Thursday, January 2, 2014

Hari tahun baru yang tak menggembirakan

Salam readers...

Only 1 word. 'Spoiled!'
Seriously spoil mood new year aku.
Hangin aku jap dengan tuan rumah haji kedaung bakhil ni.
Serius menyampah!

Last month, tetibe lampu rumah kat ruang tamu takleh on.
Mati-mati aku ingatkan mentol yang rosak.
Aku beli mentol baru guna duit sendiri.
Bila dah ganti, still lampu takleh on.

Seminggu jugak la aku dan housemate duk dalam gelap.
Hanya lampu dapur dan lampu bilik je yang menerangi ruang tamu tu.
Kebetulan aku kenal dengan budak maintenance kat opis.
So, aku panggil dia untuk datang check kot-kot ada masalah wiring ke ape.

Bila budak tu check, memang ada masalah wiring.
Wiring dalaman.
Dia ada la tukar beberapa benda masa pembaikan tu.
Total kos = RM150.

Kire ok la tu kannn...
Aku pernah kena ketuk tukar klip kat wayar elektrik sikitt je dah kena cas RM350.
Tak ke gila namanya tuh??
Mentang-mentang aku perempuan kannn... terus dia ketuk kaw-kaw.
Memang sampai ke mati pun aku takkan halalkan.
Jumpa la kat akhirat nanti.

Berbalik dengan kes tuan rumah ni, RM150 tu aku tolak la dari duit sewa bulan.
Pastu tuan rumah call aku tanya kenapa tak cukup duit sewa bulan.
Aku cerita la itu ini semua yang berlaku.
Ala, dia pun tahu aku ada baiki wiring tu....
Pastu dia cakap dia taknak tanggung.
Aku dah macam, pfffttttt!!!!

Agak-agak laaa...
Kalau lampu tu rosak disebabkan aku atau penghuni rumah, memang la kitorang akan tanggung sendiri.
Tapi ini masalah wiring yang dah lama...
Wayar, kalau dah bertahun-tahun guna, lama-lama ada la rosak sana-sini.
Sepatutnya kos macam tu ditanggung oleh tuan rumah.
Wiring tu rosak bukan sebab kesalahan sesiapa.
Tapi memang benda tu rosak sendiri.

Aku bertekak la sikit dengan tuan rumah.
Yela, mana boleh macam tu kannn...
Benda yang bukan kesilapan kitorang tapi kitorang yang kena tanggung.
Seronok la jadi tuan rumah macam tuu.
Habis, kalau rumah tu dah terlalu lama, dah uzur, kabinet semua dah reput, kitorang la yang kena tanggung eh??
Banyak cantiikkk....!

Hoihhh.. hangin betul aku.
Geram!!
Memang spoil mood aku nak sambut new year.
Memang s**l laaa tuan rumah ni!
@#$%^&*^%$&!!!!






2 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Abg dok tergelak baca entry ni..Wahh betul punya marah!!..Takpe la, benda dah jadi, dah ada lampu..cm ni la, lupakan saja. Happy2 sikit.

Untuk tuan rumah." Bang, jgn la zalim gitu.."

diana aziz said...

Abil fikri ahmad : Itu laaa... dia mmg zalim pun. haihh... geramm sy. sy dah mintak agreement yg dia buat dgn tenant lama dulu. tatau la dia bg ke tak nti.. :(