Monday, January 13, 2014

Kain pasang

Salam readers...

Dah jadi kebiasaan aku bila year end sale (YES), aku akan ke Jakel untuk beli kain pasang.
Kenapa Jakel?
Sebab kain pasang kat sini design cantik-cantik.
Harga pulak boleh tawar sikit.
Dan paling penting kena rajin bertanya kot-kot boleh dapat lining free.

Kebetulan aku free on 25hb Dec 2013 yang lepas.
Hari tu kan cuti Christmas.
Aku memang takde plan apa-apa on that day.
Lagipun FZ kije.
Bajet nak bangun lewat. Tapi tetibe je Kak Long call ajak pergi Jakel.
Aku on je laa...

Kul 11 pagi, jumpa Kak Long kat Sogo.
Jenjalan area situ jap tengok ada sale.
Pastu kitorang terus direct pergi Jakel.

Aku memang target beli kain murah-murah je.
Tapi yang adoo la kann...
Nekad tu dalam hati je.
Bile tengok kain semua lawa-lawa, terus rambang mata.


Kak Long tengah nego dengan salesgirl.

Aku suke pergi Jakel sebab kakitangan diorang ni rajin-rajin.
Sanggup cari kain sampai bertingkat-tingkat.
Pastu layan jee karenah customer.
Paling penting, Jakel ni ada ramai kakitangan pompuan.
So, senang kalau nak tanya apa-apa.

Kalau kat kedai kain femes G tu, kain lawa-lawa jugak.
Tapi kakitangan ramai bangla.
Lelaki lak tuu...
Ko nak beli kain, tapi deal dengan bangla jantan.
Ko ingat dia pandai ke bagi suggestion apa-apa??

Aku macam biase la pilih kain chiffon sulam.
Senang.
Dah takyah pikir-pikir nak letak manik ke ape...


Design ni aku paling suka.
Dah tahu dah nak buat design baju ape..


Yang ni pun aku dah tahu dah nak buat baju ape...
Kain ni sarat sikit tapi aku match dengan kain plain.
Nasib jumpa kain plain yang sama kaler.
Ni pun atas kerajinan salesgirl tu.

Aku ni jarang beli baju yang dah siap.
Aku lebih prefer beli kain pasang dan upah tailor kat kampung.
Upah tailor kat kampung tu jauh lebih murah dari kat KL ni.
Kalau baju kurung lining pun baru sekitar RM50-60.
Kalau kat KL ni kompem RM100++.
Yang takde lining, baru RM35-45.
Tak ke jauh bezanye tuu....
Bayangkan la tahun lepas aku tempah baju 4 helai, tak sampai RM300 pun.
Padahal semua baju yang aku tempah tu, baju yang ada fashion.
Bukan baju kurung biase.

Raya cina ni Insha ALLAH aku balik kampung.
Sebab nak pergi jumpa tailor.
Nak upah baju.
Pastu ada urusan lain yang aku nak buat tapi takleh citer kat sini.
Tiket iolsss dah beli.... 
Tak sabarnye nak balik kampung.... :)




2 comments:

Mimy Hamid said...

haah la nana logik gak kedai G bangla hehehe...

diana aziz said...

Mmg la mimy... hampir semua kot kakitangan dia bangla.. dia tunjuk kain ikut selera dia je... kaler striking2. tak tau kot skrg ni trend pastel color.