Tuesday, February 4, 2014

Chewy cheese kfc... sedap ke idok?

Salam readers...

Citer ni dah lapuk sebenarnya...
Sebulan yang lepas sepatutnya aku dah update.
Tapi korang tengok je la statistik entri bulan Jan lepas.. 10 entri je kot...
Hoihhh... catat rekod nih.
Gila busy aku bulan lepas sampai 10 entri je aku mampu update.

Ni kes bulan lepas...
Tengok kat tv ada iklan kfc new promotion - chewy cheese.
Nampak cam sedap je, macam menarik je.
So, kami serbu!

Favvy kfc outlet kitorang adalah kat PJ.
Sebab kat situ jarang orang ramai.
Tenang je kalau makan kat situ.
Takyah beratur panjang, takyah tunggu lama-lama.
Meja pun boleh pilih nak duduk kat mana.
Berlambak-lambak tempat kosong.
Pastu ayam goreng dia besar sikit.
Kalau pergi KFC MidValley tu, ayam goreng kecik-kecik je...

Aku dan FZ order set menu yang sama.
Set chewy cheese combo.
Cuma aku je yang tukar soft drink kepada milo ais.
Aku kan tak minum minuman bergas.
Tak suke.
Kat mana sedap air gas tu pun tatau laa...
Aku penah la rasa air gas tu tapi... uweeekkkkkk... tak sedap.


Kitorang biasanya akan add on cheesy wedges.
Favvy aku kott...
Bagi aku 1 set besar, aku boleh habiskan sensorang.
Tatau la tekak aku ni...
Cheese cheese memang aku suka... tapi bile makan kek cheese, tak suke pulak..
Ni tekak mengada-ngada namanya.


Cheesy wedges ni kegemaran FZ jugak...
Korang tengok lerr tuuhh...
Tengah makan pon, game candy crush tu tetap depan mata.
Geram pulakk aku...
Makin hari aku rasa makin kekurangan kasih sayang pulak sebab kena compete dengan game cc tu. Haihhh....


Cheesy wedges idaman hati...


Macam biase ayam goreng spicy 2 ketul... Besar-besar kan.
Memang setiap kali kalau aku pergi ke KFC, aku akan request drumstick dan thigh.
Kena request jugak cemana pun.
Sebab kalau tak request nanti kite dapat bahagian chicken breast.
Aku tak makan bahagian dada. Isi padat sangat. Muak nanti.

Nampak tak 3 ketul bulat kat dalam pinggan tu?
Tu la chewy cheese.
Nampak sedap je kann...


Ini isi kat dalam chewy cheese tu.
Ada mozarella cheese. Very the cheesy.
Cuma aku frust la sikit.
Sebab ingatkan sedap bebenor la...
Padahal sekadar tepung dan isi cheese je.
Rasanya aku boleh buat sendiri kot..
Tapi takpelah. Dah namanya bisnes kannn...

Itu last time kot aku makan kat KFC.
Kirenye ni dah sebulan jugak la tak makan.
Teringin pulak nak makan ayam goreng spicy tu...


2 comments:

Reena Kamarudin said...

diana, PJ tu yang dekat Asia Jaya tu ke?

diana aziz said...

Reena : Bukan... dia dekat dengan MBPJ Taman Jaya...