Tuesday, December 31, 2013

Happy new year!!

Salam readers..

Today is the last day in 2013.
Too much happiness and pain memories during 2013.
Tetibe cakap omputih berterabur pulak kannn....
Poyo laa... haha...

Ok laaa... 
Macam-macam memori ada...
Tapi itulah kehidupan kan...
Sentiasa ada pasang surutnya.


So far, kenangan yang paling aku takleh lupa is berkenaan dengan kerja.
Bos aku dulu kan jenis pembengis gituuu...
Pantang silap sikit, melenting maki hamun aku...
Perghhhh...  trauma aku jap.
Tapi bila diingat balik, worth it jugak pengalaman aku menjaga dia selama 2 tahun 2 bulan.
Banyak benda yang aku belajar sepanjang menjaga dia.
Trauma tu trauma la...
Tapi ilmu yang dia bagi tuu sangat bernilai.

Kenangan buruk aku yang lain is my last birthday.
Kak Long je yang wish..
Parent, adik beradik sume tak wish..
Sentapp hoihh!!! Rasa macam anak terbuang gitu... sobss...sobsss...
Terus merajuk sampai sekarang.
Hari tu daddy call sebab dah sebulan lebih aku tak call kampung.
Dia tanya kenapa dah lama tak call.
Aku jawab la aku merajuk.
Daddy gelak je... adoiii...
Mesti daddy gelak sebab baru dapat tahu anak perempuan bongsu dia ni hati tisu..
Hahaha...
Tak kire..tak kire... aku nak merajuk gak!
Sentap!

Kenangan manis..... banyak kot.
Tak terkira.
Salah satunya pergi kursus secretary dan lepas tu terus dapat networking yang besar di kalangan secretary TM.
Kalau tak kerana kursus tu, memang aku tak kenal ramai secretary kat sini sebab nature of job aku ni kena banyak buat kerja dalam opis dan depan PC.

And the best part is aku dapat housemate yang best-best dan sekepala.
Kadang-kadang balik rumah dalam keadaan tension, tapi bila ada diorang terus aku jadi happy sebab diorang ni pandai buat lawak spontan.
Plus, kalau bab tengok tv, mesti favorite channel yang sama.
Walaupun ada jugak housemate yang alim-alim kucing tapi perangai hampeh, yang tu aku ketepikan laaa...
Dah ramai manusia yang jenis tudung labuh, lengan baju labuh siap pakai inner, berstokin kononnye menutup aurat, tapi rupanya perangai mengalahkan orang yang pakai sleeveless dan free hair.
Bukan sorang dua yang aku jumpa jenis camni, dah ramai.
So, ketepikan.
Biarlah diorang dengan dunia "mulia" diorang tu.

Tahun 2013 jugak genap usia 3tahun hubungan aku dengan FZ.
Sekejap je dah 3 tahun.
Kawennye takk... asik kapel je. Haha..
Takpe, tak sampai seru lagi tuu....
In sha ALLAH satu hari nanti jodoh aku akan sampai jugak.
Aku yakin!

Tahun 2013 ni jugak mencatat sejarah dimana aku sempat ganti puasa Ramadhan sebelum masuk tahun 2014. 
Aku rasa ini kejayaan terbesar aku.
Yela, macam tahun-tahun lepas, liat kemain aku nak ganti puasa.
Tapi tahun ni alhamdulillah, semua dah settle.
Masuk tahun baru je dah tak yah risau dah pasal nak ganti puasa.
Lepas ni puasa sunat la pulak.
Memang azam tahun baru aku untuk memperbanyakkan puasa sunat.

Azam aku untuk tahun 2013 is nak kurus.
Failed!! pttuihhhhhhh sangat!!!
Ape ke liat benor laaaa lemak-lemak kat badan aku ni...
Tapi tu laaa... aku tak beringat untuk makan.
Selagi boleh telan, aku telan.
Selagi tak perut kembung, selagi tu aku makan.
Tak sayang body betul la!

Takpe, kite carry forward azam 2013 ke tahun 2014 pulak. 
Tengok menjadi ke idokk..

Today is new year eve.
Aku tak plan nak kuar ke ape.
Just duk rumah je kot.
Kalau keluar pun serabut je. Tahu je la kat KL ni kan...
Jalan jem sana-sini.
Plus ada "Perhimpunan Turun".
Hoihhh... spoil mood new year betul la diorang ni!
Ataupun diorang ni saje je gunakan isu politik... padahal memasing nak sambut new year sebenarnya...
Hek elehhh... Sibukk je tau!

By the way, happy new year all!


Hello 2014!
Please be nice to me... :)
And good bye 2013!

Monday, December 30, 2013

Material kain kegemaran

Salam readers..

Aku just nak share citer.
Last year aku ada attend kursus setiausaha selama 3 bulan lebih.
Banyak modul yang aku belajar.
Salah satu modul yang aku suka ialah modul Personal Grooming.
Dari modul tu aku dapat tahu apa personaliti aku, ape color yang sesuai untuk aku.

Color aku adalah cool winter.
Which is, color yang sesuai dengan aku adalah color yang terang tapi tak terlalu striking.
Kaler oren, merah, hijau epal memang aku tak sesuai langsung.
So, jangan pakai.


Personaliti aku pulak adalah elegan klasik.
Knowing elegant, haruslah material design plain.
Kalau ada corak pun sikit-sikit atau transparent. Tak boleh design yang sarat barat.
Klasik pun sama.
Design classic biasenye design floral.
Tapi bila gabung dengan elegant, elemen floral tak boleh banyak sangat.

Aku pulak jenis badan berisi.
Haihh... bila la nak kurus balik ni?
Makin hari makin bambam pulak...
So, kain jenis lycra adalah sangat tak sesuai.
Lycra kan jenis kain yang melekat kat badan.
Memang nampak la segala-mala spare tyre aku nanti.
No..no..no...
Lemak-lemak itu harus disembunyikan..

Material yang paling aku suka ialah chiffon.
Lembut je kainnya...
Corak pun banyak yang cantik.
Dulu-dulu aku biase pakai kain chiffon yang bercorak floral penuh.
Serius rasa cam kampungdotcom.
Color pulak striking dan tak kena dengan warna kulit.

Kite kan pompuan.
Mestilah kita tahu mana kain yang sesuai dengan tak sesuai dengan kite kann...
Kalau kita rasa tak confident je dengan kain tu, takyah beli.
Kompem-kompem bila kite pakai kain tu nampak tak lawa.

Mase cuti last Wednesday sempena Christmas tuuu, aku ada la pergi Jakel kat Jalan Masjid India dengan Kak Long.
Entri ni aku update later eh.

Berbekalkan ilmu personaliti yang aku ada, aku pilih la kain-kain yang sesuai dengan aku untuk dibuat baju raya yang akan datang.
Aku memang cenggini tau.
Beli siap-siap kain pasang.
By the time balik kampung raya cina nanti, baru hantar tailor untuk jahit.
Sekitar bulan 4, baju dah siap. Kebetulan time tu bonus aku baru dapat.
So, bayar upah tailor dengan duit bonus tu.
Ok tak plan aku? Hehehe...

Mase pergi Jakel tu, aku pilih 2 pasang kain.
Dua-dua jenis chiffon embroidery.
Ni memang material kain yang paling aku suka.
Sebabnya aku tak perlu dahh upah jahit manik ke ape..
Baju siap jahit je, terus boleh dipakai.

Macam yang aku cakap tadi, aku tak boleh pakai yang sarat barat sangat.
Cukup corak floral yang sikit-sikit je.


Kain yang aku pilih lebih kurang camni.
Ada sulam dan kerawang di bahagian bottom kain.
Bahagian atas adalah plain.
Buat kurung moden singkat pun lawa sebab boleh menyerlahkan kerawang kat bawah tu...
Kan nampak klasik bila ada kerawang camtu..

Color yang aku pilih untuk diri sendiri tahun ni ialah cream.
Cream ni takde la cream pucat sangat. Sebab ada mix dengan gold and brown.
Memang in la dengan fashion sekarang sebab guna pastel color.

Kalau orang yang berkulit gelap, memang tak sesuai sangat pakai pastel color sebab nanti warna kulit jadi dull.
Nasib la kulit aku ni sedang-sedang je...
Tak cerah, tak gelap..
Susah jugak ohh nak matching color pakaian dengan warna kulit.


Lagi sehelai kain aku pilih chiffon embroidery jugak.
Color cream mix with dark grey and ice pink embroidery at the bottom.
And plain design at the top.
Gambar kat atas tu contoh je...
Kain aku lain corak dia.
Yang ni mungkin aku akan pakai on 1st day raya.
Belum decide lagi design baju ape..
Nak tengok saiz body aku jugak ni. Body aku kan cepat mengembang.

Tu la... bila dah pilih kain, haruslah kena pilih tudung pulak.
Confirm pening kepala nak pilih warna tudung.
Aku memang fail sikit bab pilih tudung ni.
Tapi yang penting takmo dah tudung instant.
Pakai shawl atau bawal chiffon je laa nanti.

Korang suka material kain ape?
Kongsi laaa...
:)



Thursday, December 26, 2013

Tudung

Salam readers...

Selamat pagi! 
Amboii... Thursday blues kah?
Mesti liat nak bangun tido pepagi ni kann...
Semalam cuti Christmas. Hari ni kena kije lagi.
Aku ni kalau balance cuti banyak lagi, kompem aku cuti hari ni dan esok.
Dapat direct sampai Ahad.
Uihh,,, indah sungguh kalau cuti tapi gaji jalan. Hehehe...

Weken aritu aku just duk rumah.
Tatau nak gi mana.
Bila duk rumah tu, reti la pulakk tangan ni menggatal nak mengemas.
Tetibe datang pulak angin rajin.

Kemas bilik tidur adalah keutamaan aku.
Sebab kebanyakkan masa aku dirumah akan dihabiskan di dalam bilik.
Kat situ laa ada tv, ada laptop, ada katil...
Selalunya aku akan makan dalam bilik jugak sebab kat ruang tamu aku tu kosong.
Takde ape.
Bilik tidur aku ni umpama rumah kecik aku.
Kat situlah aku buat macam-macam.
Duk rumah sewa macam ni la..
Hidup sendiri-sendiri...

Hari tu aku cuci pakaian, lipat pakaian, menyapu, lap lantai, lap habuk-habuk atas almari semua...
Fuhhh... penat hoihh walaupun kemas bilik je.
Kipas siling pulak aku tak larat nak bersihkan plus aku mane la sampai nak capai kipas tu.
FZ janji nak tolong bersihkan tapi sampai ke sudahh tak buat.
Janji ntah kemana.. Lelaki kan memang camtu..
Terima je laaaa.... T____T

Dah tengok bilik kemas sikit, barulah lega.
Pastu teringat tudung-tudung dalam laci tu berterabur tak bersusun.
Masih larat lagi nak mengemas walaupun badan dah berpeluh-peluh.
So, susun balik tudung-tudung tu elok-elok.
Susun ikut color.
Boleh tengok color ape yang banyak, color ape yang sikit.


Favorite aku adalah tudung bawal.
Sekarang ni kekadang aku pakai shawl.
Koleksi shawl masih tak banyak tapi akan ditambah dari mase ke semase.
Ate deme dah start pakeii tudung khennn...


Dah namanya pompuan...
Color pink mesti banyakk... lepas ni kena stop beli tudung pink.
Beli kaler lain pulak.

Next month parent aku akan datang KL.
Sah-sah la diorang akan jenjalan kat Jalan TAR tu.
Dah alang-alang jenjalan kat situ, boleh la aku borong tudung kaler yang aku takde...
Yeayyy!!

Aku dah takmo beli tudung fareeda ke, ariani ke... atau tudung instant lain.
Sebab aku rase tudung instant ni buat muke aku jadi nampak tua.
Walaupun aku dah berumur 28tahun, but still lagi perasan muda. Huahahaha...
Eh, belum sampai 3 series lagi okeh.



Hari Isnin lepas terus pose dengan tudung yang dah lama tak pakai.
Sebelum ni aku rasa kaler oren cam tak sesuai je dengan aku.
Tapi bile tengok gambar ni... macam sesuai la pulak..
Ke sebab efek camera 360?
Hahaha...

Tuesday, December 24, 2013

Esok cuti!!

Salam readers...

Seronok lerr tu memasing sebab esok cuti kann...
Ape plan korang?
Yang ada family, mesti plan nak keluar bersama-sama family kann..
Bawak anak-anak kuar jenjalan...
Yang bujang, maybe ada hal tersendiri.

Kalau aku, aku tatau lagi nak buat ape.
Maybe duk rumah, maybe kuar dengan FZ...
Entahh... sebab esok FZ kije jugak sampai petang...
Hoihh... tensi mak!
Asik kije jeee...

Sejak dia dah bertukar ke Bangsar ni, jadual dia dah berubah.
Dah tak cater lagi dengan jadual aku.
Tapi hari Sabtu memang wajib keluar.
Tak kisah la pergi mana-mana pun.

Tapi aku duk terfikir jugakk...
Esok nak pergi mane ehhh??
Mane tempat best eh??
Aku ingat nak massage. Badan dah sakit-sakit sangat nih.
Nak-nak bahagian pinggang.
Bisa je rase.
Ni semua sebab tilam sebab dah mendap sikit.
Posisi tidur jadi tak kena...
Sebab tu sakit pinggang tuu...

Esok ingat nak masak jugakk...
Lauk dah beli last weken.
Search google la nanti nak masak ape dengan lauk yang ada tu.
Sesekali jadi mak jemah duk dapur, takde salahnya kann...
Nanti kot dah kawin takde la kekok nak bagi laki makan.

Eh, mengomel banyak pulak aku petang-petang hari ni...
Aku sebenarnya tengah tunggu FZ datang pick up.
Tak sampai-sampai pun lagi.
Jap lagi singgah kedai roti beli roti 2-3 jenis buat alas perut.
Hari ni aku puasa.
FZ pulak kerja.
So nanti time berbuka makan la roti dulu.
Bila dia dah settle kije, barulah pergi makan kat kedai makan Yusof Tomyam tu.
Dah lama tak makan kat situ...
Rindu tomyam dia.
Nyumssss....!

Babai korang....
Esok takde entri.
Cuti kannn....
Tunggu Khamis ni. Awal-awal lagi akan ku update.

Salam dan selamat bercuti!
Ho.... ho...hoo!!!

Si comel

Salam readers...

Hari tu aku dan FZ ada buat photoshoot untuk Alya.
Dia pulak makin hari makin pandai posing.
Tak padan ngen kecik.
Sape laaa yang ajor tu yeeee......

Kitorang tak pergi jejauh pun.
Just pergi ke Tasik Titiwangsa je.
Time tu pulak still awal pagi.
Cuaca pun takde la panas sangat.
Memang elok sangat la tuh.




Ni je yang aku mampu upload.
Ada banyak lagi sebenarnya tapi tempat same je...


Eh, tetibe gambar tuan tanah terselit pulak. Hehehe...

Bila tengok gambar-gambar ni, rase cam sekejap je dia membesar.


Tecit-tecit lagii dah dibawa jenjalan ke KLCC.
Saje amik angin luar.


Dia ni tido buas.
Ikut suka dannn dia je nak tido cemana. Tertonggeng sana sini. Heheh
Dah la kuat berpeluh.
Pasang kipas kuat cemana pun, tetap berpeluh.
Jenuh aku nak lap peluh dia tu...


Dia ni takde la nakal sangat.
Dulu-dulu kalau aku bawak dia pergi shopping beli barang-barang dapur, aku letak je dia dalam troli.
Main laa dia dengan barang-barang yang aku nak beli tu.


Pastu dia ni ikut kata.
Kalau aku kata tak boleh, dia tak buat laa...
Tapi bile ada orang ramai, kekadang ade jugak dia buat perangai gedik sebab nak tarik perhatian orang.


Sebab tu kekadang aku ada bawak dia datang opis aku.
Dia memang behave.
Tinggalkan dia sekejap dengan opismate pun, dia tak kisah.
Tapi kalau lama-lama tinggalkan dia, dia akan cari aku jugak...

"Ane umi?" (mana umi?)

Sekarang ni kan dia dah pandai cakap.
Kalau keluar jenjalan ke mana-mana, mesti aku akan sembang dengan dia.
Takde la aku nak diam je dalam kereta.
Kat KL ni kan banyak advert board kat tepi jalan.
Katelah aku nampak ada iklan makanan, aku biasenye akan cakap,

"Umi nak tuuu.... baby tak lehh.."

Pastu kebanyakan kalinya dia akan jawab,

"Mane lehhh... nanti ye angkap mi..."

Aku : Siapa tangkap?
Alya : Olishh... (polis)..
Aku : Nanti umi nangis, ha cane?
Alya : Nanti aya pukkk olishh... (nanti alya pukul polis)

Macam-macam laa...
Sembang dengan budak memang best kann...
Kalau kite tak faham ape yang dia cakap, nanti kite tanya dia banyak kali.
Bila dia jawab banyak kali, tapi kite tak paham jugak, dia akan sentap.
Bila dia sentap tu yang klaka sebab sampai ke sudah dia takkan bercakap dengan kite dah..
Hahaha...

Budak-budak memang macam-macam ragam kan...




Monday, December 23, 2013

Selamat pengantin baru, Leen!

Salam readers...

Oh myyy, sangat monday blues hari ni!
Bayangkanlah tadi aku tak terjaga dari tido.
Tau-tau je dah pukul 7.30pagi...
Terus bangkit dari katil meluru ke bilik air..
I is dah lewat uollsss!!
Mujur la time tu Kak Siti tak guna lagi bilik air.
Kalau dia dah start mandi, berjam la nak tunggu dia keluar.
Sampai je opis, bos whatsapp bagitahu dia masuk lewat sebab ada hal.
Pfffttttt!!!! 
Kalau aku tahu macam tu, takde la aku cepat-cepat bersiap tadi.
Boleh la aku berak-berak dulu ke..... 
Berangan-angan puteri mandi dalam bilik air tu ke walaupun dah macam badak berendam kannn...
Waaaa....!!!

Tadi belek-belek gambor dalam folder pic kat desktop ni.
Tetibe nampak pulak gambar-gambar mase aku pegi weds Leen.
Oh, belum update lagi. Gambar pulak banyak.
So, boleh la up entri untuk hari ni.

Leen kawin 1 Dec baru-baru ni.
Kire-kire sekarang ni still on honeymoon mood laa...
Waahhh, seronok betul honeymoon.
Dah la sekarang ni musim hujan kannn..... sejuk je..
Memang tepat waktu sangat laaa dia kawin.
Hahaha... gataiii...

Majlis on 1 Dec tu aku tak dapat attend atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Lagipun majlis tu kena RSVP.
Awal-awal lagi aku dah bagitahu Leen yang aku memang tak dapat attend.
But aku promise untuk datang majlis dia kat belah lelaki.

Majlis belah lelaki diadakan di Dewan Sri Wilayah, Presint 2, Putrajaya.
Aku pegi dengan FZ.
Yela, dengan sape lagi aku nak pergi kann...
Kitorang ni tak familiar sangat dengan area Putrajaya tu.
Tapi bila ikut map atas kad jemputan, alhamdulillah senang je jumpa bangunan tu.

Kitorang sampai awal.
Tetamu pun baru ada 2-3 kerat.
Takpelah... selesa sikit nak cari tempat dan makan.
Kalau ramai-ramai nanti serabut pulak.


Kalau korang tak cam lagi muke ni, tatau la...


Muke ni memang wajib ada.


Nasi beriani yang very sedaaapppp.....
Sampai aku merayu-rayu kat FZ nak tambah nasi tapi malu punya pasal, terus tak jadi...
Daging dia tuuu,, hoihhhh melting dalam mulut.
Lembut gilosss...!
Leen, ku teringin nak makan nasi itu lagi!!!


Mulut tu duk menguuunyah je sepanjang masa.
Menikmati nasi yang sedap itu.
Memang patut pun aku bambam.
Makan tak hengat!


Inilah pelamin Leen.
Simple je and memang taste aku jugak.
Takde la sarat barat macam stail orang-orang sekarang.


Meja santapan.


Ni side dish.
Semua ni FZ yang makan.
Kuih-kuih tradisional ni aku kurengg sikit.
Tatau la kenapa tekak aku ni mengada-ngada sangat!

Dah settle majlis, baru laa boleh jumpa pengantin.
Leen nampak very the gojes on that day.


Aku dan pengantin.
Bila tengok gambar ni baru laa aku perasan muka Leen dan hubby dia seiras.
Betul cakap orang, jodoh kita adalah orang yang seiras dengan kita.
Acu tengok muka mak ayah kite.
Ada lebih kurang sama tak?
Tapi apepun, jodoh tu kan ditentukan oleh ALLAH SWT.
Kannn...


Pengantin dengan opismate aku, Farid.
Farid ni datang kendian.
Pengantin tengah berarak, dia pun join berarak sekali.
Over sangat tau! Amik berkat la tuhh.. heheh...

Mase weds sebelah Leen yang kena RSVP tu, aku just dapat beberapa keping gambar daripada group opis.
Yela, aku kan tak pergi sana.
Staff opis aku ramai yang pergi sebelah Leen...

So, elok jugak kalau aku share gambar-gambar tu kat sini. 3 keping je pun.
Majlis malam yang sangat meriah.




Ini antara opismate aku yang hadir bersama-sama dengan pengantin.

Apepun, selamat menempuh alam berumah tangga, Leen.
Semoga rumah tangga kekal hingga ke jannah.
In sha ALLAH.

Thursday, December 19, 2013

Penat

Salam readers...

Pernah tak korang rasa penat dengan kerja korang?
Pernah tak korang rasa korang ni dipergunakan?
Pernah tak korang rasa apa yang korang buat tu tak setimpal dengan apa yang korang dapat?

Jawapan aku kepada soalan-soalan di atas ialah PERNAH dan SEDANG MERASAKANNYA.

Seriously aku penat.
Seriously aku rasa dipergunakan dan jadi kuli batak orang.
Seriously aku rasa tak berbaloi ape yang aku buat sekarang.

Dah lama dah nak luahkan tapi tak terluah.
Plus tak tahu nak luah kat mana.

Aku adalah secretary.
Tapi aku buat secretarial work hanya 25% je. Selebihnya, aku buat kerja admin, kerja manager.
Photostat fail berlambak-lambak, rekod data fail, buat statistik dan database info, audit stationery, update fail, manage cuti dan claim staffs, even mesin fotostat rosak pun aku yang kena in-charge!
Ni adalah sedikit kerja-kerja yang perlu aku buat.
Ada lagi kerja lain.
Admin opis ada, tapi berlenggang kangkung datang kerja tengok movie.
Sedangkan aku tersengguk-sengguk buat kerja admin sensorang atas dasar rasa tanggungjawab.

Bab buat statistik tu yang aku penat.
Penat sangat-sangat-sangat-sangat!!
Unit lain datang request nak statistik ikut spec yang diorang nak.
Takmo yang dah sedia ada.
Serious masing-masing suke makan suap je.
Yang mintak tu pulak bukannye orang-orang bawahan.
Semua orang atasan, Manager laa... GM laaa...
Gaji nak tinggi tapi kerja malas!!
Bos pulak jenis payah nak firm and say "No".
Memang sedap la masing-masing datang request macam-macam.

Aku nak cuti sekarang ni mesti ada mulut dalam opis ni cakap "suka amik cuti".
Padahal aku cuti pun sebab balik kampung atau parent datang KL.
Cuti ciput. 14 hari setahun.
Purata sehari sebulan.
Itu ke dinamakan "suke amik cuti?"

Itu cara-cara nak amik annual leave.
Belum lagi mc.
Aku sakit je, mulalah cakap sakit sikittt jeee... boleh je tahan sakitt tuuu...
Badan aku.. aku tahu la sakit cemana.
Suke sangat mengenakan orang.
Kalau manager mc 3-4 hari, takpe pulak!
Cuti sebab putus cinta pun takde pulak cakap ape.

Macam hari ni... aku sakit perut gile sampai tangkap bahagian pinggang dan peha.
Duduk pun rasa sakit je...
Berdiri ape tah lagi.
Memang aku bajet nak mc je. Tapi last-last tak jadi. 
Pukul 7 pagi bos dah hantar whatsapp request nak updated database.
Ok, fine! Aku datang kerja.
Itupun naik teksi.
Memang aku dah larat dah nak naik lrt bagai.
Time sakit perut macam ni, yang dekat pun rasa jauhhh sangat nak berjalan.

Entahlah, nak nangis pun ada.
Pressure weehhhh...
Dah la bosan hadap statistik je. Dah jadi kerja aku pulak buat statistik ni sedangkan kerja-kerja lain berlambak lagi kena buat.
Tahu je la kalau buat statistik ni 1 hari pun belum tentu siap lagi.
Sebab tu kalau kena buat statistik, kadang-kadang aku sampai tak sempat nak makan minum.
Even nak terkencing dari pagi pun, petang baru aku pergi toilet.
Macam kerja bodoh duk suap GM-GM unit lain yang pemalas.

Tak tahu la...
Aku rasa it is the right time for me to move out from this unit.
Takpun apply untuk transfer back to hometown.
Try new environment.

Penat. Serious penat!



Wednesday, December 18, 2013

Resipi ikan bilis sambal hijau version FZ

Salam readers...

Semalam aku janji nak share resipi ikan bilis sambal hijau version FZ tu kan...
Resipi ni pun sangat mudah.
Maklum laa bujang-bujang cam aku ni setakat nak kenyangkan perut sendiri tu boleh laa masak yang simple simple.
Kalau dah berlaki tu, masak berat-berat pun takpe sebab at least ada yang makan.
Kalau dia tak makan, merajuk.
Bini kan suke merajuk... hehe

Aku ni jenis pemalas nak masak.
Sebab kebanyakkan aku masak 1st time mesti tak jadi.
So, rasa down kat situ.
Tapi kalau masakan yang simple tu, memang aku suke.
Sebab masakan simple ni biasenye senang nak buat dan kot mana-mana pun mesti rasa sedap.

So, resipi ikan bilis sambal hijau version FZ ni memang sesuai untuk manusia pemalas cam aku.
Lagipun masak ikan bilis ni makan dengan nasi panas-panas dengan telur dadar pun dah cukup.
Terangkat hoihhh....
Dah takyah dah lauk lain.
Jimat pun jimat. Dah la mengenyangkan.

Eh, banyak pulak sembangnye.
Jom tengok resipi.
Balik rumah nanti, try masak. Tengok terangkat ke tak... hehe...


Bahan-bahan :

Ikan bilis saiz sederhana (dibersihkan)
Cili padi hijau
Bawang merah
Bawang putih
Belacan (bergantung kepada berapa banyak cili)
Gula dan ajinomoto

Cara-cara :

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan sehingga separa halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
Agak-agak dah masak, masukkan ikan bilis disertai dengan gula dan ajinomoto.
Resipi ini tidak memerlukan garam sebab ikan bilis dan belacan dah sedia masin.
Bila ikan bilis dah garing sikit, angkat dan hidangkan.

Senang sangat kannn....
Agak-agak malas masak tu, boleh la cuba resipi ini.
Modal pun tak besar.
Hehehe...


Selamat mencuba!

Tuesday, December 17, 2013

Kongsi resipi

Salam readers...

Hari tu FZ cakap dia teringin nak makan masakan aku.
Katanya dah selalu sangat makan kat kedai, muak jugak.
Aku ok je nak masak.
Terus brainstorming nak masak ape sebab lauk kat rumah tak banyak.
Bukak fridge, dalam tu ada udang dengan ikan bilis je.

FZ cadangkan dia masak ikan bilis sambal hijau.
Aku pulak masak nasi goreng dan udang butter sauce. Kebetulan aku ada fresh milk.
Memang cantekk sangat la masak udang tu.

Udang tu senang gile nak buat.
Walaupun 1st time masak udang butter sauce tu, alhamdulillah menjadi jugak.


Lunch kami on that day.

Udang butter sauce, ikan bilis sambal hijau, nasi goreng dan udang goreng tepung.
Simple, tapi cukup la untuk makan 2 orang.

FZ yang payah nak makan makanan pelik pun, tetibe suka dengan butter sauce tu.
Suka sangat bila tengok dia makan ape yang aku masak.
Ikan bilis sambal tu pun sedap.
Makan sesaje dengan nasi putih pun dah cukup dah.

Eh, malam ni boleh la masak ikan bilis sambal hijau ni untuk berbuka puasa nanti.
Iolss puasa ganti uollss... :)

Ni nak kongsi resipi udang butter tu.
Walaupun berlambak-lambak dah orang kongsi resipi ni, tapi aku nak kongsi version aku.
Simple, mudah, cepat dan paling penting sedap.
Kompem macam yang kat kedai punya.

Bahan-bahan perapan udang :

Udang bersaiz sederhana (berapa banyak yang korang suka)
Tepung serbaguna/ tempura
Sebiji telur
Minyak masak

Bahan-bahan untuk butter sauce :

Butter (untuk menumis)
3 ulas bawang merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Cili hijau dimayang kecil-kecil
2 helai daun kari
Fresh milk

Cara-cara:

1- Bersihkan udang. Kupas kulit udang separuh sahaja (bahagian ekor tak perlu kupas tapi kena pastikan bersih laa). 
2- Oleskan udang dengan telur yang sudah dipukul dan salutkan udang dengan tepung. 
3- Kemudian bolehlah goreng udang tersebut dalam minyak yang panas selama 5 minit.
Asingkan.

4- Di dalam kuali yang lain, panaskan butter. 
5- Masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga masak. (Kalau tak masak nanti sakit perut pulak...). 
6- Agak-agak dah masak tu, masukkan fresh milk sedikit demi sedikit. Perlu diingat, time ni kita kena selalu kacau fresh milk tu dalam kuali untuk mengelakkan ia berketul.
 7- Agak-agak dah pekat sikit, masukkan cili dan udang yang digoreng tadi.
Gaul sampai sebati.
8- Sedia dihidangkan.

Senang kann...

Selamat mencuba.

Resipi ikan bilis sambal hijau tu version FZ tu nanti aku kongsikan dalam entri yang lain ye...
Babai..!

Friday, December 13, 2013

Transfer

Salam readers...

Terbaca entri from blogger opismate, Liyana.
Tentang isu transfer kerja.
Sebenarnye aku dah lama fikir pasal benda ni.
Tapi aku takut nak buat keputusan je.

Kalau ikutkan gaji aku sekarang, memang la dah ok.
Lagipun aku ni belum kahwin lagi. So, komitmen tu takde la besar sangat.
Cume disebabkan aku duk di KL, sekadar cukup makan cukup pakai je la.
Nak bermewah-mewah tu, biase-biase je.

Acu dengan gaji sekarang tapi aku duk kampung...
Silap-silap suzuki swift tu dalam tangan!
Kalau duk KL, ape dapat?

Kalau duk kampung, sewa rumah dah tak payah.
Makan minum pun takde la mahal sangat.
Mungkin aku just bayar bil-bil utiliti rumah je.
Sense of responsibitlity tu kan kena ada.
Bantu la mak ayah kalau mampu.
Bil-bil tu berapa sen la sangat.
Takkan la nak duduk free je kat rumah tu kann...

Perbelanjaan aku sekarang lebih kurang cam kat bawah ni (contoh):-

                                                          Sewa bilik    = RM450
                                               Duit bulanan parent = RM200
                  Bil-bil utiliti (astro, api, air, broadband) = RM250
                                                         Loan CIMB  = RM250
                                            TOTAL EXPENSES = RM1150

Ni perbelanjaan kasar la...
Tak campur lagi makan minum dan perbelanjaan lain. 
Makan pun paling RM20 sehari. Tambang LRT semua tuh tak kire lagi.
Mane saving wehh?? Huhuhu...
Ni pun mujur aku tak pakai kereta.
Kalau pakai, silap-silap aku makan biskut kering je la kot tetiap hari..
Hazabunn betul hidup sekarang.

Acu kalau duk kat kampung.
Sewa bilik tu dah boleh buat saving dah. LRT pun tak perlu dah.
At least ada duit lebih, boleh aku bagi duit bulan-bulan kat mak ayah tu lebih sikit.
Tak pun belanje dapur tu biar aku je yang tanggung.
Kan senang gitu.
Ringan beban mummy dan daddy.
Tu je harapan aku sebenarnya..

Lagipun duk jauh-jauh dari family ni payah sikit nak-nak kalau ada emergency.
Tengok mase nenek aku sakit tu la...
Menggelupur aku balik kampung. Nasib cuti ada lagi.
Kalu duk dekat, takde la kena cuti bagai.
Plus daddy pulak sakit jantung.
Kalau ada apa-apa, tak ke susah.

Memang ada pro and con kalau aku transfer.
Yang bagusnya kalau transfer is dekat dengan family and more saving.
Yang tak bagusnya, no more cinema, no more manhattan fish dan kompem2 dah takleh kuar malam.
Kena kongkong dengan family.
Hahaha...

Actually, tinggal sendiri mengajar aku untuk berdikari.
Belajar melayan karenah manusia yang macam-macam.
Tapi duk dengan family, maybe aku lebih terkawal.

Agak-agak ape pendapat korang kalau aku transfer?
Ada orang kata kije kat state tu lagi teruk.
Lagi busy, lagi susah nak promote.
Entah laa...


Thursday, December 12, 2013

Girls day out

Salam readers...

Citer berkepam baru nak publish. Heheh...
Kemalasan bertingkek-tingkek nak update blog. 
Tatau la kenapa.

2minggu lepas punye citer.
Aku kuar ke MV berdua je dengan Alya.
Yela.... Alya cinonet budak gedik tuu...

FZ kan kije.
Pastu aku pulak bosan duk rumah je.
So, dengan keizinan parent Alya, maka ku bawak dia jenjalan ke MV.
Itupun FZ yang tolong hantarkan kitorang. Pastu dia terus pergi kerja.
Lagipun mak Alya ada bertugas promosi kat sana.
Mak dia kan kerja kat kedai jualan barang-barang baby. 
Ape ntah nama company dia.
So, mak dia jadi promoter kat sana mase jualan barang-barang baby besar-besaran kat tingkat atas MV tu.

Gambar mak Alya adalah yilek..
Sebab tengah bersesak-sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu beli barang untuk anak kecil masing-masing.
Plus sekejap je pun jumpa mak dia.
Sebabnya Alya macam....ermm... perlu ke aku citer eh?
Aku rasa perlu kot sebab pengajaran kepada ibu bapa semua.

Mase pergi kat kawasan promosi tu, aku tercari-cari la mana mak Alya.
Lagipun aku lupe company mana yang dia kerja sebab kat situ banyak gile company yang jual barang baby.
Tetibe time tengah mencari tu, baby jerit, "Mama!"
Aku pun toleh, tengok-tengok mak Alya tengah berdiri dalam kaunter cashier.
Berlari la orang tua tu pergi kat anak dia.
Dihulurnye tangan nak dukung cinonet tu.
Tapi surprisingly, baby taknak.
Aku memang terkejut babssss laaa...
Tapi ku hulur jugak Alya kepada mama dia.
Suruh salam, tak nak.
Kiss pipi pun taknak.
Tanya apa-apa pun, dia taknak jawab. Bisu terus. Paling tak pun, dia angguk-angguk, geleng-geleng je.
Tapi bile aku cakap, "kiss la mama tu...", terus dia kiss tapi cam pakse-pakse.
Sepanjang perjumpaan tu, baby senyap je..
Takut ke segan ke.. aku pun tatau.
Time balik pon same.
Aku suruh la salam mama dia, dia taknak.
Tapi tahu je la aku kann... aku pakse je.
So, dia salam.

Dalam perjalanan balik tu, baby masam je.
Tapi bile dah keluar dari tempat promosi tu, terus dia happy balik.
Cakap banyak kemain.
Nak gi situ la, nak gi sini laa...
Senang bawak dia sebab dia tak meragam sangat.
Pesen dengar kata. Kalau aku cakap tak boleh, dia faham so dia takkan mintak-mintak lagi dah.

Aku memang plan sebelum balik rumah, aku nak singgah makan dulu.
2 pilihan either Fish Manhattan atau Chicken Rice Shop.
FZ pun awal-awal lagi dah bagi aku duit sikit untuk belanja kat MV tu.
Sebab aku kata aku nak beli ape eh... lupe plakk.... panties kot...
Hahahaha... 
So balance duit tu bolehlah buat makan.

Tengah jalan-jalan kat tingkat bawah MV tu, Alya nampak pulak kiosk Famous Amos.
Dia mintak belikan something. Kat kat kiosk tu kan ada banyak coklat dan gula-gula.
So, aku suruh dia pilih dia nak ape.
Dia pilih jelly sugar bentuk snow man.
Murah je.. dalam RM2.50 camtu je.

Then, jalan-jalan pergi ke Fish Manhattan. Tengok-tengok ramai gile orang beratur tunggu giliran.
Tahu je la aku kan jenis malas nak beratur.
Last pergi Chicken Rice Shop.
Still kena baratur but tak seramai Fish Manhattan tadi.
Kire ok la...
Tunggu sekejap, then dapat seat.
Lega gile bila dapat seat.

Sementara tunggu makanan sampai, aku snap dulu gambar Alya.


Patung barbie tu FZ yang belikan pagi sebelum kitorang pergi MV.
Pagi tu kitorang jenjalan dulu kat Amcorp Mall.
Setiap Ahad kan kat Amcorp Mall ada Flea Market.
Terjumpa pulak gerai jual barang barbie limited edition- birthday edition.
So, terus la beli. Alya suke gile...
Asik pegang je barbie tu.


Muke happy kan...
Dia duk diam je atas kerusi sambil makan jelly dan main-main dengan barbie.
Bagus sungguh!


Ni je yang aku order hari tu.
Sebelum aku makan, aku suap Alya dulu.
Banyak jugak dia makan.
Bila dia dah kenyang, barulah aku pulak yang makan.

Lepas makan, terus balik dengan teksi.
Tapi mase on the way ke stesen teksi, nampak pulak orang bagi free gula-gula kapas.
Alya seronok sangat tengok orang buat gula kapas tu.
Masa tu pulak tak ramai yang beratur untuk amik benda tu.
Aku pun join sekali la..
Amik untuk Alya.
Dah dapat, terus dia pass jelly dia kat aku. Dia makan gula kapas tu pulak...
Serius seronok pulak aku tengok dia happy.
Pastu bila gula kapas tu dah berlengas kena kat tangan dia, sibuk pulak dia nak cuci tangan bagai.
Dia kan tak suka kotor-kotor.
Aku lap je tangan dia guna tisu. Malas dah nak patah balik pergi toilet.

Berbalik kepada kisah mama Alya tadi tu, rupa-rupanya dia tak puas hati kenapa Alya taknak dengan dia dan dia jeles Alya rapat dengan aku.
Aku faham la perasaan parent kann bila anak-anak lebih rapat dengan orang lain.
Mesti ada sikit timbul perasaan cemburu.
Tapi bukan salah aku sebab aku just jaga Alya time weken je.
Itu pun sekarang ni jarang-jarang.
Bila aku jaga dia, takde pun aku hasut dia suruh tak suka kat parent dia sendiri.
Kalau aku jaga dia, aku selalu ajar dia ABC, mengira, baca doa, tahu mana yang kotor, mana yang bersih, kemas rumah...
Itu je.
Takde aku hasut apa-apa.
Dulu Alya tu kalau bukak kasut dengan stokin, mesti letak merata-rata.
Tapi lepas aku ajar sekejap je, terus dia tahu...
Tanggalkan kasut, pastu stokin letak dalam kasut tu...pastu kasut susun elok-elok sebelah kasut lain.
Begitu.

Tapi mama dia tak puas hati.
Papa dia pulak ok je siap back up aku lagi.
Tapi gitu laa... kuasa wanita kann...

Sekarang ni Alya sebut nama aku pun, dia kena marah.
Macam hari tu, (papa dia cerita kat aku la...).
Dalam kereta Alya sebut "nak jumpa umi...nak jumpa umi..."
Last-last dia kena tengking.
Haihhh... tak ke kesian.

Kalau aku tahu la perjumpaan hari tu buat Alya kena marah bila ingatkan aku, takdenye aku nak jumpa.
Dulu-dulu pun ada jugak aku jumpa mama dia tapi elok je.
Mungkin masa tu Alya tak reti cakap lagi.
Now cinonet tu dah boleh bercakap. Dia pulak sebelum tido pun duk sebut nama aku.
Itu yang buat mama dia hangin tu...

Orang lain mungkin bernasib malang sebab dapat baby sitter yang suke mendera anak diorang.
Tapi ini, aku jaga anak dia elok-elok.
Pakai baju cantik-cantik, kemas... siap perasan model lagi.
Itupun tak bersyukur dan tak berterima kasih.
Takpelah. Nak buat cemana.
Hati masing-masing.

Oh, semalam birthday Alya.
Dah 3 tahun dah dia. Hehehe...
Tatau la nak belikan hadiah ape.
Dah la pokai ni..... wuwuwuwu...!