Sunday, January 5, 2014

Tutorial membuat churros

 Salam readers...

Tadi aku upload gambar churros yang aku buat sendiri dalam FB.
Ada la yang mintak resipi.
Untuk tak menghampakan permintaan kawan-kawan, meh aku upload resipi churros yang sedap dan mudah dibuat itu.
Aku pun cedok resipi ni dari internet.
Nampak cam senang je nak buat.
Bahan-bahan pun memang murah-murah dan tak susah nak dapat.
Memang cantekkk sangat la tuh.

Sebenarnya sudah lama aku nak buat tapi yela, malas kann...
Hahaha...
Tak Diana laa kalau tak malas kannn...

Petang tadi lepas FZ hantar aku balik, aku duk sensorang je kat rumah.
Dah tatau nak buat ape, so aku terasa cam nak masak.
Tapi tatau nak masak ape.
Then teringat resipi churros.
Check bahan-bahan, semuanya ada.
Ok, jom masak resipi yang sedap ini.

Bahan-bahan :-


1 cawan air
1 1/4 cawan tepung (tapi aku letak 1 cawan je)
1 sudu butter
1 sudu gula
1 sudu kecil garam
Telur saiz A
Minyak untuk menggoreng
Acuan untuk membentuk adunan


Cara-caranya :-


Didihkan air, butter, gula dan garam dengan api sederhana.
Kena sentiasa kacau ye.
Takmo tinggal-tinggal gitu je..

Aku guna sudip biase tu je...
Tapi adalah digalakkan untuk menggunakan whisk.
Kalau takde whisk, guna sudip plastik macam aku pakai tu..
Guna sudip kayu pun ok.
Jangan guna sudip besi pulak ye.


Kecilkan api.
Masukkan tepung dan kacau laju-laju supaya tepung tak berketul.

Dah sebati semua, angkat kuali ke tempat lain.
 
 

Pecahkan telur dan campurkan ke dalam adunan tepung tadi.
Kacau sebati dengan menggunakan whisk.
Time ni adunan nampak makin lembut. 
Tadi kan aku cakap aku takde whisk. So, aku gantikan dengan sudu.
Kena kacau betul-betul tau.
Takmo nampak berketul-ketul.


Dah siap kacau adunan tadi, panaskan minyak di dalam kuali yang lain.
Masukkan adunan tepung ke dalam acuan.
Buat ikut saiz sendiri ye.
Aku buat sementot-sementot je.


Taaa daaaaa....
Ini lah hasilnya selepas digoreng...
Ada orang makan dengan gula ising tabur atas churros tu.
Ada juga yang makan dengan sos coklat.
 
  

Aku makan dengan nutella je.
Senang. Hehehe...

Oh, resipi ni banyak ok..
Aku just goreng sikit je sebab adunan selebihnya aku nak goreng esok pagi buat breakfast.

Resipi ni sangat sesuai kalau dihidangkan di atas meja candy buffet ke, meja dessert ke...
Selain tu, kalau ada tetamu yang nak datang dan kite kesuntukan masa, resipi ini sangatlah sesuai.
At least ada la makanan manis nak dihidangkan kepada tetamu. Ye dak?
Tak sampai 30minit je dah siap.
Sumpah tak tipu!

Selamat mencuba ye!

7 comments:

Jen Jen Areff said...

menarik

Jen Jen Areff said...

menarik

Jen Jen Areff said...

menarik.. thanks awak

ayam kluk kluk said...

Salam kak dee dee.. Sy silent reader akak.. Sy da cuba resepi churros akak ni.. Sodapppp... Tenkiu kak dee.. ;D

diana aziz said...

Ayam kluk2 : Hahaha.... silent reader la sgt kannn... hahah... bwk lebih skit kat opis.. tokey nk rase ank murid buat. hehe

Iqlima Azmi said...

jalan sini tengok resepi. copy paste yeh!

diana aziz said...

Iqlima : ok.. boleh je. sharing is caring kann... :)