak jauh ke?
6 jam perjalanan tau!

Tengahari Isnin tu, FZ nak balik kampung...
So, aku suruh dia hantar je aku kat Jalan Tar sebab aku nak shopping tudung.
Kengkononnye nak start pakai tudung la.
Sebelum ni kan aku on off je bertudung.
Ingat kali ni nak nekad betul-betul la pakai tudung ni..
Sebab rasa cam diri tu dah tua sangat dah.

FZ tak berapa nak kasi sangat aku shopping sensorang kat Jalan TAR tu.
Biasa la kan...
Kat situ kan ramai orang. Indon pon ramai.
Pickpocket pun berlambak kat situ.
Bahaya tau gadis-gadis jenjalan sensorang.
Tapi aku ni dah biase jalan sensorang kat area situ.
Lagi rasa bebas nak singgah memana.
Kalau tak, asik ikut bontot orang lain je.
Tapi kena selalu jaga-jaga la dengan handbag dan poket.
Takut nanti kena ragut atau tetibe je wallet hilang...
Takleh leka sangat.

Pukul 11.30 pagi, FZ hantar aku kat sana.
Then, dia terus bertolak balik kampung.
Seronok lerr tuh tinggalkan orang sensorang...
Sobsss.... T___T
Tapi takde la sedih sangat sebenarnya sebab tetibe je sebelum dia pergi tu, dia hulur seratus hengget kat aku.
Duit nafkah katanya..
Hahaha....... untung laaaa belum kahwin pon dah dapat duit nafkah.
Kahkahkah... ok, tak klaka.

Aku just bawak seratus hengget je.
Pastu campur pulak dengan duit yang FZ bagi tadi, jadi RM200 la..
Pergi sini takleh bawak duit banyak-banyak tau.
Nanti korang belanja tak ingat dunia.
Kad ATM pun simpan je kat rumah.
Takut nanti korang sibuk nak pergi ATM kuarkan duit.

Macam aku la...
Ingatkan nak jimat la.
Tapi yang ado la kannn...
Berhantu Jalan TAR ni tau.... setan banyak duk hasut suruh kite buang duit.

Memang sangat heaven kalau berjalan sorang-sorang.
Sebabnya kalau nak lalu kat mana-mana tempat yang sama 2-3kali pon, takde sape nak marah, takde sape nak merungut.
Dah lama kot aku tak merasa jalan sorang-sorang kat tengah bandar KL ni.
Mujur aku dah tahu jalan sekitar Jalan TAR dan Masjid India ni.
Takde la terkulat-kulat aku nak masuk lorong mana.

1st sekali, cari tudung...
Tak sampai setengah jam, aku dah rembat 3 helai tudung.
Pilih kaler basic je dulu.
Tak mau kaler-kaler yang striking sangat sebab dah tahu dah memang tak sesuai dengan aku.
Kena cari kaler yang gelap-gelap sikit pastu jenis kain tak licin.
Aku ni bukannya reti sangat pakai tudung.
Kang nanti bila nak makan tudung tersenget sana sini.
Rimas pulak.

Untung beli tudung kat sekitar Jalan TAR dan Masjid India ni sebab harga murah pastu masih boleh tawar-menawar.
Bayangkanlah, 3 helai tudung aku dapat dengan harga RM28 je.
Sedangkan harga tudung tu RM10 sehelai.
Kire untung 2 hengget tu dah ok la... 
Boleh buat beli tiket LRT balik nanti kann...


Ini je la yang aku beli...
Semua sekali RM60.
Dalam banyak-banyak tudung, tudung biru tu yang paling mahal.
Mahal tak mahal pon, harga dia baru RM12.

RM200- RM60 = RM140.


Jalan-jalan lagi, jumpa pulak kedai kerongsang.
Nak pakai tudung, haruslah kena ada kerongsang.
Beli yang murah-murah je.
14bijik kerongsang RM10.
Pastu aku amik jugak yang 6 bijik RM10 sebab kaler dia cantik-cantik.
So, untuk kerongsang aku habis RM20 je.

RM140 - RM20 = RM120.

Dah pusing banyak kali kat situ, perut rasa lapar pulak.
Lagipun time tu dah pukul 1 lebih.
Time for lunch!
Singgah kat Station Kopitiam kat atas ground floor Semua House.


Makan nasi goreng cili padi + milo ais + telur dadar.
Lupa dah berapa aku bayar tapi tak sampai RM15 pon...

Takpe, kita kira kasar je..

RM120 - RM15 = RM105.

Balance duit masih banyak lagi.
So, lepas makan sambung shopping lagi..
Masuk butik TopGirl kat dalam Semua House tu.
Aku suka shopping kat sini sebab pakaian murah dan berkualiti.
Pastu banyak saiz pakaian untuk orang-orang bersaiz badan kurus hinggalah chubby comel cam aku.
Hahaha... pasan comel tul!


Aku beli ini...
Office wear.
Aku jarang sangat pakai seluar pergi opis but why not if sometimes aku pakai...
Sekali sekala ubah penampilan...

Baju biru corak belang = RM39.90.
Seluar slack hitam = RM 49.90.

So, total RM89.80.
Kira ok la tu kannn...
Seluar tu memang sangat selesa pakai.
Kain pun tak panas.
Aku kan tak suka kain-kain panas ni. Rimas aii tau!

Eh, lupa pulak nak kira balance duit.

RM105 - RM89.80 = RM15.20.

Eh, masih ada balance laaa....
Tapi takpelah... cukup-cukup la tu shopping.
Kata nak shopping tudung kan.
Ni dah melalut pergi beli pakaian kerja bagai...
Ni la pompuan... jangan percaya kalau dia kata dia nak shopping barang A je.
Mesti dia akan shopping barang A, B, C, D.....
 Lelaki, please take note ye..Hahaha....

Ok, time balik kena merentasi bazar di Masjid Jamek.
Merentasi okeh... skema gile ayat. hahaha...
Ok, dah dah dah..
Sambung citer.
Rupa-rupanya sekarang ni musim Diwali.
So ramai la umat-umat Tamil Hindustan semua duk bukak bazar sekitar lorong tu.
Banyak gile kot barang yang diorang jual.
Kebanyakkannya sari dan gelang.

Dah lalu kat situ, haruslah aku pandang-pandang barang yang diorang jual.
Tetibe je aku tertarik nak masuk dalam salah satu bazar.
Tengok gelang-gelang yang diorang jual.
Teringat kat Alya. So, beli 1 gelang kat dia.
Gelang murah je... RM4.


Alya suka sangat dengan gelang ni.
Kemain sekarang ni dia duk asik pakai je...

Kira-kira duit baki :-

RM15.20 - RM4 = RM11.20.

Dah beli gelang, terus menonong je berjalan balik rumah tak pandang kiri kanan dah.
Rasanya dah cukup kot aku shopping aritu.

Beli tiket balik LRT dari Masjid Jamek ke Universiti RM2.

So, total duit yang tinggal ialah RM9.20.
Duit tu masuk dalam tabung. Hehehe...

Tu mujur aku bawak RM200 je.
Kalau bawak RM500, silap-silap aku masuk dalam Sogo kot.
Hahaha...
Tapi tu la, macam yang aku cakap tadi...
Kite kena pandai limit kan apa yang kita nak belanja.
Time shopping tu jangan bawak banyak sangat duit.
Takut nanti kita terlebih belanja.
Balik rumah ternganga-nganga pulak tengok duit takde.

Aku pernah jadi orang yang boros dulu.
Shopping tak hingat dunia.
Beli macam-macam even barang yang tak penting pon aku sibuk beli.
But now, aku tak nak la boros lagi.
Jimat kan bagus... untung kat diri sendiri jugak.
Kan?


Monday, October 21, 2013

Makan steak di Chop & Steak Kampung Baru

Salam readers...

Monday blues?
Aku tidak... sebabnya bos takde.
Hooreeyyy!!
Happy sangat la kalau bos takde.
Bukan sebab nak mengular ke ape, tapi sebab boleh buat kerja bebas.
Aku boleh sambung mengemas workstation aku yang dah berminggu-minggu tertangguh.

Lagipun, PA mana yang tak happy kalau bos takde?
Acu tanya mana-mana PA kat opis korang....
Kalau bos takde, diorang happy tak?
Kompem diorang cakap "HAPPY GILE!!"
Haha...

Throw back last 2 week.
Weken sebelum raya haji.
FZ bawak aku jenjalan sekitar KL.
Yela, nak amik hati katanya...
Dia kan nak balik kampung dari hari Isnin sampai Khamis.
Tinggal la makwe dia beraya sensorang kat KL ni.
Sobss...sobss...

Jenjalan di sekitar KL pada hari Ahad adalah sangat membosankan sebab traffic jam.
Dah mengalahkan hari bekerja.
Ni la masalah kat KL.
Traffic jam je manjang...
Ini cuaca elok. Kalau cuaca tak elok, lagi la jem.
Apa penyakit ntah driver kat KL ni.

Masalah paling utama kalau keluar berdating adalah cari kedai untuk makan.
Kalau FZ tanya aku, jawapannya kat Bangsar je la...
Aku mana tahu sangat kedai-kedai kat KL ni.
Plus tekak aku dan tekak FZ lain-lain.
Aku ni universal.
Dia tu tekak kampung.
Makanan western yang pelik-pelik sikit, dia takleh makan.
Kalau makanan Jepun tu lagiii la kann... seco'et pun dia takkan rasa.

Hari tu dia bawak aku pergi makan di Chop & Steak, Kampung Baru.
Rasa cam dah lama dah tak makan sini.
Teringin pulak nak makna steak.
Nyumsss...


Jus tembikai yang very the freshhhh...


Aku pulak minum air laici je.
Sedapp...
Gelas pulak bapakk besar kan... kenyang air je la gamaknye.


Yang ini beef steak.
FZ punya..


Yang ni pulak rib steak, aku punya.
Pinggan punyalah comot tukang masak yang hiaskan.
Kalau masuk Masterchef US ni, kompem dah kena kutuk kaw-kaw.
Silap-silap dah kena singkir pun.
Tapi apepun, rasa steak tu tetap terbaekk...
Masak tapi still juicy.
Dan yang penting tak bau hamis.

Tengok gambar-gambar ni rasa cam teringin nak makan steak lagi..
Nyumsss......








Thursday, October 17, 2013

Karaoke di E-box Endah Parade

Salam readers...

Pusat karaoke yang murah dan best yang pernah aku pergi.
Lagu up to date, sound system ok, harga pulak murah.
Cuma 1 je la, makanan dia limit. 1 makanan 1 minuman untuk seorang.
Tapi what do u expect?
Harga RM15++ selama 3 jam + makanan + minuman.
Kira ok la tu kannn...

Kitorang pulak dah lama tak karok.
Yela, 2 minggu tak sumbang suara kire dah lama la kann...

Endah Parade ni tak femes pon.
Tapi kat dalam mall ni ada Aeon Big, ada court badminton, pusat bowling, pusat karaoke.
Pusat karaoke ada 2.
E-box satu, dan Pusat Karaoke Keluarga satu.
Pusat Karaoke Keluarga tu mahal sikit. Aku tak pernah pergi pon.
Yela, aku dah selesa pergi ke E-box.


Pakaian aku hari itu.
Simple jek...
Baju RM15, beli kat kedai sekitar Jalan Tar.
Seluar jeans beli time sale.
Handbag beli kat lelong.com.


Handbag tu memang aku berkenan.
Besar dan kaler cantik.
Terus grab sebijik.
Memang aku recommended sangat beli handbag dalam lelong.com sebab tak menipu, cepat sampai dan penerangan tentang barang tu tepat.
Yang penting harganye pon murah.
Eh, tatau la kenapa akhir-akhir ni aku suka sangat dengan barang murah..
Jimat katanya..


3 jam tu kire dah lama sangat dah sampai tatau nak pilih lagu apa dah nak nyanyi.
Aku dan FZ siap pilih lagu omputih, melayu, hindustan lagi...
Mujur la tak nyanyi lagu tamil.
Kalau tak, pengsan la orang-orang kat bilik sebelah.


FZ suruh aku delete gambar ni.
Dia kata amik gambar ape camni tengah dia tarik suara.
Hahaha... aku ape ada kisah kann?


Ni la yang dikatakan fokus.
Menyanyi tak ingat dunia sampai aku snap gambar dia pun dia tak sedar.
Hehe..


Sempoi tak aku nyanyi?
Ate nyanyi lagu sedih kan...
Harus la fefeeling sedih.


See...see...see!
Relax je mata tengok skrin, tangan duk tekan-tekan remote cari lagu lain.
Eh, mana cukup nyanyi satu dua lagu je kann....
Haruslah nyanyi banyak-banyak lagu sampai kering tekak...
Huhuhu...

So, inilah aje kisah hari Sabtu minggu lepas.
Dah macam entri promote e-box pulak kan...
Hehehe....


Address E-box :-

Tingkat 5, Endah Parade Shopping Complex,
Sri Petaling.

(Dekat je dengan stadium Bukit Jalil)



Wednesday, October 16, 2013

Singgah di The Warung

Salam readers...

Last week punya citer.
Kebetulan Selasa minggu lepas ada masa terluang sikit time lunch.
Pastu aku ditugaskan untuk beli barang-barang pantry opis.
Sebelum pergi, check dulu makanan apa yang dah habis.
Opis aku ni kurang makan biskut-biskut.
Tapi diorang suke minum air panas.
So, macam-macam jenis 3 in 1 laa yang aku beli.
Teh boh, teh susu, milo, nescafe plak macam-macam jenis. Mild ada, rich ada, regular ada...
Kopi pun sama... macam-macam jenis yang aku beli.
Paling penting maggi cup kena beli banyak-banyak.
Sebab kadang-kadang bos aku tak kuar lunch, dia makan maggi je.
Nasib bos tak cerewet.
Dia makan je maggi perisa apa pun.

Aku beli barang-barang kat Aeon Big, MV.
Dah alang-alang pergi MV, aku bagitahu la FZ yang aku nak makan kat The Warung.
2nd time makan kat sini.
Kali pertama dulu datang sebab nak makan nasi tumpang.
Tapi time tu dah petang, so nasi tumpang dah habis. T____T


Kenapa pulak lengan FZ berbintat-bintat lak dalam gambar ni?
Padahal takde pun macam tu....


Terpakse pose tutup pipi sebab tembam sangat.
Hehehe...


Deko di The Warung.
Sangat tradisional.


Meja dan kerusi pon sempoi je...
Ala-ala warung kat kampung-kampung.
Cuma beza kat sini ada aircond.
Hehehe...


Datang sini, kena order kat kaunter.
Pastu kena bayar terus.
Then, barulah cari tempat duduk.
Nanti makanan diorang yang akan hantar.



Teh o ais FZ punya.
Teh ais aku punya...
Dua-dua airnye sedap...


Nasi ikan cili padi.
Ikan dia...nyumsssss...........lembut je.
Sedap. Kena dengan tekak aku.
Tapi nasi ni FZ punya.
Dia tu biase laa... sikit-sikit suap aku.
Aku cakap taknak pun, dia still suap. Ishhh...


Ni la menu istimewa aku...
Nasi tumpang..
Macam kon aiskrim lak...
Tak sabar nak makan nih...


Tadaaaaa...
Nasi tumpang 11 layer.
Ada serunding, ada telur dadar, ada sambal, ada timun, ada rendang, ada macam-macam la...
Lupe dah.. Hehehe... 
Tapi semua sekali ada 11 lapisan.
Sedaapppp!
Nasi pun panas-panas lagi.
Nampak je macam sikit tapi bila makan, penuh perut aku ni ha...


Total semua = RM28.15 je.
Murah la tu untuk makan lunch.
Sedap lak tu..
So, tak rugi la datang makan kat sini.

Cuma 1 je la, nasi tumpang tu cepat habis.
Kirenye this time aku bertuah la sebab dapat makan nasi tu.
Bukan apepun, just nak merasa kann...
Kalau nak makan nasi tumpang, datang awal-awal ye.

Ada omputih duk kat sebelah meja aku, dia pun makan nasi tumpang tau.
Terkial-kial dia nak bukak bungkusan nasi tu.
Hahaha...


Awal

Salam readers...

Tajuk tu takde kena mengena dengan scha-awal yang very the p*y* tu ye...

Aku just nak bagitahu aku dah sampai opis!
Awal dari biase la aku sampai hari ni.
Dah macam satu kejayaan besar lak sampai opis awal.
Hahaha... jakun sungguh!

Biasenya aku bertolak kuar dari rumah kul 7.50-8.00 pagi camtu.
Ate rumah dekat benor dengan tempat kije kan...
Pastu ada driver lak tu... Beli tiket je 70sen pastu tunggu driver sampai dalam 2-3minit.
Pastu tak sampai 2 minit dah sampai opis.
Takyah dah fikir pasal parking opis yang selalu full tu.

Aku datang awal ni pun bersebab.
Kena buat kerja berlambak.
Waaaaa.... matik laaa...
Meeting kul 10pagi. Fail pun tak distribute lagi.
Last week nak hantar, tengok-tengok sume orang dah balik.
Mood raya katanye.
Sume orang balik sharp kul 5.
Takpelah. Nak buat cane kan...

Ok la... aku dah nak start buat kije ni.
Ada masa, aku up entri lagi ye.
Chow cincau!

:)

Tuesday, October 15, 2013

Salam aidiladha dari perantau

Salam readers...

Tajuk takleh blah macam kann duk jauh benor.
Hahaha...

Aku update di tengah malam.
Maklum laa kebosanan duk rumah sensorang.
Housemates lain semua dah balik kampung.
Tinggal la aku tercongok sorang diri dalam bilik ni mengadap tv tunggu nak tengok citer 'My bloody Valentine'.
Aku kan suke citer seram-seram bunuh ni...
Psiko gile kan..
Hehehe...

FZ pulak dah selamat jugak sampai di kampung petang tadi.
Kalau dia ada, esok kompem la aku kuar.
Tapi sekarang ni dia dah takde, so aku just duk rumah je la kot.
Tak pun pergi jenjalan sensorang ke MV.
Owh, siang tadi seronok jugak jalan-jalan sensorang kat Jalan Tar.
FZ hantar aku kat depan Globe.
Pastu dia balik Johor, aku lak pergi jenjalan cari tudung murah.
Dah lama sangat dah aku tak shopping tudung.
Yela, aku kan free hair.
Kat opis je pakai tudung.
But, hopefully kali ni aku pakai tudung terus laa...
Dha shopping banyak tudung tadi.
Entri pasal tu lain kali aku upload eh.

Esok hari raya aidiladha.
Kemain mummy bising sebab aku tak balik.
Aku nak balik cane.... cuti sekejap je kott...
Ingat naik bas tu tak penat ke walaupun duk saje.
Kemain dia membebel macam salah besar aku tak balik.
Haihhh laaaa... mummy...mummy....

Memang dari awal aku plan taknak balik raya kali ni sebab aku nak rehat puas-puas.
Hari kerja aku dah penat sangat-sangat.
Balik pon lewat.
So, biarlah hari cuti ni aku betul-betul cuti.
Makan-tido-makan-tido.
Kan best....

Aku tengok dalam FB ramai je kengkawan aku yang tak balik kampung.
Yela, kat KL ni cuti raya sehari je.
Kalau kat Terengganu, Kelantan, Kedah, diorang semua cuti 2 hari.
Bestnya dapat cuti lama kan...

Ok, sempena raya kali ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada keluarga, sahabat handai dan readers semua.
Jangan dilupa amalan mengagihkan daging korban ye.
Aku tengok amalan ni dah semakin dilupakan terutamanya di bandar-bandar.
Tetibe teringat masa kecik-kecik dulu daddy selalu bawak aku tengok orang melapah daging korban kat kampung nenek.
Seronok ok...


Salam aidiladha.
Maaf zahir dan batin.


Thursday, October 10, 2013

Ahad yang busy

Salam readers...

Selamat pagi!
Hari bekerja, sibuk bekerja di opis.
Sehari suntuk bertungkus lumus siapkan kerja yang berlambak kat opis.
Kije yang takkan habis sampai bila-bila....
Balik rumah, duk melepek dah rehat baring atas katil.
Pakaian yang dah berlonggok dalam bakul dipandang sebelah mata je.
Nak masukkan dalam mesin basuh pon malas...
Yela, bila pakaian dah dicuci, kena sidai pulak.
Penat... penat.

Weken pulak bukannya boleh rehat semata-mata. Betul tak?
Time weken la baru sibuk uruskan hal rumah.
Cuci pakaian, kemas rumah, gosok baju...

Ni cara-cara orang bujang...
Kalau dah kawin nanti tatau la cane.
Penat teramat kot...
Silap-silap rumah pun jadi tongkang pecah.

Macam hari Ahad lepas.
Aku busy gile dengan hal rumah.
Celik mata je dah pukul 10 lebih.
Bujang trang tang tang cam aku ni boleh la bangun lewat sikit kann...
Tergolek atas tilam kejap sambil fikir nak makan ape untuk lunch.
Pastu, bangun pergi dapur tengok lauk-lauk yang ada.

Dan inilah makanan lunch aku...


Sardin + telur dadar + chicken fingers.. Pastu makan dengan nasi panas-panas.
Nyumssss......

Masak sendiri adalah best sebab kompem kenyang.
Kalau tak kenyang, nasi tu boleh tambah lagi.

Dah makan semua, time to lipat pakaian yang baru je diangkat dari ampaian.
Banyak ohhh dah macam anak saploh orang.


Tengok-tengok...
Ini baru sebahagian tau.
Ada lagi pakaian kat ampaian tu.
Aku angkat sikit-sikit je dulu.


Sebahagian pakaian dan tudung yang dah dilipat.


Lipat pakaian sambil tengok citer hindustan.
Hoihh... dah lama kot tak layan hindustan.
Ari tu Ntv7 tayang citer Humraaz.
Padahal citer ni dah banyak kali kot aku tengok.
Siap ada dvd lagi.... but still nak tengok jugak dalam tv.
Hahaha....


Wajah bibik pada hari tu.
Pucat lesi muka macam tak mandi lagi.
Padahal dah mandi dah.
Lepas mandi pakai baju tido balik.
Haha...

Oh, ari tu aku jumpa uban kat atas kepala. 
Depan-depan lak tu...
Pastu penah la aku suruh FZ carikan uban kat tengah-tengah kepala... ada la 2 urat yang dia jumpa..
Patut la aku rasa cam gatal semacam.
Bila digaru, takde lak kelemumur.
Aku suruh jugak FZ intai kot-kot ada kutu.
Pun takde...
Ish... kalau ada kutu, aku sanggup botakkan kepala aku nih.

Dah lipat pakaian, masa untuk bersantai kejap...
Amik napas katanya...


Makan pretzel stick dengan nutella sambil tengok tv.
Nyumsss.....


Sambil tu bukak tab main congkak.
Hehehe...

Ini la game kegemaran aku sekarang.
Aku terjumpa game ni mase godek-godek dalam play store.
Terus la aku install.
Best......

Dulu masa duk kat kampung, aku selalu main congkak.
Pro kot..
Sekarang ni je dah tak reti.
Dah lama kot tinggalkan permainan congkak ni.

Pastu kemas bilik sikit.
Dah tengok bilik kemas, pergi kemas dapur lak...
Tengok-tengok penuh 3 beg sampah besar.
Kompem la malas nak angkut buang dalam tong sampah kann...
So, call Indon blok sebelah upah saploh hengget suruh dia pergi buang sampah.
Berat kot sampah-sampah tuuu....
Tak larat kot nak pergi buang sensorang......... plusss......malas. hehe...

Malam baru kuar dengan FZ.
Itupun pergi makan je.
Lapar sesangat dah. Penat lak tuu...

Macam biasa kitorang makan kat Yusof Tomyam Bangsar.
The best tomyam in town.
Takde lagi kedai makan yang hidang tomyam sesedap kedai ni.
Tak caye, acu try sendiri.
Kedai ni sederet dengan kedai mamu kari kepala ikan yang femes tuu...
Kedai mamu kat hujung belah kanan tapi Yusof Tomyam ni kat hujung sebelah kiri.

Sementara tunggu makanan sampai, kita snap-snap dulu...




Dah habis makan, baru la teringat nak amik gambar makanan.
Hahaha... kebuluq sungguh.
Dapat makanan je dah tak ingat apa-apa dah...

Then, terus balik....
Bajet nak tido je terus. Tapi tak boleh...
Elok je mata cerah sampai dekat pukul 2 pagi still tak tido-tido...
Dah la Isnin tu nak kije.
Geram jek dengan mata nih.
Time weken sibuk nak tido awal.
Bila hari kije, pepandai je buat tak ngantuk. Grrrr.....

Oh, lupa nak habaq.
Pasni FZ akan ditukarkan ke Kompleks Sukan Bangsar.
Sebelum kenal aku, dia pernah kerja kat sana.
Pasni mungkin dah jarang dah boleh kuar dating sebab jadual kerja dia lebih padat sikit.

Aku tak kisah laa..
Dah namanya tuntutan kerja.
Cumanya aku ralat sebab sepatutnya orang lain yang ditukarkan.
Tapi last-last FZ yang kena sebab kes kawan tikam belakang.

Takpelah...
Nak buat cane kannn....
Manusia ni rambut je sama hitam.. tapi hati lain-lain.