Saturday, February 1, 2014

Perginya dia

 Salam readers...

Baru ada kekuatan untuk menaip entri ini.
Memang dah lama aku tak update blog disebabkan takde mood.
Nak menaip pon kena ada mood tau.

 21 Jan 2014.
As usual, aku bangun awal pagi bersiap-siap nak pergi ke opis.
Opis pun sekangkang kera je jaraknya dengan rumah.
Office hour start pukul 8.30pagi.
Aku bertolak dari rumah pukul 7.55pagi.

Dan-dan je aku dah nak sampai ke LRT, tetibe aku terdengar henset aku berbunyi.
Betapa Tuhan nak tunjuk, selama ni kalau aku letak henset aku dalam handbag, aku takkan dengar bunyi henset tu.
Tapi pagi tu elok je aku dengar jelas.
Tengok kat skrin henset, Kak Long yang call.
Terus ku jawab.

Kak Long : Angah awak kat mana?
Aku : Otw gi opis. Kenapa?
Kak Long : Kak Long nak balik Trg ni... Awak nak ikut tak?
Aku : Balik Trg? Kenapa ni?
Kak Long : Mak (nenek) dah takde...
Aku : ALLAH!!

Terus aku patah balik ke rumah.
Panik! Blur! Semua ada..
Tarik beg, then packing pakaian yang sempat dicapai.
At the same time, aku call boss bagitahu yang aku nak cuti.
Of course la bos bagi.
Gila la kalau dia tak bagi aku cuti kan. Emergency kot....bukannya cuti suka-suka.

Dah packing semua barang, terus amik teksi pergi ke rumah Kak Long.
Kami terus bertolak balik Terengganu.
Masa dalam perjalanan tu, resah hati ni takyah cakap la..
Menangis dalam hati je laaa...
Dah la perut lapar gile.
Aku tak makan ape-ape pun pagi tu.
Mujur Kak Long singgah sekejap kat R&R Temerloh.
Singgah makan dan pergi toilet.
Mahal gile makan kat situ... Aku amik nasi separuh, kuah kicap dengan ayam goreng = RM9.
Gile cekik darah!

 Amik gambar dalam toilet R&R.
Mata aku bengkak kott sebab dalam toilet pun aku boleh nanges teringat nenek.

Dah makan semua, baru sambung perjalanan.
Sampai kat Kuala Terengganu sekitar jam 3 petang lebih.
Kitorang menghala terus ke Tapak Perkuburan Islam Jalan Pusara.

Ralat.
Sedih gila sebab tak sempat jumpa arwah untuk kali terakhir.
Aku sampai pun ngam-ngam orang baru habis baca talkin.


Mummy.



Baju pink putih tu, Cik Ton. Mak sedara aku (adik mummy).



Abang Yu.



Kak Long.



Aku.


Sedekahkan al-fatihah kepada arwah.



Tempat jenazah dikebumikan.

Dah settle semua kat kubur, kitorang balik berkumpul kat rumah Maksu; dimana tempat arwah meninggal.
Discuss tentang macam-macam.
Majlis tahlil, duit yang orang dermakan...
Dan ya, cerita-cerita tentang arwah ketika zaman hidupnya.

Seperti yang aku tahu, arwah memang seorang anak, isteri, ibu dan nenek yang baik.
Tak pandai nak bergaduh dengan orang.
Kalau dia marah pun, dia pendam sensorang.
Taat sangat pada suami.
Tak pernah tinggikan suara.

Teringat masa aku kecik-kecik dulu.
Mummy dan daddy memang payah nak bagi duit kat anak-anak untuk beli jajan.
Kalau rasa teringin nak beli jajan, aku mintak la duit dengan nenek.
Mesti dia bagi. Tak pernah dia hampakan permintaan cucu-cucu.
Dia bagi pulak bukan sikit-sikit. Lima posen ko...
Dulu lima posen tu dah boleh beli 2 jenis jajan dah siap dengan 5 bijik gula-gula lagi.

Sehari kekadang aku mintak 2 kali duit dengan nenek.
Tapi dia tak pernah marah atau merungut.

Majlis tahlil untuk malam pertama tu dibuat kat rumah Maksu dengan menu yang simple sangat-sangat.
Bihun goreng dan keropok.
Ramai jugak tetamu yang datang.

Malam kedua dibuat kat rumah Ma, aunty sulung aku.
Kitorang buat nasi minyak.
Malam ketiga kitorang buat nasi pilau.
Search google kalau tak tahu ape tu nasi pilau.
Aku pun first time makan.

Masa majlis tahlil ni la sedara-mara boleh berkumpul.
Arwah atuk dah meninggal lama.
Sekarang giliran nenek pulak.
Pasni dah susah laa nak kumpul ramai-ramai sesama saudara mara.
Nak tunggu raya barulah berjumpa kott...
Takpun time kenduri kawin.

Entah laa... aku rasa sedih gile.
Nikmat berkumpul ramai-ramai tu mungkin dah susah nak rasa.
Gosip-gosip, sembang-sembang kongsi cerita...


Kak Ja (kazen), Kak Long, Maksu, Mak Ja (nenek tiri), aku dan Cik Rus (aunty- adik mummy).


Arwah atuk aku dulu kawin dua.
Mak Ja tu nenek tiri aku tapi jarang sangat-sangat dapat jumpa dia.
Lagipun sekarang ni dia dah kawin lain selepas kematian atuk.
So far, ape yang aku tahu Mak Ja dan nenek baik je.
Takde gaduh-gaduh macam sesetengah isteri-isteri yang bermadu lain.


Aku dan Mak Ja.


Tetamu yang hadir pada majlis tahlil.


Alhamdulillah ramai yang datang untuk majlis itu.
Kekadang ada yang menghitung niat orang yang datang ke majlis tahlil hanya untuk makan.
Tapi kita bukannya Tuhan yang tahu mentafsir niat orang lain.

Ya, benar hanya 3 benda yang boleh membantu arwah di 'alam sana' iaitu ilmu, sedekah dan doa dari anak-anak yang soleh.
Kalau itu yang kite pegang, then ape fungsi majlis tahlil yang diadakan selama 3 hari atau 7 hari atau hari yang ke 40 / 100?
Pembaziran?
Aku jahil bab-bab agama ni tapi at least aku yakin sedikit sebanyak doa dari orang-orang yang bertahlil itu akan sampai jugak kepada arwah.
Jadi tolong la jangan kita mempertikai dan bersangka buruk pada tetamu yang datang.
Dah kira bersyukur dan berterima kasih dah diorang sudi datang daripada tiada yang datang langsung.
Menu ape, hidangan apa yang dihidangkan untuk majlis tu sebagai tanda terima kasih kepada tetamu.
Ada bajet besar, buat la hidangan yang sedap-sedap sikit.
Tak ada bajet, buat hidangan yang ala-kadar even hidang air kosong pun takde orang yang akan mengata.
Orang yang takde iman je yang akan mengata.
 Apepun, aku masih bersedih dengan kehilangan arwah.
Dulu, setiap kali balik kampung mesti aku pergi jumpa arwah.
Pasni kalau aku balik kampung, aku boleh pergi ke kuburan arwah je...

Sedihnya teringatkan aku tak sempat nak menatap wajah arwah buat kali terakhir.
Tapi aku redha dengan pemergian arwah.
Yang hidup pasti akan mati juga kan...
Ini giliran dia. Giliran kite, entah bila, entah bagaimana.

DariNYA kita datang. Dan kepadaNYA jua kita akan kembali.
Innalillahi wainnailaihi rajii'un.
Mak, nana rindu mak....

p/s: credit pic to my adik- Shazrin.