Tuesday, January 7, 2014

Duit kau, duit aku. Duit aku, bukan duit kau!

Salam readers...

Pepagi aku dah terbaca berita yang lawak jenaka.
Since lately aku perasan yang aku ni ada penyakit hypersomnia, berita-berita macam ni telah buat aku segar.
Senyum lebar aku baca berita itu.
Tq Mahfuz Omar kerana men'create'kan isu yang kecil menjadi besar dan sekaligus isu itu dipaparkan di dalam The Malaysian Insider.

Kisahnya Mahfuz Omar telah menempelak Zahid Hamidi kerana mengadakan sambutan hari jadi secara besar-besaran.
Mahfuz Omar juga telah menyarankan Zahid Hamidi untuk mengumumkan berapa jumlah wang yang dihabiskan untuk majlis itu dan memberi penjelasan kenapa majlis itu dilakukan secara besar-besaran.
Sedangkan menurut Mahfuz Omar, Zahid Hamidi boleh mengadakan majlis hari jadi itu hanya dengan bihun dan kuih-muih sahaja; kononnye sesuai dengan saranan kerajaan agar semua rakyat berjimat-cermat.

Persoalannya, kenapa Mahfuz Omar tu duk sibuk sangat dengan majlis hari jadi orang?
Biar laa dia nak buat majlis besar ke, majlis kecik ke...
Itu duit dia.
Ada ke Zahid Hamidi tu mohon derma kat sesape untuk dia buat majlis tu?
Takde kannn...
Klaka okeh!

Tentang elaun keraian.
Aku rasa elaun keraian tu digunakan jika ada kena mengena dengan urusan kerja.
Kalau bab majlis hari jadi ni, aku rasa Zahid Hamidi ni tak guna duit elaun keraian tu.
Tapi tak tahu la kannn....
Bagi bukti dulu la kalau nak hentam orang.
Takyah la speku lebih-lebih.
Ada bukti, nak bising bising laa...
Kalau takde bukti, diam.

Ibaratnya kalau aku ni jutawan.
Duit aku dalam bank tu berkepuk-kepuk 7 keturunan tak habis.
Tu tak campur lagi dengan duit yang aku simpan dalam peti besi kat rumah.
Berkepuk-kepuk sampai tatau dah nak belanje ke mana.
1 dunia dah jelajah, semua tempat dah pergi. Makanan semua dah rase.
So, aku decide on my birthday, aku nak sambut secara besar-besaran.
Aku nak panggil semua menteri-menteri.
Aku nak jemput semua dato'-dato', Tan Sri...
Kalau boleh nak jemput jugak Barack Obama.

Aku guna semua duit simpanan yang ada untuk majlis tu.
Tetibe ada seorang anasir luar bagi nasihat, "Lebih baik sambut birthday dengan bihun dan kuih-muih je. Itukan lebih afdal..."
Agak-agak ape yang aku rasa ketika itu?

Krik..krik...krikk...... (bunyi cengkerik, semua senyap...)

Of course la dalam hati aku akan kata, "eh, sukati aku la nak sambut birthday cemana. Duit aku."

Memang la sambut birthday tu lebih afdal jika bersederhana.
Tapi kalau orang nak buat majlis besar-besaran, takyah la dipertikaikan.
Biarkan laa dia.
Duit dia, bukan duit kau.
Yang sibuk sangat nak jaga tepi kain orang tu kenapa?

Kenapa politician ni tak bising bila artis kawin buat majlis besar-besaran sampai melibatkan juta-juta?
Kalau rasa diri tu prihatin sangat kat rakyat yang susah, kenapa tak tegur je penaja-penaja perkahwinan retiss tu?
Kenapa tak sarankan penaja-penaja tu semua bersedekah kepada fakir miskin daripada menaja retiss?

Hoihh... duk sibuk dengan duit orang.

Macam hidup aku sekarang.
Dengan gaji yang aku ada sekarang, tetibe aku nak buat majlis tahlil besar-besaran siap pasang khemah 7 bijik lagi.
Pastu ada orang tegur, "Mu ni dapat duit dari mana sampai boleh buat majlis besor cenggini??"

Eh, duit aku.
Takyah sibuk boleh tak?
Kalau tak jawab soalan cenggitu, nanti banyak speku yang diorang buat.
Main MLM la, makan duit haram la... buat part time GRO laa....
Kalau bagi penjelasan, nanti tak percaya pulak.

Diorang ni duk fikir negatif je la pasal orang lain.
Seolah-olah diri tu murni sangat.
Diorang takde fikir aku ni berjimat-cermat selama ni.
Sebab tu aku mampu buat majlis besar-besaran camtu.
Diorang takde fikir aku ni bujang lagi. So, belanje tu takde la banyak sangat.
Diorang takde fikir yang tetiap bulan aku ada melabur dalam ASB, sebab tu duit aku banyak hasil dapat dividen setiap tahun.
Diorang takde fikir yang aku belum pakai kereta, so takde susah-payah nak topup minyak kereta.
Diorang takde fikir yang aku buat part time jaga anak orang, so aku ada pendapatan lebih.

Tak pernahnye nak fikir yang baik-baik tentang orang lain.
Suke sangat fikir keburukan orang.
Ni la pesen Mahfuz Omar ni.
Dia tak nampak dulu mase zaman pemerintahan PAS kat Terengganu, MB Trg mase tu setiap minggu buat majlis.
Tatau majlis ape. Yang penting majlis keraian.
Keraian ape, tatau.
Takde pulak yang bising.
Ni hal majlis hari jadi orang, tetibe nak menyalak pulak.
Dah takde isu sangat la tu...

Ke terasa hati sebab Zahid Hamidi tak jemput dia datang ke majlis tu? 
Hahaa!


2 comments:

Reena Kamarudin said...

gitulah mahfuz tu. nyampah iols. eh dia ke yang nampak seluar dalam putih tu? hahah

diana aziz said...

Reena : Kannn.... menyampah dgn org yg suke jaga tepi kain org ni... ishhh....