Tuesday, February 18, 2014

Makan petang

Salam readers...

Baru berkesempatan untuk update blog.
Dari pagi tadi busy buat kerja tak habis-habis.
Fenattt!

Ni kisah awal bulan Feb baru-baru ni....
Lately FZ ni diet.
Dia sekarang ni jarang dah makan malam.
Kalau makan pon, paling lewat kul 7.

Nak tak nak, aku kena ikut la diet dia bila kuar dating.
Ai is menyampah okeh!
Aku kan ada gastrik.
Makan awal-awal, nanti lewat malam aku makan lagi...
Nanti kang perut berkeroncong pulak.
Bertambah bambam la aku jadinya.

FZ diet elak makan nasik.
Paling-paling pun dia makan mee je.
Pastu dia ni kerap jugak bersukan...
Sukan badminton dan renang je la punnn.
Badminton tu setiap hari kot dia main sampai aku naik menyampah dah takleh kuar dating.
Hurmmmm....!

Tapi on that day tetibe je dia cakap dai teringin nak makan siakap 3 rasa.
Aku happy la kan, at least dia dah jahanamkan diet dia.
Hehehe... happy terus!

Takde tempat lain yang boleh masak siakap 3 rasa yang sedap melainkan kat Yusof Tomyam, Bangsar.
So far dah banyak kedai makan yang aku pergi but 3 rasa Yusof Tomyam ni jugak yang paling sedap.
Tapi tu la.... FZ tetap ajak kitorang makan awal.


Teh o ais yang sangat melegakan...
Dan sangat terbukti muka ku semakin bambam seperti sfera.


Orang diet pon minum ais jugak tapi teh o ais limau laaa...


Satu-satunya sayur yang aku boleh makan cenggitu je...
Kailan... tapi mesti kena masak ikan masin sekali...
Nyum-nyummsss...


Siakap 3 rasa yang FZ teringin sangat nak makan ituu...
Sedappp! Ikan garing.... 
Cume 1 je la.... kuah sikit..
Kena request la kalu nak kuah banyak...

Makan pulak dengan nasik panas-panas...
Pergghhh... nikmatnya dunia!

Eh, aku kena buat kerja pulak....
Later later aku update lagi eh...
Babai!


2 comments:

Emynz said...


balik nanti aku nak buat food hunting ah , lagi mane besttt cepat updateeeee hahahaa beria jekk kan

Reena Kamarudin said...

errr terliur tengok ikan tu hehehehe