Friday, February 14, 2014

Lelaki yang mengidam itu

Salam readers...

Dah lama sangat dah FZ duk mengadu-domba kat aku.
Katanya dia mengidam sangat-sangat nak makan kek span atau butter yang very the lembut...
Kire tahap melting dalam mulut laa...

Dah banyak kedai kek yang kitorang pergi.
Tapi 1 kek pon takde yang menepati citarasa dia.
Kalau aku sendiri baking, memang tak laa kannn...
Kek-kek aku semuanya dia tak makan.
Baik cari kat kedai je...

Korang tahu ke kat mana tempat yang jual kek yang sedap seperti yang FZ nak?
Dia nak kek yang lembut dan sedap. Flavor tak kisah. Tu je.
Tolong suggest kat aku eh.

28 Jan lepas, kitorang pergi ke Bangsar Village.
Aku teringat kat situ ada 1 kedai cupcake.
Menarik jugak kedainya...
Bisou namanya...
Geram-geram je aku tengok cupcakes yang diorang jual...
Semua comel-comel.

FZ takmo cupcake.
Tapi aku cakap la, cake biase ke, cupcake ke, same je...
Cume cupcake tu kecik.
Why not try kek kat situ kannn.... manalah tahu memang menepati citarasa ke ape...
Ingat senang ke nak cari kek macam yang dia nak tuu... ishhh!

So kitorang beli 2 jenis cupcake.
1 cupcake chocolate.
1 lagi rainbow cupcake.


Rainbow cupcake.
Sedap hoihh......! Dah la comel!
Macam sayang je nak makan. Hahaha...

Cupcake chocolate tu awal-awal lagi kitorang dah ngapp.
Tak sempat nak snap. hehe..

Dah alang-alang ada kat situ, kitorang pun cari la restoran untuk makan malam.
Lapo kott...
Dah la ime tu aku takleh tengok nasi putih.
Tatau kenapa.
Kalau tengok nasi putih je, mesti rasa cam nak muntah.
Tapi aku memang kena jugak makan nasik.
Kalau tak nanti aku akan kelaparan sepanjang mase...

FZ pilih restoran Delicious.
Ntah le kenapa dia pilih Delicious ni.

Eh, selingan kejap.
Mase lalu depan The Loaf dalam Bangsar Village tu, kitorang terserempak dengan Awie.
Tengok dari jauh je la kannn...
Selekeh betul dia kann.... ke saje je pakai cenggitu?
*tetibe mengumpat awie pulak kannn... haram betuihh perangai...



Tetibe FZ nak promote makanan kat delicious pulakk..

Terliur gak aku tengok roti yang tengah tu...
Tapi tu laa... aku kan dah dilarang untuk makan ape-ape makanan yang ada yis.
Sobss...sobssss!!


Aku on that night.
Rasa bercahaya benor muka tuh..
Padahal efek lampu je pon. Hahah...


Motif amik gambar ni?
Takde apa-apa motif..... haha...


Ada bantal uolsss...!
Empuk lak tuu...
Berlanding-landing aii disitu.
Gedikss sangat!

Ni kalau ada anak kecik ni, kompem diorang dah lenjan bantal-bantal ni semua.
Silap-silap bantal kemana, sarung ke mana...


Ni menu FZ, nasi kerabu ayam rendang.
Ok laa rase dia...
Tapi kalau nasi tu kaler biru, barulah betul-betul nasi kerabu.
Ni buat nasi putih pulak.


Yang ni menu aku.
Nasi ayam kari kot...
Tak habis pun aku makan.
Kan tadi aku kate aku takleh tengok nasi putih. Ingatkan boleh la aku lawan perasaan tu.
Sekali tak boleh daaa.... 
Dah la kari dia tak sedap.
Tawar gile..
Nak je aku mintak garam dan gula...
Tapi segan lak.


Order ni as a dessert.
Lagipun malam tu ada discount 50% untuk dessert.
Memula aku mintak pavlova.
Tapi biase la.. pavlova kan hot selling.
So dah habis.
Sebagai ganti, aku try amik lemon meringue pie.

Masam gile dowhh!!!
Tapi aku suke sebab masam tu leh cover dengan meringue yang manis tuu...
Sapa-sape yang tahan masam, boleh la try pie ni...

FZ makan sikit je pie ni.
Dia kan tak suke sangat desserts barat.
Dessert orang Melayu dia makan la..

Tapi kek yang FZ idamkan tu still tak dapat sampai sekarang.
Mana nak cari hoihhh....
Korang boleh tolong suggest aku tak?
Sian sangat kat orang mengidam mengalahkan pompuan pregnant nih...

3 comments:

Mimy Hamid said...

delicious ni kalau makan western mmg sedap dan umpph gile

Mimy Hamid said...

delicous kena makan western baru kick umpph...

emi mohamad said...

ce try bli butter cake brand silverbird tu..kt 7e ada kot..rm6++ rsnya..sedap gok..mana tau kena ngan selera..dh la muroh.hahah