Monday, January 20, 2014

Lif

Salam readers...

Pernah tak korang alami situasi di mana korang tengah tunggu lif terbukak. Pastu ada hamba ALLAH ni tak penyabar duk tekan button naik tu banyak kali dengan harapan lif tu terbukak cepat untuk dia masuk.

Pernah tak korang alami situasi seperti di atas?

Aku? Banyak kali.
Perasaan ketika itu? Aku rasa cam nak lempang patploh kali hamba ALLAH itu.
Yela, bodoh bertingkek-tingkek.

Kok ye pun tak menyabor nak naik lif, takyah tekan button up tu banyak kali.
Takde nye lif tu bergerak cepat kalau tekan button tu banyak kali.
Bawak-bawak la bersabar.
Lif tu akan terbukak jugak selagi dia tak rosak.
Cepat dan lambat bukak je.

Macam pagi tadi kat stesen LRT Kerinchi.
 Ada makcik sibuk la duk tekan button up lif tu banyak kali.
Come on la, makcik.
Orang lain pun tengah tunggu lif jugak.
Sabar la...
Kan memang lif lrt lembss nak mampss walau turun setingkat je..
Bawak-bawak la bersabar.
Kang rosak button tu nanti, makcik nak ganti ke?

Pesen camni berlambak jugak kat apartment aku tuh.
Sebab tu button lif apartment aku tu cepat rosak.
Sampaikan management pun dah malas dah nak ganti button.
Yela, dah ganti baru, lepas tu tak sampai seminggu rosak lagi.

Pernah jadi depan mata aku ada hamba ALLAH tekan button lif dengan kunci kereta.
Kalau tekan slow tu takpe.
Ini tekan sekuat hati. Banyak kali lak tu.
Hellooooooo..... tak boleh tekan elok-elok ke?
Adoyaiii....
Kalau jantan buat camtu, mungkin aku boleh terima lagi.
Ini betina kott... bertudung pulak tu. Haihhh!!

Kadang-kadang aku tak paham dengan sikap manusia.
Buat benda-benda yang tak logik.
Sabar sikit boleh?
Sabar tu kan separuh dari iman...


2 comments: